Thursday, May 27, 2010

Tips membeli rumah secara sub-sale

Jangan tertipu. Ini bukan rumah saya =)

Mungkin masih obses dengan rumah yang baru didiami, maka saya menulis entry berbentuk seperti ini. Sedikit pengamalan yang boleh dikongsi untuk sahabat-sahabat yang ingin membeli rumah secara sub-sale atau dalam bahasa yang mudah difahami, 'beli umah second-hand'. Sebahagian tips ini tidak boleh diaplikasi bagi pembelian rumah baru yang masih 'di alam kayangan' daripada pemaju, OK.

  • Dapatkan harga yang mahu dijual daripada vendor (tuan punya rumah/penjual rumah) beserta jumlah renovation yang telah dibuat & berapa lama renovation itu telah dibuat. Sekiranya usia renovation tidak sampai 5 tahun, ambil hanya 1/2 nilai keseluruhan renovation -atau- hanya 1/3 nilai renovation bagi renovation yang telah melebihi 5 tahun. Tambah dengan nilai semasa harga rumah yang setaraf (Semi-D setingkat / teres corner lot / dll...) dan bandingkan dengan harga jual yang ditawarkan oleh vendor. Dari situ kita boleh tahu sama ada rumah tersebut adalah berbaloi atau lebih mahal.
Contoh (teres 1 tingkat corner lot):
Offer price:
RM200k (dengan renovation bernilai RM40k berusia 4 tahun)
Harga rumah teres 1 tingkat corner lot semasa: RM160k
Nilai semasa renovation : 1/2 x RM4ok = RM20k
Jumlah harga jual sepatutnya : RM160k + RM20k = RM180k
Jadi, anda dah rugi RM20k !!

  • Aksesori lain yang 'melekat' di rumah seperti air-cond, railing langsir tiada nilai dalam hartanah ye, kawan-kawan. Jadi jangan terpedaya dengan dialog "Rumah kita memang mahal sikit dari rumah lain sebab saya tinggalkan 5 bijik aircond" hehe.. (Tapi terpulanglah kalau anda nak consider juga. Apa yang pasti, ianya tidak membantu anda untuk mendapatkan loan yang tinggi. Valuer tak kira semua tu ) (^_^)v

  • Periksa harga rumah yang ditawarkan oleh vendor dengan bank terlebih dahulu sebelum buat S&P agreement lebih-lebih lagi jika anda berura-ura untuk mark-up harga bagi mendapatkan loan yang lebih tinggi. Takut-takut harga rumah below market price, anda pulak yang rugi sebab dah terbuat supplementary agreement untuk mark-up loan. Walaupun anda gagal mendapatkan extra loan, tapi extra charge dalam legal fee untuk supplementary agreement tu anda tetap kena bayar.

  • Sekiranya anda membayar duit booking (kebiasaannya 1% dari harga rumah) kepada vendor, pastikan anda exchange fotostat kad pengenalan. Resit sahaja tidak memadai. Kita pun baru je kenal tuan tanah kedaung tu, kan? So, macam-macam boleh berlaku. (Nota : jangan lupa palangkan i/c fotostat anda ye )

  • Em..pastikan cahaya matahari masuk ke rumah tersebut pada waktu pagi, dan bukannya matahari petang. Matahari pagi mampu menggerakkan kita bangun dari tidur. Heh. Matahari petang pulak bahangnya panas sedangkan waktu petanglah kita nak beristirehat. Matahari petang, bahangnya sampai ke malam. Bawa kompas ketika nak tengok rumah. Itu lebih baik.

  • Kalau ada masa, datang semula ke kawasan kejiranan tersebut & risik-risiklah dari jiran terdekat. "Area ni ok ke..", "Kenapa tuan rumah tu nak pindah.." Hehe...(Tapi saya pun takde masa untuk tips terakhir ni =)
Cukup setakat ini dahulu..kalau ada yang terlupa dan tertinggal, akan saya tambah di lain siaran ;-p

Kenapa saya beli rumah second hand

Sebenarnya saya&suami belajar daripada pengalaman kawan-kawan yang beli rumah baru dari pemaju di sekitar daerah Ku**m ni..Ada yang dah bayar rumah setahun, malah ada yang dah bayar 3 tahun, tapi masih tak dapat kunci. Saya takut pada risiko sebegini, lebih-lebih lagi bukan seribu dua yang kita keluarkan untuk modal beli rumah. Tambahan pula, kalau dah jumpa rumah yang dah siap segala dengan renovation (yang saya rasa kalau sayala,sampai ke sudah saya tak buat plaster ceiling se-detail itu), bak kata "masuk rumah cuci kaki"lah...Apa lagi? Dah tentu berbaloi-baloi,kan?

Apapun, pengalaman pertama membeli rumah ni mengajar saya & suami banyak perkara tentang ilmu hartanah, perbankan, simpanan KWSP, perundangan dan banyak lagi. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. AlhamduliLLAH atas ilmu-NYA =)

**Masa mula-mula tengok rumah, saya perasan jiran seberang rumah ada bela anjing. Suami saya kata,"takpelah, dia boleh tolong tengok-tengokkan rumah kita nanti" =p

2 comments:

  1. Macamla dekat ko boleh datang =p

    Tak taulah lagi. Tak sempat lagi. Hujung minggu ada2 aje.. Family pegi umrah,program kat sekolah husband,sepupu bertunang.bla..bla..

    ReplyDelete