Wednesday, June 13, 2012

Kisah Kami & Korea 1

 Complete itinerary & direction dah siap. I'm ready..!!!

AlhamduliLLAH, selepas 6 bulan menunggu, waktu yang dinanti-nanti sampai juga. Excited, tapi pelik sebab ada perasaan berdebar-debar jugak. Maybe sebab ini 1st overseas backpacking kami sejak hidup bersama (ececeh ayat..). Tiket ni sebenarnya dibeli pada November 2011. Sebagai hadiah anniversary (17/11) kepada suami. Bangun pagi, konon buat surprise malam sebelumnya sebelum tidur siap-siap sepit kertas flight reservation di ampaian dengan sepit baju (sweet tak saya?) Sebenarnya tu aku yang nak pergi Korea, tapi buat-buat konon hadiahkan kat suami. Haha..

Isnin 4 Jun 2012

'Pelancong' haruslah beli flight souvenir. Padahal selama ni naik flight KL-Penang tak pernah nak beli pun :p Di sebelah suami ialah Dae Hyoung.
Warga Seoul yang menuntut di University of Nottingham (Semenyih Campus). Beliau suka makan bihun sup :)


Incheon International Airport

Kami tiba di Incheon Airport lebih kurang jam 9:30 malam. Antara beberapa negara luar yang pernah saya kunjungi, Korea yang paling senang prosedur imigresennya. Tak perlu beratur panjang, sampai di kaunter pegawai imigresen, bagi passport, letakkan kedua-dua jari tangan untuk screening dan automatik gambar muka kita akan disnap (kagum seketika) :)

Sementara tunggu luggage, sempat update status di FB kata dah sampai lantas menerima hampir 30 like (poyo) :D Keluar, terus jumpa Shima (kawan yang sedang sambung study di Ajou University). Shima dah siap-siap belikan tiket bas ke Suwon (tempat dia tinggal) sebab rancangannya, esok Shima nak belanja kami makan di Suwon (yeayy!) :)

Tiket Bas Incheon Airport-Suwon. Tiketnya agak tebal. Siap ada booklet discount coupon. Tapi tak guna pun. Tak berkenaan.


 Pakcik driver bas yang segak bergaya :)

Antara perkara pertama yang saya kagumi ialah sebelum memulakan perjalanan, driver yang siap bertali leher akan berdiri menghadap penumpang & cakap something dalam Bahasa Korea (mungkin "Selamat datang, bas akan bergerak sebentar lagi" ~ agak je la..) :p dan kemudian tunduk hormat kepada penumpang dan terus memulakan perjalanan :)

Dalam perjalanan, saya kagum lagi. Smart tag di Korea sangat mantap sistem detectionnya. Bas laju meluncur pun boleh detect. Kalau kat Malaysia, kalau kita terlaju sikit, mesti kena undur balik palang tak terbuka sebab tak sempat nak detect smart tag kita. (ok, tak perlu kutuk negara sendiri, Nina..) Hehe.. Bukan kutuk. Cuma bandingkan (^.^)v

 Musim bunga ros di Korea. Teruja dengan ros gemuk di depan Hotel S lalu terus pacak tripod

Suwon

Bas yang kami naik berhenti di Ramada Plaza Hotel, Suwon selepas lebih kurang 1 jam perjalanan. Jalan kaki sedikit ke belakang Ramada, dah sampai tempat penginapan kami suami isteri malam itu, Hotel S. Hotel ni sangat murah. Cuma KRW30,000 (tak sampai RM90).

 Tak sampai 90 ringgit!

Walaupun harga budget hotel, tapi dalamnya mantap. TV haruslah LCD. Complete dengan botol-botol besar jenama The Face Shop yang terdiri daripada toner & moisturizer (for Men lain, for Women lain!), hair gel, hair spray, dan dalam bakul comel ada tuala yang digulung kemas, sikat & bathrobe yang dilipat kemas di dalam bungkusan plastik. Sebelum tu masa check-in, kami diberi satu uncang berlogo Hotel S di lobi. Bila buka, dalamnya ada berus gigi, ubat gigi, shaver, kondom, getah ikat rambut (comel je!), facial foam cleanser, hygiene wash dan macam-macam lagi. Dalam bilik mandi pun dengan harga tak sampai RM90 semalam ada bath tub dan sekali lagi 3 botol besar jenama The Face Shop yang terdiri daripada shower cream, syampu & conditioner. Dalam hati terdetik. Kalau kat Malaysia letak botol besar macamni, confirm hotel rugi sebab asyik kena curi. Sos cili botol dalam KFC pun orang curi. Ehemm..!



 Gambar sekadar hiasan

Disebabkan dah lewat malam, kami hantar Shima sampai Ajou University sambil Shima terangkan selok belok jalan di Suwon. Dalam perjalanan, mata mula naik membuntang bila nampak kedai Skin Food, Innisfree bersepah-sepah @_@ Dalam otak memang target esok nak beli losyen & sunblock. Memang sengaja tak bawa benda-benda ni sebab nak beli yang Korea punya. weee.. :)

Perjalanan pulang semula ke hotel, singgah di kedai serbaneka 24 jam (tak ingat singgah yang mana satu. Family Mart, GS25 atau 7 Eleven). Beli air mineral & banana milk yang glamour di kalangan blogger Malaysia yang pernah ke Korea. Kami beli 2 pisang & 1 strawberi. Yang pasti, banana lebih masyuk. Harganya KRW1,200 sebotol. Balik ke Hotel, lapar..makan maggi kami berdua kongsi tomyam + kari campur sebekas (sebenarnya memang teringin nak makan maggi campur 2 perisa ni dah lama. haha..), mandi & tengok tv rancangan Korea sampai tidur. Esok subuh 3:30 pagi! (2:30 pagi waktu tahajjud Malaysia. huhu)



30 comments:

  1. Salam...sonok bc blog awak gi korea..saya akan ke sana sept ni..klau x keberatan, boleh tak send itinerary awak sekali ngan detail kat sana. Ni email saya : lylla_abby@yahoo.com
    Terima kasih in advance.

    ReplyDelete
  2. salam nak tanya, akak tempah hotel tu dimana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Oh, awak tak pegi kot tempat tu (Suwon). Saya pegi situ sebab melawat kawan yang study kat situ. Tempat tu kat luar Seoul. By the way, hotel kat Suwon ni member yang book kan dari sana.

      Delete
  3. As salam..saya tengah survey2 blog pasal Korea ni..
    terjumpa blog Nina..best baca pengalaman Nina taww
    p,boleh tak emailkan itinerary Nina masa kat sana?
    tq in advance..

    then nak tanya jugak Nina ke Seoul atau Ke Jeju dulu
    sebab suami saya kata baik ke Jeju dulu baru ronda2 Seoul
    what say u?

    tq again..

    eh,lupa..ni email saya
    idzrarynproperty@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.

      OK, done. Saya dah email. Sorry lambat.

      Saya ke Jeju dulu baru Seoul. Sebab takut nak fly dari Jeju & catch-up flight back to KL. Takut rushing & risky if anything happen.

      Delete
  4. salam...sye pon akan ke seoul jan 2015.insyaAllah smpai sane.emm skrg tgh plan trip sbb pegi lame jgk so nk bajet trip je so kne jimat la..hehe..emm hotel s tu kan ley masuk bpe org?k x ksah? kat mane tu?jauh dri seoul x? emm klu bole nk mintk share itenary bole? emel sye risya_star@yahoo.com... hehe.tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Email sent. Hotel S tu saya duduk sebab nak melawat bestfriend yg study kat sana. Hotel tu kat Suwon. Jauh dr Seoul.

      Delete
    2. Salam..boleh saya tahu,kalau kt jeju, cara pe yg trbaik utk bergerak dari satu spot ke tmpt lain?teksi@bus..cth: seogwipo ke halla mountain...sy akan ke sana pd bln hadapan..insyaAllah.klu boleh,emelkn skali itinerary wlupon dh lme saudari kesana.trimaseh.. amirmursyidi@gmail.com

      Delete
    3. W'salam. Saya dah email itinerary. Kenderaan depends on apa yg kita nak. Saya & suami naik bas sebab suami suka explore. Tapi kalau nak cover semua tempat dlm masa yg singkat saya cadangkan sewa kereta self-drive atau lebih mudah sewa kereta dgn driver sehari.

      Delete
  5. assalam. sy nak ke korea 23/11/14 ni. nak mintak tolg nina. boleh tak emailkan itinerary Nina masa kat sana? hamizahsabri@gmail.com tq byk2 ye nina

    ReplyDelete
  6. assalam sis :) sy in shaa Allah nak merancang ke korea dlm waktu terdekat ni..boleh x sis emailkan itinerary semasa sis kat sana? email saya aj.myname@ymail.com

    thanks in advance :)

    ReplyDelete
  7. salam...sempoi jue blog nina ni best nak bace.rasa makin excited sebab bulan 5 ni Kak CT nak g korea backpacking gak. Nina boleh tak share ngan Kak CT schedule Nina kat sana? leh gak merepair jadual yang ada..hehehehe

    solehahituindah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Alhamdulillah, semoga blog ni bermanfaat.

      Saya dah email ye.

      Delete
  8. Salam kak..boleh tak saya pun nak itinerary akak ni..best lah.. Plan nak pegi end of this september. Berdua ngan adik. Thank u in advance..

    shaza.sh3031@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Salam kak.. kalau boleh nak jugak itinerary akak kat sana.. best lah.. plan nak pegi end if this september.. thank u in advance..

    shaza.sh3031@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Salam. Best baca blog sis. Actually end of this year i wanna go to Korea too. Hope sis boleh kongsi itinerary. This is my email addr : arejar92@yahoo.com.

    ReplyDelete
  11. salam sis saya pun macam verminat nak ke sana. boleh sis share sis punya itinerary dekat saya? di noramirah92@gmail.com btw thank you sebab sudi share pengalama kat blog sis. hebat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. email sent. sorry lambat, dah lama x aktif dengan blog.

      Delete
  12. Salam Nina..

    Sangat2 membantu blog ni..dah terbayang2 depan mata ni ada T-Express..sudi la kiranya share itinerary Nina and husband sepanjang berada di sana..

    Mengharap sinar Nina,
    Ala Atika (asewahhhh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.

      Go for T-express!! A must try.

      Tlg bagi email address. tak dapat retrieve dr google+

      Delete
  13. Salam kak
    Boleh share itinerary
    syhafiz89@gmail.com
    Tq in advance☺️☺️

    ReplyDelete
  14. Salam kak Nina. Saya akan pegi ke Korea tahun depan and x beli check-in luggage, just backpacking. Saya curious nak tahu either serunding, Brahims' pastes boleh lepas masuk cabin? And also ingat nak bawak beras so jimat x payah beli instant rice dkt sana. Btw, boleh share akak pnye itinerary? Email saya aindinie92@gmail.com

    Tq

    ReplyDelete