Sunday, July 31, 2011

Sweet Lady's Food


Sebenarnya nama kek ini ialah Devil's Food Choc Cake. Tapi saya memang dah lama (sejak 1st time buat) tak berkenan sungguh dengan nama cake ni walaupun dia sangat sedap. Oleh sebab saya hidangkan kek ni masa bulatan gembira aka quranic circle aka usrah Nisa' Padang Serai, muncul idea untuk tukar nama cake ni jadi Sweet Lady's Food Choc Cake.

Untuk yang dah meleleh air liur di FB saya tengok gambar SLFCC ni, ini resepinya... Resepi asal dari Kitchen Guardian..tapi search balik tak jumpa..tapi resepi yang sama digunakan oleh rakan blogger kek CupCakesChek dan saya ringkaskan di sini :)

Sweet Lady's Food Choc Cake

Bahan (a)
1/4 cup buttermilk (1/4 cup milk + few drops cuka biasa, leave to rest ~20 minit)

1/2 cup warm water


Bahan (b)

1 cup flour

1/4 cup cocoa powder
3/4 tea spoon soda bicarbonate

1/4 tsp salt (grind)


Bahan (c)

1/2 cup caster sugar

1/2 cup brown sugar

1/4 cup butter


Bahan (d)

1 egg (Size A - large)

1 teaspoon vanilla


1) Setkan oven anda pada suhu 160 darjah celcius
2) Sediakan bahan
(a)
3) Ayak sekali semua bahan
(b) bersama dan ketepikan
4) Pukul butter kemudian masukkan lain-lain bahan
(c)
5) Masukkan bahan
(d) kedalam adunan butter & gula yang sudah dipukul
6) Masukkan bahan
(b) dan (a) berselangseli hingga habis
7) Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper & bakar 30 minit atau sehingga masak (
tooth pick comes out clean)

Cheese frosting
125 gram cream cheese

1/4 cup butter

1/2 cup ising sugar

1 teaspoon vanilla


Choc ganache
200 mL warm whipping cream

250 g dark choc/regular cooking choc (chop finely)
a pinch of salt

Fresh Strawberries

1 pack Strawberries

(i used *always use* Driscoll's. potong2 & hias atas cake yang sudah di sapu dengan cheese frosting & disimbah choc ganache;) )


Nota

1. Musim Summer di hemisfera utara adalah masa terbaik utk buat kek ni sebab Driscoll's Strawberries murah ketika ini & saiznya juga besar2 :) Saya sudah cuba dengan Zespri's gold kiwi tapi tak sesedap strawberry. & Saya agak pesimis dengan Cameron Highlands Strawberries. Only Driscoll's can go on my SLFCC \(^_^)/

2. Petua buat cake : pastikan semua bahan berada dalam suhu bilik (keluarkan awal beberapa jam, no rapid thawing please..), melainkan resepi memerlukannya dalam keadaan panas/sejuk.

3. 'Undang-undang' penyimpanan kek : pastikan kek berada dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk. Jika tidak, kek akan menyerap segala bau-bauan mashem peti sejuk anda & rasanya berubah menjadi tidak sedap & keras.


Saturday, July 23, 2011

Nurani


Saya tak pernah menulis lewat malam begini. Tapi malam ni hati saya tersentuh. Dari satu ke satu video saya klik dan klik...yang rata-ratanya membawa saya pulang ke sekitar 15 hingga 16 tahun yang lalu. Tersenyum sorang-sorang saya malam ini.

Tapi saya terkesan dengan kisah disebalik lagu ini apabila salah seorang yang meninggalkan komen menyebut tentang kisah Teh Afifah.



Lalu jari saya pun terus menaip nama itu di ruang carian google. Dengan lagu yang masih terpasang, saya membaca kisah beliau 2 tahun yang lalu... sangat menyedihkan.

Pengantin sempat kirim SMS terakhir

PADANG BESAR 12 Dis. - "Jangan terkejut tengok pakaian abang esok."

Gurauan itu dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Mohd. Ariff Abd. Kadir, 23, buat isterinya, Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid, 23, selepas mereka diijab kabul semalam.

Namun siapa pun tidak menyangka gurauan itu membawa makna serta kesan berpanjangan buat Teh Afifah.

Mohd. Ariff mengirimkan SMS tersebut sebelum pulang dari rumah isterinya selepas majlis akad nikah di Masjid Intan Safinaz, Anak Bukit di Alor Setar, Kedah, kira-kira pukul 10.45 pagi.

Perkara itu dinyatakan oleh abang Allahyarham Mohd. Ariff, Dr. Mohd. Hafiz, 26, ketika ditemui di rumah bapanya di Taman Melati Indah di sini hari ini.

"SMS tersebut dihantar selepas majlis akad nikah, iaitu sebelum kami balik ke Perlis. Dia menghantar SMS itu untuk memaklumkan bahawa pakaian yang akan dipakai ke majlis persandingan hari ini cantik dan tidak diketahui oleh Teh Afifah Syahirah.

"Namun lain pula yang berlaku dan kami menerima ketentuan Allah itu dengan reda," ujarnya.

Beliau juga menyatakan, kenduri kahwin yang dijadualkan di rumah mereka esok untuk kira-kira 1,500 jemputan juga telah ditukar kepada majlis tahlil.

"Esok kami hanya akan buat tahlil. Tetamu yang dijemput tentunya sedia maklum berhubung kemalangan seperti yang disiarkan oleh akhbar hari ini," ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang semalam, pengantin yang baru bergelar suami kira-kira tiga jam itu, maut bersama bapanya, Ab. Kadir Awang, 55, dan ibunya, Apsah Othman, 59, serta jurugambar pengantin, Mohd. Farhan Musa, 18.

Kejadian berlaku di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di sini, selepas kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu Ab. Kadir dari arah Kangar itu bertembung dengan bas pelancong.

Tragedi itu berlaku selepas keretanya terbabas akibat tayar meletup hingga memasuki laluan bertentangan.

Kereta tersebut yang dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Taman Melati Indah di sini, remuk hingga terperosok ke bawah bahagian hadapan bas.

Menurut Dr. Mohd. Hafiz, pasangan itu sepatutnya bersanding di rumah Teh Afifah Syahirah di Taman Berlian, Alor Setar hari ini, manakala kenduri menyambut menantu sebelah pengantin lelaki pula esok.

Teh Afifah Syahirah penuntut tahun akhir pengajian kejuruteraan kimia di Auckland, New Zealand pulang ke tanah air untuk melangsungkan perkahwinan.

Mohd. Ariff pula yang baru menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di United Kingdom tahun ini akan melaporkan diri sebagai pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau di sini pada 16 Disember ini.

Jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Darat, manakala Mohd. Farhan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Beseri, di sini malam tadi.

ALLAHUAKBAR...kalau saya...saya pasti tak mampu!

Bersyukur...walaupun 4 tahun ini perkahwinan saya & suami diuji, yang kadangkala ada rasa kalah & mengalah dalam diri, tapi terima kasih TUHAN kerana tidak menguji aku sepertimana KAU uji Teh Afifah.......

Al-Fatihah.....


-------
Photo : credit to Teh Afifah (FB) & google