Friday, January 13, 2012

Nisa' & Solehah TV Al-Hijrah bergabung... meletup!!

Bagi yang berada di Kulim & sekitarnya Ahad ini (Cuti Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah) jom sertai kami bersama dengan bukan seorang, tapi DUA orang personaliti pemenang SOLEHAH TV AL-HIJRAH.

Bagi yang berada di luar Kulim, tetapi ada rakan-rakan yang tinggal di Kulim, share info ini dengan mereka ya. (Sampaikanlah walau sepotong ayat). Semoga menjadi amal kebajikan kita 'di sana' nanti, Ameen... :)

Untuk info lanjut : facebook.com/Nisa' Padang Serai



Jumpa Ahad ini :)

Sunday, January 1, 2012

Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak


Seingat saya, seumur hidup saya, ini kali pertama saya berada dalam program menjelang Tahun Baru masehi. Masa sekolah menengah dulu, cuma terkinja2 melihat percikan bunga api di KL Tower & KLCC dari kejauhan tingkat atas istana kami di Kampung Pandan. Dan untuk kali pertama ini, program yang dipersembahkan di hadapan saya, sangat sangat sangat sangat sangat best.

31 Disember 2011, saya & keluarga telah ke program countdown sebagai kesinambungan Program GEMS Selangor pada siang harinya. (Kenapa saya rasa ayat saya macam karangan SPM? Itulah akibatnya kalau dah lama tak berblog.) OK, GEMS tu apa? Kedai menjual emas permatakah? Bukan. GeMS ialah singkatan bagi Generasi Idaman Selangor.


Solat Maghrib & Isya' berjemaah di dataran


Alhamdulillah, masa solat maghrib, saya, emak, kakak & anak buah dapat berada di saff pertama muslimat. Rasa terharu. Kalau sebelum ni cuma dapat lihat gambar orang Kelantan solat berjemaah outdoor, tapi kali ini ianya berlaku si negeri kelahiran saya. Siapa sangka?

Sampai awal, yeayy..!! Susun saff sementara menunggu azan Maghrib berkumandang.



Solat Isya'.. Tak perlu tanya saya tak sembahyang ke? Saya dah jama' taqdim siap-siap. Lagipun takut tak mampu mengawal ken**t.



Syahdunya.... Ini berlaku di negeri kelahiranku.


Tazkirah maghrib (format Sembang Santai) feat. Ustaz Syed Norhisyam & Imam Muda Asyraf

Lepas maghrib, tazkirah santai menyusul sementara menunggu Isya'. Saya suka kekreatifan penganjur mengendalikan slot ini. Instead of Tazkirah biasa, ianya dibuat dalam format talkshow. Pasti remaja lebih sukakannya :) Tahniah pada kedua-dua MC mantap yang cukup menghidupkan suasana.



Imam Muda Asyraf & Ustaz Syed banyak bercerita dalam sembang santai tu. Yang paling saya ingat, tentang kisah sekumpulan remaja yang merogol bergilir-gilir pada malam tahun baru. Seorang demi seorang memuaskan nafsu pada seorang gadis. Apabila sampai pada perogol terakhir, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati yang perempuan yang berada di atas katil ialah adiknya sendiri!!


Imam Cilik Aiman Asyraf & Ustaz Syed Norhisyam



Persembahan live Sham Kamikaze, Shahir AF & Dakmie (suka..!!) \(^_^)/

Sham Kamikaze



Shahir AF



Sham Kamikaze + Shahir AF = Bergabung! Meletupp!


Saya rasa teruja masa persembahan Sham & Shahir. Rasa menusuk ke dalam kalbu. Barulah saya faham kenapa orang suka pergi Hard Rock Cafe, tengok life performance, pegi concert.. memang masyuk rupanya bila tengok life performance ni. Tambah pulak dengan persembahan pertama lagu baru Sham Kamikaze yang masa tu baru siap hari semalamnya, 'Aku Yang Berdosa'. Memang menusuk ke dalam jiwa....

Sejauh mana langkah ku di sana
aku melupakan Mu

Seluas mana Kau beri padaku

masih ku angkuh padaMu

segalanya dusta

gelap mengaburi ku

Ya Allah, apa yang bisa

ku tebus kepadaMu
atas dosaku

Ya ALLAH hina terasa

daku bersujud
untuk syurgaMu



Masa dalam program tu, saya ada update status FB. "Menggigil". (masa tgk live performance). Eica comment tanya kenapa.
- 1st, sebab life performance 'Aku Yang Berdosa'.
- 2nd sebab Dakmie (penyanyi OST Adamaya) & Sham Kamikaze perform lagu 'Luhur'.

Ada kisah di sebalik lagu ni. Duluuu....masa study, saya print & lekat lirik lagu 'Luhur' ni kat fail saya. Sebab lagu ni mengingatkan saya pada arwah abah saye T__T

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar

Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku

Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi
Menjadi satu kenangan yang abadi


Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus feat. Zizan Raja Lawak

"Aku, Ustaz Azhar Idrus & Zizang"

Rasanya part ni tak perlu cerita. Semua pun dah tengok kat youtube kan? Cuma apa yang saya nak kata...antara tengok konsert dan rakaman konsert kat astro, tentunya berbeza kan. Yang tengok secara live mesti lebih happening rasanya. Macam tengok Ombak Rindu la.. yang tengok kat youtube & tengok kat wayang, mesti yang tengok kat wayang lebih banyak airmata yang menetes.. oops..

Memang happening sangat session UAI & ZRL ni. Serius.. Boleh imagine tak pecah ketawa 70,000 orang punya suara serentak? Anak saudara saya si Aiman sampai pukul-pukul orang depan sebab excited sangat tengok orang gelak. Haha...kesian akak depan tu. Tapi dalam gelak2 tu, antara 13 soalan maut yang dibacakan oleh Zizan & dijawab oleh Ustaz, ada gak persoalan yang macam menembak hati nurani sendiri sambil berkata dalam hati "haha..terkono den."

Paling cool bila tengok abang rockers mana ntah dengan rambut panjang kerinting menggerbang. Wah... brother pun tengok ceramah UAI. Lu memang cool la boh... (UAI yang ajar saya cakap 'boh') :p

Bagi saya, siapa yang tak suka UAI punya style ceramah, terpulanglah. Ada aku kesah? & Ada abang rockers tu kesah? Daripada gelak2 tengok bunga api yang harga berjuta2 tu, lebih baik gelak2 tengok ceramah UAI. (^_^)v

Penutup

Ustaz Azhar Idrus membacakan doa penutup

Bagi saya, selain semua acara-acara di atas yang membezakan sambutan ini dengan sambutan tahun baru yang biasa ialah...pihak penganjur tidak meraikan detik 12:00 am itu. Detik itu dibiarkan berlalu dengan bacaan Asmaul Husna beramai-ramai bermula jam 11:58 malam. Apabila bacaan Asmaul Husna tamat, saya menjeling pada jam handphone yang sudahpun menunjukkan 12:02 pagi. Detik 12:00 dibiarkan begitu sahaja dalam lautan 70,000 rakyat Malaysia yang hanyut dalam alunan nama-nama ALLAH. MasyaAllah..

Ini adalah kali pertama saya berada di majlis sambutan tahun baru, dan ini adalah yang terindah!

1 Malaysia!!! (",)v


Wednesday, December 14, 2011

Jom nonton teater 6D & main salji

Dah 5 bulan menyepi dari dunia blog (macam la blogger sssangat kannn..)

Eh, bagi yang duduk sekitar Kulim/Padang Serai, Kedah.. Jom weekend ni join Nisa' Padang Serai nonton teater 6D di Perpustakaan Awam Selangor yang baru tu; hadiah daripada Sultan Selangor kepada saya (err..hadiah kepada rakyat Selangor termasuk saya lah tu). Lepastu kita main snow pulak kat Snow Walk @ i-City, Shah Alam.

Siapa cepat dia dapat. Selling fast seat ni. Contact nombor dalam poster di bawah ni. (Right click ya!)



Tak cukup teruja? Ini close-up gambar sekitar library baru yang kita nak pi tu....

( Source : forwarded email )











Sangat cool, kan? Lagi..lagi.....











(Nota hati : kadang-kadang memang ada rasa rindu nak jadi orang Selangor balik)

Sunday, July 31, 2011

Sweet Lady's Food


Sebenarnya nama kek ini ialah Devil's Food Choc Cake. Tapi saya memang dah lama (sejak 1st time buat) tak berkenan sungguh dengan nama cake ni walaupun dia sangat sedap. Oleh sebab saya hidangkan kek ni masa bulatan gembira aka quranic circle aka usrah Nisa' Padang Serai, muncul idea untuk tukar nama cake ni jadi Sweet Lady's Food Choc Cake.

Untuk yang dah meleleh air liur di FB saya tengok gambar SLFCC ni, ini resepinya... Resepi asal dari Kitchen Guardian..tapi search balik tak jumpa..tapi resepi yang sama digunakan oleh rakan blogger kek CupCakesChek dan saya ringkaskan di sini :)

Sweet Lady's Food Choc Cake

Bahan (a)
1/4 cup buttermilk (1/4 cup milk + few drops cuka biasa, leave to rest ~20 minit)

1/2 cup warm water


Bahan (b)

1 cup flour

1/4 cup cocoa powder
3/4 tea spoon soda bicarbonate

1/4 tsp salt (grind)


Bahan (c)

1/2 cup caster sugar

1/2 cup brown sugar

1/4 cup butter


Bahan (d)

1 egg (Size A - large)

1 teaspoon vanilla


1) Setkan oven anda pada suhu 160 darjah celcius
2) Sediakan bahan
(a)
3) Ayak sekali semua bahan
(b) bersama dan ketepikan
4) Pukul butter kemudian masukkan lain-lain bahan
(c)
5) Masukkan bahan
(d) kedalam adunan butter & gula yang sudah dipukul
6) Masukkan bahan
(b) dan (a) berselangseli hingga habis
7) Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper & bakar 30 minit atau sehingga masak (
tooth pick comes out clean)

Cheese frosting
125 gram cream cheese

1/4 cup butter

1/2 cup ising sugar

1 teaspoon vanilla


Choc ganache
200 mL warm whipping cream

250 g dark choc/regular cooking choc (chop finely)
a pinch of salt

Fresh Strawberries

1 pack Strawberries

(i used *always use* Driscoll's. potong2 & hias atas cake yang sudah di sapu dengan cheese frosting & disimbah choc ganache;) )


Nota

1. Musim Summer di hemisfera utara adalah masa terbaik utk buat kek ni sebab Driscoll's Strawberries murah ketika ini & saiznya juga besar2 :) Saya sudah cuba dengan Zespri's gold kiwi tapi tak sesedap strawberry. & Saya agak pesimis dengan Cameron Highlands Strawberries. Only Driscoll's can go on my SLFCC \(^_^)/

2. Petua buat cake : pastikan semua bahan berada dalam suhu bilik (keluarkan awal beberapa jam, no rapid thawing please..), melainkan resepi memerlukannya dalam keadaan panas/sejuk.

3. 'Undang-undang' penyimpanan kek : pastikan kek berada dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk. Jika tidak, kek akan menyerap segala bau-bauan mashem peti sejuk anda & rasanya berubah menjadi tidak sedap & keras.


Saturday, July 23, 2011

Nurani


Saya tak pernah menulis lewat malam begini. Tapi malam ni hati saya tersentuh. Dari satu ke satu video saya klik dan klik...yang rata-ratanya membawa saya pulang ke sekitar 15 hingga 16 tahun yang lalu. Tersenyum sorang-sorang saya malam ini.

Tapi saya terkesan dengan kisah disebalik lagu ini apabila salah seorang yang meninggalkan komen menyebut tentang kisah Teh Afifah.



Lalu jari saya pun terus menaip nama itu di ruang carian google. Dengan lagu yang masih terpasang, saya membaca kisah beliau 2 tahun yang lalu... sangat menyedihkan.

Pengantin sempat kirim SMS terakhir

PADANG BESAR 12 Dis. - "Jangan terkejut tengok pakaian abang esok."

Gurauan itu dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Mohd. Ariff Abd. Kadir, 23, buat isterinya, Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid, 23, selepas mereka diijab kabul semalam.

Namun siapa pun tidak menyangka gurauan itu membawa makna serta kesan berpanjangan buat Teh Afifah.

Mohd. Ariff mengirimkan SMS tersebut sebelum pulang dari rumah isterinya selepas majlis akad nikah di Masjid Intan Safinaz, Anak Bukit di Alor Setar, Kedah, kira-kira pukul 10.45 pagi.

Perkara itu dinyatakan oleh abang Allahyarham Mohd. Ariff, Dr. Mohd. Hafiz, 26, ketika ditemui di rumah bapanya di Taman Melati Indah di sini hari ini.

"SMS tersebut dihantar selepas majlis akad nikah, iaitu sebelum kami balik ke Perlis. Dia menghantar SMS itu untuk memaklumkan bahawa pakaian yang akan dipakai ke majlis persandingan hari ini cantik dan tidak diketahui oleh Teh Afifah Syahirah.

"Namun lain pula yang berlaku dan kami menerima ketentuan Allah itu dengan reda," ujarnya.

Beliau juga menyatakan, kenduri kahwin yang dijadualkan di rumah mereka esok untuk kira-kira 1,500 jemputan juga telah ditukar kepada majlis tahlil.

"Esok kami hanya akan buat tahlil. Tetamu yang dijemput tentunya sedia maklum berhubung kemalangan seperti yang disiarkan oleh akhbar hari ini," ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang semalam, pengantin yang baru bergelar suami kira-kira tiga jam itu, maut bersama bapanya, Ab. Kadir Awang, 55, dan ibunya, Apsah Othman, 59, serta jurugambar pengantin, Mohd. Farhan Musa, 18.

Kejadian berlaku di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di sini, selepas kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu Ab. Kadir dari arah Kangar itu bertembung dengan bas pelancong.

Tragedi itu berlaku selepas keretanya terbabas akibat tayar meletup hingga memasuki laluan bertentangan.

Kereta tersebut yang dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Taman Melati Indah di sini, remuk hingga terperosok ke bawah bahagian hadapan bas.

Menurut Dr. Mohd. Hafiz, pasangan itu sepatutnya bersanding di rumah Teh Afifah Syahirah di Taman Berlian, Alor Setar hari ini, manakala kenduri menyambut menantu sebelah pengantin lelaki pula esok.

Teh Afifah Syahirah penuntut tahun akhir pengajian kejuruteraan kimia di Auckland, New Zealand pulang ke tanah air untuk melangsungkan perkahwinan.

Mohd. Ariff pula yang baru menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di United Kingdom tahun ini akan melaporkan diri sebagai pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau di sini pada 16 Disember ini.

Jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Darat, manakala Mohd. Farhan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Beseri, di sini malam tadi.

ALLAHUAKBAR...kalau saya...saya pasti tak mampu!

Bersyukur...walaupun 4 tahun ini perkahwinan saya & suami diuji, yang kadangkala ada rasa kalah & mengalah dalam diri, tapi terima kasih TUHAN kerana tidak menguji aku sepertimana KAU uji Teh Afifah.......

Al-Fatihah.....


-------
Photo : credit to Teh Afifah (FB) & google


Thursday, June 9, 2011

Let's Campak-campak Episode#1 : Spaghetti Bolognese

Masak sos bolognese guna tomato puree..? "Oh no...that's not me."
Er...guna Pre*o? "Hoho...again,not my type..sorry"
Makcik guna tomato bijik nak ooi...original tomato punya. Inspirasi dari Chef Hanieliza.
OK,utk cik tikus merah jambu yang tak sudah2 buat muka Minnie Mouse kesian hari ini, entry ini utk anda. Bangga tak..? Bangga tak? Cakap bangga & terharu cepat!!


Sumpah! Ini orang lain punya spaghetti presentation.


..::Kuah sos Bolognese
::..

Bahan-bahan:
(~5 servings)

Minyak utk menumis (saya suka guna minyak zaitun)
3 biji bawang besar-potong dadu (saya suka campur bwg besar biasa + bwg Holland)
7 ulas bawang putih-cincang (saya guna ulas2 yg besar sebab malas suka extra garlic)
1-2 s/b cili giling (atau ikut suka nak pedas tahap mana.org Italy tak letak ini!)
1 paket minced chicken (boleh guna minced beef juga jika suka.nak guna daging burger yang dilenyek2 pun boleh. Saya guna minced chicken brand Ramly sebab dia rajin bagi zakat kat student Mesir.hah!)
**1 cawan sos tomato (saya guna Kimball)
**7 biji tomato segar-potong dadu (pilih yang betul2 masak ranum,merah&juicy Tiba-tiba teringat kartun Tomato Man lol)
**2-3 biji carrot-potong dadu kecil (pilih yg agak muda bergaya )
**1/2 cawan air
1 tin cendawan butang
-toskan airnya, basuh & potong-potong (selalunya saya guna sliced button mushroom. Jimat 5 minit masa memotong) ^_^v
lada hitam secukup rasa
oregano/mixed herbs/italian herbs (salah satu)
Parmesan cheese (optional)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar & bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili giling, tumis hingga pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas minyak. Kemudian masukkan minced chicken, masak hingga pecah minyak lagi.
2. Masukkan semua bahan bertanda **, gaul & masak hingga mendidih dan kuah mesra.
3. Selepas kuah sebati/mesra, masukkan cendawan, gaul rata. Kemudian perasakan dengan lada hitam & oregano sesuka hati dan secukup rasa.
4. Hidangkan bersama spaghetti & boleh taburkan parmesan cheese jika suka.

Nota 1: Saya memang tak letak garam dalam resepi ni. Saya pun tak pasti mana datang rasa masin tu. Misteri ini hingga kini saya tak dapat jawapannya.

Nota 2: Sukatan ni pun saya main agak2 aje,tak payahlah ikut betul2. Kalau nak masak 3 kali ganda, tak payahlah letak cendawan sampai 3 tin & minced meat sampai 3 bungkus.Letak 2 je pun dah cukup. Ni anggaran je.Selalunya bila masak saya main campak2 aje (terror la tu konon.wek!) :p

Nota 3: Cara rebus spaghetti:ikut arahan pada bungkusan spaghetti. TAPI kalau ikut masa yang dia beri,alamat makan spaghetti keras la korang. For beginner:MACAMANA NAK TAU SPAGHETTI DAH MASAK ELOK? Ambik sikit spaghetti yg sedang direbus dalam 2 inci, dap-dry air yg melekat kat spaghetti guna tangan, & CAMPAK KE SILING (weh...jangan gelak.aku serius ni!!!) Kalau spaghetti jatuh balik, teruskan merebus,maksudnya belum masak. Kalau spaghetti melekat kat siling, Tahniah..Spaghetti anda sudah masak. Petua ini Chef Abdullah Khairul Azzam celup yang bagi. (Jangan tanya saya lepas tu mcmna nak turunkan spaghetti yang melekat kat siling dapur rumah korang tu.)

Nota 4: Selepas rebus spaghetti, gaul sedikit minyak masak/minyak zaitun pada spaghetti masa tos. Tak nak bagi dia melekat-lekat bila dah sejuk

Nota 5: Boleh campur chicken meatball dalam kuah bolognese kalau suka (saya suka Ayamas chicken meatball). Jadila Chicken Meatball Spaghetti.Yahoo...! =)

Nota 6 : Black pepper letak last tau. Kalau letak awal2, nanti lama-lama jadi tak pedas sebab black pepper tu dah masak.

Nota 7 : SPAGHETTI/MACARONI GORENG juga boleh disediakan dengan bahan2 asas dalam resepi ini. Cuma perlu kurangkan sos tomato,tomato biji & discard air. Kemudian last gaul sekali spaghetti/macaroni dalam kuah atas api. Jangan lupa perasakan dengan garam secukup rasa.

Nota 8: Pegi fotostat nota pensyarah sane.


Nak tahu apa yang anda boleh buat dengan lebihan sos spaghetti bolognese anda??? Nantikan entry seterusnya dalam segmen Let's Campak-campak Episode#2...!!!

Monday, May 30, 2011

The Sweet Escape

TQ Eica atas video clip yang manis ni :) Dah 7 bulan berlalu..tapi setiap kali 15 haribulan setiap bulan mesti nak tengok balik gambar2 kat Paris. Hehe..what a sweet escape! Thank You Allah!



Wednesday, May 11, 2011

Permaisuri

Kalau kita layan mak kita macam Permaisuri,org akan layan mak kita macam rakyat biasa.Kalau kita layan mak kita macam rakyat biasa,org akan layan mak kita macam haiwan.

Macamana kita layan mak kita sekarang,mcmtu la anak kita layan kita lagi 20-30 tahun nanti.



** TQ Aliq & Google for the pics, TQ Kak Mas for the words.

Friday, April 8, 2011

Kenapa aku....??

"Muka Kak Nina nampak sedih la...."

"Ha'ah,banyak sangat keje. Biasela I, wanita busy..."
(bajet lawak Oh Yeah *ayat cover*)

Orang kata, bila kita sedih, murung.., senyum kita nampak tawar. Gelak kita kedengaran palsu. Orang yang rapat dengan kita akan dapat lihat itu.

"Kenapa aku...??"


Anda pernah diuji? Ujian yang tidak kena pada orang di sekeliling anda... Saudara mara... Rakan-rakan.... Ataupun orang yang nyata tak ikut perintah ALLAH... Tapi ujian itu ALLAH timpakan pada anda.



"Kenapa aku...??"
(kadang-kadang ada tanda seruan di hujung)

"Apa salah aku...?"


Teringat scene Fahri di dalam penjara.

ALLAH sedang berbicara kepadamu tentang SABAR & IKHLAS.

Istighfar!! ALLAH sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong. Ingat siapa diri kamu!


Tapi...

.

.

.

buat kesekian kalinya......

.

.

.

"Kenapa aku.....???"

Oh, sukarnya menjadi SABAR dan IKHLAS )T_T(



Credit : Hari ini gambar google saja.

Thursday, March 24, 2011

Cinta Untuk Nabila


Hari ni bukan nak cerita pasal program kat Surau Taman Murni Indah, bukan juga nak cerita pasal majlis tahlil kecil-kecilan kat kampung hari tu, bukan juga nak cerita pasal rumah kena masuk perompak (huwaa...!), bukan nak tepek gambar2 kek yang saya buat dalam masa sebulan ni atau cerita saya yang baru dilantik sebagai pemegang mohor2 family vacation planner..

Hari ni cuma nak tampal poster baru kat notice board balai raya kampung pisang...



Ingat tak lagu 'Cinta Untuk Nabila'... ala..lagu masa kita sekolah rendah dulu..meh saya nyanyi sikit... "cinta untuk Nabila...aku cintakan sepanjang hidupku ini...hanya kerna kau ratu laksana di singgahsana.." haha..kenapa rasa macam dah campur dengan lirik lagu exist pulak ni? ^_^

Ha...insyaALLAH...Sabtu ni sama2 remaja-remaji Kulim dengar ceramah penampilan istimewa ex-vocalist lagu hits 'Cinta Untuk Nabila' tu (Ustaz Radzi). Ustaz Radzi ex-Melissa ni sekarang aktif dengan aktiviti dakwah & mengikut sumber internet, beliau juga bertugas di Masjid Zahir Alor Setar.

So Sabtu ni ramai-ramai kita datang, dengar Ustaz share pengalaman dia...dari Kelab Malam ke Pentas Dakwah.