Friday, May 31, 2013

Cinta di Jawa Timur 4 & 5 (Surabaya : Shop n' Dine)


Rabu-Khamis, 13-14 Mac 2013

Masa di Malaysia dalam persiapan terakhir ke Surabaya, saya kerap contact Kak Ruby (my ex-university mate 2001-2004) dulu saya ambik BSc Chemistry Kak Ruby ambik BSc Maths. Sekarang Kak Ruby further study kat Universitas Airlangga, Surabaya. So Kak Ruby banyak suggest tempat & transportation option.

So dalam entry ni saya akan cerita khas aktiviti makan dan tempat yang best untuk shopping sepanjang 3 hari 2 malam di Surabaya.



Sim card Indonesia

On the way dari kawasan Lumpur Lapindo ke Bromo (1st day), kami singgah beli simcard Indonesia. Kami ambil simpack SimPati dari syarikat telekomunikasi Telkomsel. Adi yang pilihkan. Adi kata line ni kat dalam hutan pun ada coverage. Waaaaahhhhhh... (seriously keesokan harinya saya mampu ber-instagram dari pinggir kawah Bromo!!!)

Kos hanya IDR 13ribu shj. IDR 3ribu untuk simpack dan IDR 10ribu untuk kredit prepaid (pulsa). Murah kan?



Tanggulangin

Di sini tempat untuk membeli belah dengan jayanya dan yang paling famous ialah produk genuine leather. Walaubagaimanapun, barangan kulit synthetic atau campuran tetap ada dijual. Kena tanya pada staff kat situ, insyaAllah boleh dipercayai.


Saya puji kejujuran pekerja Komplek Pertokoan PERMATA Sidoarjo. Masa tengah pilih-pilih bag, ada sorang salesman recommend kat saya satu bag ni. Kulit asli katanya. Tapi saya berkenan dengan ada lagi satu beg ni. Harganya lebih mahal daripada yang dia recommend tadi. Tapi dia kata jangan ambil yang saya berkenan tu, sebab bukan genuine leather. Kalau dia cuma fikir untung, lantaklah kan kalau customer dah nak ambik yg mahal tu.kan? kan?

Hasilnya, saya beli hobo yang sangat besar (yang salesman tu recommend tadi) dgn harga setelah diconvert RM200 sahaja. Kalau kat Jusco/Parkson agak2 RM200 dapat handbag material apa? Kita sebenarnya beli jenama kan? huhu..

Suami saya beli belt & sling bag. Sling bag dia RM70 je, kalau kat Malaysia rasanya around RM200 gak la (yang takde brand).




Rawon Setan


'Rawon' ni sebenarnya sup daging versi Indonesia (sup agak hitam/keruh). Sedap, sangat berempah. Dan 'Setan' pula datang dari sambalnya yang pedas gila! Masa kami makan ni tengah hujan lebat. So memang kena sangatlah menu dengan cuaca.


Set Rawon : Sup daging berempah (dihidang campur dalam nasi atau boleh minta mangkuk asing), nasi putih, ulam tauge besar & sambal 'setan'nya.

Turut mengiringi hidangan ialah sepinggan tempe goreng, paru goreng & bergedel. Dia akan charge yang kita ambil sahaja. Saya ambil my favourite bergedel & paru.



Toko Buku Gramedia

Oh, pencinta buku yang naik AirAsia ke Indonesia, mohon beli luggage lebih. Rasa nak pengsan kat sini, nak tido, nak berkhemah kat sini, rasa nak pengsan lepastu bangun balik sambung shopping. Buku longgok-longgok kat bawah ni tersangatlah murah, harga bermula IDR3ribu!! SINGGIT!! SINGGIT!! SINGGIT!! ada yang RM2..RM3.. fuh! *berpeluh*


Dan kat tingkat atas, buku dengan harga biasa. Buku harga biasa dia pun jauh lebih murah banding di Malaysia. Hasilnya......


Yang color merah macam wallet itu ialah tafsir Quran. Sangat best & MURAH! Kalau kat Malaysia, harga macam Quran tafsir yang saya beli ni boleh dapat Quran poket saiz kecil kulit kertas je kot... & sekarang Quran ni dah jadi Quran kesayangan saya. Keindahannya jadi sumber motivasi supaya saya yang pemalas ni semakin rajin baca Quran & tadabbur tafsirnya, ameen..

Saya beli beberapa buku tentang Jawa. Bila berkawan dgn Pak Martono & Adi, saya rasa saya adalah anak Jawa yang sangat looser tak tahu banyak benda pasal keturunan sendiri. So saya beli buku-buku ni sebagai bekal pencarian asal-usul diri.

Last but not least, buku bestseller Oki (Ana Althafunnisa KCB) special edition. Buku hard cover & sangat indah isinya. Best..best..!! Ni kalau jual kat Malaysia sure mahal gile..

Bila datang sini, rasa macam nak buat business buku online pulak kat Malaysia :)

Tips shopping buku :

Anda ada 3 pilihan.
1. Gramedia (baaanyak buku)
2. Media Idaman (murah tapi kurang buku)
3. Buku lusuh (buku terpakai)

Saya sempat pegi Gramedia je.


Pizza Hut Indonesia

Pegi Indonesia makan kat Pizza Hut? Macamlah kat Malaysia takde.Hehe.. siapa yang pernah makan Pizza Hut kat Indonesia, dia taulah apa bezanya. Masuk je (kami makan di Pizza Hut, Plaza Tunjungan) terus disambut macam la dinner kat hotel. Sangat polite staffnya siap ada gaya tangan yang boleh buat kite semua *ternganga*. haha

And food dia..ye, tidak sama dengan Pizza Hut Malaysia. Oleh kerana tak berapa lapar sebab dah membeduk kat Rawon Setan petang tadi, kami decide untuk makan side dishes  sahaja, tak ambil pizza.


Kiri: Mixberry, Kanan: Blue Ocean


Sambal = Sos cili :)


New Orleans Chicken Wings
(5 bintang : perfecto! rempah dia sedap.yeayy!!)


Pepperoni Cheese Rolls
(4 bintang : benda hitam kat atas tu terlalu masin bagi saya. tapi isinya sedap.)


Deluxe Prawn Bruschetta
(5 bintang : makan sampai terpejam2 mata keenakan)


Bolopronto Fusilli
(4 bintang : ok la, kenyang kot so takde perasaan sangat)


Kesimpulannya.......;

2 menu ini adalah highly recommended!


 
Prawn bruschetta yang sangat nyaman, gebu, empuk, creamy, cukup rasa, udang gemuk lagi fresh & buat anda terbang melayang masuk ke dunia Alice in Wonderland.
( Cousin yang suggest bruschetta ni sebab dia follow blog Cat's cafe )

So, kalau ke Indonesia jangan lupa ke Pizza Hut ye. Sangat berpuas hati dengan layanan yang sangat hebat & makanan nya yang lazat. Total harga semua yang kami makan ni cuma RM50.69 sahaja \(^_^)/



Jembatan Merah Plaza (JMP)

Dan bermulalah aktiviti utama kami di Kota Surabaya.....SHOPPING! Kami ke JMP ni jalan kaki je sebab hotel kami seberang jalan je dengan JMP. Hotel apa? nanti cerita.

Welcome to JMP...
(rasa macam looser je buat gaya tangan macamtu)


|Pandangan dari tingkat atas|
Suasana macam dalam Kompleks PKNS Shah Alam, tapi 10 kali ganda lagi best.
Suka tak Kak Ton? *sukaaaa...!!!*


|Pandangan dari tingkat bawah|

Menurut Kak Ruby, kalau dah pergi JMP dah tak payah pegi tempat lain (Pusat Grosir Surabaya etc) sebab JMP pun dah OK sangat. Since kami pun boleh guling2 je pun dah boleh sampai ke JMP, so kami berulang shopping kat sini ajelah. Factory outlet pun kitorang malas nak pegi.


Kalau korang nak berpecah dengan ahli rombongan, mohon ingat anda berada di JMP 1 atau 2, kat setiap JMP1&2 tu pulak Blok A, B atau C & Lantai 1, 2, atau....  Sila jangan sesat.



Belikan telekung mak kat kedai ni. (Telekung mak yang kat patung ada renda ala kebaya belah depan bunga bulat-bulat tu). Kami ni keturunan ketinggian model. So, most of telekungs from Indonesia doesn't fit us well. Selalu mengalami masalah kain singkat :( Kalau nak beli kena tanya dulu labuhnya. Sehari sebelum fly, tanya mak nak hadiah apa, Mak kata carikan telekung yang kainnya labuh. Yang ini memang labuh! Yeay!!



Kat kedai ni pulak saya belikan suami tercinta kemeja ala-Ustaz Azam KCB ehem. Cik Abang dah balik M'sia semalam, tak sempat shopping. Beli color putih dari kain yang sangat berkualiti, tak jarang. Ada sulam yang tak berapa heavy kat bahagian depan. Sebenarnya saya tak tau nak pilih, so tiru je Ieman (cousin's husband). Dia beli untuk dipakai masa merawat (Darusyifa'). Ternyata Encik Suami sangat menyukainya. Yeay lagi!



Sebenarnya saya sangat suka dengan telekung hitam tu. Bukan hitam. Brownish-deep grey dengan lapisan dalam dan sulam pale pink. Dua lapis kain chiffon yang agak tebal, tetapi lembut. Sangat jatuh hati. Tapi bila convert harga dalam RM300++ rasa macam membazir pulak. So ambik gambar ajela.

Dan di Butik Dannis ni, baju-baju dia sangat cantik!! Tersangat banyak pilihan tshirt muslimah, jubah, kemeja-Raihan dll yang sangat cantik & kreatif. Tapi tak beli pun sebab tak muat. *kesianaku* Saya cakap kat cousin, "Sib baik kita gemuk, kan.. Kalau tak habis duit kita." hahaha


Ohoooiii...Boss I ada butik? ;-)

Personally saya sangat kagum dengan kreativiti rakyat Indonesia berdasarkan fesyen-fesyen Muslimah yang saya lihat di JMP. Unik, cantik, stylish. Mereka sangat kreatif!

Terima kasih kepada Adill, cik sepupu yang banyak memberi khidmat kaunseling setiap kali saya hilang pedoman setiap kali tengok benda cantik (sampai tahap tengok kain lace super-cantik harga beratus pun nak beli, nak buat hape?)



Food Court, Jembatan Merah Plaza

Kalau shopping di JMP kemudian lapar, tak perlu keluar. Makan je kat food court dia kemudian boleh sambung shopping lagi. Selesa, kemas, bersih & menyediakan macam-macam makanan authentic Indonesia, yang penting kami tanya dulu status halalnya. Penting tu.


Suasana food court. Ada payung-payung tergantung cantik di siling.




Saya makan Soto Lamongan, Adill makan nasi penyet & Ieman ambil nasi campur.



My Soto Lamongan.

Sebenarnya saya terpengaruh dengan KCB. Kan Ustaz Azam terima tempahan kenduri Soto Lamongan masa kat Mesir. hehe

Soto Lamongan ni kuah supnya agak kekuningan berbanding kuah sup di Malaysia. Nasi himpitnya menggunakan lontong (ada stain color hijau daun pisang) dan ditabur dengan keriuk-keriuk ala-ala yang macam orang tabur kat ayam penyet tu. Sedap.



Ayam Bakar Primarasa

Kami ke sini berdasarkan list tempat makan best yang disyorkan oleh Kak Ruby. Dari JMP kami naik teksi ke sini. Primarasa ni francais sebenarnya. Kami pergi yang kat Jalan Kusuma Bangsa, Surabaya.

Website Primarasa : http://www.primarasaresto.com/


Kami order nasi putih dengan Ayam Bakar Primarasa, kangkung goreng, set tempe dan sambal serta minumnya.......;

>>>Jus Alpukat<<

Jus Alpukat (avocado) ialah sangat sedap.


Ayam Bakar Primarasa. Sedap, berempah dan tak berlemak. Hanya isi daging kental.

Sepanjang di Indonesia, kami perasan yang ayam di Indonesia ni kecil berbanding ayam di Malaysia. Tapi kami yakin, ianya ayam yang sihat sebab hanya daging solid, pejal, tanpa lemak. Tak macam kita di Malaysia. Ayam gemuk sebab lemak je, orang pun jadi banyak penyakit.

Tapi ayam di Indonesia memang best. Terasa nikmat makan ayam di sini.

Dan disebabkan ayam yang kecil, kami tambah lagi lauk sebab tak cukup. Hehe...

Lauk tambahan : Gurami goreng (ikan talapia). Sedap, tak hanyir, isinya lembut, luarnya sangat garing & rangup.. Sedap sangat makan panas-panas.


In progress..


Mission accomplished!!


Sijil Halal



Mirota

Mirota ni tempat jual souvenir Indonesia. FB Mirota : Mirota Batik & Handicraft Surabaya Segala macam kraftangan Indonesia ada di sini. Misi kami macam biasalah. Cari fridge magnet :)

Di sini saya beli fridge magnet untuk adik beradik, keychain untuk anak-anak buah tersayang, cd lagu Jawa (suami ku yang nak) dan kain batik asli Madura (saya punya!).

Saya suka sangat kain batik yang saya beli tu. Sebenarnya nak cari kain batik asli Surabaya. Tapi rupanya orang Surabaya tak buat batik. So saya dapat batik asli Madura (kepulauan kecil di seberang atas Surabaya). OK lah tu, saya sangat happy sebab sangat cantik dan coraknya adalah rare.

Maaf, takde gambar di Mirota, sebab masa kami sampai di Mirota, hujan turun sangat lebat. Terus berlari dari teksi masuk ke kedai dan lupa sungguh nak snap gambar.



BG Junction

BG Junction ni shopping complex macam biasa. Apa yang menarik di BG Junction ialah banyak kedai jual dvd. Yang penting murahhh sangat! Kalau anda ke sini, saya syorkan ke top floor berhampiran dengan food court. Ada kedai CD di ruang legar.

Budak jambu yang kerja kat kedai ni memang peramah (girlfriend dia kerja kat Malaysia, tapi dia sendiri pun tak tau which part of M'sia LOL). Dia peminat Upin Ipin hahaha. Dia ada terangkan kategori DVD kat sini, 'ada yang ori dan asli & ada yang ori tapi nggak asli!!'. Hahaha acaner tu? kitorang pun tak faham sebenarnya.

Kami tergelak pecah perut kat sini sebab harga cd dia macam tak masuk akal. Mula-mula dia kata harga satu ialah ntah berapa ntah (dah tak ingat) tapi memang murah yang amat la. So kitorang pun memboronglah dengan happynya, apa lagi. Masa nak bayar, kitorang rasa dia macam salah kira. So kitorang tanya balik, minta kira balik. Dia kata betul, sebab beli banyak so dia kira satu IDR5ribu je!!!!!!! (~RM1.70). Masa tu tak taulah, tiba-tiba kitorang hilang kawalan terus ketawa macam nak pecah perut, saya terus melarikan diri ke arah food court sebab rasa macam annoying pulak gelak macamtu, tapi serius tak boleh tahan masa tu. Ya ALLAH, kalau satu boleh jual RM1.70, berapa kos diorang?? Adoiii...

Yuk, nonton!



Es Teller 77 | Juara Indonesia

Plan asal menurut hasil kajian Adill, kami nak medang makan es teller kat food court kat SOGO. Tapi bila saya sms Kak Ruby ajak dia jumpa kat situ, Kak Ruby kata kalau teringin es teller, better pegi kedai Es Teller Juara kat BG Junction.

Sebab food court kat Sogo bercampur dengan stall yang jual babi. Dikhuatiri pinggan & utensils bercampur dgn babi. Kalau tengok food court kat tingkat atas (tempat saya melarikan diri dari kedai DVD tadi) pun saya perasan memang ada stall nasi babi guling kat situ. err...


Es Teller, BG Junction

Es teller ni sebenarnya parutan ais dan santan/susu macam cendol kita. Tapi isinya ialah buah avocado (alpukat), nangka dan isi kelapa (degan). Nyaman sekali.....


Our es teller



Ayam Goreng Fatmawati

Akhirnya selepas almost 10 tahun tak jumpa, berjumpa juga saya & Kak Ruby (lupa ambik gambar sama-sama. huwaaaa....). Kak Ruby tengah pregnant anak ke-2. Comel je tengok Kak Ruby yang kecik molek dah bertukar jadi gemok haha :)

Kami borak-borak kat rumah makan Fatmawati BG Junction ni sampai kedai nak tutup (sopan betul pelayan Indonesia. Sabar je tunggu kitorang habis borak & boleh lagi senyum. Kalau kat Malaysia mesti dah kena sound sambil buat muka mintak kaki). Masa borak2, Kak Ruby & suami je yang makan. Kami masih kenyang sebab late lunch di Primarasa tadi dan baru je lepas membeduk es teller. So Kak Ruby & suami suruh kami tapau sebab dah niat nak belanja kami.

Niat nak menapau Richeese pun kami lupakan. Kak Ruby ada juga bagi kami ole-ole bolen, sejenis pastry puff Indonesia. Ada macam-macam filling dalam satu kotak. Ada pisang, tapai ubi, blueberry dll.


Set nasi ayam goreng Fatmawati tapau ~ supper kat hotel


Nasi putih, ayam goreng, tempe goreng, sambal dan sup sayur asem.

Sedap tak? Mestilah sedap. Rasanya sepanjang percutian di Indonesia ni belum pernah jumpa lagi makanan yang tak sedap!! :) Cuma sup sayur asem tu Adil & Ieman tak makan. Bukan selera diorang. Saya rasa sedap je (pernah makan sekali kat AP Ayam Penyet). Sup sayur yang sedikit unik rasanya, ada rasa masam-masam, ada kacang (macam soya, mak saya panggil tu kacang tdelo) dan ada jagung batang yang dipotong pendek serta beberapa jenis sayur lain.



Ibis Rajawali Hotel, Surabaya

So, inilah hotelnya yang saya kata boleh guling-guling je sampai JMP :p


Masa mula-mula Pak Martono & Adi hantar kami ke sini, saya macam jakun sikit tengok pak guard scan kenderaan kami (1st time bercuti di Indonesia.hehe). Ini prosedur yang biasa di hotel Indonesia. Sebab kes pengeboman hotel kat Bali tu kan..

So ini sekitar dalam Ibis Rajawali Surabaya....;

Comfy bed


I love white wardrobe and furnitures!
(Atas katil handbag baru. ehem.)

Kitorang dapat room rate murah gila kat Agoda. Dapat yang non-refundable RM112/night je!!! Sangat murah khennn.... TQ cousin ku sayang yang cepat, pantas dan tuntas!!


Dan yang penting, seberang jalan je nak ke JMP \(^_^)/


Pemandangan dari tingkap bilik | belah kanan


Pemandangan dari tingkap bilik | belah kiri

Masa stay kat sini satu kejadian telah membuktikan kejujuran staff di sini. Cousin kehilangan sandal Nike kesayangannya masa check in (letak kat lantai sebab tangan penuh nak menulis). Malam ke-2 selepas hilang, Ieman pergi ke lobby, minta bantuan staff di situ untuk carikan sandal cik bini. Panjang la ceritanya sebab staff yang on duty masa kami check in tu tak kerja hari tu and bla..bla. pegi tanya guard bla..bla..bla.. Rasanya dekat 1 jam jugaklah diorang mencari, dan akhirnya jumpa! Staff yang yang on duty masa weolls check-in tu simpankan. yeay!



Kenderaan di Surabaya

Nak naik apa ya dari satu tempat ke satu tempat di Surabaya?

Angkutan?


Bis atau Beca?


Teksi pilihan kami!

Ya, sepanjang di Surabaya, kami lebih senang naik teksi. Dari hotel-Gramedia, Gramedia-Tunjungan Plaza, Tunjungan-hotel, JMP-Primarasa, Primarasa-Mirota, Mirota-hotel, hotel-BG Junction dan hotel-Bandara (Airport).

Sesiapa yang pernah ke Indonesia pasti setuju dengan saya kalau saya katakan teksi di Indonesia jauh lebih selesa daripada di Malaysia dan sangat berbaloi! Kami tahan terus kat tempat kami nak naik, atau kalau tak ada teksi minta je staff hotel / restoran tolong callkan.

Ada lagi satu option : Hire supir.

Sehari dalam IDR450,000 (RM150). Boleh pegi tempat yang jauh-jauh (Tanggulangin, Lapindo, Jambatan Suramadu, Safari etc.). The rest yang tak sempat pegi dgn supir bolehla pegi naik teksi/angkutan the next day. Tapi kitorang tak hire supir pun sebab Adi & Pak Martono willing nak singgah Lapindo dan Tanggulangin on our way to/back from Bromo.

Kepada yang berminat nak hire supir untuk jalan-jalan sekitar Surabaya, bolehlah contact suami Kak Ruby. PM je kat Facebook (Verde Wigid Putra). Dokter gigi yang buat part time supir :) ~Bila borak dengan Kak Ruby kat BG Junction hari tu, rasa macam dah terbalik pulak. Macam Kak Ruby org Indonesia, husband dia pulak yg orang Malaysia. Dah ter-switch slang da diorang laki bini ni. hehe..



Money changer 

Saya ada banyak baca pengalaman negatif blogger Malaysia yang tukar duit di Indonesia. Ramai yang berpengalaman mendapat exchange rate yang merugikan.

Pertama kali, suami tukar duit di Tanggulangin (Toko Permata~tempat saya beli handbag). Exchange rate sama je macam kalau tukar kat Malaysia.

Kali kedua (dan ketiga!) saya tukar di JMP, kat kedai jual langsir di Ground Floor. Pun sama jugak ratenya. Cuma masa kali kedua (tukar guna duit Pound UK) rugi sikit.

Jadi dengan ini, saya dan suami telah sepakat mengisytiharkan bahawa kami telah mengubah persepsi kami tehadap Money Changer di Indonesia yang selama ini dikatakan mahal. Tak semuanya mahal pun sebenarnya.

Tips: Kalau terdesak kat mana-mana negara pun, tak payah tukar pun takpe, guna credit card lebih untung sebab direct exchange. Boleh jimat ~RM1.25 untuk setiap IDR150,000 (~RM50). Sama macam kes saya beli flight ticket Jeju Air dulu. Saya beli buku kat Gramedia, beli baju suami kat JMP, bayar duit makan kat Pizza Hut, Primarasa & Soerabaja Cafe guna credit card je.



Soerabaja Cafe, Juanda International Airport

Disebabkan tak sempat lunch lepas last round JMP tadi, so kitorang makan kat airport je.


Pernah tak tengok the real food lebih banyak dari apa yang dipaparkan dalam gambar iklan? Selalunya dalam gambar je meriah & banyak kan, tapi bila yang sebenarnya punyalah sikit. Tapi di sini ada. Haha... Buntut goreng yang dihidangkan pada kami ni jauuuhhhh lebih banyak dari apa yang dipaparkan dalam gambar menu. WOW!

Kenduri buntut goreng. Sedap!!


Selamat tinggal, Jawa Timur....

Dan berakhirlah kembara kami selama 5 hari 4 malam di bumi Jawa Timur. Perjalanan yang amat mendorong diri ini untuk mencari asal-usul diri. Perjalanan yang banyak mengubah persepsi skeptikal saya terhadap Indonesia. Alhamdulillah kembara kami ini dipenuhi dengan kenangan yang manis-manis, dan dipertemukan dengan orang yang baik-baik (dan makanan yang sedap-sedap!).


Terakhir di Bandara (Lapangan Terbang) Antarabangsa Juanda, Surabaya.
>Gigih nak buat gaya tangan ala-ala waitress Pizza Hut Tunjungan Plaza.ihik<



Last but not least, sila pastikan the very last IDR 150ribu atau RM50 ada di dalam wallet anda untuk personal tax. Kalau tak, tak boleh balik M'sia. ahah!




Rupiah terakhir | Nasi jinggo Bali ala Farah Quinn


Akhirulqalam, total expenses untuk kami husband and wife (2 pax) adalah seperti berikut;

Flight (RM136 x 2) = RM272
Luggage SUB-KUL 20kg = RM40
Accomodation 5D/4N = RM470
Supir 3D/2N = RM550
Taxi = tak ingat
Makan sesuka hati = tak ingat
Shopping sesuka hati = tak ingat

GRAND TOTAL ~RM3k /2 orang (Flight+luggage,hotel & supir semua dh bayar sikit2 awal-awal khenn... so masa hari kejadian, kiranya saya & suami keluar dlm RM1k++ ajelah. Kalau uolls single, bajet duit poket tak sampai RM1k lah kiranya, ratus2 je..)

*********
p/s : 1 perkara yang paling saya nak buat tapi yang paling saya selalu lupa nak buat masa travel ialah mengepos poskad kepada diri sendiri. Dulu pernah buat sekali je from Paris & London. 1 poskad tak sampai, 1 poskad lagi jatuh kat lantai meja office & diconsider oleh makcik cleaner sebagai sampah. Nanges T__T



Tuesday, May 28, 2013

Kota Singa


6 hari lagi akan ke sini. Ya, saya tahu. Saya masih berhutang 2 blog entries. Final day Korea & wrap-up Bromo-Surabaya. Kenapa selalu malas buat final entry? Mampukah saya siapkan sebelum ke Kota Singa minggu depan? Entry jalan darat Kedah-Krabi-Phuket pun tak buat lagi.

To-go-list;
Merlion Park
Esplanade
Little India
Mustaffa Store
Orchard
Chinatown
Bugis
Arab Street
Songs of The Sea

To-eat-list;
Sup tulang merah
Murtabak zam zam
Arnold's Fried Chicken
Something sweet by Kak Rima Bisousatoi

#teabreak