Monday, September 13, 2010

Si Baldu Merah....

Assalamu'alaikum semua...

Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung blog cantiknyapurple... Semoga kita semua tetap menjaga adab beraya dalam kegirangan kita meraikan hari di mana seluruh ahli keluarga & sahabat handai berkumpul... Dalam kesibukan urusan seharian, sesungguhnya Hari Raya adalah hari yang ditunggu-tunggu. Selain meraikan kemenangan Ramadhan, Aidilfitri jugalah masanya kita semua dapat berkumpul dengan penuh rasa syahdu...

Mak dah lama ajar pasal 'Ukhwah' !

AlhamduliLLAH, raya di Sheffield boleh dikatakan meriah walaupun tak mungkin akan sama dengan sambutan di kampung halaman sendiri bersama suami, ibu, adik beradik, anak-anak buah yang dirindui dan ipar-duai. Apapun, di sini saya belajar tentang ukhwah (atau dalam kata lain, baru 'sedar' tentang ukhwah).






Seingat saya, dulu bila hari raya, tetamu datang, kami sibuk tercongok depan TV ~atau~ 'menyorok' dalam bilik, mak mesti marah. Mak kata, " keluar salam dayoh (tetamu). Sedhulur (sedara) tu. Nanti tak kenal sedhulur". ~color merah sebab skrip nada marah =p Kami dalam keadaan paksarela pun keluarlah terkedek-kedek ke ruang tamu, salam dengan sedara-mara tu lepas tu cabut masuk bilik/tenggek depan TV balik tengok movie melayu.

Di sini, di Sheffield UK, saya cukup sukar untuk kenal satu-persatu nama kakak-kakak postgraduate/isteri postgraduate student yang Melayu. Walaupun dah banyak kali berjumpa sepanjang sebulan setengah saya kat sini, saya masih tak dapat ingat nama sorang-sorang... Cam muka, tapi tak ingat nama.. Dok panggil 'AKAK' je... (cover line) (^_^)v Tapi alhamduliLLAH, dengan izin-NYA, dengan hikmah Aidilfitri, sekarang saya dah dapat ingat Kak Zu Abg Uzir, Kak Yati, Kak Yas, Kak Aida, Kak Saina, Kak Zuzaini, Kak Juju, dan ramai lagi =) Semua ni terjadi bila saya ziarah ke openhouse kat rumah diorang. It took about 11 openhouses for me to remember their names! Kena upah makan baru bleh ingat nama. ngeee.... =p

Saya jadi teringat pada skrip standard mak, "
keluar salam dayoh . Sedhulur tu. Nanti tak kenal sedhulur"

Rupa-rupanya mak dah lama ajar kami tentang ukhwah. Sememangnya, dengan berkat ziarah-menziarahi sempena Hari Raya, kita dapat kenal saudara yang kita tak pernah kenal selama ni. Tetapi bukanlah mak ajar dengan menggunakan bahasa teknikal; 'ukhwah', tapi dengan cara orang dulu-dulu...cara yang tidak pernah didokumentasikan =)

The red velvet

Asalnya memang malas & takde mood langsung nak baking kek atau kuih raya. Tak sangka pulak kalau dah minat tu, boleh menggigil2 lak kalau tak baking sempena raya (hahaha...tak la menggigil,saje je tokok tambah cerita =p) Akhirnya, saya decide utk buat Red Velvet Cake. Sempena hari jadi adik rumah ni, Alina & sebagai buah tangan ke openhouse Salsabila...


Ini adalah kali ke-2 saya baking sejak 1 bulan setengah berada di UK. Kali pertama dulu saya buat Devil's Fod Chocolate Cake masa bulan puasa, utk birthday Eica. Resepi Si Baldu Merah kali ini saya dapat dari joyofbaking.com ,


Red Velvet Cake

Bahan-bahan (petua asas baking : semua ingredients mesti berada dalam suhu bilik. Means, kena keluarkan awal2 dari fridge)

2 1/2 cwn tepung gandum**
1/2 s/k garam (kisar kering)**
2 s/b dutch-processed cocoa/serbuk koko biasa** ~saya guna cocoa powder biasa je,sbb tu color merah dia kurang dramatic *^_^*

1/2 cwn (113 gram) butter
1 1/2 cwn caster sugar
2 biji telur (saiz L)
1 s/k vanilla
1 cwn buttermilk (1 cwn susu segar + 1 s/b lemon juice/cuka; prepare ~ 10mins sebelum campur dalam adunan)
1 s/b pewarna merah (liquid)

1 s/k cuka
1 s/k soda bicarbonate (bukan baking powder!!)

Cream cheese frosting ~saya buat separuh je (pukul everything & adjust sendiri utk thickness yg dikehendaki ~ add gula klu nak kental,add cream utk cairkan, pastu add kat FB..haha..=p)

227 gram cream cheese (agak2)
227 gram mascarpone cheese (mascarpone cheese kat M'sia sangat mahal tebaboo!! so,boleh ganti dgn cream cheese.just double up the cream cheese)
1 s/k vanilla
1 cwn icing sugar (diayak)
1 1/2 cawan heavy whipping cream (saya belasah je guna fresh double cream)


Cara-cara

1. Ayak bahan kering bertanda ** & ketepikan.
2. Pukul butter hingga lembut, masukkan gula, pukul lagi hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
3. Campurkan pewarna merah ke dalam buttermilk.
4. Masukkan campuran tepung berselangseli dengan buttermilk merah sedikit demi sedikit & kaup balik. (Mulakan dengan campuran tepung, dan akhiri juga dengan tepung.)
5. Campurkan cuka dengan soda bicarb, biarkan sehingga ia berhenti fizzing & dengan segera, masukkan ke dalam adunan, kacau rata, tuang ke dalam acuan (resepi asal guna loyang 9", saya guna springform 10.5" =D) , ratakan dengan sudu & dengan segera, masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 30 minit atau sehingga masak.

Alternating red buttermilk and flour mixture


The red velvet batter


Saje tayang springform baru beli kat Designer Outlet, York bulan puasa hari tu. Agagaga.. *dush*
Pengalaman manis baking pakai springform. Sakel!!! =p


RV & cream cheese frosting being sanwiched

Kalau tengok resepi2 kat joy of baking ni, memang rasa cam nak berhenti kerja researcher & jadi full time home based baker je. Hehehe...GERRAM sangat dengan collection resepi kat situ. Tapi ilmu tak cukup di dada..alat-alat pun tak banyak.. Senior2 sifu2 homemade cake kat Kulim pun sangat ramai, means that boleh tahan la saingannya.. Dengan itu, saya batalkan aje niat nak berenti kerja tu.. Hehe.. & teruskan ajelah sebagai part-timer home based baker...stay with my experiment works in the lab & in my little kitchen as well!! =) Kepada yang banyak bertanya di banglo Salsabila semalam, boleh kunjungi kedai kek maya saya kat ..:: Cherita Kek & Chawan ::.. ~iklan ini tidak berbayar~ *wink*

Akhirulqalam, saya tinggalkan anda dengan gambar kuah kacang resepi mak saya yang mabeles. Kuah kacang ini adalah yang pertama kali saya buat seumur hidup ;-) Proud of it & of you, Mak!!

9 comments:

  1. adoiyai.. perlu amik gmbr dan angkat tgn mcm promosi kebun bunga gitu, hehehe..

    ReplyDelete
  2. time kasih mak cik ajar kak nina masak..kenyang kami kat sini =)

    ReplyDelete
  3. Kakak Pazila >> tu aksi di luar kawalan. aksi separa sedar. kakak, kat sini beraya,seme orang usung DSLR cam usung digital camera biasa je. kakak tengok2kan la harga DSLR kat website argos.murah ke kat sini?kalau ok,adik yg comel ni cam nak rembat 1 bawak blk mesia.ngee..

    adik eica >> makcik memang chef kek kampung ni ah..anak daro makcik ni yang mengado2..kalau balik kampong,sumo nak makcik yang masak... (monolog : apsal mak aku cakap bahasa spanish?bukan patutnya cakap bahasa german ke? =p)

    ReplyDelete
  4. salam..

    selamat hari raya nina.. maaf zahir batin..

    wah, menariknya si baldu merah.. dah kopipes resepi, tapi xtau la bila nak menerainya.. ;p

    ReplyDelete
  5. Wsalam, Bala budak yang hidangkan tayangan perdana Senario the movie kat rumah dia time raya.hehe..

    Buat...jangan tak buat...percayalah cakap aku resepi tu tak akan bertukar menjadi kek kalau ko simpan je dlm pc.hehe..

    ReplyDelete
  6. nina, harganya lebih kurang sama kot mcm katsini. unless kalau pound sterling turun mendadak la before u balik sini. cuba u cek kat www.shashinki.com/shop utk compare harga ok hehe. x try tgk kat ebay? sana nye iphone mahal x? kalau murah, nk kirim satu haha~

    ReplyDelete
  7. setakat dari mula datang dulu sampai sekrg,baru turun dari GBP5.00 ke GBP4.80 emm.

    ReplyDelete
  8. nina,

    aku dah cuba.. jadi dan sedap cuma x segebu kek ko.. dan aku tergatal tangan tukar warna.. agak scary hasilnya tapi tetap sedap.. ;p

    oh2 aku buh link blog ko kat blog aku utk share resepi.. bleh ek? [dah buh baru mintak izin] ;p

    ReplyDelete
  9. ko buat versi apa yg scary sangat tu? si baldu biru? si baldu hijau? hehe... nanti kalau dah boleh buat sampai jadi yang gebu,aku lantik ko in charge cawangan baru aku kat Puchong ek.hahaha..

    boleh je nak share blog...tapi kalo blog mengekek ni kat www.cup-and-cake.blogspot.com **iklan ini tidak berbayar (",)** tapi yang tu gambo & rege ajelah..resepinya nggak ada.. =) TQ Cik Balkhis..

    ReplyDelete