Thursday, March 21, 2013

Cinta di Jawa Timur 2 (Bromo, Malang & Batu)

Ketika post ini ditulis, saya sedang mengalami post-vacation blues. Kabus Bromo bagaikan ada di setiap sudut dan ruang rumah. Asyik tanya pada suami;

"Abang, hari ni minggu lepas kita tengah buat apa?"
"Abang, time sekarang ni minggu lepas kita ada kat mana?"

Bersabarlah, wahai Suami... :)


Isnin, 11 Mac 2013

Saya terjaga di awal pagi. Rasa macam dah lama sangat tidur. Tengok jam di handphone baru 1:30 pagi. Patutlah alarm  tak bunyi lagi. Sambung tidur semula.

"Dok..dok..dok..dok..."
"Dok..dok..dok..dok..."

Pintu utama family cottage kami diketuk dari luar. Wake up call. Jam 3 pagi.

Jam 3:30 pagi kami berkumpul di Yoschi's Restaurant. Ada disediakan kopi & teh panas dan selesai minum kami keluar bersama Adi ke arah Jeep yang telah menunggu kami di parkir hotel.


Bromo Sunrise @ Mount Penanjakan

Perjalanan agak mencabar. Di dalam gelap gelita, jeep terasa melompat-lompat keluar masuk lopak/sungai/lubang. Siapa yang ada sakit tulang belakang atau osteoporosis pasti akan sakit-sakit badan. Dalam perjalanan nampak deretan lampu Jeep lain di hadapan dan belakang jeep kami yang membentuk satu barisan yang panjang dalam satu kawasan seolah-olah padang atau gurun yang sangat luas di dalam gelap.

Ketika kami turun dari jeep, Adi kata "Wah, udah ramai ni." Jadi kami perlu berjalan (hiking) ke arah viewpoint lebih jauh dari biasa. Jeep telah banyak disepanjang jalan. Banyak juga yang menawarkan ojek (motor) berbayar untuk naik ke viewpoint kerana perjalanan agak jauh (tak ingat berapa Rupiah).

Saya & Adill sewa  jacket dengan wool lining IDR 10ribu sehelai. Selesa. Saya memang hanya bawa muffler, wool glove & longjohn. Malas bawa jacket sebab makan ruang backpack & memang tahu ada jacket sewa di sini. Cuaca sekitar 10-15 °C. Kiranya tahap bercakap keluar asaplah :D

Alhamdulillah kerana cuaca baik. ..::Bintang di langit sangat banyak dan cantik::.. Ya Allah... Memang rezeki kami sebab kami dimaklumkan yang hari sebelumnya hujan & berkabus menyebabkan Gunung Bromo tidak kelihatan dari Gunung Penanjakan.

Naik ke Gunung Penanjakan untuk melihat Bromo sunrise yang berada di dalam lingkungan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru sesungguhnya memerlukan stamina yang tinggi. Kami perlu berjalan menaiki bukit untuk ke viewpoint. Alhamdulillah, syukur & rasa puas diberi kesihatan yang baik dan dapat melalui cabaran ini walaupun suami tercinta terpaksa menunggu manusia yang jalan terkedek-kedek kesejukan & keletihan ni. Serius penat. hehe..




Bagi pengunjung Muslim yang ingin ke sini, disyorkan berpakaian sedia menutup aurat & siap berwudhu' supaya mudah dapat terus solat Subuh di ruangan solat yang disediakan di viewpoint. Suasana di viewpoint hari itu agak padat, tidak seperti yang biasa saya lihat di blog-blog pengunjung terdahulu.


Sang suria mengintai Subuh


Bromo... Jatuh cinta pandang pertama.


Hati berzikir memuji kehebatan ALLAH SWT mencipta lakaran alam yang terlalu indah & sempurna........


Bromo...terindah lukisan alam.

Terima kasih Allah, Tuhanku, Cinta Agungku....!


Aku, Dia dan Bromo


 Me, Bestie and Bromo


Alhamdulillah, syukur sangat dapat tengok lukisan alam yang terlalu indah ini di depan mata.

Cuma saya rasa alangkah baiknya sekiranya pemilik-pemilik DSLR atau apa jenis kamera canggih sekalipun dapat mengikis sedikit sikap kiasu mereka. Geram jugak bila tengok mereka-mereka yang melekat paling depan pacak tripod & dah tak mahu berganjak langsung beri peluang pada orang lain dalam keadaan yang berhimpit-himpit luar biasa ramai sebegitu. Semoga dunia ini lebih makmur dengan penghuninya yang tidak mementingkan diri sendiri. Ameen.....

Apapun, keindahan bayangan Syurga ini adalah antara yang terindah dalam perjalanan hidupku... Bak kata seorang sahabat, kenangan indah hari ini adalah penguat ketika saat sukar di masa hadapan.

Terbaik...!


Kawah Gunung Berapi Bromo

Turun dari Gunung Penanjakan, perjalanan diteruskan menaiki jeep menuju ke kawasan padang pasir di kaki Gunung Bromo. Tujuannya satu, untuk berada di tebing kawah Bromo.


 Berhenti di pertengahan jalan. Bromo dari sudut lain.

Kami dibawa menuruni bukit dan hampir sampai ke destinasi apabila memasuki kawasan seolah-olah padang pasir. Jeep masuk lubang & keluar lubang. Katanya jalan inilah yang kami lalui dalam gelap pagi tadi. Pak Supir berhenti di satu kawasan untuk kami bergambar.


The Heroes



Di sini banyak kami rakamkan gambar berlatarbelakangkan pemandangan yang cukup indah. Tak kurang hebat dari gambar-gambar pemandangan New Zealand yang pernah saya lihat. Tapi sebahagian gambar sesuai untuk simpanan peribadi sahaja. Gambar melompat, gambar gaya saranghae bajet k-pop dll..hehe :D



Dan perjalanan pun disambung semula.....




Akhirnya kami tiba di destinasi......


Di hadapan kami pemandangan Gunung Bromo yang mengasyikkan.


Fefeeling New Zealand

Kami semasa di Jeep lagi telah sepakat untuk menunggang kuda. Boleh juga kalau nak jalan dari tempat letak Jeep terus ke tebing Gunung Bromo. Tapi agak jauh & perlu naik bukit lagi. Ditambah, saya memang teringin sangat nak naik kuda di sini.

Menurut Adi, standard rate kuda ialah IDR 100ribu bagi perjalanan pegi-balik. Kalau diorang letak harga mahal, biar Adi yang dealkan.

Pada mulanya kami diserbu sekumpulan tuan-tuan empunya kuda yang menawarkan harga IDR 150ribu. Berkali-kali Adi mahu harga diturunkan kepada IDR 100ribu. Tapi mereka tetap mahu IDR 150ribu juga. Adi terus menelefon kenalannya yang boleh menawarkan harga IDR 100ribu. Kami sambung berjalan sedikit sambil menikmati pemandangan indah di hadapan.

Kami berlegar-legar menunggu kuda kami sampai.


Segoro Wedi (bahasa Jawa, bermaksud Laut Pasir)


 Abang dressing orang tempatan (kelubung kain) bersama kuda Zorro nya.




Sebenarnya menunggang kuda kena ada asas horse riding skill. Disebabkan kami naik & turun bukit bersama kuda, diajar juga cara untuk balancekan badan. Ikut pergerakan kuda.
  1. Kena lembutkan badan. Jangan stress. Kalau keras, kita boleh jatuh.
  2. Masa kuda turun bukit, kita kena luruskan kaki ke depan & badan direndahkan ke belakang (macam nak bersandar).
  3. Bila kuda naik bukit, kita perlu tundukkan badan ke arah kepala kuda.
Fuh. Mencabar juga rupanya. Ingatkan senang..




Kuda membawa kami merentasi lautan pasir halus gunung berapi ke kaki gunung dan menaiki sedikit Gunung Bromo. Kami perlu meneruskan berjalan kaki sendiri menaiki bukit dan kuda ditinggalkan..


Tempat parking kuda di belakang kami.




 Mount Batok bersebelahan Gunung Berapi Bromo (Batok bermaksud tempurung)


Jualan gubahan bunga di kaki gunung. Di Penanjakan tadi juga ada jualan ini.

Di sini, kami semua sudah sedia dengan surgical face mask yang dibawa dari Malaysia. Kerana kami sedia maklum bahawa Bromo ialah Gunung Berapi yang aktif. Kali terakhir meletus ialah pada tahun 2011. Walaubagaimanapun ia tidak mengeluarkan cecair lava panas seperti kebiasaan gunung berapi aktif yang kita ketahui. Gunung Berapi Bromo mengeluarkan asap & debu sulfur yang berbahaya.

Belumpun sampai di anak tangga pertama, saya sudah terbatuk-batuk kesan sulfur. Saya terpaksa berpatah balik untuk minum sedikit air mineral yang dibeli Adill sepupu saya.


250 anak tangga curam menuju tebing Kawah Bromo.

Memang penat. Itu yang saya rasakan di pertengahan jalan menaiki lebih 220 anak tangga ini mengikut kiraan suami (beberapa anak tangga telah terbenam kerana tertimbus ledakan gunung berapi). Suami ikut tips Adi untuk kurangkan penat; sambil naik sambil kira anak tangga. Untuk sampai ke atas, saya berhenti 2-3 kali mengumpul tenaga.

Fuh. Memang mencabar mendaki tangga yang curam dalam keadaan terbatuk-batuk kesan sulfur. Oleh kerana cuaca yang sejuk, cermin mata saya mudah berkabus kerana saya bernafas dari dalam mask. Ada kalanya saya terpaksa membuka sedikit mask bagi membolehkan cermin mata saya clear daripada kabus. Dan ketika itu batuk pula akan menjadi semakin teruk. Begitulah berulang-ulang sepanjang pendakian sehingga akhirnya.......


...SAYA BERJAYA!!! \(^.^)/


 Kawah Bromo



Kawah Bromo jarak dekat



Dari tebing kawah



Air takungan hujan mendidih di dalam Kawah Bromo



Pemandangan sangat indah dari tebing kawah Bromo.





Jalan berbukit bukau yang kami redahi bersama kuda tadi.



Gayat. Curam.


 Menakjubkan. Bagaikan berada di bumi yang sangat terasing.


Puas menyaksikan sendiri gunung berapi dan pemandangan sekeliling yang amat menakjubkan, kami pun turun semula untuk pulang, lalu ternampak ini..


-Titik Pantau Gunung Api-


 -Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi-


Kami pulang semula ke Jeep dengan menaiki kuda semula..... 

Sambil berkuda, saya dok berborak dengan pakcik tuan punya kuda. Dah lah pakcik tu termengah jalan, yang saya pulak dok pot pet pot pet tanya macam-macam, mentang-mentang kuda yang bawak aku. Pakcik tu kata dia dah 2 kali turun naik hari ni.  Penat woo jalan naik turun bukit macamtu. Jauh pulak. Sehari maksimum dia boleh 2-3 kali. Kadang-kadang ada hari yang tak ramai orang, tak dapat customer langsung. huhu.. Saya ada tanya juga harga kuda. Harga seekor dalam IDR 15juta kalau tak silap. So lebih kurang RM5,000 je seekor. Murah kan.. Kuda di sini umurnya sekitar 3-4 tahun. Dengar nafas pakcik tu pun dah termengah-mengah sambil bercakap, saya pun terus diam. hehe..

Kali ini lebih enjoy berbanding masa pergi tadi, kerana sudah semakin pandai mengawal badan. Najib kali ini menunggang sendiri tanpa pimpinan tuan punya kuda. Ewah, bukan main bergaya dia.


"Nina macam Perempuan Berkalong Sorban"
(Adi yang kata) =p


 ~Pahlawan/Srikandi Jawa & Kedah bergabung~

Sebenarnya cuak bila tuan punya kuda lepaskan kuda saya untuk tolong snapkan gambar. Dalam hati; kalau kuda ni lari dengan aku-aku sekali, baru betul-betul Perempuan Berkalung Serban kau, Nina. huwarghhhh....

Sebelum naik Jeep, kami beli t-shirt untuk souvenir. Murah tersangat yahamat. IDR 100ribu/5 helai. Kualitinya biasa-biasa tapi oklah, not bad. Dalam perjalanan dengan Jeep, kami singgah lagi di kedai souvenir. Beli tshirt yang lebih baik kualiti dan macam biasa; fridge magnet  Bromo... Sebaga tanda kami sudah sampai di sini :)


Check out Yoschi Hotel~Bromo

Sampai di hotel, kami breakfast. Untuk sarapan pagi beserta rate bilik, menu yang disediakan ialah pilihan mee goreng atau nasi goreng beserta teh atau kopi panas. Tapi saya minta Hot milk with honey. Sedayanya cuba mengelakkan caffeine. Sebelum makan, jangan lupa cuci tangan, mulut dan kumur-kumur. Sebab kan tadi dah bergelumang dengan sulfur. Masa kumur-kumur memang terasa macam ada partikel-partikel apa ntah dalam mulut. Kalau tak kumur-kumur tu kira telan sekali lah dengan mee/nasi goreng.

Sebenarnya saya pernah baca di blog, potato pancake di Yoschi ni sedap. Tapi bila nak order pagi ni tak ada..sebab diorang buat potato dishes untuk dinner je.. Alaaa...malam tadi tak order...huhuhu....



Candid dari depan family cottage kami. Bersiap-siap untuk khidmat diri, kemas barang dan check out.


Sebenarnya ada pengalaman ngeri masa saya dalam bilik air. Tiba-tiba saya rasa termengah-mengah nak tarik nafas. Nafas rasa sesak. Saya terfikir, mungkinkah sebab aku hiking tadi? Tapi tadi masa breakfast aku ok je..siap boleh makan banyak sambil gelak-gelak lagi macam biasa.

Untuk makluman, hot shower di Yoschi Hotel menggunakan sistem gas heater. Masa turn  saya guna bilik mandi, api terpandam sendiri, tapi gas masih terbuka. Sebenarnya itulah punca saya jadi suffocated. Bila rasa sesak dada, saya terus buka tingkap bilik mandi & rasa lega sikit. Tapi sepatutnya saya offkan sekali gas tu. Tapi saya tak offkan. Sebenarnya bahaya, sebab pernah ada kes student Malaysia di Mesir meninggal dunia dalam 2 tahun lepas sebab kes macam saya ni. Alhamdulillah saya selamat. Selesai khidmat diri, masuk ke bilik, saya terus baring & minum air. Dah lega baru saya bangun semula bersiap. Suami saya kata patutlah dia terbau gas. Adill & Ieman pun kata patutlah diorang pun bau gas kuat. huhuhu..bahaya betul..

Keluar daripada bilik, kami ambil gambar di sekeliling kawasan Yoschi Hotel yang sangat unik landskapnya.Tapi sekali lagi saya lupa ambil gambar dalam family cottage  kami.....


Bunga trompet.


Bunga trompet lagi. (suamiku obses bunga trompet)


 Lorong dari bilik kami ke restaurant



Kabus tebal


Family cottage kami


 Kabus tebal lagi


Landskap di hadapan family cottage kami


Ehem~


Yoschi's Restaurant


Lorong dari restaurant ke family cottage kami


Lorong ke shared bathroom bagi yang menyewa standard room


Landskap yang terjaga rapi


Yoschi Hotel dari pandangan jalan


Selamat tinggal, Yoschi.....


Di seberang jalan ada pondok buluh tempat orang melepak-lepak tengok pemandangan. Di belakang tempat melepak tu ada kebun kentang milik pasangan Yoschi (signboard biru). Ketika itu ada penjual bakso yang pernah saya baca di blog. Kelihatan Pak Martono sedang bermesra dengan mereka. Penduduk tempatan barangkali.

"Pak, senyum Pak! Mahu ambil gambar." laung saya dari tengah jalan.
"Walah, senyum tapi ndak cantik juga sebab udah tua." kata Pak Martono.hehe


Pak Martono, penjual bakso & warga tempatan


Jam 11 kami bergerak meninggalkan Yoschi untuk ke Malang. Rencananya mahu ke Air Terjun Coban Rondo.

Dalam perjalanan, Pak Martono makin banyak bercerita berbanding hari sebelumnya. Kami pun banyak bertanya, borak-borak & ketawa bising-bising dalam mobil, kecoh seperti biasa..

Pemandangan di sini sangat indah. Malam tadi kami tak dapat lihat semua ni. Saya lihat aktiviti pertanian di sini tidak merosakkan alam sekitar. Tak seperti di Cameron Highlands. Aktiviti pertanianlah yang sebenarnya merosakkan alam & menyebabkan suasana di situ menjadi panas, tidak sesejuk dulu. Semua kerana ketamakan tauke-tauke besar & kaedah pertanian berbumbung yang digunakan. Tapi berbeza di sini. Suhu tetap sejuk walaupun sukar untuk melihat tanah yang dibiarkan semak tanpa dijadikan ladang. Seharusnya Malaysia belajar pertanian tanah tinggi daripada Indonesia.



Lori kecil membawa sarat muatan sayur dan kobis


 Kabus tebal, nyaman..


Lagi lori & muatan raga sayur


Gerai sayur di tepi jalan. Gemuk-gemuk sayur.






Kebun sayur-sayuran di lereng curam.
Saya kata pada Pak Martono, kalau saya kerja di kebun ni mesti saya asyik kepeleset (tergelincir) :D


Rumah penduduk di sini boleh tahan elok-elok. Banyak jugak yang cantik-cantik.





Oppa Kedah whateva...


 Kami dah sampai di bawah.


Selamat tinggal. Kami akan ke sini lagi insyaAllah ke Ijen pula (",)


Kota Malang

Perjalanan ke Kota Malang mengambil masa sekitar 2 jam setengah. Kami semua tertidur sebab dah keletihan dengan aktiviti naik gunung turun gunung pagi tadi seawal jam 3 pagi. Sampai di Malang, hujan turun. Jadi tak dapatlah kami ke air terjun & ladang epal. Oh, sedihnya..tapi tak apa..No no sedih sedih no no...

Penjaja menjual pelbagai makanan ringan & koran (suratkhabar) dari kereta-kereta yang berhenti di traffic light atau macet (Traffic jam). 



Selepas singgah solat di Masjid, kami makan tengahari. Hari ini kami makan nasi campur ala jawa. Saya ambil lauk sayur campur dengan tempe, rempeyek udang, sambal petai, satay manis dan empal daging. Wah banyaknya lauk. hehe..lapar punya pasal, tak ingat nak ambil gambar. Sebenarnya kami nak makan ramai-ramai. Tapi Pak Martono dah mula makan di meja lain. Jadi Adi pun temankan Pak Martono dan tak makan sekali dengan kami. Alahai Pak Martono ni, malu-malu pulak dengan kami. Segan pulak kami dibuatnya.

Yang pastinya, saya suka sangat makan nasi dengan keropok ni. (tak tau nama, jadi kami panggil keropok etika je.) haha...


Keropok etika? :D 


Di Malaysia selalunya ada keropok ni, tapi warna pink. Itupun nasib baik. Selalu dapat yang rasanya dah tengik, macam keropok tah zaman bila. Tapi keropok yang versi Kota Malang ni sangat sedap, rasanya masih fresh. Suami saya apa lagi, terus bungkus keropok ni. Serius murah. Sebijik (saiz dia besar ok..) harganya cuma IDR 200. Lebihkurang 6 sen. waaaa...nangess..

Disebabkan aktiviti yang direncanakan adalah outdoor dan hari pula hujan, kami ambil keputusan untuk terus check in hotel. Bolehlah rehat-rehatkan badan yang dah keletihan sementara menunggu malam.



D'Fresh Guesthouse, Kota Malang


Nak dijadikan cerita, sebenarnya PIC accomodation (Adill) dah reserve penginapan di Merbabu Guest House. Tapi bila Adill call untuk beritahu yang kami akan sampai lewat sikit, pihak Merbabu baru bagitau yang bilik kami tu ada kebocoran paip, so basah. Entahlah.. Jadi diorang gantikan dengan penginapan yang setaraf since kami dah bayar through Agoda. 

Dan sebagai menutup rasa bersalah, pihak Merbabu sponsor kami complementary dinner untuk malam tu di D'Fresh Guesthouse. Kami check in dan sempat berehat hampir 2 jam. Suami baca buku Wali Songo yang dibeli di Ampel semalam, saya sempat tengok tv cerita komedi seram Indo sambil tidur. hehe Kami keluar semula jam 6 selepas Maghrib untuk dinner percuma kami dan seterusnya ke Batu Night Spectacular (BNS).


 Typical Hotel Food


Menunya biasa-biasa aja, mungkin sebab kami masih kenyang...menu biasa hotel dengan sedikit sentuhan chinese cuisine. Kami pula tak begitu lapar sebab late lunch yang sangat banyak di restoran 'keropok Etika' tadi :) Sebenarnya nak ajak Adi & Pak Martono makan sekali. Tak perasan mesej whatsapp Adi sebelum Maghrib tadi. Adi suruh kami makan dulu sebab masih kenyang.


Wisata Kuliner @ Kota Malang

Dalam perjalanan dari hotel ke BNS, saaaaaaangat banyak kedai makanan tempatan di sepanjang jalan Malang-Batu. Rasa rugi pulak makan di hotel tadi, tak dapat pula nak merasa makan makanan tempatan di Malang. Sangat pelbagai, boleh dikatakan semua jenis makanan Indonesia ada di sini.

Kawasan makan ini juga sejalan dengan Universitas Muhammadiyah Malang (UMM) yang mana hotel universiti (Umm Inn) pernah berada dalam shortlisted list accomodation kami. Rasanya kalau ke sini lagi nanti, mahu bermalam disini. Shoalnya, emang cocok untuk wisata kuliner! :)


Batu Night Spectacular

Tiket masuk ke BNS ialah IDR 10ribu seorang. Dan untuk main permainan, perlu bayar tiket asing. 





Rumah Kaca (kaca=cermin)


Lampion Garden Entrance


Suka!




 
Prince?


Pwincess...?(lah sangat) :D






[Adill & Ieman] Berchenta nampakkkk......




Di BNS malam ini sangat ramai orang. Saya pun confuse apa yang sedang terjadi sebenarnya sebab hari ni hari Isnin dan bukan cuti sekolah. Tapi orang sangat ramai sampai kami tak sempat nak naik Sky Bike dan 4D Cinema. Kami cuma jalan-jalan ambil gambar dalam Lampion garden dan car ride rumah hantu yang hantu dia macam teddy bear comel ololo so shuweeeetttt tak seram langsung. (Tapi aku jerit kuat jugak dalam tu. haha) & Suami saya masuk rumah hantu lagi satu (yang kena jalan sendiri) sorang-sorang dia. Kitorang dah takde hati nak masuk. Dia masuk sebab nak cari idea untuk rumah hantu Hari Kantin sekolah dia katenyeeee...

Tapi 2 benda ni serius nampak seram... Nak naik, tapi perut tengah super-kekenyangan, kang ada pulak penumpang lain yang makan muntah orang. haha..

 Dia terbalik totally kepala kat bawah kaki kat atas ok...





Ini sepeda gila memang gila.




Pak Martono tunggu di mobil. Adi pun tak masuk, tunggu di mobil juga. Nak siapkan itinerary orang katanya. Masa nak masuk tadi kami kata dalam 2-3 jam kami kat dalam. Sekali, baru 1 jam setengah kami dah balik. haha..

Rasanya saya tak berapa nak recommend BNS ni. Sebab biasa-biasa aja.. Banyak lagi benda yang menarik di Malang/Batu pada waktu malam. Pada hemat saya, mungkin aktiviti wisata kuliner a.k.a. jalan-jalan cari makan adalah aktiviti terbaik di sini pada waktu malam.

Dalam perjalanan untuk ke tempat beli oleh-oleh Kota Batu, saya tanya Adi & Pak Martono akan kepelikan saya, kenapa ramai sangat umat manusia malam ni. Pagi tadi di Gunung Penanjakan pun terlalu ramai orang. Tak macam yang selalu saya tengok di blog, tenang-tenang saja. Barulah tahu, rupanya esok (Selasa) adalah public holiday Hari Nyepi penganut Hindu... Patutlah.... Hari Nyepi ni, penganut Hindu tidak dibolehkan menyalakan api. So diorang bergelap je & tak keluar rumah. Patutlah mostly yang kami lihat ramai-ramai ni muslim (berjilbab)...diorang sambung cuti Isnin terus kot macam kita kat Malaysia..


Grosir Keripik @ Kota Batu

Seterusnya, kami ke tempat shopping kerepek di Pusat Grosir Oleh-Oleh Mahajaya yang sangat hebat dalam pembuatan kerepek. Kota Batu memang terkenal dengan kerepeknya. Sebut je kerepek apa nak. Semua ada. Kerepek tempe, bayam, tauhu pok, nangka, epal, dragon fruit, tembikai, rambutan dll..asal halal, semua bisa jadi keripik. Hebat.. dan yang paling penting, SEDAP! Serius sedap kerepek tempe dia. Lepas ni memang aku tak layan dah kerepek Banting. hahah. verlagak.


Kerepek tempe pelbagai perasa yang saaaaangat sedap. Menyesal tak beli banyak T_T 


Antara yang unik di sini, ialah kerepek belut salai. Adi yang tunjuk, suruh cuba. Ai tak berani kot. hahah. Belut tu dia potong dalam setengah jengkal, salai & buat kerepek seketul-seketul macamtu. Ada bran?

Di sini juga ada dijual Kopi Luwak @ Civet Coffee. Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin ada yang tak tahu tentang kopi luwak atau kopi musang. Musang adalah haiwan yang Allah ciptakan hanya memilih biji kopi yang terbaik untuk dimakan. Jadi, biji kopi yang keluar bersama najis musang dirawat untuk dijadikan kopi terbaik di dunia. Walaubagaimanapun, ada khilaf Ulama' tentang kopi luwak ni. Ada pendapat yang kata haram sebab najis, tapi Ieman kata ada pendapat yang kata halal sebab biji kopi keluar masih dalam bentuk biji kopi yang tak tercerna oleh sistem penghadaman musang. Klik huraian lanjut fatwa.




Free packing untuk pembelian IDR 200ribu ke atas. Ganteng ya bapak yang pakai baju belang itu :D


Orang Indonesia ni peramah (ke, orang Jawa yang memang peramah? hihi...), diorang suka bergurau. Pasal kopi luwak lah, hapelah.. Dia kata "Ini kopinya.." dan "yang ini luwaknya" sambil tunjuk kawan dia yang sorang lagi lol Pastu boleh pulak budak stylo jaket merah tu panggil I makcik. oh...jaga ya kau nak. I kakak ok...tolong sikit.. lol


Mari makan kerepek tempe sambil nangis sebab sedap sangat. Rasa tempe yang kuat & rasa fresh tempe baru, tak tengik macam sesetengah tempe di Malaysia.


Kami sampai hotel lebih kurang 10:30 malam. Esok janji dengan Adi & Pak Martono nak gerak pukul 7 pagi. Kami chill out kejap di garden cafe hotel sebelum masuk tidur sambil makan kerepek & medang. Drinks kat hotel ni oklah, tak lah mahal sangat untuk 3 stars hotel. Standard harga air kat Kenny Rogers Malaysia kot...


 Medang in the terrace cafe


My super-yummy Iced Choco Drink ~serius sedap


Selamat malam Indonesia.... Jumpa esok di Pantai Balekambang 

2 comments: