Friday, January 13, 2012

Nisa' & Solehah TV Al-Hijrah bergabung... meletup!!

Bagi yang berada di Kulim & sekitarnya Ahad ini (Cuti Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah) jom sertai kami bersama dengan bukan seorang, tapi DUA orang personaliti pemenang SOLEHAH TV AL-HIJRAH.

Bagi yang berada di luar Kulim, tetapi ada rakan-rakan yang tinggal di Kulim, share info ini dengan mereka ya. (Sampaikanlah walau sepotong ayat). Semoga menjadi amal kebajikan kita 'di sana' nanti, Ameen... :)

Untuk info lanjut : facebook.com/Nisa' Padang Serai



Jumpa Ahad ini :)

Sunday, January 1, 2012

Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak


Seingat saya, seumur hidup saya, ini kali pertama saya berada dalam program menjelang Tahun Baru masehi. Masa sekolah menengah dulu, cuma terkinja2 melihat percikan bunga api di KL Tower & KLCC dari kejauhan tingkat atas istana kami di Kampung Pandan. Dan untuk kali pertama ini, program yang dipersembahkan di hadapan saya, sangat sangat sangat sangat sangat best.

31 Disember 2011, saya & keluarga telah ke program countdown sebagai kesinambungan Program GEMS Selangor pada siang harinya. (Kenapa saya rasa ayat saya macam karangan SPM? Itulah akibatnya kalau dah lama tak berblog.) OK, GEMS tu apa? Kedai menjual emas permatakah? Bukan. GeMS ialah singkatan bagi Generasi Idaman Selangor.


Solat Maghrib & Isya' berjemaah di dataran


Alhamdulillah, masa solat maghrib, saya, emak, kakak & anak buah dapat berada di saff pertama muslimat. Rasa terharu. Kalau sebelum ni cuma dapat lihat gambar orang Kelantan solat berjemaah outdoor, tapi kali ini ianya berlaku si negeri kelahiran saya. Siapa sangka?

Sampai awal, yeayy..!! Susun saff sementara menunggu azan Maghrib berkumandang.



Solat Isya'.. Tak perlu tanya saya tak sembahyang ke? Saya dah jama' taqdim siap-siap. Lagipun takut tak mampu mengawal ken**t.



Syahdunya.... Ini berlaku di negeri kelahiranku.


Tazkirah maghrib (format Sembang Santai) feat. Ustaz Syed Norhisyam & Imam Muda Asyraf

Lepas maghrib, tazkirah santai menyusul sementara menunggu Isya'. Saya suka kekreatifan penganjur mengendalikan slot ini. Instead of Tazkirah biasa, ianya dibuat dalam format talkshow. Pasti remaja lebih sukakannya :) Tahniah pada kedua-dua MC mantap yang cukup menghidupkan suasana.



Imam Muda Asyraf & Ustaz Syed banyak bercerita dalam sembang santai tu. Yang paling saya ingat, tentang kisah sekumpulan remaja yang merogol bergilir-gilir pada malam tahun baru. Seorang demi seorang memuaskan nafsu pada seorang gadis. Apabila sampai pada perogol terakhir, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati yang perempuan yang berada di atas katil ialah adiknya sendiri!!


Imam Cilik Aiman Asyraf & Ustaz Syed Norhisyam



Persembahan live Sham Kamikaze, Shahir AF & Dakmie (suka..!!) \(^_^)/

Sham Kamikaze



Shahir AF



Sham Kamikaze + Shahir AF = Bergabung! Meletupp!


Saya rasa teruja masa persembahan Sham & Shahir. Rasa menusuk ke dalam kalbu. Barulah saya faham kenapa orang suka pergi Hard Rock Cafe, tengok life performance, pegi concert.. memang masyuk rupanya bila tengok life performance ni. Tambah pulak dengan persembahan pertama lagu baru Sham Kamikaze yang masa tu baru siap hari semalamnya, 'Aku Yang Berdosa'. Memang menusuk ke dalam jiwa....

Sejauh mana langkah ku di sana
aku melupakan Mu

Seluas mana Kau beri padaku

masih ku angkuh padaMu

segalanya dusta

gelap mengaburi ku

Ya Allah, apa yang bisa

ku tebus kepadaMu
atas dosaku

Ya ALLAH hina terasa

daku bersujud
untuk syurgaMu



Masa dalam program tu, saya ada update status FB. "Menggigil". (masa tgk live performance). Eica comment tanya kenapa.
- 1st, sebab life performance 'Aku Yang Berdosa'.
- 2nd sebab Dakmie (penyanyi OST Adamaya) & Sham Kamikaze perform lagu 'Luhur'.

Ada kisah di sebalik lagu ni. Duluuu....masa study, saya print & lekat lirik lagu 'Luhur' ni kat fail saya. Sebab lagu ni mengingatkan saya pada arwah abah saye T__T

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar

Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku

Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi
Menjadi satu kenangan yang abadi


Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus feat. Zizan Raja Lawak

"Aku, Ustaz Azhar Idrus & Zizang"

Rasanya part ni tak perlu cerita. Semua pun dah tengok kat youtube kan? Cuma apa yang saya nak kata...antara tengok konsert dan rakaman konsert kat astro, tentunya berbeza kan. Yang tengok secara live mesti lebih happening rasanya. Macam tengok Ombak Rindu la.. yang tengok kat youtube & tengok kat wayang, mesti yang tengok kat wayang lebih banyak airmata yang menetes.. oops..

Memang happening sangat session UAI & ZRL ni. Serius.. Boleh imagine tak pecah ketawa 70,000 orang punya suara serentak? Anak saudara saya si Aiman sampai pukul-pukul orang depan sebab excited sangat tengok orang gelak. Haha...kesian akak depan tu. Tapi dalam gelak2 tu, antara 13 soalan maut yang dibacakan oleh Zizan & dijawab oleh Ustaz, ada gak persoalan yang macam menembak hati nurani sendiri sambil berkata dalam hati "haha..terkono den."

Paling cool bila tengok abang rockers mana ntah dengan rambut panjang kerinting menggerbang. Wah... brother pun tengok ceramah UAI. Lu memang cool la boh... (UAI yang ajar saya cakap 'boh') :p

Bagi saya, siapa yang tak suka UAI punya style ceramah, terpulanglah. Ada aku kesah? & Ada abang rockers tu kesah? Daripada gelak2 tengok bunga api yang harga berjuta2 tu, lebih baik gelak2 tengok ceramah UAI. (^_^)v

Penutup

Ustaz Azhar Idrus membacakan doa penutup

Bagi saya, selain semua acara-acara di atas yang membezakan sambutan ini dengan sambutan tahun baru yang biasa ialah...pihak penganjur tidak meraikan detik 12:00 am itu. Detik itu dibiarkan berlalu dengan bacaan Asmaul Husna beramai-ramai bermula jam 11:58 malam. Apabila bacaan Asmaul Husna tamat, saya menjeling pada jam handphone yang sudahpun menunjukkan 12:02 pagi. Detik 12:00 dibiarkan begitu sahaja dalam lautan 70,000 rakyat Malaysia yang hanyut dalam alunan nama-nama ALLAH. MasyaAllah..

Ini adalah kali pertama saya berada di majlis sambutan tahun baru, dan ini adalah yang terindah!

1 Malaysia!!! (",)v