Showing posts with label Reminder. Show all posts
Showing posts with label Reminder. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Untukmu Sahabat


 
Sahabat,
Aku sayangkan kau,
Dan kerana itu aku bicara.

Rasa resah dalam jiwa ini,

Anak mataku dalam sepi memerhatimu,
Ingin aku luahkan,
Ingin aku laungkan sekuat hati.

Wahai sahabat-sahabatku yang mencari,
Mari genggam tanganku ini.

Ya, aku tahu,
Kebahagiaan fatamorgana yang tak pasti yang kau dambakan,
Ya, aku mengerti,
Puji insan yang tak cintai dan tak kau kenali,
Jadi garis pandu hidupmu.

Tidak kah terketar,
Tidak kah tercalar,
Qalbumu yang penuh parut cereka,
Akan kasih Tuhanmu,
Kasih Tuhanmu yang rindukan taubatmu,
Rindu pada basah bibirmu,
Mengesakan Yang Esa,

Membesarkan Yang Besar

Sudah lama memaling muka, marilah kembali,

Sudah jauh tersasar hancur lidahmu,
Marilah..marilah kembali.

Tiada dayaku melainkan kata,
Walau pandangmu punca mataku berkaca,
Tapi cinta pada sahabat melampaui segala,
Dalam resah aku memerhati,
Pada satu nafas yang dihembus, sia-sia..

Aku ingin bersamamu,
Aku ingin bersamamu di Firdausi,
Tasbih di lidah dan kesyukuran yang tak berhenti.

Sahabat,
Lepaskan!
Lepaskan syaitan di hatimu,

Biarkan bara jahiliyah yang menggoda, menangisi, merindukanmu,
Kerana kau sahabat, dicipta untuk lebih daripada itu.


Diana Amir
31 Disember 2012
Ambang 13, Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Nota : Mohon maaf jika ada kesilapan. Saya tidak copy paste, sebaliknya dengar deklamasi sajak Diana Amir & taip laju-laju :)


Friday, February 11, 2011

Say No To St Valentine, Say Yes To Muhammad !

Assalamu'alaikum...

Salam sayang untuk semua pengunjung perasancantiknyaakubilapakaibajupurple.blogspot.com=p
Semoga kita semua berada dalam keadaan excited untuk menyambut hari kelahiran Duta Cinta sebenar, Nabi Muhammad SAW

Masih ingat lagi dengan program KRP:Muallaf Januari lepas? Sesiapa tak ingat sila pegi makan kismis banyak2 sambil klik sini. Jemputan kami dalam program tersebut ialah Bro Kamarudin dari IPSI. Banyak ilmu yang kami dapat. Apa yang Bro. Kamarudin share dengan kami betul2 membawa kami keluar daripada kotak yang berada di luar kotak. Nampak tak..?? Selama ni kita perasan dah keluar kotak, tapi sebenarnya kita keluar kotak kasut, pastu masuk kotak shipping (tiba2!), lepas tu koya beh sambil berkata "Wah, kreatip gile aku"!

2 point utama yang saya dapat share;

  • Smile & greet!! ~ Kadang2 kita ni 'sibuk' sangat sampai nak senyum & tanya khabar kawan sebelah pun kita 'lupa' (lupa..? sila makan kismis lagi)
  • NGO2 Islam kena support each other ~ apa yang berlaku sekarang? Kita sibuk berebut ahli. Bersaing tak tentu pasal, ntahapehapemacambagusje. kadang2 rasa gelihati. (p/s: terima kasih Bro., sponsor buku untuk kami celebrate Maulidur rasul dgn warga Kulim tahun ni.)

Saya jadi teringat skrip salah satu ceramah yang pernah saya dengar sebelum ni. Di Padang Mahsyar nanti, katakan kita dah nak masuk syurga dah ni. Tiba-tiba kawan kita yang tak sempat bersyahadah masa di dunia dulu stop kita. "Opp..opp..nak masuk syurga ke? Aku ni masuk neraka,tak dapat masuk syurga sebab si hampeh ni la tak pernah bagitau aku pun kalau tak bersyahadah tak boleh masuk Syurga!" Lebih kurang macam tu la. Ha..sentap kan masa tu?

Untuk makluman semua, Bro. Kamarudin ni dulu penganut Kristian Katholik. Dia memeluk Islam pada usia 20 tahun. Dan dari jumlah yang diceritakan masa ceramah tu, IPSI dah berjaya mensyahadahkan saudara baru, saya kira2 secara purata dalam 1 orang setiap 2 bulan!!! Kau ade ke Nina? Lahir2 dah memang ready bernasab keturunan Islam. Umur dah nak masuk 30 tahun next year, sorang pun tak masuk Islam lagi sebab ngko. Partner masa dalam kelas Form 5 dulu pun masuk Islam (alhamduliLLAH!!) bukan sebab kau, tapi sebab sebab dia kawin dengan muslim dari Middle East kat UK.


Rose & Choc di bulan Februari @ Maulidur Rasul

"Kita cuma tanam benih. Biar ALLAH yang siramnya dengan hujan hidayah". Saya jatuh hati dengan quotation itu.

InsyaALLAH, cuti Maulidur Rasul ni kami cuba nak promosikan Islam melalui kasih-sayang Nabi Muhammad SAW, keindahan Ros Merah & kemanisan Chocolate. Projek kami Selasa minggu depan ialah : give-away buku 'Muhammad : The Prophet of Islam' diiringi bunga ros segar & choc. sempena Maulidur Rasul.

Ingat!! Kita bukan nak sambut Valentine's Day.

Sekadar manipulate tarikh yang ditakdirkan jatuh berturut-turut dengan Maulidur Rasul tahun ni. Di saat kita menyedari bahawa meraikan Valentine's Day itu haram di sisi Islam, mengapa kita tak sediakan alternatif. Kerana sesungguhnya Muhammad Bin Abdullah ialah Duta Cinta yang sebenar ~ Dia menyuap makan si Yahudi buta yang saban kali mengutuknya, Dia jugalah yang memberi hadiah kepada musuh yang sedang sakit, Dia mendokong isteri dan melayannya bermain lari-lari, Dia menyayangi kanak-kanak tidak memarahi cucu yang memanjat badannya yang sedang solat... Biar semua sedar tentang itu.

Kita sambut hari lahir pembawa sinar kasih sayang ini dengan cara kita sendiri. Bukan dengan cara mereka. Cinta untuk disebarkan,dipelihara. Bukan untuk dikhianati (dating, holding hands, kissing, sex bagi yg belum berkahwin & lahir bayi luar nikah november nanti!)

Ayuh sertai kami sebarkan cinta!!

Wednesday, September 8, 2010

Pepohon Cinta Ke-7 hingga Ke-11 : Tuailah Apa Yang Ditanam. Nikmatinya!

Ihsan rushmooradt (blogspot) via google

Sambungan dari Pepohon Cinta Ke-2 Hingga Ke-6

POHON KE-7:TARAWIKH


RasuluLLAH SAW menghabiskan 1 juz Al-Quran dalam bacaan surah utk 1 rakaat & Baginda ruku' selama mana Baginda membaca surah. MASYAALLAH!! Kita..?Solat Tarawikh tak miss pakai cincin! Senangg nak kira dah rakaat berapa! Malunye /(-_-)\


POHON KE-8:KEJAR LAILATULQADR

Kini tinggal trimester akhir.Kejar mlm yg lebih baik dr 1000bln sbb kita belum tentu hidup 83 thn.Kalau ya pun,tolak tidur,tolak shopping,FB,ngumpat,gossip,maksiat,tinggal berap hari yg solid kita hambakan diri pd ALLAH?



POHON KE-9:QIAMULLAIL

Banyaknya dosa.Byk pula nikmat&wishlist yg ditunaikanNYA.Byk juga 'silver lining' slps ujian.Jom,say sorry&thanks pd DIA yg x pen
ah lupakan kita &MENANGISLAH! Bestnye klu dpt terus qiamullail spt agenda wajib slps Ramadhan tamat nanti.




POHON KE-10:I'TIKAF

Yok...yok...ada dua malam lagi peluang kita ada. Jangan beraya lagi! Anak bulan belum muncul. Anggap saja ini Ramadhan terkahir buat kita & kita akan mati pada malam Raya pertama!



POHON KE-11:ZAKAT FITRAH

Jangan lupa yang ini ya...Dalam rezeki kita ada tersisip milik orang lain. Ayuhlah kita kembalikan pada yang berhak. Semoga rezeki kita lebih diberkati. Sentiasa cukup dengan apa yang ada. Di samping menggembirakan mereka yang belum tentu ada beras untuk diisi di dalam sarung ketupat!


**********

Kini masanya untuk kita menuai apa yang telah ditanam sepanjang sebulan ini... Semoga hasilnya nanti dapat 'dijual' di akhirat sebagai tiket untuk memasuki pintu syurga & melepasi kawah neraka. Semoga amalan yang telah disemai sepanjang Ramadhan terus subur menjadi amalan sepanjang 11 bulan yang mendatang sehinggalah bertemu Ramadhan 1432H, seandainya nyawa kita sepanjang itu.

Sambutlah Syawal dengan kegembiraan sebagai ibadah. Dan sesungguhnya ibadah itu tidak pernah disatukan dengan maksiat. Selamat bergembira!


Monday, August 16, 2010

Pepohon Cinta Ke-2 hingga Ke-6

Gambar hiasan : Rumpunan pepohon lavender lovely la..la.. di Broomhall Centre di hujung jalan rumah sewa saya.Cantiknye purple! ;-)


Ramadhan itu umpama tanah yang subur. Namun tetap saja tidak akan ditumbuhi buah jika kita tidak menanam di atasnya.. Ada 11 pokok utama yang perlu ditanam.

Sambungan dari entry Pepohon Cinta Pertama

POHON KE-2: TILAWAH

Imam Syafie khatam al-Quran 2x 1HARI. Kita? 2x 1tahun? 1x 2tahun?(^_^)v Hayati maksud ayat yang dibaca&taati perintah dlm Quran.Krn Quran bukan hanya ...utk hantaran perkahwinan/diletakkan di katil ketika tidur bagi menghalau hantu!


POHON KE-3: PERBANYAKKAN ZIKIR & DOA

Rutin sebuah keluarga Pakistan di sini..30~15minit sblm azan maghrib,seluruh keluarga brkumpul mbaca mathurat&berdoa hinggalah masuk waktu berbuka.Kita di M'sia? Mungkin msh sibuk bersilat di dapur atau msh di Bazaar Ramadhan=p


POHON KE-4:INFAQ

Ambil peluang b'sedekah/wakaf ke sek agama/tahfiz.Bg yg dtg bln,masak utk suami/family/kwn buka.Kita akn dpt pahala puasa mereka,tanpa ALLAH luakkan pahala mrk.Jgn lak sedekah hasil tangkapan d Bazaar Ramadhan utk diri sendr sampai x muat meja=p


POHON KE-5:MENUNTUT ILMU

Ssgghnya malaikat mnyertai kita dlm majlis2 ilmu,dtambah dgn 'ketiadaan' syaitan bln ini. Dr 1 sudut lain,tunjuk pd yg 'belum' beragama Islam bhw otak kita makin ligat bila puasa.Tlg jgn bg alasan "otak saya x leh fikir dah,sbb posa." MALU!


POHON KE-6: SEGERA BERBUKA

Sejurus masuk waktu,teruslah berbuka.Tinggalkan dulu apa2 yg belum selesai di dapur.Jgn lupa,itu adalah waktu paling mustajab doa.Kdg2 kita lebih percaya utk 'wish' sebelum meniup lilin kek b'day drpd percaya utk 'wish' sblm berbuka :'(


Bersambung......





Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah

Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Ya Allah

Setiap air mataku mengalir

Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah

Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah


Wednesday, August 11, 2010

Pepohon Cinta Pertama



Gambar hiasan : Pohon buah raspberry di halaman rumah sewa saya =)

Ramadhan itu umpama tanah yang subur. Namun tetap saja tidak akan ditumbuhi buah jika kita tidak menanam di atasnya.. Ada 11 pokok utama yang perlu ditanam.

POHON PERTAMA : SAHUR

Sahur amat istimewa. Ia bukan pengganti supper, bukan juga pengganti breakfast atau lunch. Makan sebelum tidur bukanlah sahur. SAHUR IALAH SAHUR. Bersahurlah pada waktu yang disunnahkan. Perlambatkanlah sahur kerana di situlah ALLAH menyimpan rahsia keistimewaan rimbunan POHON PERTAMA ini.........


(bersambung di "Pepohon Cinta Ke-2"...akan datang...)

----------------------------------------------------------------------

**Nota Cinta Ramadhan** Entry bersiri Pepohon Cinta Pertama hingga ke-11 adalah catatan dari usrah Helwa Persatuan Masyarakat Pelajar Melayu Sheffield (PMPMS), United Kingdom. Saya tertarik dengan kehadiran usrah di sini. Usrah bukanlah suatu program yang eksklusif untuk 'org2 tertentu' di sini. Yang berlengan pendek & bertudung singkat bisa saja bersemangat mengendong anak bersemangat menghadiri usrah. Alangkah indah andai budaya sebegini ada di Malaysia!


Pemandangan indah dari rumah Kak Su-Z, tempat kami ber-usrah di Tinsley Ahad lepas.

Wednesday, July 14, 2010

Softcopy thesis hilang :'(

Gambar sekadar hiasan

Pagi tadi...

Saya mahu meneruskan perjuangan menyiapkan thesis MSc.
Saya buka My Documents seperti biasa..
*Gulp*
Mana folder 'MSc U*M' ni?

Tak ada pun...
Gosok mata...
Sah TAK ADA!

Klik icon 'back' & klik 'forward' balik.
TAK ADA..

Tutup 'My Documents' & buka semula.
TAK ADA jugak.
Ah...sudah..!!
Semua results, data-data labwork, references, berkilo-kilo manuscript paper yg dah publish & baru nak hantar, draft thesis, segala mak nenek tentang Master saya, semua ada di dalamnya.

Adrenaline mula merembes..
Jantung berdegup kencang...
Tangan mulai menyejuk...

Cuba pula buka di Words melalui 'recent documents'
Jawapannya...
This file could not be found.
(D:\...\4-Results and discuss...)
*Cuak*

Kelenjar lakirmal terangsang.
Air mata hampir menitis.
Saya mahu menelefon supervisor saya...
Yang ada dalam back-up bukan yang terkini.
Tapi telefon Mat M* (IT officer) dululah. Minta bantuan Resque 911.
Buka ext. list A*REC, cari *# Mat M*
Sambil 'search' di My Computer.
TUP!!
Terpapar folder MSc U*M dalam folder ABANG'S DOCUMENTS !

WHAT..?!! Bila masa pulak aku transfer neh? Hadoih...
Boleh main bersiar-siar pulak folder ni.
Hampir-hampir tercabut jantung.

AlhamduliLLAH...
AlhamduliLLAH...
AlhamduliLLAH...
Ya ALLAH, kau beri aku pengalaman kehilangan softcopy thesis walau hanya tak sampai 5 minit.
Terima kasih, TUHAN atas pengalaman yang berharga.
Terima kasih kerana beri peluang aku 'merasa' betapa hebatnya penangan kehilangan softcopy thesis.

Aku rasa seperti mati hidup kembali.

Syukur...

Tuesday, July 6, 2010

AWAS !!

7 Things to Stop Doing Now on Facebook
By Consumer Reports Magazine


Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!

Leaving Your Full Birth Date in Your Profile

It's an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you've already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.

Overlooking Useful Privacy Controls

For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don't want anyone to have access to that information anyway.

Posting Your Child's Name in a Caption

Don't use a child's name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn't on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name.

Mentioning That You'll Be Away From Home

That's like putting a "no one's home" sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.

Letting Search Engines Find You

To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook's privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn't checked.

Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. "What they think is nothing can actually be pretty serious," says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment "Mom will be home soon, I need to do the dishes" every day at the same time is revealing too much about the parents' regular comings and goings.

Monday, June 21, 2010

Andai ku tahu...

Props : MQ Kalumpang '08 (NISA' Malaysia & Team Manajemen Qolbu Bandung)

Jumaat lepas saya bermimpi...
Saya sedang dikafankan...
Tetapi saya masih hidup...
Saya 'diberitahu' bahawa saya akan mati sebentar lagi...
Oleh sebab itu saya perlu siap-siap dikafankan...

Saya panik...
Saya tiada apa-apa untuk dipersembahkan kepadaNYA ketika menghadapNYA sebentar sahaja lagi...
Yang ada hanya dosa...dosa...dan dosa...
Sedangkan sebentar lagi saya akan dikuburkan di dalam liang lahad yang gelap...
Berseorangan...
Dan tiada lagi jalan untuk pulang ke bumi...

Saya sudah tiada masa!

"Ya Allah, andai ada pahala dari perjuangan Islam yang aku lakukan (macamlah ada!), kau jadikanlah pahala itu sebagai penghapus dosa-dosaku...
Tolong aku ya, Allah..."

Begitu doa yang saya rayu padaNYA sedang yang lain sibuk mengukur kain kafan di badan saya...

Saya merayu dan terus merayu...

Saya ketakutan yang amat sangat...

Sehinggalah satu suara memanggil saya...

"Subuh!"

Sunday, October 25, 2009

Mati adalah rehat sebenar

(bagi orang yang beriman...)

Saya melihat schedule penghujung tahun dengan 1001 rasa. Gembira, Takut, Penat, Sesak dll.

November '09
  • starting 1/11 : MSc new sem registration renewal
  • 7-9/11 : Holiday @ Langkawi bersama Suami, Emak, Kakak & Anak2 Buah. (Yeayy..!!)
  • 16&17/11 : My Birthday & Wedding Annivesary (Yeayy lagi..!!)
  • mid-end month : Program NISA' Padang Serai
  • Sepanjang bulan : Siapkan labwork untuk kejar ICONT '09
  • 27-29/11 : Cuti Raya Haji (Mesti balik Selangor)
  • MSc Thesis??????????????
Disember '09
  • 3-5/11 : Perkampungan NISA' Kedah @ KBS di Puncak Gunung Jerai
  • 12-13/11 : Kem Super Syabab
  • 14-17/11 : Paper presentation @ ICONT '09
  • By end of this month : All SKT (sasaran kerja tahunan) must be accomplished!
  • MSc Thesis??????????????
Januari '10
  • 23/1 : NISA' Kedah with Kamal Affandi @ Kolej Universiti Insaniah (belum confirm, tapi mesti buat)
  • MSc Thesis??????????????



Ya ALLAH,

Berikan aku kelapangan..
..kekuatan..
..ilham..
Sesungguhnya aku hanyalah seorang Hamba,
Isteri, Anak, Pelajar & Pekerja
yang amat memerlukanMU.

** Hari ini genap usia perkahwinan saya & suami 1 tahun, 11 bulan, 1 minggu, 1 hari (hm..! nice number!)

Sunday, October 4, 2009

Lagu Raya Paling Best Tahun Ni (",)

<-----------------(video klip telah dipadam)

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
Di Aidilfitri,Di Aidilfitri

1st time tengok video klip ni, rasa sebak sangat & saya terus mengangkat lagu ini sebagai lagu paling best bagi saya utk Syawal 1430H...

Pengorbanan Ibu Bapa menjelang Ramadhan & Syawal

Walaupun liriknya tidaklah begitu puitis & lagunya tidaklah mendayu-dayu, tapi ia cukup bagi saya untuk terkenangkan semula pengorbanan mak & arwah abah setiap kali tibanya Ramadhan & Syawal. (credit to pakcik yang berlakon sebagai ayah-driver teksi dalam video klip too. So touching!) Baru saya terfikir sebenarnya bukan mudah & malah sukar sebenarnya untuk memenuhi segala keperluan kami yang pada itu pasti mahunya persalinan baru pada hari raya. Macamana kita sekarang yang gaji beribu pun tapi ada masanya rasa sesak sangat, apatah lagi mak ayah kita pada ketika itu. Pasti banyak ketika sebenarnya permintaan anak-anak melebihi wang yang mereka ada pada satu-satu masa khususnya menjelang Raya. Dengan baju, kasut, duit raya, mercun (!), minta bunga api, nak makan macam2 untuk berbuka puasa dll...

Adakah permintaan kita suatu masa dahulu pernah menghibakan hati kecil seorang perwira bernama A-B-A-H dan seorang serikandi bernama E-M-A-K ?

Oh......