Wednesday, March 27, 2013

Cinta di Jawa Timur 3 (Pantai Bale Kambang & Masjid Cheng Ho)

Sebelum saya meneruskan cerita, mungkin ada yang confuse disebabkan ada 2 watak yang namanya hampir sama.

Adill = sepupu saya = perempuan (Adilla)
Adi = tour guide kami = lelaki (Adi Sucaturman)

Sekian, harap maklum (",)


Selasa, 12 Mac 2013

Hari ni hari terakhir suamiku di sini. Flight SUB-KUL petang ni. Najib kena balik awal sebab dapat cuti 2 hari sahaja..sobs~

Sebelum gerak, masa tengah ber-FB kat cafe, Najib ajak naik ke atas. Dia kata ada something kat atas. BEST katanya. Seriously tak sangka kat guest house kecik ni ada ini.........

Roof-top Garden!


Najib The Explorer :)







The roof-top view : Gunung Arjuna / Gunung Anjasmara?


Dan perjalanan pun diteruskan. Route perjalanan kami hari ini adalah seperti berikut;

  • A - Yoschi Hotel, Bromo (kelmarin)
  • B - D'Fresh Guesthouse, Kota Malang
  • C - Pantai Bale Kambang
  • D - Tanggulangin
  • E - Juanda International Aiport
  • F - Ibis Rajawali Hotel, Surabaya
Jarak C ke E ialah 160km melalui jalan biasa.


Masjid Turen / Masjid Tiban / Masjid Ajaib

Dalam perjalanan ke Pantai Bale Kambang, Adi ada cerita pasal Masjid Turen / Masjid Ajaib di Kota Malang. Masjid/Pesantren tu 10 tingkat lengkap dengan pelbagai kemudahan. Digelar Masjid Ajaib kerana mustahil pada ketika itu Masjid sebesar itu dapat dibina.

Walaubagaimanapun, pihak pesantren menafikan khabar angin yang mengatakan pembinaannya dilakukan oleh Jin, sedangkan kerja-kerja tersebut sebenarnya dilakukan oleh para santri (pelajar) & jemaah yang ikhlas dan bersungguh-sungguh membangunkan pesantren. Disebabkan kami mengejar masa, Pak Martono kata tak sempat untuk ke Turen...


Pasti akan ke sini suatu hari nanti!

Sebenarnya beberapa minggu sebelum tu saya ada terbaca FB post Wardina tentang masjid pesantren ni. Tapi last minute  sebelum pergi lupa langsung pasal masjid ni. Masa ni timbul pulak rasa menyesal pegi BNS malam tadi.isk..isk.. (T_T) Memang saje je nak kena repeat trip Surabaya ni kan :p

Najib pun excited bila Adi ajak ke rumahnya di Lumajang kalau kitorang datang lagi next time sebab dia teringin nak pegi Ijen & Pantai Sukamade (terpengaruh dengan rancangan TV masa kat D'Fresh). Dan kami diberitahu yang jalan nak ke sana lebih thrill dari apa yang kami lalui masa naik Jeep ke Bromo semalam. Siap 4x4wd kena keluar masuk sungai bagai. wow wow!!


Pantai Bale Kambang

Perjalanan ke Pantai Bale Kambang melalui kawasan pekan kecil dan kampung selama 2 jam. Masa dalam perjalanan, saya tengok langit mendung. Dalam hati ni dah berdoa-doa semoga Allah tukar mendung jadi cerah setibanya kami di pantai nanti.


 Mendung


Kawasan Bantur di mana pantai ini terletak majoriti tanamannya ialah padi huma (padi bukit) dan tebu. Saya rasa orang kawasan ni rajin-rajin. Susah rasanya nak tengok tanah yang bersemak tanpa ditanam apa-apa.

Perjalanan menghampiri pantai membawa kami ke kawasan berbukit bukau. Mobil Kijang yang Pak Martono bawa beberapa kali mendaki bukit di penghujung perjalanan menghampiri pantai. Pak Martono dah pernah sampai Pantai Bale Kambang tapi dah lama dan baru sekali-dua. Dan Adi, ini kali pertama dia ke Pantai Bale Kambang. Kami berseloroh, "Eh, ini kiranya kami yang bawa Adi. Bukan Adi bawa kami." hehe...


 Alhamdulillah dah sampai!

Selepas melepasi pintu gerbang di atas ni, kami ditahan semasa hendak melalui satu palang bertutup untuk ke kawasan landmark Pantai Bale Kambang. Rupanya hanya orang daerah Malang dibenarkan bawa kenderaan masuk. Syukur, rezeki kami. Kijang Adi bernombor plat Malang!


 MashaAllah, tempat ini sangat cantik!




Di sini boleh kalau nak cuba flying fox. Kena jalan ke Pulau Ismoyo melalui jambatan tu, kemudian flying fox dari area pura Hindu tu ke tepi pantai. Tapi masa kami sampai tu diorang baru nak set up. So  tak sempat lah kami nak tunggu..

Kami pun jalan-jalan je ke Pulau Ismoyo....

Alhamdulillah, cuaca dah cerah \(^_^)/


Tempat yang lebih selamat untuk budak-budak. Kat sini pun dah jernih.


(tapi tak ada orang jaga bagi kampuh pun)


Rasa macam dalam fairy tales!




The Cousins


Ombak menghempas pantai


Sebuah lagi pulau kecil yang sebahagian jambatannya sudah roboh dihempas ombak


Jernih.


Sekadar menghormati kepercayaan agama mereka...

Bagi yang sedang period dan tidak berhajat untuk masuk ke pura selepas membaca notis sebegini, harap dapat tetapkan niat bahawa kita tidak masuk ke pura atas sebab menghormati mereka. Bukan sebab takut akan berlaku apa-apa (rasukan, sumpahan etc...) Kita takut hanya pada ALLAH.


Pemandangan dari arah pura.....




Ombak besar dari Lautan Hindi









Ohoii..ada orang memancing.....



Ada ikan besar lalu. Tapi sempat snap gambar kumpulan ikan-ikan kecik je


Tempat ni macam private beach pulak saya rasa. Tak ramai orang. Tempat yang cantik, tapi bukan tumpuan pelancong. Saya suka. Mungkin ramai yang tak tahu tentang pantai ni. Macam saya cakap tadi, pantai ni letaknya di balik bukit & saya tahu pasal pantai ni pun dari blog orang Indonesia.

OK, masa untuk berposing......






Ini semua drama.


Berkali-kali jugaklah saya tanya Najib & Ieman, sure ke korang tak nak mandi. Diorang kata kalau dah masuk air macamni ni, 2-3 jam baru puas. Nak tukar baju & clean up lagi.. Memang tak sempatlah kan.. So kitorang just jalan-jalan, lepas tu minum kat gerai tepi pantai. Diorang makan packed breakfast yang hotel bagi tadi. Kami punya dah selamat masa dalam perjalanan tadi :D

Masa tengah minum-minum ni kitorang perasan Adi takde. 'Hilang' sejak kat pura tadi. Pak Martono kata Adi pegi Musholla. Huhu..bagusnye, tak tinggal Solat Dhuha dalam musafir. Kitorang pulak yang tinggal Dhuha. uhuk T_T




Es degan / kelapa yang sangat besar & sangat sedap.


Es Joshua & Pak Martono :)


Masa tengah lepak-lepak ni, baru terfikir. Owner gerai ni Muslim ke Hindu? Sebab sah-sah ada pura bagai. Erk~ nanges.


Alhamdulillah cuaca mendung bertukar cerah sepanjang kami di sini. Makbul doa. Kitorang spent masa kat Pantai Bale Kambang ni lebih kurang 1 setengah jam sebelum mengucapkan selamat tinggal...

Gambar asal yang saya Instagram




Selamat tinggal bayu Lautan Hindi...


Dari Bantur ke Surabaya

Dalam perjalanan balik barulah kami snap gambar-gambar sekitar daerah Bantur yang saya cerita tadi. Beberapa kali Pak Martono berhentikan mobil untuk bagi peluang pada kami untuk ambil gambar. Kata pelancong.....ihik.

Padi huma


Mengindang-ngindang padi huma,
Mengindang dalam tampian..
Memandang-mandang hati kama,
Memandang dalam renungan..
 ohoii.. (tau nyanyi je kan, tapi tak pernah tengok sawah padi huma. tengok dalam buku teks Alam Dan Manusia darjah 5 jah.)


Masih menggunakan bajak manual yang ditolak sendiri


Pemandangan dari jalan berbukit. Nun di sana Pantai Bale Kambang kami tinggalkan



Di tepi-tepi jalan sekitar Bantur ni nampak ada banyak gerai jual buah salak. Saya minta Pak Martono berhenti, nak beli buah salak. Buah salak ialah salah satu buah favourite saya. Adi kata takpe, dia belikan. Senang nak deal dengan orang tempatan. Takut kalau kitorang yang beli jadi mahal pulak.

Salak Bantur. Sama je rupa dengan Salak Malaysia. TAPI.......


...sangat sedap, sangat manis, juicy, tak rasa kelat langsung!


Kadang-kadang kitorang macam segan gak dengan Adi ni. Banyak kali gak kitorang tak cukup duit kecik especially waktu nak bayar makan, dia yang dahulukan duit dia. Tapi bila Najib atau Ieman nak bayar balik, dia tak nak ambik pulak. huhu.. OK la, jenis tak berkira sangat Adi ni.


Simpang Gondanglegi-Gedangan


Tak pasti arca/tugu apa di tengah roundabout kecil





Ladang tebu & sawah padi


Pancasila (Rukunegara) di tepi-tepi jalan. Patriotik.


Sepanjang perjalanan sekitar Bantur-Malang ni juga kami lihat saaaaaangat banyak Ponpes (Pondok Pesantren - Sekolah Agama pondok/Madrasah kalau di Malaysia). Ternyata daerah Malang ialah kawasan yang agama Islamnya subur.

Ini salah satu masjid yang sangat cantik yang kami lalui dalam perjalanan...







Disebabkan kami mengejar masa, cuma suami-suami je yang turun ambil gambar. Nak singgah solat sunat pun tak sempat. Kami isteri-isteri hanya melihat dari dalam mobil.

Dan sempat mengetik foto ini....

Bakso Nuklir (nuklear!!)

Memang keunikan di Indonesia; agak exaggerate dalam menamakan makanan. Bakso nuklear, bebek mercun, rawon setan dll... Adi kata nama-nama sebegitu menggambarkan kepedasan makanan tersebut & sememangnya SANGAT PEDAS.


Dan janur kuning, di Malang tadi tiba-tiba Adi kata di situ ada Majlis Perkahwinan. Tapi kitorang tengok macam tak ada apa-apa khemah pun. Adi kata itu ada janur kuning (di tepi jalan besar), berarti ada majlis pernikahan di dalam lorong itu..

Janur Kuning

Oooo..patutlah dalam lagu Tenda Biru ada janur kuning! Saya terus menyanyi perlahan.

Tak sengaja, lewat depan rumahmu,
ku terlihat ada tenda biru,
dihiasi indahnya janur kuning,
hati bertanya pernikahan siapa...

Setahu saya janur (pucuk daun kelapa) orang buat anyam ketupat je... :)


Peribahasa Jawa

 Dr.Fifi (Asmirandah) bekas tunang Ustaz Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih

Sepanjang dalam perjalanan, macam biasalah kami ni kalau tak tidur memang bising lah dalam mobil. Pastu saja tunjuk gambar kahwin kitorang kat Adi (nak habaq kata dulu aku tak gemuk macam la ni). Waaaaaa Adi kata muka ai masa kahwin macam aktres Asmirandah ok..!! Bergegar mobil seketika dibuatnya..lepas-lepas  puji, dalam tengah idong dok kembang kempis kena puji sambil mengeluarkan kata-kata riak dan perasan tak sudah-sudah, tiba-tiba Adi ajar satu peribahasa jawa;
"Sopo seng garemi segoro. Yo asin dewek.."

Sambil disahkan oleh Pak Martono. Maksud dari segi lughah ; "Siapa yang menggaramkan (memasinkan) laut. Ya (pasti), masin sendiri" ~Peribahasa ni untuk orang yang memuji diri sendiri. Kalau dalam BM lebih kurang macam "Masuk bakul angkat sendiri" lah...haha

Dan macam-macam yang kami sembangkan sepanjang perjalanan. Tentang lagu nasyid Pesantren, lagu ilir-ilir, lagu eleng-eleng siro menuso (selalu dinyanyikan di pondok kampung saya). Najib, Ieman & Adi banyak bersembang tentang sejarah Indonesia sejak hari pertama kami di sini. Serius orang lelaki ni hebat sejarah. Terkagum seketika.

Dan akhirnya kami sampai di daerah Pasuruan, sudah tidak jauh dari Surabaya....

Karyawan jalanan...


Masjid Cheng Ho, Pasuruan


Sebenarnya tidak berniat untuk ke Masjid Cheng Ho di Pasuruan kerana kami target untuk ke Masjid Cheng Ho esok sahaja yang di Surabaya. Kebetulan kami melalui masjid ni yang betul-betul terletak di jalan utama Pasuruan-Surabaya. Nampak kelibat Masjid ni, terus kami minta Pak Martono u-turn ke masjid. Jama' Zohor & Asar di sini...


Sudut kiri Masjid


Sudut kanan Masjid

Menurut sejarah, Laksamana Cheng Ho telah melakukan pelayaran ke Indonesia sebanyak 7 kali dalam tempoh 28 tahun (1405-1433). Sebab itulah nama beliau sangat signifikan dengan penyebaran Islam di Indonesia. Beberapa Masjid di sekitar Indonesia telah dibangunkan dengan mengangkat nama beliau sebagai nama masjid. Dan di Pasuruan, masjid berbentuk Pagoda ini didirikan sebagai simbol ajaran Islam yang berkonsepkan rahmatan lil-alamin (rahmat bagi keseluruh alam) merentasi sempadan geografi, bangsa dan budaya. [1], [2].




Surabaya kami datang...!

Selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke Pusat Barangan Kulit di Tanggulangin untuk shopping barangan leather (handbag, tali pinggang, wallet dll) yang murah-murah di sini. Kemudian kami terus ke airport untuk hantar suamiku terchenta yang akan balik ke Malaysia flight 4:45 petang. Disebabkan mengejar masa, tak sempatlah Najib makan nasi bebek idamannya. Kesian Abang..

Lepas Najib dah lepas baggage, kami gerak dan cari tempat makanan untuk late lunch dalam perjalanan ke Surabaya. Pak Martono kata "kita makannya di tempat yang jauh sikit daripada airport ya, sebab kesian Najib tak makan lagi". Huwaaaa....sebak hati bila Pak Martono cakap macamni.

Masuk Kota Surabaya, hujan turun & jalan macet (traffic jam). Satu demi satu rumah makan kami terlepas. Akhirnya rezeki kami, dapat berhenti & parking di rumah makan Rawon Setan.

Lepas makan kami check-in  di Ibis Rajawali Hotel, Surabaya menghampiri waktu Maghrib. Pak Martono & Adi tunggu kami sampai settle urusan check-in barulah mereka gerak pulang ke Bromo. Sebelum sampai hotel, masa dalam mobil Pak Martono cakap sedih nak berpisah dengan kitorang. Serius sedih nak berpisah dgn Adi & Pak Martono selepas 3 hari bermusafir bersama-sama, makan, guyon, bercerita bersama...kami Jawa Gila (keturunan Jawa tapi banyak tak tahu pasal Jawa) banyak belajar dari Adi & Pak Martono tentang bangsa kami sendiri. Tambah pulak bila Pak Martono cakap sedih nak berpisah macamtu. Hati saya dah sebak, ku tahan-tahan. Yang pasti Adill sepupuku memang dah mengalir air mata. Oh, seriously kami tak suka say good bye :'(

Teringat kat Facebook MBC (Malaysian Backpackers Club) masa diorang survey pasal destinasi percutian yang tak best, ada sorang member kata bila kita travel, yang menentukan best atau tak percutian kita tu selain dari the tempat itself ialah dengan siapa kita travel. Orang-orang yang jalan dengan kita tu lah yang sebenarnya menentukan best atau tidak journey kita tu.

Dan di sini saya, Adill & Ieman kami bertiga akan meneruskan percutian shop n dine kami di Kota Surabaya untuk 2 hari lagi. Aktiviti kami malam ini ialah shopping buku di Gramedia & mencoba Pizza Hut Indonesia yang lazat. Balik hotel lepas dinner, buka FB baru tau yang flight suamiku delay 2 jam. Maknanya masa kitorang naik hantu rambang mata kat Toko Buku Gramedia tadi, suamiku sedang tersadai di airport...isk isk.. Kesian abang, kena naik bas ke Butterwoth pula sebab terlepas last flight ke Penang. Esok pagi dia kena masuk kerja.

Cerita Tanggulangin, Rawon Setan, Toko Buku Gramedia & Pizza Hut Tunjungan akan saya compile dalam episod Surabaya : Shop n' Dine :)

InsyaAllah.....

9 comments:

  1. bravo kazen..doakan diriku diberi hidayah utk menghapdate citer Surabaya ni...malasssnyyaaaaa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..go go bubu auni! (sebenarnya ni pun dah dekat seminggu dok tersadai dlm draft. 1 perenggan 1 hari kekdahnyer...) :D

      Delete
  2. lir ilir antara lagu feveret, la ni pun mmg dok tgh dengaq. hiuhiuhiu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makna lagu lir ilir :) http://hudawaudchemistry.wordpress.com/2012/07/30/makna-lirik-lir-ilir/

      Delete
    2. Ni bahasa jawa halus. mak ai pandaila jawa halus. i boleh jawa kasar je...

      Delete
  3. Kene try route ni lain kali and i love the masjid :)

    Salam Kenal

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...ni kak ila...seronok baca permusafiran kamu ke jawa timur...teringin nak pergi...rancangnya toward end of November ni....tengok pesantren di malang yang wardina pernah pergi tu...sangat2 teruja nak pergi....boleh tak bagi akak contact no Adi (tourist guide) tu, sebab kalau pergi nak ambil sebagai tourist guide....rancang nak pergi dari 20-26 nov....tolong ye dik....harap sangat boleh bantu... nak present kat hubby yang akan turun offshore 16hb ni...dah present itinerary baru leh beli tiket.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. no fon +6281336365438 boleh whatsapp atau email adiyoschi@yahoo.com website dia bromosurrounding.com

      Delete