[Kain pelikat @ Leslie's Apartment] Home away from home
Assalamu'alaikum, selamat pagi semua.
Pagi ni kami kami santai-santai sahaja. We took our own sweet time. Pagi ni nak tukar duit (kami bawa duit GBP balance masa saya di Sheffield dulu dan sedikit USD. Sebab suami saya kata lebih untung/laku di negara asing. Saya pun tak berapa faham. Whateva..) Lepas tu nak jalan-jalan sekitar Itaewon & misi utama : MAKAN. Kemudian, lepas solat Jumaat baru teruskan aktiviti pelancongan kami. Hah.
Makanan Halal di Itaewon
Cherry ice-cream yang dibeli di satu Turkish Cafe di Itaewon. Sedappp~
Singgah mana-mana blog orang Melayu yang ke Korea, mesti jumpa gambar Foreign Restaurant kat bawah ni kan? :) Memang senang nak cari restaurant ni. Ikut je signboard 'Seoul Central Masjid' macam kat dalam gambar aiskim ceri kat atas ni. Akan jumpa baaaaaaanyak restoran makanan halal.
Foreign restaurant ni menyediakan buffet lunch. Tengok pilihan makanan dia pun ok. Harga standard Korea lah. KRW16,000/pax. OKlah. Apa lagi.........bedallah.. Setelah 4 hari makan nasi & kimchi, akhirnya rasa macam sorga donia...dapat makan nasi lauk ayam & daging. fuh..fuh..fuh..nikmat tak terkata. Alhamdulillah....
Bismillah...
Fuh. Lega yahamat dapat makan nasi + gulai. (muka laki aku macam orang kena air ketum lol)
Lauk di sini lebih kepada style Pakistan & middle east. Makanan tak lah banyak sangat, tapi boleh kata sedap. (Saya tak suka buffet yang banyak sangat. Nanti saya pening. haha) Ada pilihan nasi, beberapa jenis lauk ayam, daging, kambing (we are big fan of lamb yo!) ikan, udang, sotong, kentang, salad, mixed vege, terung, cream soup & appetizer; samosa dll.
Lepas tersandar kekenyangan, kami teruskan perjalanan untuk ke Masjid Seoul bagi Solat Jumaat. Sepanjang jalan dari nak ke masjid ni memang banyak kedai-kedai Halal, kedai groceries Halal, kedai buku Islam. Tapi jalan nak ke masjid ni sangat berbukit. So agak penat sikitlah & selamatlah kambing, segala lauk-pauk dalam perut kami ni. hehe..
Selain makanan typical Pakistan & Middle East, ada juga rupanya makanan Korea yang Halal. Terus cakap dengan suami' "Abang, malam ni kita makan kat sini ye". Teringin nak makan daging/ayam style Korea. Ye la, selama 4 hari ni makan makanan Korea tapi cuma boleh makan yang seafood aje kan...
Target untuk ke sini dinner malam ni :)
Solat Jumaat di Seoul Central Masjid
Alhamdulillah sampai juga. Sebenarnya saya agak excited untuk ke masjid ini semasa masih di Malaysia. Saya google gambar masjid ini dari blog orang & jadikannya wallpaper desktop saya.
& Memang sengaja merancang supaya hari Jumaat berada di Seoul agar dapat kesempatan Solat Jumaat di sini...... Alhamdulillah, syukur.
Walaupun cuma suami yang ada rezeki solat di sini, saya tetap teruja melihat oppa Muslim yang masih muda menghampar carpet bagi yang terpaksa bersolat di luar masjid. Pengalaman kali pertama mendengar Khutbah Jumaat dalam bahasa Korea juga amat mengujakan. Saya sempat merakam video khutbah tersebut. ~Cool B-)
Seoul Central Masjid
Prince Sultan Islamic Preschool di tepi perkarangan masjid
There's the end of Spring '2012
Seronok tengok Korean Muslim
Oppa Muslim :) Baju merah & baju maroon.
Solat Jumaat @ Seoul Central Masjid
Entah berapa kali budak ni pusing lari-lari. Comel :)
Not-yet-Muslim melihat & merakam orang Islam bersolat
Korean Ustazah
Selesai solat Jumaat, anak-anak ini pulang semula masuk ke sekolah. Di tangan mereka ada bungkusan roti dan air. Ada yang bersedekah barangkali.
Di pintu sekolah, Ustazah sudah mananti, membukakan pintu untuk mereka. Seorang demi seorang bersalaman & mencium tangan Ustazah sambil masuk ke bangunan sekolah.
Hey hey.. suami saya pun dapat juga lah. :)
Gyeongbokgung / Gyeongbok Palace
"[Subway] Gyeongbokgung
Start. Itawon Line 6
Transfer1. exit Yaksu take Line 3
End. exit Gyeongbokgung Station ( Exit #5)"
Begitu bunyi arahan dalam itinerary saya. Stesyen Metro Gyeongbokgung ni besar. Jauh perjalanan nak sampai ke jalan luar. Tapi Fazira kata tak jauh mana pun. Mungkin kerana kaki saya yang dah melepuh teruk tu menyebabkan jalan yang dekat pun terasa jauh.
Sepanjang jalan underground dari tempat turun metro hinggalah ke luar jalan ke Gyeongbokgung, banyak info sejarah di sepanjang lorong. Dan di dalam stesyen ini juga ada Seoul Metro Art Center. Masa kami pergi, sedang ada pameran seni laut.
Akhirnya....;
Sampailah kami di Istana Gyeongbuk.
National Palace Museum of Korea di jalan keluar stesyen, bersebelahan Gyeongbokgung
Selamat datang.
Built in 1395, Gyeongbokgung Palace is also commonly referred to as the “Northern Palace” because it is the furthest north when compared to the neighboring palaces of Changdeokgung (Eastern Palace) and Gyeongheegung (Western Palace). Gyeongbokgung Palace is arguably the most beautiful and remains the grandest of all five palaces.
The premises were destroyed by fire during the Imjinwaeran War (Japanese Invasion, 1592-1598). However, all of the palace's 7,700 rooms were later restored under the leadership of Heungseondaewongun during the reign of King Gojong (1852-1919) .
Remarkably, the most representative edifices of the Joseon Dynasty, Gyeonghoe-ru Pavilion and Hyangwonjeong Pond are still relatively in tact. Woldae and the sculptures of Geunjeongjeon (The Royal Audience Chamber) represent past sculpture of contemporary art.
The National Palace Museum of Korea is located south of Heungnyemun Gate, and the National Folk Museum is located east within Hyangwonjeong.
Sumber : Visit Korea Website
Agenda kemuncak di istana ini ialah selain bergambar & ziarah tempat bersejarah...acara yang ditunggu-tunggu iaitu Royal Guard Changing Ceremony. Upacara pertukaran pengawal dilakukan 1 jam sekali mulai 10 pagi hingga 3 petang.
Shh..sh.. Upacara dah nak mula;
Berarak keluar perkarangan istana dengan iringan gendang & muzik lama istana;
Upacara ni pun saya ada rakam videonya :) Suami saya seorang yang minat & mencintai sejarah. Bila sampai tempat-tempat begini, dia mesti nak explore habis-habisan.
Sudahnya dia seorang je yang masuk ke bahagian dalam istana. Dengan blister di kaki saya yang bertambah lagi ke kaki sebelah pula, sangat sakit, saya sanggup tunggu di perkarangan istana.
Tiket:
KRW3,000 (Gyeongbokgung sahaja)
KRW10,000 (Integrated ticket of palaces- Changdeokgung, Changgyeonggung, Deoksugung, Gyeonbokgung & Jongmo Shrine) Boleh digunakan dalam tempoh 1 bulan
Jadi di bawah ni ialah gambar-gambar di bahagian dalam istana yang SANGAT LUAS (suami saya kata nasib baik saya tak ikut. Kalau tak, kesian nak jalan dengan kaki macamni). Disebabkan saya tak masuk, layan ajelah gambar-gambar ni tanpa cerita ye. Nak tau lebih lanjut, tanya suami saya :)
Lebih 1 jam saya menunggu suami saya explore keseluruhan kawasan dalam istana. Katanya dia dah pergi sampai ke hujung istana. Sangat luas.
Yang pastinya, dalam masa 1 jam lebih tu, saya sempat saksikan 2 kali lagi upacara pengawal istana. 1 upacara pertukaran pengawal yang sama macam tadi & 1 upacara penutup (jam 3 petang). Nak sangat tengok changing guard ceremony kan Nina? Nah, hamik. :D
Apapun seni istana ini sangat indah di hati saya & pastinya di mata sesiapa sahaja yang mengunjungi tempat ini;
Perspektif
Istana tinggalan sejarah diapit bangunan gergasi moden.
Lokasi seterus kami ialah Dongdaemun. Shoppingggg..!!! Keluar dari istana untuk stesyen metro, tertarik dengan keunikan pokok....
Dongdaemun
Jom naik metro lagi!
[Subway] Dongdaemun
Start. Gyeongbokgung Line 3
Transfer1. exit Jongno3(sam)-ga take Line 1
End. exit Dongdaemun Station (exit #9)
Gagahkan kaki demi bershopping. Dongdaemun Shopping Complex ni bertingkat-tingkat. So, ambil gambar dulu. Senang nak refer nanti. Motif utama ke sini sebenarnya ialah nak mencari kain ela Korea cotton dan brooch. Tapi...tapi..layan dulu gambar ni. Nanti kite cerita....
Cantik-cantik comforter kat sini. Geram rasanya. Saya beli 1, pilih corak yang bercirikan tradisi Korea. Boleh fefeeling Koreya bila dah balik rumah nanti :D
Dongdaemun ni boleh dikatakan syurga dunia bagi tukang jahit. Macam-macam lace yang sangat cantik ada di sini. Saya yang tak reti menjahit ni pun rasa geram. Macam senang je..buat baju plain, lepas tu tampal je lace comel-comel ni. Kalaula saya pandai menjahit....
Lace
Butang
EH, tadi kata nak beli kain cotton & brooch. Mana kain & kerongsangnye? Inilah cerita sedih nak bagitau.
Sebenarnya kami tak tau kedai kat sini tutup awal. Masa kami sampai tadi dah pukul 5. Pilih-pilih dan beli comforter dan souvenir Korean steel (garpu kecil untuk cucuk jeruk/dessert/buah ada diamondte comel untuk mak & mertua) kat level bawah, bila naik atas nak cari kain & brooch, mostly kedai dah tutup. Memang rasa agak frustlah sebenarnya.
Lalu kuhayunkan langkah kaki ini keluar dari Dongdaemun dengan hati yang hiba. Huwaaa...nanges T_T
Di luar Dongdaemun;
Motor unik pengangkut barang
[Unik] Ahjushi berdua ini sangat macho menolak dan menarik kereta sorong sarat muatan kain yang berkodi-kodi. Pastinya sangat berat.
Cheonggycheon Stream
Jalan-jalan sambil makan ceri paling sedap di dunia
Ada cerita lucu masa kami dalam perjalanan dari Dongdaemun nak ke Cheonggyecheon Stream. Sambil-sambil jalan, suami nak cari jersi Korea. Kami pun jalan-jalan, keluar masuk kedai-kedai di sepanjang jalan. Sampailah kami dah tak tau kat mana kami masa tu.
Sesungguhnya air muka pelancong yang dah lost ini sangat mudah dikesan oleh orang tempatan. Masa tengah tercangak-cangak di bus stop, ada seorang ahjushi yang sudah agak tua bermurah hati nak tolong kami. Tapi suara dia agak kasar. Macam marah-marah, tapi dalam hati ada taman. Dahlah kami tak faham apa dia cakap. Dia lagilah tak faham kami cakap. Berkali-kali kami cuba menyebut;
Cheonggyecheon...
Cheonggyecheon.....
Cheonggyecheon.........!
Tapi ahjushi ni macam tak boleh nak faham-faham jugak. Mungkin tajwid kami salah. Kami pula tak ada tulisan Cheonggyecheon dalam tulisan Hangul. Akhirnya suami keluarkan buku poket Bahasa Korea yang dibeli di LCCT hari tu. Kami tunjukkan perkataan river dalam tulisan hangul. Dia dengan tegas & garangnya tapi baik hati cakap dalam bahasa Korea sambil buat isyarat yang "kat kawasan ni takde sungai. Sungai besar. Tak ada kat sini." Saya dah tak tau nak cakap apa. Sampai akhirnya saya cakap Melayu je dengan pakcik ni.hahahaha. Memang rasa nak lepaskan diri dari ahjushi ni. Tapi pakcik ni bersungguh nak tolong walaupun kami macam dah *takpelah pakcik, kami cari ikhtiar lain. terima kasih OKbai*.
Akhirnya dengan izin ALLAH, ahjushi ni dapat juga hidayah & dia dapat tangkap yang kami nak ke Cheonggyecheon Stream. Fuh lega. akhirnya.... Sebenarnya kat belakang bangunan kedai tu aje pun. Punyalah panjang bertekak dengan ahjushi tu lol
Sebenarnya plan kami;
- nak jalan menyelusuri Cheonggycheon Stream terus sampai ke Insadong. Cari Skin Food ;)
- Kemudian nak ke Namsan Tower
- kemudian ke Banpo Bridge untuk menyaksikan water feature show
- Kalau rajin, nak ke Cheonggyecheon Stream semula sebab malam lagi cantik
Tapi rezeki kami sampai di situ sahaja. Hujan tiba-tiba turun. Belum pun sempat kami menapak jauh, terpaksa naik semula ke jalan untuk ke stesen metro. Kami ambil keputusan untuk terus pulang ke Itaewon disebabkan hujan yang turun mencurah-curah di senja terakhir kami di sini.
Itaewon @ Night (Skin Food, Innisfree, souvenir shopping & dinner)
Sampai di stesyen Itaewon, kami singgah di Tourist Centre yang ada di situ. Idea suami untuk bertanya route yang paling mudah untuk ke Nami Island esok pagi. Sebab kalau lihat di peta subway, train untuk ke Nami Island macam dah terkeluar dari kawasan metro. Lepas dapat route direction, kami diminta untuk mengisi borang survey kepuasan pelancong.
Kemudian dapat hadiah kipas tangan sorang satu. Yeay!
Di Itaewon, kami beli souvenir di kedai khas menjual souvenir Korea. Macam-macam ada di Itaewon. Suami saya pun lepas hajat nak beli jersi Korea murah :) Punya rami orang Malaysia ke Korea, sampai ahjushi kedai tu pun pandai cakap Melayu. Masa kami nak balik lepas dah siap beli, dia kata;
"Terima kasih... Jumpa lagi... InsyaAllah..." (siap ada InsyaAllah!) :)
Disebabkan tak dapat ke Insadong, lepas beli souvenir anak buah & ipar duai, saya insist untuk mencari Skin Food & Innisfree di Itaewon (kawan-kawan kirim + souvenir untuk kakak-kaka saya). Mesti ada Skin Food di Itaewon. Saya yakin! Saya cuba tanya pada sorang unni cantik ni. Dia cuba mencari kedudukan Skin Food Itaewon dengan smartphonenya. Tapi tak dapat. Dia minta maaf, katanya dia baru beli. Jadi belum mahir lagi. Dia suruh kami tunggu sekejap & terus dia berlari-lari masuk ke dalam restoran pizza di sebelah kami. Rupanya dia tanya dengan pekerja dalam restoran tu. Dia keluar semula & tunjuk arah untuk ke Skin Food pada kami. Baiknya..bersungguh-sungguh. Lepaslah hajat saya nak beli Skin Food murah (",)
Aktiviti malam kami diakhiri dengan dinner di Murree Restaurant yang menyediakan makanan Korea Halal (gambar siang tadi sebelum pergi Masjid)
Bulgogi jjigae untuk suami & bulgogi bibimbap untuk saya
Memang enak menikmati makan malam sambil 'cewi' dengan barang-barang hasil shopping di sisi. ihik.
Masa makan, ada sepasang lagi pasangan suami-isteri dari Malaysia dalam restoran tu. Lepas maka, kami sempat borak-borak. Banyak tempat yang diorang tak pergi lagi. Hanya bersiar-siar sekitar Seoul. Honeymooners katekann.. Saya koyakkan itinerary saya part Namsan Tower dan berikan pada mereka. Kalau kami tak dapat pergi, sekurang-kurangnya itinerary saya membantu orang lain untuk sampai ke situ. Kira sampai hajat ajelah, walaupun tuan empunya itinerary tak sampai. haha... OKpe...
Dining interior Restoran Murree yang indah.
Malam di Itaewon agak sibuk & meriah. Almaklum, tempat yang penuh dengan tempat membeli-belah, pub, restoran dan lain-lain. Memang salah satu tempat tumpuan di Seoul.
Masa melalui jalan berbukit, kagum dengan orang Korea yang mampu berjalan laju dengan high heels runcing 3 inci menaiki bukit. Hebat!
Abang tengok apa?
Tengok faux food display di luar restoran. Macam betul.
Itaewon di waktu malam, bagaikan Bukit Bintang.
Satu yang unik di sini, pada waktu malam akan kelihatan khemah-khemah macam di bawah ni di tepi jalan. Di dalamnya macam ada gerai makan. Nampak sedap. hehe. Waktu siang khemah-khemah ni tak ada. Bila malam baru ada...;
Sampai di rumah Leslie, kami (suami!) siap-siap pack barang sebab esok kami akan terus ke Nami Island dan terus ke Airport. Malam ini malam terakhir kami bermalam di Korea. ~sobs...
Sepanjang di korea...inilah air mineral yang setia menghidratkan badan kami. Dah berbotol-botol kami beli sejak di Suwon-Jeju-Seoul. Snap gambar botol terakhir sebagai kenangan... (tiba-tiba nak sedih teringat kenangan botol air mineral Korea lol)...;
Kisah Kami & Korea 5 (Seoul)
Like seribu kali bleh..hehe
ReplyDeleteBerbaloilah kalau dapat like 1000x. Sebab gigih menulis post yang panjang gile ni. Hehe :D
Deletemasih setia menanti ending journey ni hehehe
ReplyDeleteThanks for reading. Sorry lah yang, akak nak ngabiskan post Bromo-Surabaya sementara tengah panas ni. Nanti akak sambung balik cerita Korea. Tinggal Nami Island & wrap up je. :)
DeleteBila nak peginye..?
salam..sye pn nk like jgk ♥ xcited nk ke korea bc blog nih..insya Allah x de pe aral kami akn ke sne end of may.entry trip ke korea ni ngn itenary insyaAllah arap dpt membantu.thanks 4 da sharing
ReplyDeleteW'salam. itinerary sent to eikiichi09@yahoo.com !
Deleteselamat bermusafir :)
Salam, saya pun sdg tulis berkenaan korea. Cantiknya gambar
ReplyDeletewsalam. terima kasih singgah. guna digital camera biasa je. Nikon Coolpix S3100
Deleteasalammulakum ... ... bestnye baca diari nina n husband kat korea... best gler komplet... akak decide nak gi sana gak bulan 11 ni.. tulah ingat nak tanya nina sikit sebanyak. Terlalu banyak nak tanya.. x tahu nak tanya mana satu.. hehehehe... ingat nak ke jeju gak... bak kata nina alang2 ke korea rugi x gi jeju island... nina naik flight ke jeju dr airport mana? leh share itinerary ?
ReplyDeletewa'alaikumussalam. bagi email address. nanti sy email itinerary nya.
Deleteassalammualaikum,
ReplyDeleteboleh saya dapatkan itinerary n details bout seoul. nak ke korea on sep.
emel nurhidayah2301@gmail.com
thanks:-)
wa'alaikumussalam. ok sy dah email.tapi ni yg saya prepare sebelum pegi tau.mungkin ada perubahan dan pembetulan sikit.
Deleteassalamualaikum,
ReplyDeletenak tanya apartment tu rumah kawan awak kee sewa?? emel sy iti boleh?
safuaria@gmail.com
terima kasih
wa'alaikumussalam.
DeleteApartment tu saya booked through airbnb.com
Itinerary emailed.
Boleh minta tolong emelkan itenary pada saya.saya akan pergi pada 30hb ogos ini. areten_iera@yahoo.com terima kasih
ReplyDeletesalam. itinerary emailed.
DeleteSalam nina. Sy pon nak itenarary tu. nak g korea okt ni. Email sy aziarif@yahoo.com
ReplyDeleteSalam nina. Sy pon nak itenerary sbb nak g korea bulan okt ni. Email sy aziarif@yahoo.com
ReplyDeletew'salam.
DeleteOK, done. Saya dah email.
Salam. Sy pon nak itenerary sbb nak g korea bulan thn depan. Email sy ika_nas@yahoo.com atau wardrobeumi@gmail.com
ReplyDeletew'salam.
DeleteOK, done. Saya dah email. Sorry lambat.
salam..boleh email itenerary jugak x?lindaehsan05@gmail.com
ReplyDeletew'salam.
DeleteOK, done. Saya dah email. Sorry lambat.
Salam kak nina. Saya pelajar ukm dan akan ke korea bulan8 hingga 12 tahun ni sbb terlibat dlm program pertukaran pelajar ke ajou university selama 1 semester. Jadi amatlahh beruntung sekiranya saya dapat contact number sahabat kak nina disana dan sy tak rancang lagi nak melawat mana2...bila baca blog kak nina wahhh banyak nye tempat menarik.. boleh tak nak itenerary kak nina untk persediaan ke sana nt.. tiket air asia pergi balik ke korea masa akak p berapa ye kak??sy ingt nak p jeju island then nak p melawat osaka klu berkesempatan.
ReplyDeleteW'salam. Bagi email address ya. Nanti Akak email itinerary.
DeleteDulu dapat tiket Seoul RM575 return.
Salam...nak tya nina...leslie's apartment tu kat area mana ye? Apartment tu ada berapa bilik. Bole sewa satu unit apartment tu ke..tq
ReplyDeletewsalam.ada 2 bilik. 1 bilik leslie & kawan dia duduk. 1 bilik lagi dia sewakan.
Deletesalam kak nina..boleh mntak itenarary sist ke korea? best sgt bce entry korea ni..
ReplyDeletelpas tu nk mntak link untk leslie apartment tu boleh x?
sbb sye dh cr kat air bnb xjmpe plak =)
ni email sye anyssaneesa@gmail.com
thank you (^_^)
Hi this is Leslie, the host of your house when you last visited korea. I longer own the place nor operate an Airbnb so please delete my information because I continue to have requests from strangers. Thank you
DeleteHi Leslie.
DeleteI've delete the above comment mentioning your email & contact number. I apologize for the inconvenience.
Nina mana nak beli Integrated ticket tu ye? lagi 3 hari nak berangkat baru nak cari.ehehe
ReplyDeleteIntegrated ticket maksudnya pass utk naik metro & bas ke?
DeleteKalau yg itu blh beli kat 7E sana atau any convenient store. Kat airport p[un ada.
Ask for 'T-money'.
Salam saya nak iti akak boleh? Thankyou in advance. Wannuralia.wnawz@gmail.com
ReplyDeleteWsalam.OK,dah email.
Delete