Thursday, March 24, 2011

Cinta Untuk Nabila


Hari ni bukan nak cerita pasal program kat Surau Taman Murni Indah, bukan juga nak cerita pasal majlis tahlil kecil-kecilan kat kampung hari tu, bukan juga nak cerita pasal rumah kena masuk perompak (huwaa...!), bukan nak tepek gambar2 kek yang saya buat dalam masa sebulan ni atau cerita saya yang baru dilantik sebagai pemegang mohor2 family vacation planner..

Hari ni cuma nak tampal poster baru kat notice board balai raya kampung pisang...



Ingat tak lagu 'Cinta Untuk Nabila'... ala..lagu masa kita sekolah rendah dulu..meh saya nyanyi sikit... "cinta untuk Nabila...aku cintakan sepanjang hidupku ini...hanya kerna kau ratu laksana di singgahsana.." haha..kenapa rasa macam dah campur dengan lirik lagu exist pulak ni? ^_^

Ha...insyaALLAH...Sabtu ni sama2 remaja-remaji Kulim dengar ceramah penampilan istimewa ex-vocalist lagu hits 'Cinta Untuk Nabila' tu (Ustaz Radzi). Ustaz Radzi ex-Melissa ni sekarang aktif dengan aktiviti dakwah & mengikut sumber internet, beliau juga bertugas di Masjid Zahir Alor Setar.

So Sabtu ni ramai-ramai kita datang, dengar Ustaz share pengalaman dia...dari Kelab Malam ke Pentas Dakwah.

Thursday, March 10, 2011

Rombongan Cik Kiah ke Stadium Darulaman (^_^)v

Assalamu'alaikum..

Ibu ibu.. Bapak bapak... Siapa yang punya anak (perempuan 15-40 tahun) bilang aku..aku yang sedang cari sama teman-temanku kerna ada tempat duduk yang tak penuh penuh... Pengumuman pengumuman siapa yang punya anak...
Ehem..ehem...hehe..

Jom join Delegasi Nisa' Padang Serai ke Himpunan Belia Kedah sempena....
.
.
.
.
jeng..
.
.
jeng..
.
.
jeng..
.
.

Details Rombongan Cik Nisa' Padang Serai;

..:: Sabtu 12 Mac 2011 ::..
..:: RM10 sahaja seorang ::..
**Anda akan menerima selendang istimewa percuma**
0930
: Bertolak dari Stesyen 1 - Shamisha (Desa Aman)
1000
: Hadapan SMK Sultan Badlishah, Kelang Lama
: (Kelang Lama - Tmn Kucai - Shell Padang Serai)
1300
: Free & easy (sekitar acara/karnival Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera)
1600
: Pendaftaran Himpunan Belia
: 'Belia corakkan kain putih' - suarakan hasrat belia!
: Persembahan Brass Band
: Acara Himpunan Belia
1900
: Bertolak pulang ke Kulim
-------------------------------------------------------
Kepada yang nak join kami, sila hubungi saya. Boleh tinggalkan comment, email, FB, sms atau apa saja (tak perlu datang rumah) ;-)
Kepada yang berada di daerah luar Kulim/Padang Serai boleh hubungi koordinator Nisa' yang berhampiran dengan anda. Senarai ada di http://www.nisakedah.blogspot.com/
Jom..!! Jom..!!