Wednesday, July 14, 2010

Softcopy thesis hilang :'(

Gambar sekadar hiasan

Pagi tadi...

Saya mahu meneruskan perjuangan menyiapkan thesis MSc.
Saya buka My Documents seperti biasa..
*Gulp*
Mana folder 'MSc U*M' ni?

Tak ada pun...
Gosok mata...
Sah TAK ADA!

Klik icon 'back' & klik 'forward' balik.
TAK ADA..

Tutup 'My Documents' & buka semula.
TAK ADA jugak.
Ah...sudah..!!
Semua results, data-data labwork, references, berkilo-kilo manuscript paper yg dah publish & baru nak hantar, draft thesis, segala mak nenek tentang Master saya, semua ada di dalamnya.

Adrenaline mula merembes..
Jantung berdegup kencang...
Tangan mulai menyejuk...

Cuba pula buka di Words melalui 'recent documents'
Jawapannya...
This file could not be found.
(D:\...\4-Results and discuss...)
*Cuak*

Kelenjar lakirmal terangsang.
Air mata hampir menitis.
Saya mahu menelefon supervisor saya...
Yang ada dalam back-up bukan yang terkini.
Tapi telefon Mat M* (IT officer) dululah. Minta bantuan Resque 911.
Buka ext. list A*REC, cari *# Mat M*
Sambil 'search' di My Computer.
TUP!!
Terpapar folder MSc U*M dalam folder ABANG'S DOCUMENTS !

WHAT..?!! Bila masa pulak aku transfer neh? Hadoih...
Boleh main bersiar-siar pulak folder ni.
Hampir-hampir tercabut jantung.

AlhamduliLLAH...
AlhamduliLLAH...
AlhamduliLLAH...
Ya ALLAH, kau beri aku pengalaman kehilangan softcopy thesis walau hanya tak sampai 5 minit.
Terima kasih, TUHAN atas pengalaman yang berharga.
Terima kasih kerana beri peluang aku 'merasa' betapa hebatnya penangan kehilangan softcopy thesis.

Aku rasa seperti mati hidup kembali.

Syukur...

4 comments:

  1. hmm.. dia bersiar2 la, mgkin dh busan duduk dlm tu.. menunggu2 masa untuk di'hardcopy' dan di'hardbound'kan ;) chayok~!!!

    ReplyDelete
  2. wah, adrenalin saya pun bergerak kencang membaca entry ini..sip baik dia bersiar jer..kalau dia pergi tak kembali..kesian ustaz najib..huhu

    ReplyDelete
  3. cik quesera-sera what ever will be will be (panjangnya nama),
    ye,sungguh mendalam maksudmu itu (^_^)

    cik tikus merah jambu,
    kalau dia pergi tak kembali, I pun pergi tak kembali le kot! =D

    ReplyDelete
  4. kak nina.....masyaAllah banyaknya buat kek! yeayy!
    nnt ajar ica eh akak =)

    ReplyDelete