Sabtu, 9 Jun 2012
Depan Leslie's Apartment.
Hari ni hari terakhir kami di Korea. Flight kami malam ni 12:20 malam. Pagi ni kami tinggalkan Seoul untuk ke Nami Island, destinasi terakhir kami.
Kami bergerak erbekalkan nota tulisan tangan staff di Tourist Centre malam tadi [klik sini --> Itaewon @ Night (Skin Food, Innisfree, souvenir shopping & dinner) ]
Dari Itaewon kami menaiki metro ke Cheongnyangni Station untuk naik ITX train ke Gapyeong Station. Dari Gapyeong, kami perlu naik bas yang akan membawa kami terus ke Nami Island ♡\(^_^)/♡\(^_^)/♡
Nota: Tiket ITX perlu dibeli berasingan kerana sudah keluar dari kawasan Seoul Metro.
Dari Itaewon kami menaiki metro ke Cheongnyangni Station untuk naik ITX train ke Gapyeong Station. Dari Gapyeong, kami perlu naik bas yang akan membawa kami terus ke Nami Island ♡\(^_^)/♡\(^_^)/♡
Nota: Tiket ITX perlu dibeli berasingan kerana sudah keluar dari kawasan Seoul Metro.
Stranded di Gapyeong
Lebih kurang 1 jam perjalanan menaiki ITX Train melalui kawasan suburb, sempat kami berbual dengan pasangan pelancong dari Hong Kong.
Sampai di Gapyeong Station, terkejut kami. Punyala raaaaaaaaaaaaaamai orang di luar station. Apa yang kami nampak, sangat ramai orang yang menunggu bas di seberang jalan station untuk ke Nami Island. Di Taxi Stand pula sangat paaaaaaaaaaaaaanjang orang beratur.
Kami teragak-agak, tak tahu mana yang lebih cepat dengan keadaan sebegini. Dalam mana-mana blog yang saya pernah baca tak pernah cerita pun suasana sesak macamni. Macam semua orang dulu smooth je pegi Nami Island. Akhirnya kami memilih untuk bersabar menunggu bas.
Hampir 2 jam kami menunggu sebab bas asyik penuh. Ada yang dah putus asa dengan bas & teksi, lalu memilih untuk berjalan (saya tak pasti berapa jauh perjalanan Gapyeong ke Nami). Hairan sungguh. Kegilaan apakah ini? Masa kami nak naik bas (akhirnya!) saya & suami hampir-hampir terpisah sbb sangat berasak-asak. Semua orang dah hilang sabar sebab entah kenapa luar biasa ramai, kami pun tak pasti.
Sangat lega bila kami berdua dapat masuk bas. Akhirnya (akhirnya!) kami sampai.
Tak sabar nak naik Namiseom Zip Wire !!!!
Ya Allah, lega sangat. Akhirnya dapat juga ke sini. Just a zip-wire away to Nami Island! Sampai di sini kami terus menuju ke menara zip-wire. Tapi alangkah sedihnya, kami tak dapat naik sebab diorang tengah buat manteinannce. Oh mannnn!!! T_T Saya datang jauh-jauh ni. isk isk...
Akhirnya kami pasrah. Beli tiket Feri. Tinggalkan beg besar. Naik Feri dengan pasrah.
Pasrah (muka hodoh)
Redha (muka happy)
Itulah beza muka Pasrah Vs. Redha.
Nampak?
Bersempit-sempit nak naik feri
Memang luar biasa hari ini. Ramai.
Proud Malaysian.
Pun nak jugak.
Menikmati pemandangan. Layan...
Arriving, Nami Island.
Rupa-rupanya inilah punca keserabutan Gapyeong-Nami Island hari ini.Terjawab juga akhirnya. Sedang berlangsung Rainbow Island macam ala-ala music camp. Siap ada Jason Mraz & Christina Perri.
Jadilah suasana Nami Island hilang keromantisannya sebab bunyi bising konsert.
Nak dapatkan angle yang cantik untuk bergambar bawah barisan pokok tu pun payah sebab sangat ramai orang. Ada saja yang akan ter-entrframe. Tak boleh nak elak.
**************************************************
Nami Island (Winter Sonata)
Pokok itu.
Pepokok.
Apapun, kehidupan perlu diteruskan. Cewahh. Alhamdulillah masih ada saki-baki rasa excited yang masih berbaki di dalam hati. haha. Sessi penggambaran tetap akan diteruskan :P
Macam biasalah, orang Korea, ada saja yang ringan tulang offer nak tolong ambilkan gambar. Makcik-makcik tua pulak tu. You rock ahjumma!!
Winter Seram-ta :p
Hero & heroin Winter Sonata 10 tahun kemudian.
10 tahun lalu ada orang kepal cincin dalam mini snow man ni. kot.
Aku lihat dia di sana.. Aku ingin menghampirinya..
...
Bila dia senyum pada diriku.. Hatiku rasa tak menentu..
...
Huwohohoo
Huwohohoo
...
Aku suka dia.
Photo of Nami's red foliage
Nami Island ni diorang buat macam ala-ala republic tersendiri. Jeti nak naik feri tu diorang panggil immigration. Tiket masuk diorang panggil entry visa.
Siap ada bank & duit jugak. Boleh beli matawang diorang. Tapi tak de la nak beli barang dalam Nami Island ni kena pakai matawang tu. Boleh je pakai duit Won.
Korea kan suka buat benda-benda comel. Gitu.
'Nasi goncang' & keluarga angkat Korea
Masa jalan nak kedai jual nasi goncang yang masyhur di kalangan backpackers Malaya tu (도시락 read: dosirak, ~lunch box), terjumpa pulak kedai ni. Jual skin care products jenama Beauty Clinic Mediheal. Dah lama berkenan dengan face sheet-mask dia. Tapi masa kat Seoul tak jumpa. Most probably sebab kitorang tak masuk Lotte Mall yang glamour tu langsung.
Bersungguh ngak haih!
Masa tengah khusyuk memilih, suami dok berborak dengan orang Korea kat situ. Biasalah, memang keturunan peramah.
Lepas bayar, sayapun berkenalanlah dengan family diorang. 4 orang, Omma, Appa, Jaewon (si kakak) & adiknya Jaeho. Ingatkan sampai kat situ je perkenalan. Tapi bila kitorang sebut nak makan nasi goncang (masa tu tak tau lagi nama dosirak. so sebutlah rice pastu sebutlah shake-shake. Belasah ajelah) diorang terus nak bawak kitorang pegi tempat tu. Padahal tak pe je kalau kitorang pegi sendiri pun.
Bersungguh depa nak tolong bawak :)
From left: You Jaeho, Nina, Omma, Appa, Najib, You Jaewon.
Sampai kat kedai tu, diorang yang tolong orderkan. Baik betul family diorang ni. Siap temankan kitorang makan.
Sambil borak-borak.
Padahal sebenarnya Jaewon (si kakak) sorang je yang boleh berbahasa Inggeris. Omma & Appa tak boleh. Jaeho faham, tapi nak cakap balik tak reti. Tapi ntah macamna, boleh je kitorang communicate dengan diorang semua anak-beranak.
Omma kerja cikgu ballet. Appa pulak lecturer. Jaewon university student. Dia pernah pergi Philippines untuk belajar Bahasa Inggeris. Jaeho pulak professional swimmer. Fuiyooo..
Jaeho & Jaewon tolong belikan dosirak goncang
3 dosirak panas. 2 for us, 1 for them. Dah kenyang katanya. Masa tu memang dah petang pun. Kitorang je yang tak lunch lagi.
Mula-mula pakai glove. (Caution: Hot lunchbox!)
Jeaho tunjuk demo dengan penuh gaya professional swimmer
GONCANGGG!!!!
Tadaaaa...dah siap!
Sedap.....
(perhatikan gelang yang banyak-banyak Jaewon pakai tu. Nanti saya cerita.)
Our family potrait...
...for the last time.
Sampailah masanya untuk berpisah. Di hari terakhir kami d Korea, Allah temukan dengan mereka yang sangat baik. Walaupun tak sampai 2 jam bersama, tapi rasa dekat hati ni. Mungkin sebab kenangan makan sama-sama & paling penting keramahan diorang yang tak terbatas dengan perbezaan bahasa.
Sebelum berpisah, Jaewon cabut 2 utas rantai kat tangannya dan beri pada saya. So tinggal ada lagi 1~2 utas tinggal kat dia.
Alaaaaa kenapa sweet sangat niiiiiiii....
The other half of the bracelet set.
Separuh kat Malaysia, separuh kat Korea.
So sweet....
So sweet....
Surau @ N Gallery
Lepas bersalaman-salaman dengan You's Family & Jaewon add friend kami di Facebook, kitorang gerak ke Musolla yang terletak di tingkat atas tak jau dari tempat kami makan tadi.
Dalam surau
Ada al-Quran, sejadah & telekung.
Pemandangan dari tingkap surau.
Surau ni terletak dalam bangunan galeri. Surau ni agak terbuka antara lelaki dan perempuan. Tapi sudah lebih dari cukup baik adanya surau di tempat rekreasi negara seperti ini.
Selepas solat, kami tengok-tengok pameran yang ada dalam galeri ni.
Macam kenal.
N gallery
Saya & suami zaman bercinta. hihu.
10 tahun lalu kulit putih. Sekarang dah tak berapa putih :D
Pusing-pusing Nami Island
Lepas solat, rasa macam nak naik basikal pusing-pusing Nami Island (boleh survey dulu di website Nami Island). Kami mulakan dengan sky bike yang kelihatan dari tingkap surau di N Gallery tadi.
Riding on the sky bike
Pemandangan dari atas sky bike
Lagi pemandangan dari atas sky bike
Bimbang kesuntukan masa untuk ke airport, sebab tadi dah stranded lama di Gapyeong kami batalkan hasrat nak berbasikal di Nami. Sebab takut rushing nak naik feri nanti. So just jalan ke arah feri santai-santai & ambil gambar sajalah....
Basikal untuk 2 orang
Basikal untuk 4 orang
Susunan buku pada pokok. Unik.
Bangunan apa?
Nami & dia.
Identiti.
Pic by me.
Dia.
Kulit kayu Nami.
Ini kami.
Itu dia.
Kawasan ni macam tengah musim luruh.
Gambar pun macam dah nak say good bye toleh-toleh macam tu kan? Ye, dan kami pun gerak untuk ke stesyen bas dengan menaiki teksi sebab bimbang di Gapyeong train station ramai macam tadi.
Terlepas bas terakhir & keindahan Gyeonggi-Do countryside
Dari jeti Nami Island kami naik teksi ke Gapyeong Bus Terminal. Sampai di stesyen bas, dukacita dimaklumkan bas terakhir terus ke Incheon Airport berlalu betul-betul depan mata kami. Ya Allah, pulakkkk... Astaghfirullah. Masa tu memang panic sangat (akulah tu yang panic, suami relax seperti selalu). Hari dah agak lewat petang.
Matilah aku. Habislah. Terlepas flight nanti. Lepas tu kitorang laki-bini akan terperangkap kat sini. Jadi penduduk kat kawasan kampung Korea ni selama-lamanya.
Hah. Suka fikir macamtu kan Nina?
Dalam tengah susah hati, kami tanya dengan kaunter stesen yang sedang bersiap untuk tutup kaunter (5pm oredi). Mereka cadangkan kami naik bas 'lompat-lompat'/berhenti-berhenti dari satu bus stop ke bus stop lain. Naik dari Gapyeong Bus Terminal ni ke stesyen metro Wangsimni/Cheongnyangni. Kemudian naik Metro ke Incheon International Airport.
Alhamdulillah tak lama lepas tu bas yang dimaksudkan sampai. Kami terus naik, masa tu dah keletihan sangat. Lama jugak lah dalam bas tu sebab bas berhenti-berhenti. Dalam lena & jaga berselang-seli dapat tengok musim bunga yang masih bersisa di kawasan perkampungan.
Cantik! Bunga ros liar tumbuh di celah-celah batu tepi jalan. Ada lalu satu kawasan sungai berbatu masyaAllah cantik sangat. Tapi tak sempat ambik gambar. Suasana dia kalau saya boleh gambarkan macam dalam filem China zaman dinasti-dinasti tu, yg ada taman atas awan, ha..macam tu lah!
Alhamdulillah, hikmah kena tinggal bas. Dapat tengok pemandangan yang tak disangka-sangka.
Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di Incheon International Airport, Seoul dan kembali ke tanah air.
Alhamdulillah, atas segala pengalaman sepanjang 6 hari kami di bumi South Korea. Banyak pengalaman & ilmu yang kami belajar. Semoga apa yang saya kongsikan ni ALLAH terima sebagai ilmu yang bermanfaat buat kalian yang singgah membaca, ameen :)
Selamat tinggal Pulau Nami.
Selamat tinggal Korea.
p/s: Pasal tips Korea backpacking, perbelanjaan semua saya akan summarize dan compile dalam siri 7 macam kat bawah ni ya. Ini kira dah habis la ni pasal cerita jalan-jalan Korea. HABIS (Ramai org marah tulis cerita backpacking tak pernah habis) OK. Cerita pasal pengalaman jalan-jalan Korea habis di sini. (Part 6). Final part tu summary sahaja. Semoga berpuas hati. ekekeke :D
Kisah Kami & Korea 6 (Nami Island)
Kisah Kami & Korea (Tips & Budget)
Kisah Kami & Korea (Tips & Budget)
As salam.
ReplyDeleteblh tolong emaikn itinerary kpd akak d zainuramaidin@yahoo.com.my. sangat tertarik dan berhajat utk ke sana nanti. InsAllah. Tk
W'salam. Saya dah email.Check inbox ya.
ReplyDeletesalam sis, boleh emailkan itinerary kepada sya..aien.nurainzulkaflin@gmail.com..nak pergi korea bulan 4 ni..terima kasih
ReplyDeleteW'salam.
DeleteEmail sent. Happy planning! :)
Kak bleh tgl email kn itinerary tak mcm bet je g korea girldleo@gmail.com
ReplyDeleteEmail sent.
DeleteSis saya nak mintak jugak sis punya itinerary boleh tak. love you sis. Thank you in advanced
ReplyDeleteBagi email address.
DeleteSalam,
ReplyDeleteNak tanya dekat mana eh nak cari lagu Lil Ilir tu? boleh send di email saya? Saya dah search xde versi ni.
Email : milmarop@gmail.com
Btw nice entry.. bab nasi goncang dan family Korea tu best.. Travelling do connect people :) .
betul ke email tu, ke ada typo?email bounced.
Delete