Thursday, December 12, 2013

Maldives : The arrival

Maldives merupakan destinasi percutian idaman saya sejak lama. 7 bulan menunggu dari saat tiket dibeli masa MAS Sale April 2013. Akhirnya hari yang dinanti tiba. Terima kasih abg belanja tiket \(^_^)/


Isnin, 16 November 2013
(Birthday saye!)



Kami ke Maldives dengan penerbangan MH155-connecting-MH0177; PEN-KUL-MLE. Penerbangan KUL-MLE selama lebih kurang 4 jam. Sempatlah tengok The Conjuring (amaran: serius seram ok!!) sampai habis sebelum tidur.

Beza masa antara Malaysia dan Maldives ialah 3 jam.


The delayed arrival

Tiba di Ibrahim Nasir International Airport, Male', kami ke Enzaa Hotel (I Berry Villa) tumpang hotel lain punya airport transfer service dengan charge AUD10 (mahal!), sebab flight kami delay, sampai lewat hampir 1 jam. Nak ke hotel boleh juga naik bas, tapi disebabkan dah lewat malam, kami pilih servis yang boleh hantar kami betul-betul depan pintu hotel.

Sebenarnya flight kami dari KLIA delay, dan saya pula tersilap email ETA pada Enzaa Hotel (I-Berry Villa) awal 1 jam. Jadi bila sampai, staff hotel yang sepatutnya ambil kami di airport dah tinggalkan kami dan bilik kami (Royal Family Suite ~RM267) pun dah diberi pada orang lain sebab ingatkan kami tak jadi duduk. Sedih. Tapi apa yang menggembirakan ialah Enzaa Hotel transfer kami ke Loona Hotel yang sebenarnya 1st choice saya masa nak book hotel, tapi tak jadi sebab mahal. Dan dah tertulis, rezeki kami orang musafir. Loona Hotel yang kalau book online di Agoda dekat RM300, dapat USD70 je (RM225) including breakfast. Dan pastinya difference harga hotel yang Agoda dah charge, Enzaa Hotel pulangkan kepada kami dengan cash. Alhamdulillah :)


Loona Hotel

Kenapa saya awalnya nak sangat duduk Loona Hotel ni? Sebab....... jeng jeng jeng...

Macam bilik pengantin!


Siap ada chandelier. Sweet lah sangat :)


Bantal punyalah banyak. Fancy betul diorang ni :)



NOTA: 
  1. Untuk pengetahuan, bagi yang arrival malam perlu menginap 1 malam di Hulhumale atau Male' sebab nak jimat island hotel/resort yang lebih mahal sebab kita cuma nak tidur je malam tu. Untuk ke Hulhumale boleh naik airport bus atau perkhidmatan airport transfer yang disediakan hotel, manakala untuk ke Male' kena naik feri. (Saya recommend hotel di Hulhumale sebab lebih tenang berbanding Male'-bandar)
  2. Kalau ada pilihan flight siang, pilihlah flight siang untuk menikmati pemandangan luarbiasa Maldives dari aerial view.

Ahad, 17 November 2013
(6th anniversary kami!)

Selamat pagi Maldives & Happy Anniversary to us! Doakan kami terus bercinta sampai ke Syurga-Nya ye readers sekalian. Terima kasih. :)


Hulhumale Beach

Aktiviti pagi ni kami jalan-jalan di Hulhumale Beach. Loona Hotel tempat kami duduk ni betul-betul facing pantai. Kalau Enzaa Hotel, kena berjalan 1 blok bangunan untuk sampai ke pantai. Alhamdulillah Allah takdirkan kami dapat tempat yang best!

Pantai memang cantik MasyaAllah. Macam yang saya share di instagram saya, baru kat pantai airport city pun dah rasa geram tengok. Kat islands  nanti tak taulah cantik macamana... Memang kami jakun dibuatnya :D


Hulhumale Public Beach, Airport City.

Crystal clear.







Ni semua gambar kat public beach.


 PENGUMUMAN : Semua gambar Maldives saya tak edit!


Maldives; Islamic country.


Seaplane terbang rendah. Seaplane ni kapal terbang yang landing atas air. Biasanya untuk ke resort island yang mahal-mahal. Harga flight ticket dia je lebih kurang harga tiket Malaysia-Maldives return!


Kedai runcit di Hulhumale

Untuk makan, percutian kali ni kami bawa rice cooker kecil, beras wangi beli kat Koh Samui hari tu, dan lauk-pauk instant. Kemudian kami pergi ke kedai tak jauh dari Hulhumale beach untuk beli timun buat sayur. Kedai ni betul-betul kat depan bus stop airport bus. Barang-barang kat kedai ni OK. Tak lah mahal macam yang selalu dengar. Mineral water 5L pun RM3 je.

Luar kedai, depan bus stop airport bus.

Banyak rupanya produk yang Maldives import dari Malaysia. Ye lah, diorang kan negara pulau. Laut lebih luas dari tanah. Antara yang diimport dari Malaysia; mee segera, sos, buah dalam tin & banyak lagi.

Kat kedai ni kami beli timun 1kg, 3 botol sambal kering Maldives, inai tiub (galok nak pakai inai bajet pengantin baru!), air mineral 5L & 1.5L. Jumlah semua 171.94 Rufiyya termasuk GST 2.5%.
Currency exchange~ RM1=MVR5. Kebanyakan kedai terima USD. Kami bawa USD dari malaysia dan tukar duit/ambil sebahagian baki dalam Rufiyya.


Boss Enzaa Hotel (I Berry Villa) yang baik hati

Masih ingat kisah kami yang ditransfer dari Enzaa Hotel ke Loona Hotel malam tadi? Disebabkan rasa bersalah, boss Enzaa Hotel datang ke Loona Hotel untuk hantar kami ke Male' masa kami nak check-out. Dia rasa upset sebab sebenarnya yang berurusan dengan kami malam tadi ialah staff dia yang tak berapa fasih berbahasa Inggeris. Jadi staff tu dah salah faham arahan yang dia bagi.

Ini boss Enzaa Hotel (yang baju putih yee)
di depan Loona Hotel

Boss Enzaa Hotel ni (saya lupa nama) dah siap-siap callkan teksi untuk hantar kami ke Hulhumale Ferry Terminal dan  dia follow dari belakang dengan motor. Tambang teksi pun dia yang bayarkan dalam 20 Rufiyya. Sampai di ferry terminal, dia belanja pulak tiket feri untuk kami berdua ke Male'. Memang baik hati.


Hulhumale to Male'

Hulhumale Ferry Terminal

Dari Hulhumale ke Male' ada 2 cara:
  1. Naik airport bus ke airport (~10 minit). Kemudian naik feri di airport jetty ke Male' (5 minit lebih sikit)
  2. Naik teksi ke Hulhumale Ferry Terminal (tak sampai 5 minit) atau boleh jalan kaki. Kemudian naik feri ke Male' (~15 minit)

Atas ihsan boss Enzaa Hotel tu, kami guna cara ke-2. Feri Hulhumale-Male' adalah kerap. Lebih kurang 20 minit sekali kalau tak silap. Jadi tak perlu risau dengan masa

Terpesona. Kat jeti aje pun bukan main cantik air laut dia.


Selamat tinggal, Hulhumale Ferry Terminal.

Sekejap je naik feri ke Male'. Tak sampai 20 minit. Sepanjang perjalanan memang feeling la tengok pemandangan. Malam tadi sampai dah malam. So siang ni barulah nampak airport dan sekeliling laut. Stunning. Rasa terpegun tengok lainnya kehidupan kat sini yang memang main transport ialah pengangkutan air berbanding kita yg naik kereta ke sana sini kat negara kita.

Kami sampai di Male' masih awal. Untuk ke Maafushi Island, kena naik feri pukul 3 petang di Villingili Ferry Terminal. Disebabkan masih awal, kami ambik keputusan untuk jalan kaki ke Villingili Ferry terminal. Jauh jugak sebenarnya. Dari hujung Male' ke hujung lagi satu. Tapi demi nak menikmati suasana negara orang, kugagahi juga.

Perjalanan kami dari atas ke bawah.

So  ni suasana sekitar Male', ibu negara kepualauan Maldives...

Bomba & tentera laut?


Unik rekabentuk feri ni. Feri untuk divers rasanya. Dalam tu macam ada banyak tong oksigen tu.


Tempat nelayan naikkan ikan.


Besar punya!


Masa kitorang lalu, nelayan tengah naikkan ikan. Besar-besar ikan dia!


Sorong ikan raksasa lalu kat jalan.

Tak jauh dari tempat nelayan naikkan ikan tadi, ada fish market. Niat di hati nak beli udang besar-besar. Mesti syok. Masukkan udang dalam kuah kari , lepas tu panaskan. Nak buat macam kitorang buat kat Melbourne hari tu. Tapi sayangnya tak ada udang kat sini. Bila tanya orang local, baru tau, fish market  ni memang ada fish  aje. Udang, sotong, ketam dan seafood  lain ada kat pasar lain. huhuhu...



Male' Fish Market



You are here!

Singgah menyegarkan tubuh di Local Market. Penjual tu buatkan sudu guna sabut kelapa muda. Saya macam jakun! haha


Makan di Male' : Restaurant Vs. Cafe

Yang hairannya, sepanjang perjalanan dari jeti sampai lah ke local market, kami tak jumpa restoran yang macam menarik, hidangkan local foods. Kami pun tanya orang. Ada yang tak tahu, ada yang kata kat sini takde restoran jauh sikit kena jalan. Kami pun jalan ikut direction  yang orang bagi. Sampai satu tempat, ada orang bawa kami sampai ke restoran.

Sekali, mak datuk. Makan nasi goreng 2 pinggan (tanpa air!) RM90!!!! Nak keluar, rasa segan sebab orang tu dah bawa sampai dalam. Ni tahap restaurant yang waiter dia letakkan napkin atas peha kita, siap dengan dining table set-up, minum ayor kosong pun dengan stemware bagai... huwaaa.... Rasa nak nangis, rasa nak 'bebai' kat suami, pun ada ~padahal suami tak salah pun. Bila dah last day kami kat sini, barulah jumpa kedai makan yang biasa-biasa. Tapi, kedai-kedai biasa ni tulis cafe dan bukan restoran. gitu rupanyaaaa.....

TIPS : Kalau nak cari tempat makan di Male', tanya pada orang local minta tunjukkan 'cafe' bukan 'restaurant'. Restoran bagi mereka ialah tempat makan yang mahal dan high class T_T

*gambar pun tak ambik kat 'restaurant' tu. nampak sangat sakit hati*



Male' to Maafushi Island

Bercuti di Maldives anda ada 2 pilihan penginapan;
  1. Kalau anda ada budget yang super duper tinggi (berbelas-belas ribu atau puluh ribu ringgit), boleh lah ke resort island yang rata-rata ada mandatory private speed boat transfer atau seaplane transfer. Yang mana island transfer sahaja dah boleh cover return flight ticket utk seorang :D Biasanya rate island resort ni main RM ribu 1 malam. Dari apa yang saya baca, mineral water botol kecik pun boleh mencecah sampai USD5! Excursions atau trip ke pulau/tempat aktiviti memang sangat mahal. Tapi of course anda akan dapat pengalaman syurga dunialah kan, sebab 1 pulau tu adalah milik resort tu keseluruhannya. Memang privacy.
  2. Kalau anda ada budget yang so-so (macam kami!), boleh la menginap di Maafushi Island. Pulau ini merupakan pulau penduduk tempatan dan ada banyak accomodation yang affordable untuk orang kelas pertengahan kategori miskin bandar macam kami hah. Harga makanan dan souvenir pun boleh lah, masih acceptable. Harga excursion bergantung pada hotel yang kita duduk, tapi masih jauh lebih murah dari private island resort. (Dan anda masih berpeluang ke pulau-pulau eksklusif melalui excursion trip yang disediakan oleh hotel anda!).

Dan untuk ke Maafushi Island dari Male', anda juga ada 2 pilihan;
  1. Naik speed boat yang disediakan oleh hotel anda. Harga mengikut hotel. Kalau Kaani Beach Hotel USD178 sehala. Perjalanan 30 minit.
  2. Naik public ferry dari Villingili Ferry Terminal. Setiap hari cuma ada 1 trip Male'-Maafushi jam 3 petang, kecuali Jumaat cuti. Harga seorang sehala dalam USD2 (tiket dijual dalam matawang MVR). Perjalanan 1 jam 30 minit.
Kami mestilah naik yang murah!! Dan naik Public Ferry  ni lebih experience atas laut katenye. Dan boleh blend in dengan locals.

Perjalanan agak panjang. Bolehlah get ready dengan mineral water & bawak jajan, makan dalam ferry. Sedapla pulak kami makan mi segera mentah renyuk2 bubuh perencah macam mamee monster. Laki aku ajar. Dia memang survivor!


Depan public ferry


Pemandangan belakang public ferry.


Dan bila tiba di Maafushi Island, kami disambut bagai di airport lagaknya :)

Penyambut tetamu dari pelbagai hotel dan guesthouse

Dari jeti ke hotel, semua orang jalan kaki ke hotel masing-masing sebab pulau ni memang kecik je. Dan beg kami dibawa ke hotel menggunakan troli yang unik;

Luggage trolley. Only in Maafushi :)


Dalam perjalanan ke hotel, ada perarakan sambil nyanyi sambil berucap dan sorak-sorak. Rasanya ini parti yang menang pilihanraya Maldives seminggu sebelum percutian kami.


Kaani Beach Hotel, Maafushi Island

Dan akhirnya..... dah sampai!!

Alhamdulillah dah depan mata. Selama ni tengok kat gambar je berbulan-bulan. Angau ok hah.


Disambut dengan welcome drink dan face towel yang sejuk nyaman.

Tropical drinks yang sedap. Macam papaya campur nenas. Towel sejuk sangat menyamankan wajah yang dah berlengas selepas seharian berjalan.


Seaview room untuk kami 3 malam.

Untuk bilik, kami dapat USD130 nett per night. Setelah compare dengan email hotel, agoda & booking, harga yang direct dengan hotel lebih murah. Tapi kena sabar sikit sebab diorang ni jarang reply email, maybe sebab internet kat sana memang agak slow.

Kami pilih hotel ni, walaupun dia mahal sikit dari accomodation lain di Maafushi, tapi Kaani Beach Hotel menawarkan harga excursion yang paling murah dari semua guesthouse yang saya compare. Plus, bilik & bathroom dia standard hotel lah lebih proper (tapi nampak macam kecik pulak dalam gambar kamera kitorang ni huhu).

TIPS : Apa yang perlu kita kaji sebelum consider sesebuah hotel?

  • rate hotel
  • harga excursion activities. setiap hotel/guesthouse berbeza harga excursion dan kita hanya boleh join excursion tempat hotel kita menginap SAHAJA.
  • pemandangan dari bilik/hotel dan sekitarnya (sebab utama kenapa kita ke Maldives!) (",)

Dan tika malam menjelma, jeng jeng....kami pun buka lah peti ajaib kami. haha. Masa untuk dinner for two!


Apa yang kami bawa?
  1. Rice cooker
  2. Beras wangi ~ makan dgn lauk sedhaif mana pun tetap akan sedap
  3. Rendang/kurma/kari ayam dan daging instant ~ tak payah panaskan pun boleh
  4. Sambal belacan Qasturi/Adabi ~ mesti ada utk bangkitkan rasa lauk instant
  5. Timun (beli kat Hulhumale)
  6. Mee segera
  7. Pelbagai biskut
  8. Pinggan plastik, tupperware, sudu & garfu
Saya lupa yang no.9 tau apa? Pencuci pinggan. haha.. so kaedahnya lepas makan, lap dengan tisu sampai bersih, lepas tu bilas dengan air paip panas. Survivor sangat kann..


Ini sambal kering yang kami beli di Hulhumale. Sedap.

Lepas makan malam, rehat-rehat sambil belek-belek excursion catalogue untuk esok. Sebelum tidur, jangan lupa set jam untuk subuh esok!

Waktu solat sepanjang kami di sana


Tika malam bulan mengambang.


Jumpa esok!




Monday, October 28, 2013

Melbourne : Puffing Billy Steam Train

Nak tukar writing style boleh? Selalunya saya tulis travelog based on  hari. Tapi kali ni untuk trip Melbourne saya nak cuba tulis based on tempat supaya mudah untuk buat rujukan & mudah difahami. Sama-sama kita tengok hasilnya macamana nanti :)

OK, jom mula!

Saya naik Puffing Billy Steam Train ni pada hari ke-2 di Melbourne (Ahad, 15/9/2013). Untuk Itinerary penuh saya boleh rujuk >>di sini<<




Apa benda Puffing Billy ni? Ia adalah keretapi sistem wap arang batu lama yang dipreserve untuk pelancongan. Jadi sesiapa yang ingin cuba merasai naik keretapi wap lama, bolehlah mencuba. Memang fun! Bagus kan diorang punya maintenance. Kalau kita mungkin keretapi zaman tu sekarang ni dah parking kat muzium atau jual besi buruk.

Idea nak ke Puffing Billy Steam Train ni saya dapat dari Female Backpackers Community.  Macamana nak ke sana?

  1. Dari Melbourne City naik train di Melbourne Central Station atau Flinders Street Station (mana2 yg lebih dekat dgn tempat penginapan anda) ke Belgrave
  2. Ia terletak di Zone 1, jadi tambang AUD7. Kalau belum ada MyKi card (macam Malaysian Touch'n'Go / Korean T-Money) bolehlah beli dengan AUD3. Jadi total AUD10
  3. Turun di stesyen  Belgrave
  4. Ikut signboard Puffing Billy merentasi lorong kecil macam gambar di bawah ni.

 Lorong ke Puffing Billy Steam Train station.




Di sini kami beli tiket yang paling murah (paling dekat!) iaitu Menzies Creek AUD26 return. Ada lagi tempat-tempat lain yang lebih jauh & ada pemandangan iaitu Gembrook, Lakeside dan Emerald. Rasanya cukuplah ke Menzies Creek sahaja untuk merasai pengalaman menaiki keretapi lama selama 20 minit sehala.

Untuk harga tiket dan jadual penuh keretapi boleh rujuk di www.puffingbilly.com.au




 Masa ni cuak takut kena tinggal train sebab sampai lagi 10 minit train nak jalan.


Train conductors nak tutup pintu.


Dan perjalanan pun bermula....
Choooo...choo..!!!


Awesome sangat!!

Selain dari sistem train yang klasik,uniknya train ni ialah penumpang boleh duduk di tingkap dengan kaki terjuntai keluar! Biar betul. Ya, memang betul!

Ye!! Kaki terjuntai macamni dari tingkap train.

Masa mula saya & Huda duduk kat tingkap tu, ada perempuan mat saleh & pak arab ni dok tegur kata kitorang block view dia. Lorrr tak baca kat internet kee.. memangla naik Puffing Billy ni nak syok kena duduk kat tingkap kekdahnye. Kalau duduk skema kat seat tu, baik naik Komuter Bukit Badak ke Pelabuhan Klang je.

Lepas tu, bila depa tengok orang lain dok syok duduk kat tingkap, depa pun duduk la kat tingkap macam kami juntaikan kaki. Haaa lepas tu dia yang over excited. Baru tau. Tadi nak sound-sound orang sangat kann.. lainkali sebelum bercuti, rajin-rajin la baca blog orang yang dah pernah pergi. haha..

Kereta2 tolong berhenti. Kami nak lalu ;)


Pemandangan countryside yang cantik sepanjang train ride.



20 minit perjalanan merentasi kawasan hutan yang indah, sampailah kami di stesyen pertama iaitu Menzies Creek. Bagi yang beli tiket ke Lakeside, Emerald etc boleh teruskan perjalanan. Kami turun di sini dan akan ambil train arah balik semula ke Belgrave.

Masa di sini, bergambar sekejap di signboard Menzies Creek tu, train balik ke Belgrave pun sampai. Kami terus naik. Sebenarnya boleh je nk jalan sikit tengok-tengok sekeliling stesyen tu. Tapi entah kenapa yang boleh tak terfikir & kelam kabut nak balik. Macamla takde next train. haha..

Siapa2 yang nak ke naik Puffing Billy ni nanti, bolehlah cerita kat saya apa ada kat Menzies Creek tu ye. haha.





Masa ni baru masuk musim bunga. So kat rumput-rumput pun dah banyak bunga tumbuh. Syahdu je tengok.

Bunga lily pun banyak. Tapi kamera 'canggih' sangat so tak dapat nak snap dengan jayanya. Bak kata suami, ambil gambar dengan otak & save dalam ingatan. huahuahua


Ini gambar favourite saya. Boleh bikin postcard.


Details tentang setiap hentian dan kawasan sekitarnya. Boleh right click dan 'Open link in new tab' untuk bacaan lanjut.

Berakhirlah perjalanan yang sangat menyeronokkan menaiki keretapi wap arang!

Jumpa di post seterusnya... Tessalaar Tulip festival (ala-ala Keukenhoff) \(^.^)/

Gambar hiasan penutup : Budak petik wildflower di tepi Puffing Billy Station.