Wednesday, May 19, 2010

Terima kasih, Tuhan..


Tunda lagi

Sebenarnya saya penat bila orang tanya, "Bila nak pi UK?". Dan akhirnya, panggilan telefon daripada pegawai HR minggu lepas menjawab persoalan yang saya sendiri tiada jawapannya. Daripada 1 April, kemudian 15 Mei, Kemudian 7 Jun dan akhirnya 1 Ogos! Bagaimanapun, saya bersyukur. Banyak hikmahnya atas penundaan keberangkatan saya ke UK. Banyak perkara yang bakal sempat saya lakukan apabila ianya ditunda ke bulan lapan.
  • Saya akan berkesempatan menghadiri majlis pertunangan my best-cousin-ever (dan sempat juga 'menyumbangkan' kek untuk hantaran!)
  • Saya juga bakal dapat hadiri majlis perkahwinan Wani & Razif (di mana saya&suami yang jadi match-maker!)
  • Saya juga dapat menghantar 10 naskah tesis (yang mana saya hanya sempat menghantar draft akhir sekiranya terbang pada bulan Jun)
  • Saya juga berkesempatan duduk lebih lama di rumah yang baru sahaja saya&suami beli (bakal berpindah sepenuhnya Sabtu ini!).
  • Saya juga tidak akan terlepas peluang menyertai 'annual family vacation' & tahun ini, kami akan ke Cherating sekeluarga!
Banyak hikmahnya, bukan? AlhamduliLLAH... Apapun, hanya satu yang saya sedihkan... Saya akan beraya di sana, jauh dari suami & keluarga... Ya..seluruh Syawal akan dihabiskan di sana. Isk..isk..isk..

Happy

Tatkala mencari references untuk memantapkan lagi literature review dalam tesis saya, hari ini SAYA SANGAT TERUJA & GEMBIRA. Selama ni, saya cite paper dia untuk paper saya. Kali ini, dia pula cite paper saya untuk penulisan paper dia. Ya, saya ada alasan untuk tersenyum lebih lebar lagi sepanjang hari ini. Hehehe...Ketika menyedari nama 'Mastor, A.,' dalam senarai references penulisan seorang saintis dari Institute of Nuclear Chemistry and Technology, Warsaw, Poland, saya sangat gembira =)

Gambar sekadar hiasan

Perasaan si penjual kek

Saya sering tebaca dalam blog sifu-sifu kek maya saya tentang perasaan mereka ketika proses delivery/self pick-up oleh customer. Berdebar2, takut & akhirnya lega bila si pembeli tersenyum melihat kek yang diterima dan disusuli dengan sms tentang rasa puas hati dengan kek yang sedap + cantik. Ya, kini saya faham apa yang cuba mereka gambarkan. Perasaan itu tetap wujud walau se-pro mana pun seorang pembuat&penjual kek.

Thanks Kak Muna, for your support!

Begitu juga yang saya rasakan (Saya hanya seorang amatur. Jadi, perasaan itu berlipat kali ganda lagilah!) Pra dan pasca penyerahan pesanan Kak Muna, otai NISA' yang baru berpindah dari KL ke Kulim, saya dihambat 1001 rasa atau orang utara selalu sebut 'senak peghut'. Sukakah dia dengan rasanya? Gembirakah dia dengan deco kek aku? Berbaloikah dia rasa dengan harganya? Kalau dulu saya terdetik dalam hati "kek sikit punya cantik, boleh rasa menggelabah lak".. Tapi kini, saya sudah F-A-H-A-M mengapa.

Pindah rumah

InsyaALLAH, saya & suami akan berpindah sepenuhnya dari Kepala Batas (tempat Pak Lah Badawi) ke Kulim pada hari Sabtu ini. Malam ini akan bermula proses packing barang dalam mood menulis tesis yang sedang membara. Adehh....

Suami saye yang rajin @ rumah baru =)

4 comments:

  1. wah, hebatnya kawan aku ni.. kagum aku.. :)

    nak pi UK utk apa nina? skang ko tgh sambung phd ke?

    ReplyDelete
  2. besaqnya halaman rumah

    pasai nak pi UK tu
    jangan la rasa sedey
    people as becoz they care
    just like me
    hehehe...

    ReplyDelete
  3. Tak rasa sedih pun. Lani rasa ketaq pulak. Baru dapat call dari M*S*I, interview next week...huhu.. =p

    ReplyDelete
  4. Cik bala, aku p training la..thesis master ni tgh tercungap2 nak ngabiskan.wish me luck ye =)

    ReplyDelete