Friday, January 21, 2011

Untuk adik2 kesayangan @ Sheffield

Salam...

Selamat menghadapi exam untuk semua adik2 yang sedang berjuang di University of Sheffield bermula Isnin lepas..

Special dedication untuk adik2 kesayanganku yang senget =p tapi bijak =) ;
All the ~B~E~S~T~ Qlote, Eica, Alina, Timah, Didi, Azah & Eka...


KAMI @ openhouse Raya 5 Filey Street a.k.a. Villa Kauthar, Sheffield
(Aku pun terjebak sama dengan kesengetan mereka? oops! =p )


KAMI @ Disneyland Paris, France


KAMI @ Eiffel Tower


KAMI @ Opera, Paris City



O ye, mungkin agak terlewat..tapi walaupun kepulangan kak nina cuma terawal 3 minggu sebelum kehadiran snow yang kupuja2, sehingga menyebabkan kak nina tak wujud dalam gambar ini;
MEREKA @ snow. tanpa AKU. huhu...
(All the best juga untuk semua adik2 dalam gambar ni =))

..tapi, thanks atas video yang sangat shuweet ini;

..buat ku tersenyum!... + another 1 video yg korang ber-snow sledding kat youtube yg sangat exciting tu. That made me so jealous lantas berkata kepada suamiku, "abang, jom kita pergi Sheffield!" =p

Last but not least, just wanna share some secrets with you..psssttt..bisik-bisik..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V



Hugs & kisses from Malaysia,


p/s: Kisah Aku & Paris ada di sini. Masa tulis pasal weekend @Paris dulu, ada error takleh upload gambar, so saya tepek la sikit kat entry ni. More photos @ my FB =)

Monday, January 17, 2011

Yes, I do..!

Assalamu'alaikum semua..

Adeh..adeh..penatnya..penatnya memvacuum blog,punyala banyak sawang..ish..ish..labah-labah mati pun ade..? *sambil melakukan aksi mengesat peluh di dahi*~budget drama queen..
Ye la..sejak balik Malaysia, main tepek-tepek poster program & video kat blog je ye..dah rupa macam notice board Balairaya Kampung Pisang dah blog saye ni.hmm..itu macam kalu, Kakak Kika, anak buah yang baru masuk darjah 1 tu pun boleh buat. Tak caya, sila tengok ini.........

.
.
.
.
.
.
.
.




Ha..itu anak buah saya. Sinis sungguh bukan,reminder yang ditampal di pintu dapur khusus untuk ibu & abah dia. Ada sapa2 tau 'ice cream cake' apa yang dia nak untuk birthday dia tu? Ye kawan2, itu Baskin Robbins ice-cream cake ye,yang dimaksudkan.. Tak main SR dah sekarang. Confirm ini high maintenance punya budak.

Baik ye kawan2, entry ini sebenarnya bukan nak cerita pasal anak buah sulung saya tu,tapi nak share sesuatu melalui penulisan selepas saya menulis entry yang terakhir lebih 2 bulan lalu. Ulang suara, menulis ye..bukan menampal.


"Macamana Kak Nina boleh yakin Ustaz Najib jodoh Kak Nina?"

Amacam? Ada gaya macam tajuk artikel kat majalah 'Mango' tak tajuk atas ni? Bertempat di sebuah makmal yang melakukan kerja-kerja sintesis drug carrier di utara Semenanjung Malaysia, seorang saintis muda yang baru pulang dari negara 'omputeh' telah disoal oleh rakan sejawatnya dengan soalan seperti di atas ketika sedang main masak-masak di dalam makmal.

Apa dialog watak 'Kak Nina' tu setelah disoal sebegitu?

Sambil memintal2 hujung tudung, pemegang watak 'Kak Nina' iaitu saya, pun menceriterakan kesah-kesah chentanya suatu ketika dulu..bling..bling..bling...(wa..kenapa semua jadi hitam-putih ni?)


OK..OK.. serius..! serius.. !>>> Sekitar akhir tahun 2005, sesuatu yg tak best telah berlaku hingga menyebabkan saya rasa demotivated, merasa inferior terhadap persekitaran saya hingga merasa 'agaknya aku ni memang tak akan kawin kot'...'lantakla..kalau ada jodoh aku kawin,kawin la..kalau tak,berserah ajela..' Saya rasa hidup tawar. Sampai ada 'calon' yg cuba dimatchkan dengan saya pun, saya respond hambar je. Kebetulan, masa tu seorang sahabat yang baik dengan saya telah meminjamkan novel yang pada ketika itu tak glemer langsung, iaitu novel seperti dalam gambar di atas. Tahukan,novel apa tu. Masa tu AAC pun tak jadi fenomena lagi. Ntah2 kawan saya tu org pertama yg bawa masuk novel AAC dari Indonesia ke Malaysia. (Macam zaman purba pulak cerita akak ni!) Masa tu saya tak berapa minat pun nak baca novel tu. Org kata, takde ghairah la nak menelaah AAC tu. Jadi, saya simpan saja novel tu dalam tong isi ikan pekasam dalam rumah sewa saya (Awas : Ini satu pembohongan).

Sampailah sehingga watak 'Mat Najib' muncul dalam hidup saya melalui perantaraan ibunya sendiri & sahabat baik ibunya. Seperti orang lain, mencari jawapan dalam Solat Istikharah tu adalah satu kemestian. Ditakdirkan ALLAH, ketika itu juga saya mula membaca novel AAC yang sudahpun hampir menjadi pekasam di dalam tong ikan tadi. (p/s: Saya baca AAC sambil dengar album Opick-Istighfar..masyuk!)

Nama saya Nina. Macamana saya nak tahu betul ke awak ni jodoh saya. Saya dari Selangor,awak dari Kedah. Saya mengaji sains, awak mengaji agama. Saya & awak sangat berbeza.


Dengan kuasa Tuhan Yang Mencipta keyakinan; sesuatu yang tidak dapat dilihat zahirnya, tetapi ia wujud, saya merasakan yang penulis sedang menjawab persoalan-persoalan saya melalui baris-baris ayat dalam AAC beliau.

"Jika menemukan perempuan solehah dan mau menerima diriku seutuhnya dan siap hidup berjuang bersama, dalam suka dan duka, maka aku tidak akan menyia-nyiakan kesempatan untuk menyempurnakan separuh agama."

“Diriku sudah aku wakafkan di jalan Allah. Aku siap hidup dan berjuang di mana saja mendampingi perjuangan suamiku tercinta.”



Itu adalah sebahagian dari ayat-ayat dalam AAC yang mendorong saya untuk berkata "Yes, I do" ----> mcm bagus je jawab macamni =p


Menginsafi jalan cerita AAC yang melebihkan perancangan Tuhan daripada perancangan manusia, baru saya sedar, menerima seseorang sebagai suami/isteri sebenarnya adalah sesuatu yang sangat berbeza dengan apa yang kita fikirkan secara teori&idealistiknya. Ianya urusan Tuhan yang sangat misteri. Kita selalu memikirkan bahawa cinta ialah A sedangkan hakikatnya ia adalah B. Dan kita juga selama ini menyangka bahawa kehidupan rumahtangga ialah X, pada hal rupa-rupanya ia adalah Y.

Apa yg saya pelajari ialah; apabila telah datang seorang yang baik, dari keluarga yang baik2, tiada alasan untuk kita menolaknya. Bagi saya, cinta bukan perkara pokok sebelum kahwin. Saya amat yakin yang cinta akan tetap juga hadir selepas berkahwin. (Ye, sebab itu saya suka membebel bila tengok KCB. Tak cintalah, hapelah. Haish!! Nyampah tau..tapi tengok jugak sampai nangis-nangis! ^_^)

Kesimpulannya, serahkanlah pada ALLAH untuk memberikan kita jawapan...jawapan pada persoalan yang kita tak akan mampu untuk menjawabnya tanpa bantuanNYA. Dalam kes saya, saya kira istikharah saya dijawab melalui huruf-huruf dalam novel AAC. WaLLAHUa'lam....

Akhirulkalam...gambar hiasan...complimentary cake untuk anniversary kami yang ke 3, 2 bulan lepas... 17112010...




p/s 1: Hari ini genap 38 bulan usia perkahwinan saya dengan Incik Najib
. (Sambil-sambil tolong promote blog orang yang baru nak belajar buat blog, tapi cikgu yang mengajar tu garang macam singa tapi perasan comel macam singa eskrim Paddle Pop)


p/s 2: Tahniah kepada Cik Tikus Merah Jambu (anda tahu siapa anda) yang bertanya soalan di atas ini & telahpun selamat bertunang semalam. Semoga anda telah membuat keputusan yang tepat, Ameen.. Agak terkejut sebenarnya. O..rahsiakan dari Kak Nina ye..Takpe..Esok kita jumpa kat lab.I nak sumbat u dalam deep freezer.

Tuesday, January 4, 2011