Isnin, 16 November 2013
(Birthday saye!)
Kami ke Maldives dengan penerbangan MH155-connecting-MH0177; PEN-KUL-MLE. Penerbangan KUL-MLE selama lebih kurang 4 jam. Sempatlah tengok The Conjuring (amaran: serius seram ok!!) sampai habis sebelum tidur.
Beza masa antara Malaysia dan Maldives ialah 3 jam.
The delayed arrival
Tiba di Ibrahim Nasir International Airport, Male', kami ke Enzaa Hotel (I Berry Villa) tumpang hotel lain punya airport transfer service dengan charge AUD10 (mahal!), sebab flight kami delay, sampai lewat hampir 1 jam. Nak ke hotel boleh juga naik bas, tapi disebabkan dah lewat malam, kami pilih servis yang boleh hantar kami betul-betul depan pintu hotel.
Sebenarnya flight kami dari KLIA delay, dan saya pula tersilap email ETA pada Enzaa Hotel (I-Berry Villa) awal 1 jam. Jadi bila sampai, staff hotel yang sepatutnya ambil kami di airport dah tinggalkan kami dan bilik kami (Royal Family Suite ~RM267) pun dah diberi pada orang lain sebab ingatkan kami tak jadi duduk. Sedih. Tapi apa yang menggembirakan ialah Enzaa Hotel transfer kami ke Loona Hotel yang sebenarnya 1st choice saya masa nak book hotel, tapi tak jadi sebab mahal. Dan dah tertulis, rezeki kami orang musafir. Loona Hotel yang kalau book online di Agoda dekat RM300, dapat USD70 je (RM225) including breakfast. Dan pastinya difference harga hotel yang Agoda dah charge, Enzaa Hotel pulangkan kepada kami dengan cash. Alhamdulillah :)
Loona Hotel
Kenapa saya awalnya nak sangat duduk Loona Hotel ni? Sebab....... jeng jeng jeng...
Macam bilik pengantin!
Siap ada chandelier. Sweet lah sangat :)
Bantal punyalah banyak. Fancy betul diorang ni :)
NOTA:
- Untuk pengetahuan, bagi yang arrival malam perlu menginap 1 malam di Hulhumale atau Male' sebab nak jimat island hotel/resort yang lebih mahal sebab kita cuma nak tidur je malam tu. Untuk ke Hulhumale boleh naik airport bus atau perkhidmatan airport transfer yang disediakan hotel, manakala untuk ke Male' kena naik feri. (Saya recommend hotel di Hulhumale sebab lebih tenang berbanding Male'-bandar)
- Kalau ada pilihan flight siang, pilihlah flight siang untuk menikmati pemandangan luarbiasa Maldives dari aerial view.
Ahad, 17 November 2013
(6th anniversary kami!)
Selamat pagi Maldives & Happy Anniversary to us! Doakan kami terus bercinta sampai ke Syurga-Nya ye readers sekalian. Terima kasih. :)
Hulhumale Beach
Aktiviti pagi ni kami jalan-jalan di Hulhumale Beach. Loona Hotel tempat kami duduk ni betul-betul facing pantai. Kalau Enzaa Hotel, kena berjalan 1 blok bangunan untuk sampai ke pantai. Alhamdulillah Allah takdirkan kami dapat tempat yang best!
Pantai memang cantik MasyaAllah. Macam yang saya share di instagram saya, baru kat pantai airport city pun dah rasa geram tengok. Kat islands nanti tak taulah cantik macamana... Memang kami jakun dibuatnya :D
Hulhumale Public Beach, Airport City.
Crystal clear.
Ni semua gambar kat public beach.
PENGUMUMAN : Semua gambar Maldives saya tak edit!
Maldives; Islamic country.
Seaplane terbang rendah. Seaplane ni kapal terbang yang landing atas air. Biasanya untuk ke resort island yang mahal-mahal. Harga flight ticket dia je lebih kurang harga tiket Malaysia-Maldives return!
Kedai runcit di Hulhumale
Untuk makan, percutian kali ni kami bawa rice cooker kecil, beras wangi beli kat Koh Samui hari tu, dan lauk-pauk instant. Kemudian kami pergi ke kedai tak jauh dari Hulhumale beach untuk beli timun buat sayur. Kedai ni betul-betul kat depan bus stop airport bus. Barang-barang kat kedai ni OK. Tak lah mahal macam yang selalu dengar. Mineral water 5L pun RM3 je.
Luar kedai, depan bus stop airport bus.
Banyak rupanya produk yang Maldives import
dari Malaysia. Ye lah, diorang kan negara pulau. Laut lebih luas dari
tanah. Antara yang diimport dari Malaysia; mee segera, sos, buah dalam
tin & banyak lagi.
Kat
kedai ni kami beli timun 1kg, 3 botol sambal kering Maldives, inai tiub
(galok nak pakai inai bajet pengantin baru!), air mineral 5L & 1.5L. Jumlah semua 171.94 Rufiyya termasuk GST 2.5%.
Currency exchange~ RM1=MVR5. Kebanyakan kedai terima USD. Kami bawa USD dari malaysia dan tukar duit/ambil sebahagian baki dalam Rufiyya.
Boss Enzaa Hotel (I Berry Villa) yang baik hati
Masih ingat kisah kami yang ditransfer dari Enzaa Hotel ke Loona Hotel malam tadi? Disebabkan rasa bersalah, boss Enzaa Hotel datang ke Loona Hotel untuk hantar kami ke Male' masa kami nak check-out. Dia rasa upset sebab sebenarnya yang berurusan dengan kami malam tadi ialah staff dia yang tak berapa fasih berbahasa Inggeris. Jadi staff tu dah salah faham arahan yang dia bagi.
Ini boss Enzaa Hotel (yang baju putih yee)
di depan Loona Hotel
di depan Loona Hotel
Boss Enzaa Hotel ni (saya lupa nama) dah siap-siap callkan teksi untuk hantar kami ke Hulhumale Ferry Terminal dan dia follow dari belakang dengan motor. Tambang teksi pun dia yang bayarkan dalam 20 Rufiyya. Sampai di ferry terminal, dia belanja pulak tiket feri untuk kami berdua ke Male'. Memang baik hati.
Hulhumale to Male'
Hulhumale Ferry Terminal
Dari Hulhumale ke Male' ada 2 cara:
- Naik airport bus ke airport (~10 minit). Kemudian naik feri di airport jetty ke Male' (5 minit lebih sikit)
- Naik teksi ke Hulhumale Ferry Terminal (tak sampai 5 minit) atau boleh jalan kaki. Kemudian naik feri ke Male' (~15 minit)
Atas ihsan boss Enzaa Hotel tu, kami guna cara ke-2. Feri Hulhumale-Male' adalah kerap. Lebih kurang 20 minit sekali kalau tak silap. Jadi tak perlu risau dengan masa
Terpesona. Kat jeti aje pun bukan main cantik air laut dia.
Selamat tinggal, Hulhumale Ferry Terminal.
Sekejap je naik feri ke Male'. Tak sampai 20 minit. Sepanjang perjalanan memang feeling la tengok pemandangan. Malam tadi sampai dah malam. So siang ni barulah nampak airport dan sekeliling laut. Stunning. Rasa terpegun tengok lainnya kehidupan kat sini yang memang main transport ialah pengangkutan air berbanding kita yg naik kereta ke sana sini kat negara kita.
Kami sampai di Male' masih awal. Untuk ke Maafushi Island, kena naik feri pukul 3 petang di Villingili Ferry Terminal. Disebabkan masih awal, kami ambik keputusan untuk jalan kaki ke Villingili Ferry terminal. Jauh jugak sebenarnya. Dari hujung Male' ke hujung lagi satu. Tapi demi nak menikmati suasana negara orang, kugagahi juga.
Perjalanan kami dari atas ke bawah.
Bomba & tentera laut?
Unik rekabentuk feri ni. Feri untuk divers rasanya. Dalam tu macam ada banyak tong oksigen tu.
Tempat nelayan naikkan ikan.
Besar punya!
Masa kitorang lalu, nelayan tengah naikkan ikan. Besar-besar ikan dia!
Sorong ikan raksasa lalu kat jalan.
Tak jauh dari tempat nelayan naikkan ikan tadi, ada fish market. Niat di hati nak beli udang besar-besar. Mesti syok. Masukkan udang dalam kuah kari , lepas tu panaskan. Nak buat macam kitorang buat kat Melbourne hari tu. Tapi sayangnya tak ada udang kat sini. Bila tanya orang local, baru tau, fish market ni memang ada fish aje. Udang, sotong, ketam dan seafood lain ada kat pasar lain. huhuhu...
Male' Fish Market
You are here!
Singgah menyegarkan tubuh di Local Market. Penjual tu buatkan sudu guna sabut kelapa muda. Saya macam jakun! haha
Makan di Male' : Restaurant Vs. Cafe
Yang hairannya, sepanjang perjalanan dari jeti sampai lah ke local market, kami tak jumpa restoran yang macam menarik, hidangkan local foods. Kami pun tanya orang. Ada yang tak tahu, ada yang kata kat sini takde restoran jauh sikit kena jalan. Kami pun jalan ikut direction yang orang bagi. Sampai satu tempat, ada orang bawa kami sampai ke restoran.
Sekali, mak datuk. Makan nasi goreng 2 pinggan (tanpa air!) RM90!!!! Nak keluar, rasa segan sebab orang tu dah bawa sampai dalam. Ni tahap restaurant yang waiter dia letakkan napkin atas peha kita, siap dengan dining table set-up, minum ayor kosong pun dengan stemware bagai... huwaaa.... Rasa nak nangis, rasa nak 'bebai' kat suami, pun ada ~padahal suami tak salah pun. Bila dah last day kami kat sini, barulah jumpa kedai makan yang biasa-biasa. Tapi, kedai-kedai biasa ni tulis cafe dan bukan restoran. gitu rupanyaaaa.....
TIPS : Kalau nak cari tempat makan di Male', tanya pada orang local minta tunjukkan 'cafe' bukan 'restaurant'. Restoran bagi mereka ialah tempat makan yang mahal dan high class T_T
Male' to Maafushi Island
Bercuti di Maldives anda ada 2 pilihan penginapan;
- Kalau anda ada budget yang super duper tinggi (berbelas-belas ribu atau puluh ribu ringgit), boleh lah ke resort island yang rata-rata ada mandatory private speed boat transfer atau seaplane transfer. Yang mana island transfer sahaja dah boleh cover return flight ticket utk seorang :D Biasanya rate island resort ni main RM ribu 1 malam. Dari apa yang saya baca, mineral water botol kecik pun boleh mencecah sampai USD5! Excursions atau trip ke pulau/tempat aktiviti memang sangat mahal. Tapi of course anda akan dapat pengalaman syurga dunialah kan, sebab 1 pulau tu adalah milik resort tu keseluruhannya. Memang privacy.
- Kalau anda ada budget yang so-so (macam kami!), boleh la menginap di Maafushi Island. Pulau ini merupakan pulau penduduk tempatan dan ada banyak accomodation yang affordable untuk orang kelas pertengahan kategori miskin bandar macam kami hah. Harga makanan dan souvenir pun boleh lah, masih acceptable. Harga excursion bergantung pada hotel yang kita duduk, tapi masih jauh lebih murah dari private island resort. (Dan anda masih berpeluang ke pulau-pulau eksklusif melalui excursion trip yang disediakan oleh hotel anda!).
Dan untuk ke Maafushi Island dari Male', anda juga ada 2 pilihan;
- Naik speed boat yang disediakan oleh hotel anda. Harga mengikut hotel. Kalau Kaani Beach Hotel USD178 sehala. Perjalanan 30 minit.
- Naik public ferry dari Villingili Ferry Terminal. Setiap hari cuma ada 1 trip Male'-Maafushi jam 3 petang, kecuali Jumaat cuti. Harga seorang sehala dalam USD2 (tiket dijual dalam matawang MVR). Perjalanan 1 jam 30 minit.
Perjalanan agak panjang. Bolehlah get ready dengan mineral water & bawak jajan, makan dalam ferry. Sedapla pulak kami makan mi segera mentah renyuk2 bubuh perencah macam mamee monster. Laki aku ajar. Dia memang survivor!
Depan public ferry
Pemandangan belakang public ferry.
Dan bila tiba di Maafushi Island, kami disambut bagai di airport lagaknya :)
Penyambut tetamu dari pelbagai hotel dan guesthouse
Dari jeti ke hotel, semua orang jalan kaki ke hotel masing-masing sebab pulau ni memang kecik je. Dan beg kami dibawa ke hotel menggunakan troli yang unik;
Luggage trolley. Only in Maafushi :)
Dalam perjalanan ke hotel, ada perarakan sambil nyanyi sambil berucap dan sorak-sorak. Rasanya ini parti yang menang pilihanraya Maldives seminggu sebelum percutian kami.
Dan akhirnya..... dah sampai!!
Alhamdulillah dah depan mata. Selama ni tengok kat gambar je berbulan-bulan. Angau ok hah.
Disambut dengan welcome drink dan face towel yang sejuk nyaman.
Tropical drinks yang sedap. Macam papaya campur nenas. Towel sejuk sangat menyamankan wajah yang dah berlengas selepas seharian berjalan.
Seaview room untuk kami 3 malam.
Untuk bilik, kami dapat USD130 nett per night. Setelah compare dengan email hotel, agoda & booking, harga yang direct dengan hotel lebih murah. Tapi kena sabar sikit sebab diorang ni jarang reply email, maybe sebab internet kat sana memang agak slow.
Kami pilih hotel ni, walaupun dia mahal sikit dari accomodation lain di Maafushi, tapi Kaani Beach Hotel menawarkan harga excursion yang paling murah dari semua guesthouse yang saya compare. Plus, bilik & bathroom dia standard hotel lah lebih proper (tapi nampak macam kecik pulak dalam gambar kamera kitorang ni huhu).
TIPS : Apa yang perlu kita kaji sebelum consider sesebuah hotel?
TIPS : Apa yang perlu kita kaji sebelum consider sesebuah hotel?
- rate hotel
- harga excursion activities. setiap hotel/guesthouse berbeza harga excursion dan kita hanya boleh join excursion tempat hotel kita menginap SAHAJA.
- pemandangan dari bilik/hotel dan sekitarnya (sebab utama kenapa kita ke Maldives!) (",)
Dan tika malam menjelma, jeng jeng....kami pun buka lah peti ajaib kami. haha. Masa untuk dinner for two!
Apa yang kami bawa?
- Rice cooker
- Beras wangi ~ makan dgn lauk sedhaif mana pun tetap akan sedap
- Rendang/kurma/kari ayam dan daging instant ~ tak payah panaskan pun boleh
- Sambal belacan Qasturi/Adabi ~ mesti ada utk bangkitkan rasa lauk instant
- Timun (beli kat Hulhumale)
- Mee segera
- Pelbagai biskut
- Pinggan plastik, tupperware, sudu & garfu
Ini sambal kering yang kami beli di Hulhumale. Sedap.
Lepas makan malam, rehat-rehat sambil belek-belek excursion catalogue untuk esok. Sebelum tidur, jangan lupa set jam untuk subuh esok!
Waktu solat sepanjang kami di sana
Tika malam bulan mengambang.
Jumpa esok!
assalamualaikum akak...sy dan abg juga akan pergi ke maldives..pada hari esok flight kami bertolak pada jam lapan malam iaitu 16/12/2013@8pm bermakna kami sampai lebih kurang pukul 11pm (waktu sana)lah kan...sy nak minta tips...dekat mana hotel yang sesuai untuk kami menginap?terima kaseh atas info2 akak
ReplyDeletewa'alaikumussalam.
Deletesepanjang pantai hulhumale ada banyak hotel.sama row dengan Loona Hotel yg kami duduk. boleh tengok map di bookinh.com atau agoda.com
*booking.com
Deleteas salam! ahaa..teruskan sambungan diari maldives ni.
ReplyDeletemmg plan nk kesana tahun depan..2nd honeymoon gitu..
dan u punye susur galur trip ni macam sama dgn apa yg saya plan..
ferry - maafushi - kaani resort!
cuma nak tahu harga water activities kat sana...nanti jgn lupa tulis tau..
betul ke water activities hanya boleh amik kat hotel kita menginap je? takde travel agency yg tawarkan water activities ke?
w'salam. insyaAllah nnt sy share dlm next entry :)
Deleteboleh aje kita main water activities walau menginap di mana2 resort dlm maafushi �� .. sy stay 1mlm di piculet hotel(transit hotel di hulhumale),2mlm di arena beach resort,n 1mlm di kaani beach .. dinner buffet dan breakfast di arena beach mmg3 sedap..breakfast free ,dinner kena byr,usd12 seorang
DeleteBetul Nik Irmie cakap. Awal bulan baru2 ni kawan pegi. Sekrg diorang dah open, boleh ambil excursion mana2 hotel regardless kita stay situ ke tak. Masa saya pegi tahun 2013 ni tak boleh.
Deletedear, boleh tinggalkan email tak sebab i pegi maldives 14 january ni and banyak nak tanya u pasal maldives ni since i lucky got free tickets hahaha tak pegi syg plak. this is my email do hope you can help me? your blog too awesome!!
ReplyDeleteoth311@gmail.com hehe my name is leha
salam,dear. boleh tanya any questions here.we can share with other readers too :) sorry x sempat nk tulis new post lagi.insyaALLAH soon.hopefully blh habis before awak pegi.
DeleteSalam,
ReplyDeleteBestnye dengar pasal percutian ke Maldives.. tapi nak tahu cerita percutian ke Maldives sampai habis la hehe..
Boleh saya tahu, berapa jumlah perbelajaan untuk percutian ke Maldives ye?
Sebenarnya awak pergi berapa hari? Air Asia ada tak flight tix ke sana?
Sori banyak soalan.. tq
-izza-
W'salam.
DeleteInsyaALLAH, doakan saya gigih menulis sampai hari terakhir :)
AirAsia dah terminate flight ke Maldives bermula March 2014. Tapi harga tak jauh sgt pun dari MAS sale. Saya dapat RM1197 sorang Penang-KL-Male return. Klu AirAsia Penang-KL-Male return around RM900 jugak rasanya.
assalam kak,sambung cerita akak g sane???
ReplyDeletesaya nak tau..next year april 2015 saya honeymoon maldives
assalam,kak
ReplyDeletesambung cerita akak..
saya nak tahu lebih lanjut tentang maldives
next year april 2015 saya g honeymoon kt maldives..
saya xsabr nak dgr cite akak ..
W'salam.
DeleteOh, insyaAllah. Bila ada org request ni lagi semangat nak update. (dah 6 bulan cerita terbengkalai) haha :D
Assalam..
ReplyDeleteSalam kenal..sudah lama liat blog yg inspiratif ini dan jd pgn ikutan bikin blog :D
Request lanjutan maldives,kebetulan mau kesana juga dan menginap di kaani..
Terimakasih kak:)
W'salam. Sudah pergi Maldives ke? Maaf baru reply :)
DeleteSalam...seronok baca article u pasal g maldives...igat nak g cuti sekolah mac ni...u all g sendiri tanpa agent ker...ok ke?...TQ
ReplyDeleteW'salam. Ya, kami pagi sendiri tanpa agent. OK sangat & dapat save banyak! :)
DeleteSalam..tq byk useful input..tp nk.tny,kt sane ssh ke nk dpt halal food?bkn ke islamic country?
ReplyDeleteW'salam. Senang nk dapat halal food sbb memang islamic country. Tapi bagi saya makanan dia tak berapa suit dengan taste kita.
Deletesalam.
ReplyDeleteada 1 ni je ke entri pasal Maldives yer?
tengah survey2 pasal Maldives jugak ni.
Wsalam. kalau ada apa2 soalan boleh tanya kat sini terus :)
Deleteassalam... nk tnya.. sy pln nk ke maldives januari ni, solo jekk.. kalau nk kesn mmg kna book hotel dulu ker.. bole x kalau kite walk in jekk atau main redah jekk.. ingt nk tmpng rumh org tmptn kt sn jekk.. sbb bese kalau sy travel mmg stail ala2 backpacker.. smua main redah jekk...
ReplyDeleteW'salam. maaf saya tak pasti.
DeleteSalam awak , nak tanya harga utk pakej snorkeling kt sna.. apa lg activiti kt maafushi ?
ReplyDeleteWsalam. itulah, cadangnya nak masukkan dalam next entry. tapi tak sempat2 nak tulis. saya snorkeling kat resort island (Fihalholi Resort). so bayar excursion resort island USD50. So 2-in-1 snorkeling&resort island.
Deleteni excursion rate Kaani Beach Resort tahun 2013. antara rate yg termurah banding resort lain.
DeleteCandle Light Dinner on the Beach USD 25 ( for honeymoon couples)
Snorkeling Trip USD 15
Trip to Sand Bank USD 20
Trip to Picnic Island USD 35
Fishing Trip USD 35
Dolphin watching Trip USD 30 (KIV Ferry transfer)
Big Game Fishing USD 75
Trip to Biyadhoo Resort USD 20
Trip to Kandoomaa Resort USD 25
Trip to Anantara Resort USD 25
Trip to Fihaalhohi Resort USD 50
Trip to Rihiveli Resort USD 55
Trip to Fun Island Resort USD 35
Trip to Olhuveli Resort USD 35
Saya p Maldives dengan AK rm150 je return
ReplyDeleteTahniah. Masa saya pegi tahun 2013 AA tak pergi Male.
DeleteSalam kak nak tanya agak2 berapa nak spend duit poket untuk maldives
ReplyDeleteSalam, xda samnbungan ke? sya nak tahu exursion price and activity there, thanks.
ReplyDeleteWsalam. Tak tau la bila nak rajin tulis blog balik.
Deleteni excursion rate Kaani Beach Resort tahun 2013. antara rate yg termurah banding resort lain.
Candle Light Dinner on the Beach USD 25 ( for honeymoon couples)
Snorkeling Trip USD 15
Trip to Sand Bank USD 20
Trip to Picnic Island USD 35
Fishing Trip USD 35
Dolphin watching Trip USD 30 (KIV Ferry transfer)
Big Game Fishing USD 75
Trip to Biyadhoo Resort USD 20
Trip to Kandoomaa Resort USD 25
Trip to Anantara Resort USD 25
Trip to Fihaalhohi Resort USD 50
Trip to Rihiveli Resort USD 55
Trip to Fun Island Resort USD 35
Trip to Olhuveli Resort USD 35
Selain kaani beach,hotel apa lg yg ada kat maafushi island ye kak? Bolh share x kak? Tringin nk dok kat maafushi..mcm best je..huhu
ReplyDeleteHari tu saya shortlisted Kaani Beach Hotel, Leisure Boutique Hotel & Maafushi Inn. Ada lagi byk accommodation kat Maafushi Island. Search je Maafushi kat booking.com/agoda/tripadvisor etc.
Deletesalam...
ReplyDeletenak tanye sikit...kalo kita stay kat Kaani Village & Spa kita bole ke join excursion kaani beach resort punye..whatspp sy plzzzzzzzzzzzzzzzz 012264473...sy amat memerlukan guide dr awk...
W'salam. Seingat saya mcm x boleh. Cuba tanya diorang boleh tak. Salah satu sebab saya ambik Kaani ni sbb excursion rate dia paling murah kat Maafushi masa tu.
DeleteAwal bulan baru2 ni kawan pegi. Sekrg diorang dah open, boleh ambil excursion mana2 hotel regardless kita stay situ ke tak. Masa saya pegi tahun 2013 ni tak boleh.
DeleteAlaa sambungaaaa nak study ni
ReplyDeleteAssalam, untuk bisa kesana, buat di malaysia atau sampai disana?
ReplyDeleteBoleh taubtak harga dia?
Terima kasih ☺
Assalam, boleh saya tau dengan bisa. Perlu buat di malaysia atau sampai disana nanti.?
ReplyDeleteBerapa ya harga dia?
Tq ☺
Salam. Malaysia tak perlukan visa ke Maldives.
ReplyDelete