Tuesday, July 17, 2012

Kisah Kami & Korea 3 (pagi @ Jeju)

Rasanya macam dah telenovela La Usurpadora dah Kisah Kami & Korea ni. Makan bulan, tak habis-habis jugak. Bersabarlah dengan blogger bukan tegar yang sangat malas menulis blog ni ya :)

OK, sambung cerita Kisah Kami & Korea. Masuk hari ke-3 (sebelah pagi)...

Rabu 6 Jun 2012 (pagi)

Cheonjiyeon Waterfall

Perjalanan kami pagi ini dimulakan dengan beramah-tamah dengan front desk person hotel kami menginap, Feliz Telcon Hotel untuk bertanya jalan untuk ke Cheonjiyeon Waterfall. Alhamdulillah, unni ni fasih berbahasa Inggeris, jadi tak ada masalah untuk kami. Katanya dia pun baru je duduk bekerja di Jeju. Dia berasal dari Seoul. Perkhidmatan hotel ni memang mesra pelancong. Dia siap printkan peta untuk ke tempat tarikan pelancong sekitar hotel.

Pemandangan pagi dari jendela di pintu masuk bilik kami. Tak pasti gunung itu ialah Halla-San atau bukan.

Arangjeoul Food Street rupanya nama kawasan hotel kami ni.

Memang excited tengok bunga warna-warni di TENGAH jalan. Ambik feel Spring walaupun sudah di penghujung musim ;)

Bunga lagi

Ke kiri pegi Jeongbang Waterfall, straight ke Cheonjiyeon Waterfall. Kita pegi yang straight dulu. Petang ni kita pegi Jeongbang pulak. *excited*

Hampir sampai ke tempat letak kenderaan di Cheonjiyeon Waterfall, dari situ dah boleh nampak pemandangan Seogwipo Harbour & Saeyeon Bridge. Masa tu rasa teruja sangat. Rasa macam mimpi, rasa macam tak percaya berjaya sampai situ. Apa yang sebelum ni cuma nampak dalam peta masa buat perancangan kat Malaysia jadi kenyataan. Betul-betul di depan mata & berjaya jejakkan kaki. Rasa dalam hati ALLAH je yang tau. Happy  sangat. Thank You, Allah :)


Terus beli tiket masuk dengan excitednya. Harga tiket seorang ialah 2000 Won. Masuk-masuk, MasyaALLAH.... SANGAT CANTIK. Rasa terpegun dengan keindahan Jeju ciptaan Allah yang sememangnya dijadikan lokasi penggambaran dalam drama-drama Korea ni. Airnya sangat jernih, ikan-ikan dalam sungai, bunga-bunga, pokok di sekeliling. Memang indah sangat.

Dalam tengah speechless dengan pemandangan ciptaan Allah yang sangat cantik tu, tiba-tiba ada seorang ahjumma & unni ajak bergambar bersama. Lepas ambik gambar, baru tau dia dari China. Ingatkan Korea. Muka lebih kurang kan.. Tak boleh nak bezakan :) Tapi saya tak dapat nak upload gambar tu kat sini sebab lepas ambik gambar baru perasan saya lipat tudung masa pakai kat hotel tadi tadi macam tersingkat sikit. So masuk dalam, saya cari toilet, bukak tudung dan betulkan lipatan tudung. Nasib baik ada cermin. Hai perempuan... :D


Subhanallah.. Walhamdulillah...



Wa la ilaha illallah...

Wallahu Akbar!

Selain daripada pemandangan, 2 benda yang saya rasa obvious kat tempat ni ialah susunan batu, banyak patung batu macam orang & baju warna coklat yang banyak dijual di kawasan masuk air terjun ni.

Mengikut bacaan, patung macam orang kat gambar bawah ni (saya tak fokus ambik gambar kat patung-patung tu) dipanggil Dol Hareubang / Tol Harubang (돌 하르방 ).Patung ni diperbuat dari batu gunung berapi (Pulau Jeju terbentuk daripada letusan gunung berapi 2 juta tahun lalu). Di Jeju, Tol Harubang dipercayai sebagai dewa-dewa pelindung & kesuburan bagi Pulau Jeju. Itu kepercayaan mereka. Kita jangan percaya tau! Tuhan kita cuma satu iaitu :)

Dan baju yang berwarna coklat tu, fabriknya agak keras macam berkanji. Tapi cantik juga kalau beli satu. Sekali tengok, sehelai blouse saja harganya puluh-puluh ribu Won. Kalau convert, harganya dalam range RM200-400. Suamiku tanya "Nak ke?" jawapan saya mestilah "Tak.." kann.. Macam tak berbaloi je rasanya. OK, baju ni rupa-rupanya memang specialty orang sini. Baju ni diwarnakan secara tradisional mengguna dye semulajadi daripada buah persimmon. Buah apekah itu? (masa tengah tulis post ni, search baru tau persimmon ialah pisang kaki. Sekian, terima kasih) :)



Susunan batu daripada letusan gunung berapi

Baju coklat.

Jalan dan jalan lagi...akhirnya tadaaaa...! Sampai sudah di Air Terjun Cheonjiyeon.. \(^_^)/

Mari belajar Geografi pembentukan Cheonjiyeon Waterfall. Sila right click & open link in new tab untuk zoom.


The Cheonjiyeon Signature Photo : Us @ Cheonjiyeon Waterfall

Di kawasan signature spot air terjun ni, ada booth kecil untuk bergambar sambil pakai Hanbok (pakaian tradisional Korea yang macam kimono kembang tu). Tapi tuan gerai tu tak ada pulak kat situ. Kat area ni jugak, disediakan pili beratap unik tradisional perumahan Seongeup Folk Village Jeju. Kat sini kita boleh minum terus air daripada air terjun ni. Rasanya saaaaaaaaaangat SEGAR. Sedap! Patutlah kalau tengok kosmetik korea (Skin Food, Innisfree etc.), sesetengah produk ada mention menggunakan air daripada Jeju Island. Sangat berkhasiat mungkin. Dari segi rasa, mungkin sangat kaya dengan mineral. Masa ni rasa menyesal sebab tak bawak botol kosong air mineral 1.5L yang beli semalam >.<


So refreshing!



..:: Jeju, I'm in love ::..

Kadang-kadang memang minat seni fotografi walaupun cuma mampu memiliki kamera murah :))


Kawasan ni saya rasa macam Jepun sikit. Entah apa yang Jepun saya pun tak tahu. Tapi the feel was there :)

Tenang... Damai... Indah...





Itik Jeju dan anak-anaknya @ Cheonjiyeon

Lama jugak kami lepak-lepak menikmati keindahan sekitar air terjun ni. Bunyi air yang menderu & mengalir macam terapi minda ditambah dengan suasana yang damai, memang mengasyikkan. Cuma pelik, kenapa orang Korea tak mandi air terjun ye? Mungkin keadaan dasar tanahnya yang sesuai untuk dipijak atau apa, saya tak pasti. Panas matahari terik ni, kalau dapat berendam mesti syok :)

Dalam perjalanan balik, jumpa permainan ni. Ustaz Rock pun cuba selempar dua. Saya tak cuba pun. Sibuk ambik gambar :)

Ustaz Rock in action



Saya suka ambil gambar bunga banyak-banyak.

Di Jeju kami sempat beli sedikit souvenir & chocolate. Kat sini rupa-rupanya memang famous dengan Jeju Chocolate yang diperbuat daripada buah-buahan yang terkenal di Jeju cth. Limau Hallubang, buah kaktus & Omija. Satu perkara saya perasan di sini, nak mintak diskaun memang tak dapat. Tapi diorang akan bagi barang free kat kita :) Masa beli postcard, dapat miniature Tol Harubang (tak tau nak buat apa/nak bagi siapa benda ni). Beli choc, diorang bagi extra choc. Beli fridge magnet & korean maedeup ( 매듭 ) dapat gift box kecik, dan seterusnya.. Tapi nak tak tawar harga, babai.

Perut dah terasa lapar. Ye lah, pagi tadi breakfast megi, oat & susu. Kami beli Market O Brownies di 7 Eleven dekat tempat parking. Berani makan sebab Shima ada bagi masa dalam bas dari airport kelmarin. Kawan baru Malaysia dia yang fasih berbahasa Hangul dan boleh baca ingredients kata halal. So, beranilah beli. Ada banyak gerai makanan kat luar air terjun ni. Ada jagung dan lain-lain termasuk ulat goreng *Erk* Tapi saya tak ambik gambar,takut makcik jual ulat tu terasa annoyed. Elida suka la ambik gambar ulat goreng letak kat FB dia :)) Saya cuma gamak ambik gambar sotong kering ni. Macam nak suruh suami beli sesungut tu. Sangat panjang. Boleh bawak sekolah buat rotan budak-budak nakal!

Sesungut octopus @ Cheonjiyeon.

Saeyeon Bridge

Dari Cheonjiyeon Waterfall, jalan kaki je sampai ke kawasan Seogwipo Harbour. Misi utama kami ialah tempat beli tiket Underwater Submarine Tour. Masa tu matahari agak terik, terpacak atas kepala. (Habis, sunburn lah aku. Huhu.. )

Tiket submarine ni kena book online untuk dapatkan diskaun. Emailkan details pada reservation di website. Boleh dapat 10% diskaun daripada harga asal 50,000 Won. Pembayaran dibuat upon arrival. So, tak payah buat advanced payment. Baik betul orang Korea. hehe.

Sebenarnya saya terlupa print confirmation yang di-email pada saya. Dan kami pula sampai terlewat daripada masa booking. Takut pulak tak dapat diskaun tu. Sampai situ, alhamduliLLAH ada WiFi (hello Puan Nina.. ini Korea hokayyy..). Terus tunjuk email pada handphone cap Alcatel saya yang orang selalu perkotak-katikkan tu kat kaunter. Alhamdulillah masih dapat 10% diskaun tu walaupun sampai lambat (Truely Malaysian! haha..). Kami kena tunggu next trip pukul 12. So ada masa lagi 1 jam. Ustaz Rock ajak jalan-jalan kat Saeyon Bridge dulu. Dekat aje. Kat belakang bangunan tiket submarine.

Dalam perjalanan dari Cheonjiyeon Waterfall ke Seogwipo Harbour

Ustaz Rock depan submarine ticketing building


Saya jatuh cinta dengan keunikan dinding Seogwipo submarine ticketing building ni. Diperbuat dari volcanic rocks, saya kira.





Air lautnya..indah..tersendiri.


Hujung kiri Saeyeon Bridge

Hujung kanan Saeyeon Bridge


Ada sesuatu yang menarik di seberang sana. Ayuh ke sana!


Di sekitar tempat ni (macam pelantar kayu yang ada pokok-pokok tu) dipasang lagu-lagu tentang Jeju saya agak. Ada satu lagu tu saya suka sangat & saya rakam. Nanti saya share bila sudah upload di Youtube nanti.

Sejenis buah macam nenas batu. My Ustaz Rock kata dia perasan masa kat Innisfree ada display buah ni di rak.


 Seogwipo Underwater Tour (by Submarine!)

Hampir jam 12, kami berpatah balik ke bangunan submarine. Berdebar-debar pulak. Teruja sebenarnya. Tak pernah termimpi nak naik submarine. Seperti biasa, tepat jarum jam di dinding 12:00, panggilan dibuat. Dari situ, kami dibawa ke tengah laut dengan bot. Kami decide untuk berdiri di kawasan outdoor boat (orang panggil ape ye?).

Sepanjang perjalanan ke pelantar, kami ambil gambar sambil enjoy pemandangan. Agak ramai orang. Kami pun tak dapat tempat duduk kat luar tu. Tiba-tiba saya & suami dipanggil oleh seorang anak kapal ni. Saya main ikut je dia & suami, tak tau kami nak dibawa ke mana. Rupa-rupanya dia suruh kami berdiri dekat dengan pintu keluar supaya kami akan dapat giliran 1st untuk masuk ke dalam submarine nanti. Wahhh!! baiknya dia (handsome pulak tu. kih..kih..kih..) ~kamsahamnida!! neyy....~


Ala...diorang kutip balik tiket. Cepat-cepat on kamera nak snap gambar tiket. Tiba-tiba ada seorang oppa menyelinap masuk tiket dia untuk dipotret bersama. Orang Korea memang suka buat aksi comel :D

Bila balik, kawan-kawan tanya. Ambik tak gambar tempat shooting drama bla..bla..bla.. yang ada lighthouse tu. Entahla, saya pun tak sure lighthouse yang mana satu :))

Oppa submarine yang dapatkan tempat terbaik untuk kitorang. Cute kan dia..kann.kann.. :))
Oppa submarine Vs Ustaz Rock. Siapa lagi hensem? :D

Turun dari bot, kami naik ke pelantar di tengah laut. Kat situ submarine yang akan kami naik dah sedia ada. Disebabkan oppa handsome lagi baik hati tu dah bawa kami ke depan pintu awal-awal lagi, kami pun jadi orang pertama masuk submarine & dapat tempat duduk paling dekat dengan submarine cockpit. Masa tu memang excited sangat rasa.

Masa kat dalam submarine, sebelum bertolak, eh sebelum tenggelam...ada anak kapal yang beri penerangan. Rasanya dia agak kelakar sebab tengok dari segi intonasi & sebab semua orang gelak. Kami je yang tersengih2 + ternganga2 sebab tak faham sepatah haram. Dekat 1 jam jugak kami dalam submarine ni! :)


Dah mula tenggelam.

We are totally underwater!

Tiba-tiba scuba diver kat luar tadi tu tunjuk gambar jerung. Saya rasa dia buat lawak. Sebab semua orang ketawa.



Bangkai kapal lama di dasar laut.

Kedalaman maksimum.


Berjaya timbul semula! Semua orang tepuk tangan. Hehe.. Comel je diorang ni semua.

~Saranghaeyo~

Masa kat dalam submarine tu, tiba-tiba saya terinsaf. Saya terdetik dalam hati & terus cakap kat suami. Saya selalu komplen tak cukup duit la..nak kaya la.. Hm...tapi hari ni Allah bagi saya peluang bercuti ke negara orang. Siap naik submarine pulak tu. Benda yang orang lain tak merasa naik pun, saya dapat naik. Dari atas awan ke dasar laut, semua Allah bagi saya rasa. Huhu.. Itupun nak banyak komen lagi Puan Nina? Saye insaf..saye insaf..


Memang satu pengalaman yang sangat menakjubkan!



Awesome!

Dapat 'sijil' ini, sekeping setiap seorang. Suka..!

Suka jugak..! Tapi yang ni kena beli. ~gambar simpan dalam wallet~ I satu, Ustaz Rock satu ;)


Sae-seom (Sod Island)

Selesai pengalaman menakjubkan di dasar laut, kami menyambung upacara jalan-jalan kami. Kali ini sambung dengan trecking mengelilingi pulau kecil di seberang Saeyeon Bridge tadi. Kalau perasan gambar yang saya kata pelantar kayu ada lagu-lagu tu, ha.. Pulau Sae ni bermula dari situlah. Boleh tengok peta kat bawah ni...


Peta Sae-seom


Ayuh bermula! (Foto: Sisa-sisa Musim Bunga)

Captured using tripod

Lovely Saeyeon background captured by nice ahjumma. Dia macam kesian kat kami sebab ambik gambar guna tripod je dan bersungguh-sungguh nak tolong ambikkan gambar kami. Sumpah orang Korea memang comel! :D


Di kawasan ni memang merata-rata jumpa batu yang disusun bertingkat-tingkat sebegini. Dari sumber bacaan, menurut kepercayaan mereka batu disusun sebegini bila seseorang tu berhajat.

Ustaz Rock yang tiba-tiba obses dengan buah pine ni, dok mengutip buah yang dah gugur & bawa balik Malaysia ok... Bakal jutawan kosmetik kah?

My limited photography skill

Di satu perhentian. Menikmati keindahan sekitar pulau.

Right click, Open link in new tab & baca!

Right click, Open link in new tab & baca!



Terakhir kami di Sae-yeon. Gonna miss this place!

Makan tengahari yang sedap

Kalau ikutkan itinerary asal, memang tak ada la aktiviti jalan mengelilingi Pulau Sae tu. Tapi itinerary tu sekadar panduan asas untuk backpackers macam kami ni. Realitinya bergantung pada faktor-faktor pada keadaan sebenar. Antaranya jarak, masa, keadaan fizikal/kesihatan, cuaca dan lain-lain lagi termasuk perut. Sebenarnya nak cerita yang kami dah lapar lepas setengah hari merayap hanya berbekalkan megi, oat dan brownies dalam perut.

Jadi tengahari tu kami pun dah letih campur lapar. Plan asal nak terus ke Jeobang Waterfall. Tapi kami akur pada keperluan fizikal badan. Cewah. Ustaz Rock mencadangkan supaya kami balik rehat sekejap di hotel sebelum sambung perjalanan ke Jeobang Waterfall & Ilchubong Rock.

Kami ambil teksi ke hotel. Di Jeju, basic rate murah sedikit berbanding di Seoul iaitu 2000 Won (murah 30 sen aje pun, Nina..).

Tengahari tu kami makan tengahari di Naegeori Restaurant. Jalan kaki dari hotel selepas dapatkan panduan daripada staff di lobby hotel. Satu set lauk beserta nasi berharga 13,000 Won. Harga standard set makanan di Korea lah tu. Kami ambil 2 set ikan bakar (set termasuk beberapa jenis kimchi, bilis goreng, sup sayur dll). Semuanya sedap!! Ustaz Rock macam biasa, mesti mau nasi tambah, 3000 Won semangkuk. AhamduliLLAH, sangat kenyang. (Sebenarnya terkejut macamana sorang unni kurus sebelah kami sorang-sorang boleh makan 1 set ikan bakar + 1 set mee sup pulak. Makan punya banyak, tapi badan macam batang mancis. Cemburu!)

Restoran ni kemas & bersih. Kaunter dia macam coffee house di hotel standard Malaysia. Di sini, sebelum makanan dihidangkan, air kosong dihidangkan  bersama towel lembap (macam dalam flight). Dapatlah kami segarkan muka yang dah melengas macam apa je sebelum menjamu selera.

Sebenarnya masa nak order, pening jugak. Sebab dalam menu sah-sah lah semua dalam bahasa Korea. Waitress tu pun tak tahu macamana nak explain sebab tak tahu English. So dia minta bantuan salah seorang customer di meja berdekatan. Customer tu boleh faham English & explain pada kami pasal menu. AlhamduliLLAH. Dan sebelum order, saya tanya dulu ada bubuh soju tak dalam makanan :)

Masa customer tu dah nak keluar bayar, sementara tunggu order  kami sampai, tiba-tiba dia patah balik kepada kami semata-mata nak tunjuk rupa Hair Tail Fish hidup yang kami order tu. Rupanya masa tengah bayar, sambi-sambil dia google guna smartphone dia. Baik betul diorang ni bila membantu. Bersungguh-sungguh! :)


Kami berdua makan semua ni!

Ustaz Rock suka ikan yang ini.


Saya suka yang ini.

Macam best je nampak orang meja depan kami makan tadi. Malam ni plan nak order yang ini pulak.
 



Di sekitar Arangjeoul Food Street ni (kawasan hotel kami menginap) memang banyak restoran. Ialah, dah nama pun food street kan. Tapi bagi Muslim, yang halal & selamat dimakan cuma kedai ikan bakar yang kami pergi ni ajelah. Sebab dia memang tak serve daging langsung. Dan boleh dikatakan semua restoran paparkan gambar menu di luar restoran. Menarik kan.. (sebenarnya macam loya jugak sebab ada banyak gambar babi hitam panggang lah dll)

Bunga-bunga, kita jumpa lagi petang ini. (bersambung...)

25 comments:

  1. terima kasih sudi kongsi cerita. saya nak try makan kat sini juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure :) Tolong makankan galchi-jorim tu untuk saya. (tak sempat rasa) hehe.

      Kedai ni saya recommend. Sedap. Selamat menjamu selera :)

      Delete
  2. salam kak...boleh emailkn itinerary akak utk seoul+jeju...saya plan nk g korea next year..email saya: safuraa_6885@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. salam kak..boleh share dgn saya itinerary akak ke seoul and jeju..nie email saya : safuraa_6885@yahoo.com...tgk blog akak best sbb byk tmpt akak pegi

    ReplyDelete
  4. Salam akak . boleh tak tlng email jugak itinery masa kt jeju island ? hee thanks a lot akak :) fazz_lidiya@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. salam kak ..
    berapa kos kesuluruhan sepanjang akak kat sana ??
    kalau boleh nak pergi tahun depan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seoul&Jeju 5 hari 7 malam cuma RM5k untuk kami berdua husband&wife termasuk flight,submarine, hotel,makan,tambang bas/subway,shopping etc :)

      Delete
    2. kiranya RM5K untuk 2 org ?? bkn seorg ??
      masa akak pergi memang xde guide kan ??

      Delete
    3. Yup. RM5k untuk 2 orang.
      Tak pakai tour guide. Totally backpacking :)

      Delete
  6. akum, blh tlng juge emelkan saya itinerary yg dibuat? - whitehawk714@yahoo.com....tq ye...=]

    ReplyDelete
  7. salam nk tanye berkaitan dengan transport..naek ape ye g jejalan? bus ke kete sewa?

    ReplyDelete
  8. Boleh tanya tak? Arangjeoul Food Street dekat dengan apa station?

    ReplyDelete
  9. Assalam kak. boleh emailkan itinerary akak masa trip seoul-jeju ni? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Boleh. Bagi e-mail address awak please.

      Delete
    2. hazwani_syairah@yahoo.com
      dekat tak stesen bas dengan hotel?

      Delete
    3. x jauh sangat. walking distance je. dia bukan stesen. bus stop je.

      email sent.

      Delete
  10. best nya!
    Awak. OK ke naik bus dekat Jeju?
    Saya tengah fikir2 lagi transport di Jeju bulan Feb 2015 nanti.

    And nak itinerary boleh? TIA:)
    norulaswin@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut orang.
      Ada orang suka adventure naik bas.
      Ada orang suka hire driver & kereta cover semua tempat menarik.

      OK, saya dah email.

      Delete
  11. Salam,bleh emailkan itenari ke wanatiera@gmail.com...blog yg sgat2 mmbantu..tq bnyak2..

    ReplyDelete