Ahad, 10 Mac 2013
Sabuk pengaman = seat belt :)
Bromo...aku datang!
Kami berempat; Nina (saya :p ), Najib (suamiku nan kacak), Adil (cousin paling rapat since kecik) & Ieman (suami Adil) menaiki pesawat AirAsia Indonesia QZ8277 berlepas dari LCCT jam 9:35 pagi. Harga return ticket kami ialah RM136 seorang. Penerbangan selama 2 jam 40 minit baik-baik saja. Landing pun smooth. Well done, Mr Pilot.
Keluar dari Arrival Hall...........
Pak Martono senyum-senyum :)
Kami dah buat reservation kereta beserta Pak Supir & penginapan di Bromo bagi route Surabaya-Bromo-Malang-Batu-Surabaya selama 3D/2N dengan Toyota (Kijang) Unser. Saya berurusan dengan melalui website Adi. Sepanjang nego dengan Adi melalui email & whatsapp, saya teruja sebab dapat asah skill penulisan Bahasa Jawa saya yang sangat limited ni. Kiranya sambil deal pasal trip, sambil asah kemahiran Bahasa Jawa & menjejak asal usul keturunan melalui pengamatan Adi daripada gaya penulisan Bahasa Jawa yang saya gunakan. hehe..
Ketibaan kami berempat diiringi Pak Martono (Pak Supir) disambut oleh Adi dengan seplastik rambutan merah & sebungkus semprong (ini nama Jawa. sila google sendiri) ;) Semprong yang Adi bawa ni serius sedap. Rangup, tahan lama tak masuk angin walaupun plastik dibiarkan terbuka dalam kereta lepas kami buka. Rasa dia tak manis sangat, ada a hint of rasa nestum, tapi tak muak. Suka sangat!
Semprong-super-sedap.
Sambil menikmati semprong yang super-sedap bagi mengalas perut yang lapar, kami melewati warna-warni ragam Kota Surabaya menuju ke destinasi pertama kami iaitu Ampel; di mana terletaknya Masjid Sunan Ampel & Makam Sunan Ampel (salah satu daripada Walisongo). Songo ialah sembilan dalam Bahasa Jawa.
Warna-warni Kota Surabaya
Nama Surabaya dalam sebutan Jawa ialah Suroboyo (Suro = jerung, Boyo = buaya). Menurut cerita Adi, Surabaya berasal dari lagenda pergelutan antara jerung laut & buaya sungai. Kedua-duanya bertemu di muara pertemuan sungai & laut lalu bergelut. Di Surabaya ada tugu jerung & buaya yang popular di kalangan pelancong, tapi kami tak singgah pun. Cuma lalu sahaja.
Pertama kali menjejak kaki ke Indonesia, kami sibuk bertanya harga kereta-kereta di sini yang kebanyakannya kereta import. Kereta Proton pun tak kurang banyaknya di sini. Yang pastinya kereta di Indonesia lebih murah daripada kereta di Malaysia :'(
Dan macam-macam ragam yang menarik perhatian kitorang. Jadi camera tak henti-henti bekerja especially Ieman aka photographer tegar...
Angkutan : Pengangkutan awam tradisional Surabaya. Berasal daripada van yang diubahsuai persis sebuah bas yang sangat kecil & comel
Kuat. Dia pegang je kereta sorong kat belakang tu?
Jual-beli emas tepi jalan.
Gerai kereta sorong yang sangat banyak di Surabaya. Pelbagai menu tempatan Indonesia.
Tugu Pahlawan
Masjid & Makam Sunan Ampel
Untuk Ziarah Sunan Ampel, Adi membawa kami berjalan dari tempat Pak Martono menghentikan kereta di tepi jalan melalui lorong rumah-rumah yang menurutnya merupakan kawasan tempat tinggal keturunan Arab di situ.
Rumah keturunan Arab di Ampel
Rumah-rumah di sini kecil sahaja kalau dilihat dari luar. Di hujung lorong rumah, terus memasuki kawasan jual beli Ampel Street yang terkenal dengan nama Little Madinah dan ada juga yang memanggilnya dengan nama Arab Street. Di sini jubah sangat murah. Bayangkan, jubah biasa bila convert duit Malaysia hanya sekitar RM10 hingga belasan ringgit. Tapi sayangnya jubah-jubah di sini hanya sesuai untuk mereka yang bertubuh kecil & rendah seperti wanita-wanita Indonesia. Untuk yang berketinggian model (lah sangat kan) macam saya ni memang tak payah mimpi la..
Pagar masuk ke Ampel Street / Arab Street / Little Madinah
Ampel Street / Arab Street / Little Madinah
Selain jubah, macam-macam lagi kelengkapan Muslim ada di sini. Songkok, serban, mukena (telekung), minyak atar, inai, tasbih, sejadah, pashmina, kain pelikat dan baaaaaaaaanyak lagi.
Najib @ Toko Najib :)
Apapun, perut dah lapar memandangkan kami tak makan dalam flight tadi. Cuma makan savoury paratha dan crisps di Hot & Roll Kiosk, Departure Hall LCCT jam 9 pagi tadi waktu Malaysia. Jadi, tujuan pertama kami sebelum Ziarah Sunan Ampel ialah makaaannnn.. Hal-hal shopping tolak ke tepi dulu.
Depot Mas Hakim~ Rumah Makan pertama yang kami jumpa dan terus masuk tanpa berfikir panjang. Serius lapar. Banyak menu tempatan Indonesia di sini. Tapi agak mahal. Nasi putih sepinggan pun dah IDR 9ribu (RM3). Mujurlah rasa makanan di sini sedap. Jadi, tak ralat sangat walaupun mahal. Bak kata suami, bab makan tak yah berkira. Beghehhhh...
Menu: nasi Madura, krengsengan, rawon, bakso, soto, tongseng, marak, macam-macam...
Nasi Kebuli Kambing saya
Es soda gembira \(^_^)/ saya
Saya memilih Nasi Kebuli Kambing & Es Soda Gembira untuk hidangan pertama saya di bumi Jawa ini. Nasi kebuli ni sememangnya sedap. Saya memilih Nasi Kebuli atas recommendation Kak Ruby (ex-University mate saya yang sekarang menyambung pengajian di Universitas Airlangga, Surabaya). Katanya Nasi Kebuli yang sedap ada di Ampel. Tak pasti inikah rumah makan yang Kak Ruby maksudkan atau bukan. Tapi yang pasti, nasi kebuli ni memang sedap. Sejenis nasi yang berempah.
Dan es soda gembira? :) Mungkin saya boleh gambarkannya macam air sirap bandung di Malaysia. Cuma rasa sirapnya agak berlainan & ianya dicampur dengan air soda. Sedap! (saya memang peminat sirap bandung sejak dari kecil)
Di sini, saya masih belum confident untuk bertutur slang Indonesia dengan orang tempatan. Nak minta tolong bungkuskan es soda gembira yang tak habis pun, Adi yang tolong cakapkan :)
Lepas lunch, kami terus ke Masjid Ampel untuk Jama' Taqdim Zohor-Asar.
Pintu gerbang daripada lorong kedai ke perkarangan Masjid. (Gambar dari arah perkarangan Masjid)
Di perkarangan Masjid. (Kanan) tempat Wudhu' terbuka untuk lelaki.
Dari luar kami lihat Adi yag mengimamkan solat, Najib & Ieman jadi makmum. Bagus Adi ni. Jadi tour guide boleh, jadi solat guide pun boleh. Lega rasanya bila tahu yang kami akan bermusafir dengan orang yang menjaga solat sepanjang 3 hari ini :)
Imam Muda Adi Sucaturman bersama makmum Najib & Ieman
16 tiang utama Masjid Sunan Ampel
(Gambar gegar kerana cepat-cepat, tak pasti sebenarnya boleh ambil gambar dalam Masjid atau tidak)
Selepas selesai solat, kami terus menuju ke kawasan makam Sunan Ampel. Di makam ini bersemadinya jasad-jasad para syahid, santri dan waliullah yang banyak berdakwah menyebarkan Islam di Tanah Jawa. Selain Makam Almarhum Raden Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel, Walisongo), di sini turut disemadikan jasad isterinya, Nyai Condrowati, Mbah Bolong, Mbah Soleh & Jemaah Haji Indonesia yang terkorban dalam kapal semasa pergi menunaikan haji.
Pintu masuk ke makam. 'Lepaskan sepatu & dilarang merakam foto di dalam kawasan makam'.
Menarik di dalam makam ini juga adanya 9 makam yang dimiliki oleh hanya 1 orang hambaAllah iaitu Mbah Soleh. Mbah Soleh ialah anak murid Sunan Ampel yang rajin membersihkan kawasan Masjid. Apabila Mbah Soleh meninggal dunia & masjid menjadi tidak sebersih dulu, Sunan Ampel terdetik "kalau Mbah Soleh ada, pasti Masjid ini bersih". Kemudian muncullah jasad serupa dengan Mbah Soleh, membersihkan kawasan Masjid. Apabila jasad tersebut meninggal, Masjid menjadi tidak sebersih dahulu lagi & sekali lagi Sunan Ampel terdetik perkara yang sama lalu muncul lagilah jasad Mbah Soleh membersihkan masjid. Perkara ini berulang sehingga lapan kali, sehinggalah Sunan Ampel meninggal dunia. Akhirnya jasad Mbah Bolong meninggal buat selama-lamanya.....
Wallahua'lam..
Air gentong
Di sisi luar dinding sebelah kiri pintu masuk makam terdapat susunan gentong (bermaksud 'tempayan' dalam Bahasa Jawa). Agak sukar untuk merakam foto ini kerana orang ramai berpusu-pusu mengambil berkat meminum air yang dipercayai barokah ini.Diluar makam, kami ada membeli buku fotokopi berkaitan Walisongo yang dijual dengan harga IDR 10ribu. Suami beli versi Bahasa Indonesia (tulisan rumi) dan Bahasa Jawa (tulisan jawi). Di sini juga kami nampak ada beberapa orang yang membawa air di dalam botol untuk dibacakan doa penawar oleh Pakcik yang jual buku tadi. Dia mungkin somebody.
Kami keluar daripada kawasan masjid ketika Azan Asar berkumandang. Oleh kerana sudah Jama', kami terus berjalan-jalan di lorong kedai Ampel. Adil & Ieman beli tudung budak-budak yang serius comel (atau 'lucu', kata orang Indo) untuk Auni & sepupu-sepupunya. Niat di hati nak cari shawl asli Indonesia. Ingin mencuba serban jenama Indonesia; Almas yang cantik dan halus tenunannya. Cantik. Tapi agak kurang sesuai untuk dijadikan tudung kerana kainnya tebal.
Saya lupakan hasrat membeli shawl. Saya dan suami cuma beli tasbih. Tasbih dengan biji-biji berukir 99 Asma'ulHusna untuk saya dan tasbih cendana yang wangi untuk Najib.
Di luar hujun tiba-tiba turun dengan sangat lebat. Alamak, gimana mau pulang ke mobil.......??
||||||||||| Hujan lebat (>.<)
Bercanda sambil berteduh =D
Ah, tak boleh jadi ni. Hujan ni kalau kita tunggu, dia memang tak reda. Dah lama tak main hujan. Kita redah ajelah. Sambil lari sambil gelak. Sambil berteduh sambil ketawa. Sambung berlari dan gelak ketawa lagi. Basah kuyup kami sampai di mobil Adi.
|||||||\(^_^)/ |||| \(^_^)/ |||| \(^_^)/ |||| \(^_^)/ |||| \(^_^)/ |||||||
Pintu gerbang Ampel dalam hujan
Kami meninggalkan pintu gerbang kawasan Sunan Ampel dalam hujan lebat yang membasahi kota Surabaya. Di dalam kereta masih tersisa gelak-tawa kami mengingatkan aksi kami berlari-lari bagaikan anak-anak kecil dalam hujan tadi. Berhenti dari satu bumbung garaj ke satu garaj rumah orang. Tiba-tiba dalam hati saya menyanyi-nyanyi...
Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari
Di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama...
Masihkah kau ingat..
Masihkah kau ingat..
Dah balik Malaysia nanti mesti akan teringat-ingat kenangan ni..waaa.....
Banjir kilat di Kota Surabaya. Anak-anak main sepak bola dalam hujan!
Dalam perjalanan ke Sidoarjo untuk ziarah tragedi Lumpur Lapindo, kami banyak bertanya. Adi pun memang peramah. Pak Martono pula masih malu-malu. Lebih banyak berdiam. Dalam masa perkenalan yang singkat kami jadi makin mesra sebab laki-laki kami memang pak lawak Oppa Kedah Style 'sukak guyon', kata orang Jawa, tambahan pula saya & Adil boleh berbahasa Jawa sikit-sikit. Jadi seronok & meriahlah dalam mobil, walaupun kami guna Bahasa Jawa kasar. Orang di sini lebih kepada Bahasa Jawa halus. Kalau di kampung saya, generasi mak-mak kami cakap Bahasa Jawa halus dengan orang-orang tua atau orang yang dihormati dalam masyarakat. Contohnya dengan orang tua-tua, Imam, Kiyai & Nyai (isteri Kiyai). Kami & Bahasa Jawa halus?~zero...
Dalam perjalanan, melalui Masjid Al-Akbar (masjid ke-2 terbesar di Indonesia)
Lumpur Lapindo
"Abu Dajal Bakri
Calon Presiden Maling"
(**maling = pencuri)
"Pulihkan kehidupan.
Selamatkan bangsa & negeri.
Lapindo harus tanggung."
"Hae Bapakku,
tidak berdosakah engkau terhadap anakmu
yang slalu kau bohongi / kau anaktirikan.
Mana perjuanganmu Bapak.
Tunjukkan..biar.."
"Hentikan penderitaan rakyat Sidoarjo.
Tuntaskan kasus Lumpur Lapindo."
Begitu bunyi tulisan-tulisan pada banner-banner yang tergantung di dinding tambak kawasan banjir lumpur. Tulisan-tulisan penuh amarah & kekecewaan yang menyambut kehadiran kami.
Berkerut dahi saya ketika berada di kawasan ini. Suram. Bungkam. Sepi. Sayu. Hanya lantai lumpur kelabu yang amat luas & kepulan asap gas dari kejauhan.
Ada sesuatu yang ingin diluahkan...
Tragedi Lumpur Lapindo menyimpan kedukaan yang amat mendalam. Lebih dalam lagi daripada rumah penduduk-penduduk kampung yang tertimbus lebih 10 meter di dalam lumpur. Mereka kehilangan rumah, kehilangan seluruh isi kampung & punca rezeki. Kes di mahkamah masih belum selesai. Pihak Lapindo Gas culas dalam membayar ganti rugi. Ada yang baru dibayar 60%, ada yang hanya dibayar 20%.
Sumber air di sini tercemar dengan Cadmium, Copper & Plumbum. Mereka terdedah dengan long term adverse effect, begitu juga dengan haiwan ternakan mereka. Masalah kesuburan, cancer, bio-accumulation in body fat, dan kerosakan organ dalaman.
Perjuangan mereka belum selesai.
Hidup perlu diteruskan. Waris kawasan ini ke sini mengutip wang parkir, memberi penerangan kepada pengunjung & menjual VCD Tragedi Banjir Lumpur Panas Lapindo bagi membuka mata pelancong dari serata dunia & tak kurang penting, untuk menampung kos hidup mereka.
Jauh di belakang kami kebocoran gas yang masih aktif punca semburan lumpur panas (~60 °C) dari bawah tanah
Pesanan terakhir sebelum meninggalkan tapak tragedi
Kami meninggalkan kawasan Lumpur Lapindo dengan dahi yang masih berkerut. Perjalanan kami diteruskan.....
Yoschi Hotel
Berhenti singgah solat jama' taqdim Maghrib & Isya', kami ambil keputusan untuk teruskan perjalanan dan makan malam di hotel sahaja. Sebolehnya mahu sampai hotel awal. Perjalanan lebih kurang 3 jam. Mula memasuki kawasan kampung, jalannya memang mencabar. Curam menaiki bukit & berliku-liku. Mujur dah gelap. Pak Martono kata kalau siang, kami mesti saspen. Sebab sebelah kami ialah gaung! (dan Pak Martono melepasinya dengan cekap pada gelap malam!)
Kami tiba di tempat penginapan tepat seperti yang direncanakan oleh Adi, jam 8 malam waktu tempatan Indonesia. Menurut Adi, suhu pada waktu malam adalah belasan darjah celcius. Dan pada waktu pagi ketika melihat sunrise pernah mencecah 5°C !
Alhamdulillah, dah sampai. Sejuk! Brrrrrr~
Sampai hotel terus check-in. Di sini saya memilih Family Cottage untuk kami berempat. 2 bilik tidur & 1 bilik air ensuite. 1 bilik dengan katil queen di tingkat atas (Nina & Najib) dan 1 bilik twin sharing di tingkat bawah (Adil & Ieman). Biliknya sangat klasik, binaan tradisional daripada kayu dengan dinding anyam. Jatuh hati pandang ke-2 (jatuh hati pandang pertama masa tengok gambar di website Yoschi & blog orang). Tapi saya lupa ambil gambar interior bilik kami T_T
Lepas letak barang, masa untuk berbakti pada perut........
Interior yang sangat cantik & klasik.
Welcome drink - Air oren suam
K.A.M.I.
Secangkir Teh Pengubat Letih bak kata Ustaz Hasrizal
Walaupun hotel's restaurant, tapi harganya tersangatlah OK. Harga set nasi cuma IDR 15ribu.. Dan yang paling penting, nasi ialah berbentuk L-O-V-E. Eh, bukan. Yang paling penting, memenuhi selera kami :)
Ieman | Nasi Sardin
Adill | Nasi Sayur Kari
Nina | Nasi Campur
Najib | Nasi Pecel
Candle light dinner. Kesian Adi sorang je takde partner. hehe
InsyaAllah, kami doakan Adi cepat-cepat bertemu belahan jiwanya yang berjilbab (wanita idaman Adi), solehah & memahami kerjaya Adi.
Ameen.. :)
Esok pagi kami kena bangun jam 3 pagi untuk melihat sunrise dari Gunung Penanjakan. Kami ada masa kurang dari 5 jam untuk tidur. OK, selamat malam semua............
entry korea belum complete dah start entry surabaya. hihi. nmpk benor sukenye ;P
ReplyDeleteI dah berubah hati pada cinta yang lain. ihik ^_^
Deletecongrats kazen...sungguh pantas...hehe...
ReplyDeletedoakan adil diberi kekuatana untuk hapdet blog..malas ya amat..sbb demam n sakit powut...adeyhhh...
Sementara tengah panas lagi ni tu yang tulis terus. Nanti post-Surabaya blues dah habis kang malas pulak den nak nulis. macam cerita korea tu dah dekat setahun tak habis2 cerita2. hehehe
DeleteSalam sis, boleh tak nak mintak no Adi? terima kasih
ReplyDelete+62 813-3636-5438
Delete