Tuesday, November 17, 2009
Sunday, November 15, 2009
Nisa' Movie Critics : 'Syurga Cinta'
Plan asal kami adalah untuk menayangkan filem Papadom...sayangnya, DVD Papadom masih belum lagi released di pasaran. Dari review yang telah menonton, rata-rata menyimpulkan Papadom satu filem yang sangat menyentuh tetapi kelakar. Sarat dengan pengisian kasih sayang. InsyaALLAH, kami akan cuba membawa Nisa' Movie Critics ini sebagai program bergerak & berkala.. & InsyaALLAH...jumpa kami nanti bersama Papadom...
Apapun, jangan lupa petang Sabtu ini, bersama kami dan SYURGA CINTA.
Penghargaan : Hakcipta poster Kak Sab, AJK NIsa' Kawasan Padang Serai =)
Sunday, October 25, 2009
Mati adalah rehat sebenar
Saya melihat schedule penghujung tahun dengan 1001 rasa. Gembira, Takut, Penat, Sesak dll.
November '09
- starting 1/11 : MSc new sem registration renewal
- 7-9/11 : Holiday @ Langkawi bersama Suami, Emak, Kakak & Anak2 Buah. (Yeayy..!!)
- 16&17/11 : My Birthday & Wedding Annivesary (Yeayy lagi..!!)
- mid-end month : Program NISA' Padang Serai
- Sepanjang bulan : Siapkan labwork untuk kejar ICONT '09
- 27-29/11 : Cuti Raya Haji (Mesti balik Selangor)
- MSc Thesis??????????????
- 3-5/11 : Perkampungan NISA' Kedah @ KBS di Puncak Gunung Jerai
- 12-13/11 : Kem Super Syabab
- 14-17/11 : Paper presentation @ ICONT '09
- By end of this month : All SKT (sasaran kerja tahunan) must be accomplished!
- MSc Thesis??????????????
- 23/1 : NISA' Kedah with Kamal Affandi @ Kolej Universiti Insaniah (belum confirm, tapi mesti buat)
- MSc Thesis??????????????
Thursday, October 22, 2009
Belasungkawa : Anakanda Nur Fatimah
Salam.Putri kami,nur fatimah tlh kembali ke rahmatullah kira2 pkl 620pg td- ramadhan fitri & khadijah.Setelah ~10 hari kami di googlegroup Nisa' menerima berita Nur Fatimah koma di Hospital Putrajaya, pastinya ketentuan yang berlaku pagi tadi adalah suatu ketetapan yang amat menyedihkan. Dijah (ex-Nisa' Malaysia) dan suami telah diuji dengan begitu hebat dengan pemergian penyejuk mata & penawar hati yang baru berusia 3 bulan lebih. Kali terakhir saya duduk rapat dengan Nur Fatimah ketika menumpang kereta Dijah dari rumah Kak Muna untuk menghadiri meeting Nisa' Indoor Games bersama Nisa' Malaysia . Pagi itu saya duduk di tempat duduk penumpang hadapan & Nur Fatimah masih berada di dalam perut mamanya yang memandu kereta.
Setakat yang baru sempat saya baca semalam, maklumat dari Jibah di blognya;
w'salamDan hari ini, maklumat yang saya terima dari Fadh pagi tadi, punca sebenar gegaran otak masih tidak diketahui. Suspect jangkitan kuman / baby digoncang kuat / jatuh.
Gegaran pada otak (yg belum dapat dipastikan apa puncanya) menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Saya difahamkan banyak bahagian dlm otak sudah rosak, dan begitu juga jantung dan paru-parunya.
Doakan bayi kecil ini.
Saya mula terfikir...Pada usia perkahwinan yang hampir mencecah 2 tahun dan masih belum ada tanda bahawa saya mengandung, saya sering tertanya-tanya...ujian apakah sebenarnya yang ingin ALLAH berikan pada saya. Kesedihan, rasa rendah diri, tension dengan pertanyaan orang, tertanya-tanya pada Tuhan, berputik cemburu pada sahabat-sahabat yang yang kahwin lewat daripada saya tetapi begitu mudah dikurniakan zuriat..sering menghambat diri sepanjang hampir 2 tahun usia perkahwinan ini hanya dek kerana belum diizinkanNYA untuk memiliki cahaya mata.
Tetapi hari ini saya terfikir... Yang mana lebih sedih?
Memiliki..lalu kehilangan..
-atau-
Tidak memiliki pun.
Apa sekali jawapannya pun, itu semua perancanganNYA yang pasti tidak semudah itu menghadapinya seperti yang terzahir di wajah yang diujiNYA, yang melaluinya.
waLLAHU a'lam..
Sesungguhnya ALLAH telah memilih Dijah & Ust Ramadhan Fitri dengan perencanaanNYA yang tersendiri. Kehilangan anak pada usia yang amat muda untuk dijadikan bidadari syurga. ALLAH telah memilih mereka. Bukan saya, bukan juga sahabat-sahabat yang lain. Semoga ALLAH beri kekuatan selayaknya kepada pasangan ini.
Al-Fatihah...
(sedikit gambar Nur Fatimah daripada blog mamanya)
Sunday, October 4, 2009
Lagu Raya Paling Best Tahun Ni (",)
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi
Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban
Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu
Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
Di Aidilfitri,Di Aidilfitri
Pengorbanan Ibu Bapa menjelang Ramadhan & Syawal
Walaupun liriknya tidaklah begitu puitis & lagunya tidaklah mendayu-dayu, tapi ia cukup bagi saya untuk terkenangkan semula pengorbanan mak & arwah abah setiap kali tibanya Ramadhan & Syawal. (credit to pakcik yang berlakon sebagai ayah-driver teksi dalam video klip too. So touching!) Baru saya terfikir sebenarnya bukan mudah & malah sukar sebenarnya untuk memenuhi segala keperluan kami yang pada itu pasti mahunya persalinan baru pada hari raya. Macamana kita sekarang yang gaji beribu pun tapi ada masanya rasa sesak sangat, apatah lagi mak ayah kita pada ketika itu. Pasti banyak ketika sebenarnya permintaan anak-anak melebihi wang yang mereka ada pada satu-satu masa khususnya menjelang Raya. Dengan baju, kasut, duit raya, mercun (!), minta bunga api, nak makan macam2 untuk berbuka puasa dll...
Adakah permintaan kita suatu masa dahulu pernah menghibakan hati kecil seorang perwira bernama A-B-A-H dan seorang serikandi bernama E-M-A-K ?
Oh......
Thursday, September 17, 2009
Seputar Ramadhan & Syawal 1430H
Tahun ni saya tak sempat nak shopping untuk raya macam biasa…baju2 semua kain2 stok hadiah kawin, ole-ole mak mertua masa holiday ke Padang, kain sutera Terengganu yang beli tahun lepas & batik Kelantan & Sarawak yang dah berusia ~4 tahun pun ada!!! Semua koleksi kain tak berjahit saya himpunkan & hantar ke rumah Kak Siti depan rumah mak mertua sebelum puasa…semuanya ada ~8-9 pasang…(ganasnye…) & masuk Ramadhan saya berulang-alik setiap hujung minggu kerana keadaan Arwah nenek yang tak sangat kritikal ketika itu….& akhirnya beli tudung pun online je. Tak sabar nak tengok tudung tu esok…hehe…ni color yang saya beli…baju yg selebihnya belasah ajelah tudung2 yang dah ade…tu pun kalau match la….

Aqua blue
Lagi satu...jeng..jeng..jeng...

Shocking pink
Kuih Raya ku
AlhamduliLLAH…seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ni juga saya sempat buat sendiri kuih trademark saya iaitu;
- American Choc Chips (dah 8 tahun raya buat cookies ni every raya without fail. Ambik resepi internet & memang sedap giler,,semua orang suka.. Tapi tak ada dijual di mana2 outlet kuih raya..hehe…)
- Moist Choc Cake (yang ni saya belajar dari mak since sekolah menengah dan beberapa tahun yg lepas, mak memberi kepercayaan saya untuk menyerahkan tanggungjawab menyediakan kek ini kepada saya. Saya tak pasti resepi Mak Uda saya atau resepi kursus masakan antarabangsa yang mak pegi masa saya sekolah rendah darjah berapa entah..)
& tahun ini saya tambah lagi 1 resepi…tadaaa....
- Kek Milky Marble Yellow-Choc-Pink-Green..Asal usul kek ini adalah request suami untuk dibawa ke pot-luck sekolahnya sempena birthday nye yang ke 30 walaupun semua org ingat dia baru 20-an…Cess!!! (Bahaya ni Encik Jamil…) Suami saya minta kek marble yang ada kombinasi ke-empat2 warna tu…saya pun cari la di internet dan jumpalah resepi tersebut, tapi hanya ada dua warna..so,saya modified utk jadikan 4 warna…hasilnya...SEDAAPPPP!!!! + cantik & untuk raya tahun ini, saya akan letak topping cheese cream yang juga saya perolehi resepinya dari internet. Suke..suke..
Saya tak dapat nak attach gambar2 kuih raya yang saya buat memandangkan handphone Motorola Razor ku sudah rosak...sekarang pakai Nokia 3310 je...huhu...(yang dah berusia 8 tahun pulak tu..dasat betul model ni..tak reti-reti nak rosak..) insyaALLAH esok saya akan dapat handphone baru saya, Sony Ericsson P1i... Yippieee..!!! Tak sabarnya... (camnela gaji tak cepat habis...uhuk.)

Sony Ericsson P1i
Balik Kampung
Hari ini saya akan siapkan semua kerja2 saya by tengahari kerana bercadang untuk half-day hari ni untuk servis kereta, siapkan 2 biji moist choc cake lagi atas permintaan jiran mak mertua saya di Kulim & sepupu saya di Klang. Tak lupa juga untuk ambil semua baju yang entah berapa pasang mengalahkan artis tu.
Malam ni kami akan bertolak dari Kedah ke Selangor insyaALLAH lepas Maghrib. Yang seronoknya,kami ni mementang arus setiap kali cuti umum...Jadi kami tolong tengok ajelah the opposite way yang jammed giler sedangkan arah kami siap boleh tido atas jalan...Huish!! tak baik berlagak!!..Yela kan...org semua asal utara, timur, selatan kerja kat area lembah klang...saya pulak org Selangor, kerja kat Kedah...memang sangat selamat la saya di musim-musim perayaan...tak payah bersesak-sesak, dah nama pun menentang arus highway PLUS tu...AlhamduliLLAH..
Esok pagi saya & suami terchenta akan hantar mak ke pasar borong utk beli barang mentah utk masak, kemudian dari pasar borong Meru akan ke HQ jap, hantar buku ASTM kat IP Dept, pastu balik rumah dan bermulalah operasi anyam-menganyam ketupat...(suami saya siap2 bawa bekal ketupat daun palas org utara yg 3 segi tu...kami beli bawa balik selangor 50 biji. dia kata 10-15 biji tu dah utk dia sorang je. Cett!!)
Ketupat nasi Vs Ketupat daun palas
Selamat Hari Raya
Semoga kita akan bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang kerana sesungguhnya Allahyarham Ustaz Asri Rabbani tidak pernah tahu bahawa Ramadhan tahun lepas adalah Ramadhan yang terakhir buatnya........................................
Tuesday, August 11, 2009
Selsema babi + out-station!! Takut?
Saya @ KLIA.Setelah lebih 5 tahun tak berjumpa, saya terserempak dengan ex-coursemate cum roommate masa di universiti dulu & dia masih tetap boleh mengecam wajah saya biarpun dengan wajah sebegini! Perkongsian 3 tahun..sampai bertutup separuh muka pun, dia masih boleh kenal =D
Semlm saya outstation..saya mmg pakai mask (di airport & dlm flight) sbb kebetulan saya selsema&demam (Dr kata common flu), MC pd hari sebelumnya..
Tapi di airport seolah2 tiada apa2 yg berlaku..boleh dikira berapa org penumpang yg pakai mask, & hanya minoriti petugas airport yg pakai mask..
saringan body temperature pun tak ada..pdhal sy risau pd hari sebelumnya, takut saya tak lepas kat airport sbb masih ada saki-baki demam..
rasanya kita ni dah biasa dgn budaya 'tak apa' & 'kalau aku sorang je yg buat, org lain tak buat, tak de maknenye...'...(agaknyela...) padahal punyala ramai yg dah meninggal dunia...(walaupun Dr kata kadar mortaliti rendah, hanya 0.5% berbanding wabak H1N5 berpuluh tahun lalu; 2%)
Lusa saya out-station lagi.... (nak pakai mask ke tak yah, ek....?)
WaLLAHUa'lam..
Tuesday, August 4, 2009
Sinari Nisa'
Wednesday, July 22, 2009
Aerobik & Aku Dibius Cinta @ Festival Kedah Sejahtera
Bersempena Festival Kedah Sejahtera 2009,
dengan kerjasama
Senamrobik Perdana (Wanita)
Khamis,23 Julai 2009
7:30 pagi - 9 pagi
...dan...
9 pagi - 12 tengahari
Forum cinta muda-mudi ini dibarisi oleh panelis;
~Dr Che Noraini Hashim~
(Pensyarah UIA,
Kaunselor Pakar bidang parenting, motivasi & pendidikan)
~Ustaz Uda Kassim~
(Lembaga Zakat Selangor,
Ahli Panel Jemputan Al-Kuliyyah TV3)
~En Muhammad Azki Hafizi Hj Ibrahim~
(Pengarah Perhubungan Awam Kolej Universiti Insaniah,
Pengamal Perubatan Islam Darul Hikmah)
*moderator
Sunday, July 19, 2009
Balik Selangor Vs. Festival Kedah Sejahtera
Hari ini sebenarnya saya telah berazam untuk mengadakan 5S di cubicle saya sendiri. Semangat yang saya perolehi minggu lepas semasa Taklimat ISO:9001, OSHE, ICC & 5S boleh dikatakan masih membara lagi. Jadi, sementara semangat itu masih membara, lebih baik lekas-lekas saya implimentasikannya. Hehe.. Semasa entri ini ditaip, kerja-kerja 5S belumpun siap lagi.. InsyaALLAH akan saya selesaikan selepas waktu rehat ini =D JANJI!
'Berbakti Pada Ibu'
Cuma saya rasa sedikit (banyak!) ralat kerana saya tidak akan berada di situ pada hari program. Sebab 25 Julai nanti gaji pertama saya (horayyy!!!) & suami saya mencadangkan agar kami pulang ke kampung saya (Sijangkang, Selangor)
* Gambar saya & emak pada pagi 1 Syawal terakhir sebelum saya bergelar isteri


