Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

'Terima Kasih' Sutera Catering! :'(


AlhamduliLLAH... Walimatulurus adik satu-satunya telahpun selamat berjalan. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Daripada kanopi&photography corner, DJ islamik, photographer, kumpulan Qasidah (semuanya highly recommended :D) kecuali satu... MAKANAN!!!

Sesungguhnya kami sekeluarga sangat kecewa dengan perkhidmatan caterer yang telah kami pilih. Niat saya menulis entri ini cuma satu, supaya bakal pengantin & keluarga ada terbaca review ini & tidak memilih caterer ini. Saya tak nak bercerita panjang, cuma nak share senarai ketidakpuashatian kami sekeluarga yang telah diajukan kepada pihak caterer...

Salam. We are not happy with sutera catering service.

-food tak sama langsung dgn food tester.taste,texture etc.

-ayam msk merah terlalu cair.kerak nasi masuk sekali dalam flask nasi dll


-nasi putih x disediakan seperti yg dijanjikan dlm pakej.


-sy dh inform awal start kenduri 10am tapi 10am baru nk start set up.tetamu balik dgn perut kosong.


-pelayan melonggok borak&smoking... Pinggan kotor x angkat..air basuh tgn x refill (tuan rumah kena keep on reminding!)


-balance dalca buang je dlm longkang.


-sisa2 basuhan pinggan buang je dlm longkang.memang SOP sutera ke?


-pelayan makan guna polisterin mee jawa tuan rumah n campak tepi dewan. tuan rmh kena bersihkn.


-leftover food tak bagi tuan rumah? Bila tanya kata dh habis,padahal nmpk ada balance.


-masa food testing kata akan stay selagi food ada.tapi 3:30 pm dah tutup 1 station dalam dewan.


-paling upset kualiti makanan.sgt berbeza dgn food tester dulu.ini MARUAH kami tuan rumah.


-adakah ini service yg layak kami terima slps dpt discount for the 2nd thousand?


WALLAHUA'LAM..

 Sisa cucian pinggan dibuang shj dalam longkang. Minyak jadi pejal & sisa nasi terperangkap dalam longkang!


Baki lauk dibuang shj dalam longkang!! 


Sehingga entri ini ditulis, tiada satu pun jawapan atau permohonan maaf sama ada melalui call, sms, email atau FB dibuat oleh pihak Sutera Catering. (Saya akan padam paragraph ini selepas permohonan maaf dibuat) Sedangkan masa nak minta bayaran, bukan main rancak call & sms (sampai masa saya & suami pergi bercuti ke Krabi pun dia sibuk sangat nak call kann..)

Dari sudut pandang orang tua, Emak saya sangat berkecil hati dengan caterer ini sebab sebelum balik, orang jawa kata tak 'pamitan' pun dengan Tuan Rumah (Emak). Contractor lain daripada DJ, photographer dll jumpa dulu mak saya tanda hormat Tuan Rumah. Tapi caterer ni main blah macam tu je. Sungguh tak berADAB, kan?

Pada mulanya segala komen diajukan kepada caterer secara private (sms phone, PM FB & email) kami pun tak nak lah melingkupkan bisnes orang. Tapi terkejut kami dibuatnya bila salah seorang tetamu dengan jujurnya telah menghantar komen secara public di wall FB Sutera Catering. ALLAH....




Buat yang sedang mencari caterer & terbaca review ini terutamanya kepada para B2B, berhati-hatilah dengan Sutera Catering.

FB Sutera : https://www.facebook.com/suteracatering
Website Sutera : http://suteracatering.com/


Dari pihak keluarga kami, apa yang berlaku tetap berlalu.. Tapi yang selainnya, itu urusan Sutera Catering dengan ALLAH SWT.

-----------------------------------------------
[Update 18/2/2013] Alamat di website lain, tapi pada quotation yang kami dapat lain pula alamatnya. PELIK.

Alamat website;
F-GO2A, Plaza Suria,
Jalan PJU 10/4B,
Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya.

Alamat quotation;
D-M-19 Suria Office,
Jalan PJU10/4A,
Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya.

-----------------------------------------------
[Disclaimer] Pihak blogger Cantiknyapurple tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca berkaitan servis katering di atas atau katering-katering lain. Segala komen adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri.




Saturday, April 14, 2012

Abah


Abah seorang yang pendiam. Tahap pendiam abah sampai dia cuma akan jawab telefon kalau cuma dia seorang saje yang ada di rumah. Seingat saya, saya tak pernah kena pukul atau kena marah dengan abah. Bukan sebab saya anak yang baik, tapi sebab abah abah yang baik. Dialog Abah yang paling garang bagi saya ialah;

"Pergi sembahyang."

"Pergi mandi."

&

"Heh..heh..dah..dah." (Bila saya & adik makin menggila bergaduh. Kami dulu macam Tom & Jerry. Comel & suka bergaduh ;p)




Abah ajar sendiri saya mengaji. Abahlah guru mengaji saya masa kecik. Abah ajar saya sampai saya khatam Quran (darjah 5). Saya suka abah ajar mengaji. Saya susah hati sungguh kalau abah pegi sembahyang Maghrib berjemaah di surau. Sebab Kak Yong akan ganti abah ajar mengaji & gerenti air mata saya akan mencurahcurahmacamtengokombakrindu.

Walaupun abah pendiam, tapi kadang-kadang comel jugak :) Bila balik surau (malam), saya akan bukakan kunci pintu untuk abah masuk & cepat2 menyorok balik pintu. Kenapa?
Sebab...
.
.
.
.
.
.
Sebab Abah akan buat gaya hantu "hargghhhh..." :D Saya takut, macam Doraemon ni...




Aktiviti yang paling saya suka selain menyibuk nak ikut abah pegi kebun kopi kami di belakang rumah ialah; pergi kedai!! Abah tak pernah gagal dapatkan apa yang cikgu suruh bawak pegi sekolah. Malam-malam pun abah belikan jugak. Abah pergi kedai naik basikal je. Saya bonceng di belakang, peluk pinggang abah sambil pandang ke langit, tengok bintang sambil berangan nak jadi Alice In Wonderland. Hihi...


Kadang-kadang bila fikir balik, benda yang cikgu suruh bawak tu bukanla penting sangat. Bukannya wajib pun masuk 'tarian pom-pom' kat sekolah tu kann.. (i dulu pom-pom girl yaww..) Tapi abah layankan aje anak 'sapian'nye ni dan sanggup berbasikal malam-malam semata-mata nak belikan tali rafia untuk buat pom-pom. Dengan letih balik kerja, balik kerja pegi kebun, malam nak melayan anak berbasikal pergi kedai pulak. Aduhai anak...

Bila abah meninggal dunia masa saya form 4, saya sedih sangat. Saya bawa bantal yang abah baring masa sakit balik asrama. Sebab pada bantal tu masih ada terlekat bau badan abah. Malam-malam bila nak tidur, saya peluk kuat-kuat bantal tu sambil berharap supaya ALLAH cepatkan hari kiamat. Supaya cepat saya dapat jumpa abah semula (di hari akhirat) T__T Masa tu saya tak mampu nak bercerita dengan kawan yang masih ada ayah walaupun dia rapat dengan saya. Saya lebih selesa berkongsi dengan kawan yang ayah dia pun dah meninggal, walaupun dia tak rapat dengan saya.

Sekarang, dah hampir 15 tahun abah tinggalkan kami. Tapi rasa macam baru semalam saya naik basikal pergi kedai dengan abah.........................

Al-Fatihah.

Sunday, January 1, 2012

Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak


Seingat saya, seumur hidup saya, ini kali pertama saya berada dalam program menjelang Tahun Baru masehi. Masa sekolah menengah dulu, cuma terkinja2 melihat percikan bunga api di KL Tower & KLCC dari kejauhan tingkat atas istana kami di Kampung Pandan. Dan untuk kali pertama ini, program yang dipersembahkan di hadapan saya, sangat sangat sangat sangat sangat best.

31 Disember 2011, saya & keluarga telah ke program countdown sebagai kesinambungan Program GEMS Selangor pada siang harinya. (Kenapa saya rasa ayat saya macam karangan SPM? Itulah akibatnya kalau dah lama tak berblog.) OK, GEMS tu apa? Kedai menjual emas permatakah? Bukan. GeMS ialah singkatan bagi Generasi Idaman Selangor.


Solat Maghrib & Isya' berjemaah di dataran


Alhamdulillah, masa solat maghrib, saya, emak, kakak & anak buah dapat berada di saff pertama muslimat. Rasa terharu. Kalau sebelum ni cuma dapat lihat gambar orang Kelantan solat berjemaah outdoor, tapi kali ini ianya berlaku si negeri kelahiran saya. Siapa sangka?

Sampai awal, yeayy..!! Susun saff sementara menunggu azan Maghrib berkumandang.



Solat Isya'.. Tak perlu tanya saya tak sembahyang ke? Saya dah jama' taqdim siap-siap. Lagipun takut tak mampu mengawal ken**t.



Syahdunya.... Ini berlaku di negeri kelahiranku.


Tazkirah maghrib (format Sembang Santai) feat. Ustaz Syed Norhisyam & Imam Muda Asyraf

Lepas maghrib, tazkirah santai menyusul sementara menunggu Isya'. Saya suka kekreatifan penganjur mengendalikan slot ini. Instead of Tazkirah biasa, ianya dibuat dalam format talkshow. Pasti remaja lebih sukakannya :) Tahniah pada kedua-dua MC mantap yang cukup menghidupkan suasana.



Imam Muda Asyraf & Ustaz Syed banyak bercerita dalam sembang santai tu. Yang paling saya ingat, tentang kisah sekumpulan remaja yang merogol bergilir-gilir pada malam tahun baru. Seorang demi seorang memuaskan nafsu pada seorang gadis. Apabila sampai pada perogol terakhir, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati yang perempuan yang berada di atas katil ialah adiknya sendiri!!


Imam Cilik Aiman Asyraf & Ustaz Syed Norhisyam



Persembahan live Sham Kamikaze, Shahir AF & Dakmie (suka..!!) \(^_^)/

Sham Kamikaze



Shahir AF



Sham Kamikaze + Shahir AF = Bergabung! Meletupp!


Saya rasa teruja masa persembahan Sham & Shahir. Rasa menusuk ke dalam kalbu. Barulah saya faham kenapa orang suka pergi Hard Rock Cafe, tengok life performance, pegi concert.. memang masyuk rupanya bila tengok life performance ni. Tambah pulak dengan persembahan pertama lagu baru Sham Kamikaze yang masa tu baru siap hari semalamnya, 'Aku Yang Berdosa'. Memang menusuk ke dalam jiwa....

Sejauh mana langkah ku di sana
aku melupakan Mu

Seluas mana Kau beri padaku

masih ku angkuh padaMu

segalanya dusta

gelap mengaburi ku

Ya Allah, apa yang bisa

ku tebus kepadaMu
atas dosaku

Ya ALLAH hina terasa

daku bersujud
untuk syurgaMu



Masa dalam program tu, saya ada update status FB. "Menggigil". (masa tgk live performance). Eica comment tanya kenapa.
- 1st, sebab life performance 'Aku Yang Berdosa'.
- 2nd sebab Dakmie (penyanyi OST Adamaya) & Sham Kamikaze perform lagu 'Luhur'.

Ada kisah di sebalik lagu ni. Duluuu....masa study, saya print & lekat lirik lagu 'Luhur' ni kat fail saya. Sebab lagu ni mengingatkan saya pada arwah abah saye T__T

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar

Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku

Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi
Menjadi satu kenangan yang abadi


Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus feat. Zizan Raja Lawak

"Aku, Ustaz Azhar Idrus & Zizang"

Rasanya part ni tak perlu cerita. Semua pun dah tengok kat youtube kan? Cuma apa yang saya nak kata...antara tengok konsert dan rakaman konsert kat astro, tentunya berbeza kan. Yang tengok secara live mesti lebih happening rasanya. Macam tengok Ombak Rindu la.. yang tengok kat youtube & tengok kat wayang, mesti yang tengok kat wayang lebih banyak airmata yang menetes.. oops..

Memang happening sangat session UAI & ZRL ni. Serius.. Boleh imagine tak pecah ketawa 70,000 orang punya suara serentak? Anak saudara saya si Aiman sampai pukul-pukul orang depan sebab excited sangat tengok orang gelak. Haha...kesian akak depan tu. Tapi dalam gelak2 tu, antara 13 soalan maut yang dibacakan oleh Zizan & dijawab oleh Ustaz, ada gak persoalan yang macam menembak hati nurani sendiri sambil berkata dalam hati "haha..terkono den."

Paling cool bila tengok abang rockers mana ntah dengan rambut panjang kerinting menggerbang. Wah... brother pun tengok ceramah UAI. Lu memang cool la boh... (UAI yang ajar saya cakap 'boh') :p

Bagi saya, siapa yang tak suka UAI punya style ceramah, terpulanglah. Ada aku kesah? & Ada abang rockers tu kesah? Daripada gelak2 tengok bunga api yang harga berjuta2 tu, lebih baik gelak2 tengok ceramah UAI. (^_^)v

Penutup

Ustaz Azhar Idrus membacakan doa penutup

Bagi saya, selain semua acara-acara di atas yang membezakan sambutan ini dengan sambutan tahun baru yang biasa ialah...pihak penganjur tidak meraikan detik 12:00 am itu. Detik itu dibiarkan berlalu dengan bacaan Asmaul Husna beramai-ramai bermula jam 11:58 malam. Apabila bacaan Asmaul Husna tamat, saya menjeling pada jam handphone yang sudahpun menunjukkan 12:02 pagi. Detik 12:00 dibiarkan begitu sahaja dalam lautan 70,000 rakyat Malaysia yang hanyut dalam alunan nama-nama ALLAH. MasyaAllah..

Ini adalah kali pertama saya berada di majlis sambutan tahun baru, dan ini adalah yang terindah!

1 Malaysia!!! (",)v


Wednesday, May 11, 2011

Permaisuri

Kalau kita layan mak kita macam Permaisuri,org akan layan mak kita macam rakyat biasa.Kalau kita layan mak kita macam rakyat biasa,org akan layan mak kita macam haiwan.

Macamana kita layan mak kita sekarang,mcmtu la anak kita layan kita lagi 20-30 tahun nanti.



** TQ Aliq & Google for the pics, TQ Kak Mas for the words.

Sunday, September 26, 2010

My favourite celebrity chef's recipe *^_^*

Celebrity chef di pagi Raya 1431h

Seperti yg saya katakan dalam entry sebelum ini, ini adalah kali pertama saya memasak kuah kacang =) Pagi sehari sebelum raya baru saya terkedek-kedek menyekype (Skype!) mak saya, mintak resepi. Hehe... Mak saya memang chef kat kampung. Masa zaman 'sinoman' dulu, Mak sayalah orang yang paling sibuk jadi consultant kalau ada kenduri kawin/berkhatan/dll kat area rumah saya. Sebenarnya bukan makanan melayu je Mak saya boleh masak. Dulu masa saya sekolah rendah, Mak saya pernah berjauhan sekejap dari kami sebab pergi Kursus Masakan Antarabangsa tau. Anjuran Kementerian Pertanian masa tu kalau tak silap.

nina nak resipi kuah kacang mak u, tengok2 kat blog sedap. hehe. sebab setiap kali ku cuba resipi , alhamdulillah menjadi.jauh mintak resipi ni! ~ message FB Nadiah


Sebenarnya dulu Puan Nadiah aka Nona pernah cuba resepi Moist Choc Cake yang saya belajar dari mak saya tu. Dia mula berkenalan dengan kek tu masa dia & suaminye keje kat Kulim dulu. Ala...kek yang saya bagi nama Dangerous Choc Lava Cake tu... *wink* Atas permintaan beliau, saya siarkan resepi kuah kacang mak saya di sini supaya dapat dikongsi dengan lebih ramai nisa'-nisa' di luar sane =)



Bahan-bahan:

1 kilo kacang tanah
2 batang serai (titik)
1-2 'iros' ;-) cili giling (ikut selera pedas masing-masing)
**2 labu bawang putih
**5 biji bawang besar
**lengkuas (anggaran sebesar ibu jari)
1/2 cawan udang kering (tumbuk ~sampai udang pengsan.haha..)
1 kotak kecik santan
asam jawa (anggaran sebesar bola ping pong)
1++ cawan gula
garam

Cara-caranya:

1. Goreng kacang tanah dengan minyak, mesin dengan air & ketepikan
2. Panaskan minyak, goreng serai sebentar & masukkan bahan-bahan bertanda ** yang dikisar bersama. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan cili giling dan tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan kacang tanah, udang kering dan santan.
5. Masak dengan api sederhana/kecil sehingga kuah pekat dan kacang masak.
6. Masukkan air asam jawa, dan perasakan dengan gula dan garam.
7. Selamat hari raya ;-)

Comelkan, sukatan yang mak saya bagi..? Iros la..bola ping pong la... hehe..macamtula cara orang lama memasak...main agak-agak je... Rasanya kalau internet & blog dah ada sejak dulu lagi, mesti Mak saya ni lebih glam lagi dari kak hanieliza & CMG.ooppsss..!! hampun ye =D

OK, sedikit makluman & tips untuk resepi di atas;


~ 'IROS' ni sebenarnya senduk..ala..senduk bulat yang kita selalu guna untuk cedok sup tu..
~ Sukatan ni adalah untuk 1 kilo kacang which is sangat banyak...sukatan ni budget untuk munjung atau open house la... Untuk percubaan pertama hari tu, saya masak 1/2 kilo je. (Sebab saya dah hangitkan gorengan kacang 1/2 kilo yang pertama. KANTOI! ~hahaha...mari gelakkan saye beramai2) T_T
~ Cara memastikan kacang sudah masak/belum, keluarkan sebutir kacang dan picit dengan jari. Kalau lembut/mudah hancur, maksudnya sudah masak. Kalau masih keras, teruskan usaha ye =)
~Kuah kacang juga boleh dimasak menggunakan rice cooker. Kuah tidak perlu dikacau selalu untuk mengelakkan hangit & kuah akan pekat elok.
~Bagi yang memasak menggunakan api, sila jangan tidor semasa memasak. Lelap 10 minit bakal membawa padah. Kacau selalu kuah kacang & harap bersabar kerana proses mendapatkan kacang yang empuk (benar-benar masak) mengambil masa yang agak lama. Nak makan sedap tak? OK,sila patuh pada arahan.

Sebenarnya bila saya dok kat UK ni baru saya tau,rupa-rupanya ada kuah kacang versi simple yang bahan-bahannye cuma kacang, cili giling & santan je. Huhu..biar betul. Saya pun macam tak percaya. Sedap ke..?!!

So, this is my mum's secret recipe. The secret is now revealed!

Siapa yang dah try, nanti bagi testimonial, post comment kat bawah ni ye.

Selamat mencoba (^_^)v


Wednesday, August 4, 2010

Diari UK 1


Salam semua...

AlhamduliLLAH, perjalanan saya KLIA-Dubai-Manchester 1 Ogos lalu dipermudahkanNYA. Urusan membawa masuk segala barang2 dlm luggage saya juga tiada masalah. Mungkin semasa saya sampai di Manchester, sudah melepasi office hour. Jadi 'Encik Han-Jing' yang bertugas cium2 beg orang pun dah 'balik umah'. Ini pengalaman saya travel abroad berseorangan. AlhamduliLLAH,tiada apa-apa masalah yang bisa saja membuatkan saya menangis. Semuanya OK =l

"Muka ata senyyyum..." ~muka ketat sebab penat heret beg 30kg!


Hari ini, 3 Ogos saya sudah ke Universiti. Daftar, dapatkan U-card, visit library, lab & ambil thesis student PhD Jepun untuk method, briefing dll. Di sini, saya entitled sebagai visiting staff. Atas sebab keselamatn, saya tidak upload gambar U-card saya di sini (haha...macam bagus je!! ~ memang tak ambik gambar U-card pun sebenarnya). Kakitangan Universiti pun ramah-ramah belaka. AlhamduliLLAH.

Sekarang, masih lagi summer. Tapi dedaun & bunga2 cinta sudah mula berguguran menandakan autumn yang bakal menjelma. Suhu sekitar 16-20 degree celcius. Bagi yang sudah agak lama di sini, mungkin itu tidaklah sejuk. Tapi bagi saya, saya masih memerlukan jacket untuk berjalan di dalam suhu 'aircond' begitu =)

Saya!


Weston Park berhampiran department saya

Jet lag

Kali ini,entry saya tulis di bawah tahap separa sedar. Abang saya yg pernah menuntut di Imperial College, London ada berpesan pada saya, "Jangan layan jet lag".

KLIA

Hari pertama, sehari selepas sampai di Sheffield, UK, saya menang & jet lag kalah (sebab pegi shopping & ziarah rumah sahabat alam maya yg sudah 9 tahun berkenalan, akhirnya di sini baru bertemu!). Tapi hari ni, hari ke-2 saya kecundang! Orang tido, saya saya ber-FB sorang2. Balik dari department pukul 3, saya ber-FB sekejap dgn kakak-kakak & makcik-makcik saya,dan gugur di pembaringan dari asar hingga maghrib hampir tamat! Orang solat,orang dinner, saya tido! Di department pun, project mate bagi briefing, saya dok menguap-nguap. Sangat kurang asam. Saya berazam, selepas post entry ni, saya akan sambung tidur semula \(^_^)/

Maka pre-conclusion yang saya perolehi di sini ialah seperti berikut;
Ubat jet lag = Shopping!

Ish...duniawi sungguh bunyinya =p

Esok, saya akan memulakan labwork. Huish berdebar-debar macam nak ambil final exam pulak rasanya. Dup-dap..dup-dap.. Doakan saya =)

p/s : lagi gambar di FB saya. Aduh, peningnya kepala. BismikaLLAHUmma ahya' wa ammut...ZZzzzzz.... (Saya kekalkan GMT+8 dalam blog ini~waktu Malaysia. Waktu UK, sila tolak 7 jam)

Friday, June 25, 2010

Kak Jun,ooo....Kak Jun


Kak Jun? Siapa Kak Jun? Bulan Jun sebenarnya =) Entry ini mengisahkan perjalanan yang saya lalui sepanjang Jun ini...

Eksperimen di dapur

Bermula dengan minggu pertama Jun, saya berhempas-pulas (ye la tu...=p) bereksperimen di dapur memikirkan baked cheese cake yang diminta oleh my best cousin ever untuk hantaran majlis pertunangannya pada Sabtu, 5 Jun dan juga kek pra-sambutan hari jadi emak saya yang ke 65 (3 Jun 2010)~sambutan sebenar akan diadakan semasa bercuti di Cherating yang akan saya ceritakan nanti. Hasilnya, tada....


P-R-O-U-D to have my cake in the hantaran set =)

Banyak,kan strawberry? Setiap satu sebenarnya adalah potongan 1/4 dari sebiji strawberry. Boleh bayangkan betapa B-E-S-A-R-nya strawberry musim ini? (Terlebih steroid kot bak kata kak anna =p) So, sekarang saya memang dah tak pandang strawberry Cameron Highlands. Sorry.... =p

Saya amat sukakan kek 'pra-sambutan b'day mak saya' tu. 'Devil's Food Choc Cake' namanya (saya tak suka nama kek ni!!!) Rasa choc-cheese-juice dari strawberry saling melengkapi & balance each other. Driscoll strawberry yang dibeli juga amat tidak mengecewakan. Memang berbaloi-baloi dengan harga RM8.89 sahaja! BESAR-BESAR pulak tu. Terbeliak biji mata saye =) Tak banyak snapshot sebab sebenarnya kek tu dikeluarkan awal semasa saya sibuk menghias kek hantaran sepupu saya dengan niat antaranya untuk mengalih perhatian anak2 buah yang berderet sekeliling saya 'tengok' saya, menghias kek. Faham-faham sajelah,budak-budak belum mumayyiz ni. Bukan setakat 'tengok'. Tapi,kita kena sentiasa bersedia dengan adegan-adegan ngeri yang bisa saja mereka lakukan pada kek yang sedang dihias itu. Hehe...

Tapi, satu dialog anak buah yang tak dapat saya lupakan pada akhir majlis pertunangan...(sedih betul bunyi pertanyaan dia)....

"Mak Usu, kenapa kita tak boleh makan kek ni....?" ------>sila baca dengan nada yang teramat sayu.
Aduh, persoalan yang meruntun jiwa!



Selamat bercinta, Wani & Razif !

Usai majlis pertunangan best-sepupu saya, kami perlu pulang ke Kedah semula bagi menghadiri majlis pernikahan & walimatul-urus Wani, adik se-NISA' saya yang saya kira antara yang paling saya rapat dalam NISA' Kedah. Plan asal, kami set jam pukul 2 pagi untuk bertolak ke Kedah agar sempat sampai di Baling, Kedah untuk menyaksikan pernikahan mereka jam 9 pagi.

Sedar-sedar dah pukul 4 pagi!

Melompat saya dari tempat tidur & akhirnya kami bertolak jam 4:30 pagi. AH,pasti tak sempat! bisik hati saya. Subuh di Tapah & singgah rumah kami di Kulim bersiap. Saya tak pasti berapa speed kereta Honda Accord Jerung suami saya meluncur dari Selangor, ke Kulim, kemudian ke Baling.

Sampai di masjid, upacara menyarungkan cincin baru hendak bermula....oh,kami terlepas sessi akad-nikah hanya beberapa minit. Oh...terkilannya. Sebab ini adalah pengalaman pertama saya jadi match-maker bersama suami \(^_^)/ Tapi apapun, syukur semuanya berjalan lancar. Seperti yang saya tuturkan dalam status FB saya, "Letih berulang dari Kedah ke Selangor dan ke Kedah semula. Apapun, syukur Adilla telahpun selamat menjadi tunangan Syukrieman & Wani telahpun selamat menjadi isteri Razif. Tumpang gembira mereke semua =) Terima kasih Mohd Najib, jadi jaguh di lebuhraya." Jauh di dasar hati yang paling dalam...."yes, I'm really really really HAPPY for them!" Di hati ini...Hanya TUHAN yang tahu... =) Terima kasih Tuhan, Pemilik segala CINTA.
Credit to cik photographer cum my opismet.
Cik Erra Fazira =p, nanti ambik gambar saye & che' suami begini ye. Cool sangat pic merajuk ni. Sukeee...



Cherita Cherating

Seminggu selepas itu, Sabtu 12 Jun saya dan suami bertolak pula ke Terengganu. Family vacation belah saya bermula Ahad & sebelumnya singgah di Kuala Terengganu meraikan pengantin baru, kawan lama saya semasa matriks. Kali terakhir kami berjumpa ialah 10 tahun yang lalu, semasa zaman matriks. Kini, dia seorang doktor gigi & saya seorang saintis =)

Adeh, malessnye nak menulis. Emm...a picture worth a thousand words, kan? Enjoy!


Abang ni suka ambik gambar main2 la. Haish!
(Lihat spec baru saya. Ia telah bertukar menjadi hitam di bawah terik matahari.hehe..)


Best betul air Laut China Selatan. Jernih, fresh pulak tu (saya seorg yg prefer air terjun daripada pantai)
Ralat : jari akak photographer.sape ekk..?



Di sana membakar, di sini melantak (macam tajuk lagu Ukays lah!)



"Murid-murid, berikan maksud 'bagai udang kena bakar."
"Sedap,cikgu...!!!"
=p

Ayam BBQ & Carrot cake+cheese cream.

Mesyuarat komplot apelah budak-budak ni..


Thumbs up for patin & tempoyak @ MABIQ. Highly recommended.


Ha...gambar yang last tu kena cerita jugak. Kali pertama melihat Restoran Mabiq ialah di Jalan-jalan Cari Makan TV3 pada Ahad, 9 Mei yang lalu. Sejak itu, saya (yang merupakan die hard fan patin tempoyak) & suami terus memasang tekad (wah!), satu hari nanti pasti kami akan ke sana!

Hari terakhir percutian kami sekeluarga di Cherating, saya dan suami mengetuai rombongan cik kiah ke MABIQ (Maahad Bahasa & Ilmu Al-Quran), Tanjung Lumpur, Kuantan dalam perjalanan pulang ke Selangor. Sebelum bertolak, saya & adik sempat search di internet berkenaan restoran ni. AlhamduliLLAH, dapat no fon ustazah ummi di blog mereka, mabiq.blogspot.com Jelajah Jalan-jalan Cari Patin Tempoyak pun bermula. Kami sampai di restoran sudah terlewat sebenarnya. Lauk sudah hampir habis. Jadi, kami licinkan segala jenis menu patin yang ada =) Memang rasa sangat puas hati dengan lauk-pauk yang disediakan. Tertera di dinding restoran masa operasi 11 pagi-3 ptg. Kami sampai hampir pukul 3 & menjamu selera dinasour sampai pukul 4. Kami balik, restoran pun tutup ;-p

Berikut adalah lauk yang kami ambil;


  • gulai patin tempoyak (MUST TRY!!) ~ 'Tak de masa' nak ambik gambar satu2. Sila klik pada gambar di atas dan zoom sendiri. Anda pasti terkecur!

  • paeh patin tempoyak bakar (MUST TRY!!) ~ mula2 saya eksyen ambik 3 je untuk semua orang makan. Adik saya kata "ntahpape kak nina..budget..." Dia kata "ambik je la semua." Hasilnya = LICIN!

  • masak lomak cili padi daging salai

  • sepat masin goreng cili

  • sayur kacang panjang goreng

  • ulam-ulaman + jeruk petai

  • sambal tempoyak

  • sambal hitam Pahang

  • telur goreng (untuk kanak-kanak ribena)
Yang mula-mula berlagak ambik nasik separuh pun akhirnya terpaksa akur untuk menambah nasi sekali dua lagi. Hehe... (Saya tak ingat la berapa kali dialog "Kak, nasi tambah!" dilaungkan) =p


Saya sangat puji usaha Sekolah Tahfiz ini membuka Restoran di Maahad mereka. Ianya menunjukkan usaha mereka sendiri untuk mendapatkan dana membangunkan maahad dan tidak hanya bergantung pada jualan wakaf & sumbangan semata-mata sahaja. Syabas !!


Kalau ke Kuantan, saya pasti akan ke sini lagi insyaALLAH !



---------------~~----------------

Akhir kata, saya sudahi entry kali ini dengan gambar bersama sepupu saya yang paling rapat sekali sejak kecil. Ya, terlalu banyak yang kami kongsi sejak dari zaman hingusan hinggalah sekarang. Pada hari pertunangannya, terasa syahdu pulak bila mengenangkan yang masing-masing dah ada hala tujuan, hidup & pasangan masing-masing. Huhu...


Selamat mengharungi tarikh 31 Julai 2010 nanti ! =)


Tuesday, June 8, 2010

Belasungkawa : Anakanda Ahmad Dairobi Bin Helmi

Dulu kita pernah tinggal di rahim ibu bersama-sama....


Adik yang comel ! Jaga diri baik-baik ya.


Abang Syamir lepas ni tolong jagakan Adik Ainul, ya.


Pak Long Najib & arwah yang comel (sangat!)


Mak Long Ina & kembar


Selamat tinggal Adik Ainul, Abang Ahmad tunggu adik di syurga!

|Ahmad Dairobi Helmi|
|Ramadhan 1428| - |Jamadilakhir 1431|


Nota : Saya tak mampu menulis.