Tuesday, January 1, 2013

Untukmu Sahabat


 
Sahabat,
Aku sayangkan kau,
Dan kerana itu aku bicara.

Rasa resah dalam jiwa ini,

Anak mataku dalam sepi memerhatimu,
Ingin aku luahkan,
Ingin aku laungkan sekuat hati.

Wahai sahabat-sahabatku yang mencari,
Mari genggam tanganku ini.

Ya, aku tahu,
Kebahagiaan fatamorgana yang tak pasti yang kau dambakan,
Ya, aku mengerti,
Puji insan yang tak cintai dan tak kau kenali,
Jadi garis pandu hidupmu.

Tidak kah terketar,
Tidak kah tercalar,
Qalbumu yang penuh parut cereka,
Akan kasih Tuhanmu,
Kasih Tuhanmu yang rindukan taubatmu,
Rindu pada basah bibirmu,
Mengesakan Yang Esa,

Membesarkan Yang Besar

Sudah lama memaling muka, marilah kembali,

Sudah jauh tersasar hancur lidahmu,
Marilah..marilah kembali.

Tiada dayaku melainkan kata,
Walau pandangmu punca mataku berkaca,
Tapi cinta pada sahabat melampaui segala,
Dalam resah aku memerhati,
Pada satu nafas yang dihembus, sia-sia..

Aku ingin bersamamu,
Aku ingin bersamamu di Firdausi,
Tasbih di lidah dan kesyukuran yang tak berhenti.

Sahabat,
Lepaskan!
Lepaskan syaitan di hatimu,

Biarkan bara jahiliyah yang menggoda, menangisi, merindukanmu,
Kerana kau sahabat, dicipta untuk lebih daripada itu.


Diana Amir
31 Disember 2012
Ambang 13, Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Nota : Mohon maaf jika ada kesilapan. Saya tidak copy paste, sebaliknya dengar deklamasi sajak Diana Amir & taip laju-laju :)


No comments:

Post a Comment