Seperti yg saya katakan dalam entry sebelum ini, ini adalah kali pertama saya memasak kuah kacang =) Pagi sehari sebelum raya baru saya terkedek-kedek menyekype (Skype!) mak saya, mintak resepi. Hehe... Mak saya memang chef kat kampung. Masa zaman 'sinoman' dulu, Mak sayalah orang yang paling sibuk jadi consultant kalau ada kenduri kawin/berkhatan/dll kat area rumah saya. Sebenarnya bukan makanan melayu je Mak saya boleh masak. Dulu masa saya sekolah rendah, Mak saya pernah berjauhan sekejap dari kami sebab pergi Kursus Masakan Antarabangsa tau. Anjuran Kementerian Pertanian masa tu kalau tak silap.
nina nak resipi kuah kacang mak u, tengok2 kat blog sedap. hehe. sebab setiap kali ku cuba resipi , alhamdulillah menjadi.jauh mintak resipi ni! ~ message FB Nadiah
Sebenarnya dulu Puan Nadiah aka Nona pernah cuba resepi Moist Choc Cake yang saya belajar dari mak saya tu. Dia mula berkenalan dengan kek tu masa dia & suaminye keje kat Kulim dulu. Ala...kek yang saya bagi nama Dangerous Choc Lava Cake tu... *wink* Atas permintaan beliau, saya siarkan resepi kuah kacang mak saya di sini supaya dapat dikongsi dengan lebih ramai nisa'-nisa' di luar sane =)
Bahan-bahan:
1 kilo kacang tanah
2 batang serai (titik)
1-2 'iros' ;-) cili giling (ikut selera pedas masing-masing)
**2 labu bawang putih
**5 biji bawang besar
**lengkuas (anggaran sebesar ibu jari)
1/2 cawan udang kering (tumbuk ~sampai udang pengsan.haha..)
1 kotak kecik santan
asam jawa (anggaran sebesar bola ping pong)
1++ cawan gula
garam
Cara-caranya:
1. Goreng kacang tanah dengan minyak, mesin dengan air & ketepikan
2. Panaskan minyak, goreng serai sebentar & masukkan bahan-bahan bertanda ** yang dikisar bersama. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan cili giling dan tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan kacang tanah, udang kering dan santan.
5. Masak dengan api sederhana/kecil sehingga kuah pekat dan kacang masak.
6. Masukkan air asam jawa, dan perasakan dengan gula dan garam.
7. Selamat hari raya ;-)
Comelkan, sukatan yang mak saya bagi..? Iros la..bola ping pong la... hehe..macamtula cara orang lama memasak...main agak-agak je... Rasanya kalau internet & blog dah ada sejak dulu lagi, mesti Mak saya ni lebih glam lagi dari kak hanieliza & CMG.ooppsss..!! hampun ye =D
OK, sedikit makluman & tips untuk resepi di atas;
~ 'IROS' ni sebenarnya senduk..ala..senduk bulat yang kita selalu guna untuk cedok sup tu..
~ Sukatan ni adalah untuk 1 kilo kacang which is sangat banyak...sukatan ni budget untuk munjung atau open house la... Untuk percubaan pertama hari tu, saya masak 1/2 kilo je. (Sebab saya dah hangitkan gorengan kacang 1/2 kilo yang pertama. KANTOI! ~hahaha...mari gelakkan saye beramai2) T_T
~ Cara memastikan kacang sudah masak/belum, keluarkan sebutir kacang dan picit dengan jari. Kalau lembut/mudah hancur, maksudnya sudah masak. Kalau masih keras, teruskan usaha ye =)
~Kuah kacang juga boleh dimasak menggunakan rice cooker. Kuah tidak perlu dikacau selalu untuk mengelakkan hangit & kuah akan pekat elok.
~Bagi yang memasak menggunakan api, sila jangan tidor semasa memasak. Lelap 10 minit bakal membawa padah. Kacau selalu kuah kacang & harap bersabar kerana proses mendapatkan kacang yang empuk (benar-benar masak) mengambil masa yang agak lama. Nak makan sedap tak? OK,sila patuh pada arahan.
Sebenarnya bila saya dok kat UK ni baru saya tau,rupa-rupanya ada kuah kacang versi simple yang bahan-bahannye cuma kacang, cili giling & santan je. Huhu..biar betul. Saya pun macam tak percaya. Sedap ke..?!!
So, this is my mum's secret recipe. The secret is now revealed!
Siapa yang dah try, nanti bagi testimonial, post comment kat bawah ni ye.
Selamat mencoba (^_^)v
memang sedap..nnt buat ag tau!
ReplyDeletesekian,
yg suka makan free ;p
wahhh.. bley try nih.. zaza suke pelbagai versi kalu masak kuah kacang.. btw thanx coz sudi berkongsi.. :)
ReplyDeleterina: kalu kurengkan sket bawang putih tu ok x? zaza mmg xmakan bawang putih banyak2.. nih sampai 2 labu ko.. adeihaiii.. pening mokcik!
kak nina, batin ku menjerit "cepatlah dikau pulang ke kulim dan buat rumah terbuka aidiladha, serta masakkan kuah kacang ini bersama dangerous choc lava tu"..oh, nasib baik tak ngidam..sapa ngidam sila angkat tangan sokong saya...
ReplyDeleteKAK eica >> tunggu raya tahun depan =p
ReplyDeleteZaza >> 2 labu tu utk 1 kilo kacang tau.banyak..boleh bagi jiran 40 laung makan =) ikut awak je...takde salah dalam masak,kan?cuma mungkin rasa lain sikit.itu ajela.hehe..
Dayah >> insyaALLAH memang ingat nak buat open house..tapi tak tau lagi.Raya haji ni ke,raya tahun depan ke, raya tahun depan lagi satu ke.depan depan depan lagi ke.. hahaha...