Saya berkenan kalau blog saya memiliki template yang lebih cantik daripada apa yang ada sekarang. Maka tangan yang dimilik oleh seorang hambaALLAH yang buta IT ni pun gatal-gatallah mensurvey pilihan-pilihan template percuma yang ada di alam internet.
yang ini (gambar anjing tu of course akan digantikan dgn koleksi-koleksi gambar personal)......
atau ini........
Cantik,kan?
Tapi malangnya disebabkan itu, saya yang buta IT ni telah menghilangkan segala link blog sahabat-sahabat Nisa' baik yang milik persendirian termasuk SEMUA network- network negeri dan kawasan di seluruh Malaysia. Gadget yang berupa ticker perkahwinan saya & suami dan gadget interaktif 'bagi ikan makan' pun hilang...begiti juga link blog-blog resepi yang banyak mengajar saya memasak sepanjang lebih setahun perkahwinan kami ini.Isk..isk..
Hmmm..nantilah...bila-bila free saya masukkan balik. "Kita yang buat dia...bukan dia yang buat kita...."
huhu...
Apapun, tetap ada berita gembira hari ini...
saya dipertemukan dengan sahabat sekelas sewaktu di sekolah rendah 1989-1994..hmm...lama kan...?kat mana saya jumpa dia?
...di sini...
Monday, June 22, 2009
Sunday, June 21, 2009
Terima kasih, cinta!
Seperti sedia maklum (atau tidak maklum), tahun ini kami melayari tahun ke dua bahtera perkahwinan secara PJJ (Pengajian Jarak Jauh?...Perkahwinan Jarak Jauh!) Walaupun masih di dalam satu negeri, tetapi perjalanan menggunakan kuasa kereta Savvy 1.2 mengambil masa 2 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan ataupun 5 jam jika menaiki 'bas lompat-lompat'!
Sudah pasti, plan Celcom 1+5 menjadi pilihan kami untuk berhubung tanpa had masa & tanpa caj.
Semalam,sedikit kelainan pada panggilan-panggilan yang dibuat oleh suami saya. Ketiga-tiga panggilan (atau lebih) dia menyanyikan / memasang dari laptopnya / menyuruh saya menyanyi (part perempuan) lagu yang saya tak tahu tajuknya, tapi saya panggil lagu 'tuai padi antara masak'. Hehe..entah apa yang sedang bermain di fikiran suami saya semalam. Tapi sememangnya itu antara lagu evergreen yang paling saya gemari sejak sekolah menengah.

GURINDAM JIWA
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Dua baris terakhir mengingatkan saya tentang perpisahan yang amat saya takuti.
Suami saya bukan orang biasa di mata & hati saya. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan olehnya terutamanya sepanjang penglibatan saya bersama Nisa'. Melepaskan saya untuk pergi menghadiri mesyuarat, berprogram, dari sekitar 5 km radius hinggalah beratus-ratus kilometer jauhnya, dari jalan darat hinggalah ke seberang laut, bagi saya adalah pengorbanan yang amat besar dari seorang insan bernama suami, sahabat & kekasih. TIDAK semua suami mampu melakukannya walau pun lelaki itu nampak hebat di arena masyarakat lebih-lebih lagi di tahun-tahun pertama perkahwinan.
Suami saya sanggup...
Sesungguhnya, banyak dosa yang saya pernah lakukan pada suami saya. Tak sepatutnya dengan segala pengorbanannya pada saya. Hm..rasa sebak pulak bila tulis entry ni....
Jadi,kepada semua krew penggerak Nisa' di seluruh pelusuk dunia di Malaysia, Mesir, UK dan di mana pun u all berada, hargailah pengorbanan suami kita walaupun sekadar memberi izin kita keluar untuk discussion program. Tanpa restu dan izin mereka, tiadalah keberkatan dalam tiap derap langkah kita. Pada Nisa' yang belum berkahwin, carilah suami yang macam suami saya ni ('MACAM' je ok..jangan cari suami saya pulak!!) =p
Terima kasih, abang!!!

- tidur di dalam khemah demi menemani saya bermesyuarat (sedangkan pada malam sebelumnya dia telah stay-up sampai pukul 3 pagi menyelesaikan kerjanya)
- bersabar dengan perangai hot-temper saya bila dah kepenatan
- memandu berseorangan hingga jam 2-3 pagi (berseorangan!..sebab saya dah tertidur di sebelah.hehe..)
- drive kereta ke sana ke mari menghantar saya (saya boleh memandu. ~saya pernah memandu sendirian dari Kota Bharu ke Kulim~ tapi bila suami ada, saya jadi mengada-ngada sikit.=p..)
- mengizinkan rumah quarters kami (tahun lepas) yang kecil disempitkan lagi dengan longgokan dan gantungan barang program dan baju china-silk jualan Nisa' Kedah
- tertidur di dalam kereta kecil kami semasa menunggu saya habis mesyuarat
- menjadi pendengar setia pada masalah yang saya bebelkan di hadapannya
- memberi idea serta pendapat yang ada diantaranya telahpun saya guna pakai dalam Nisa'
- ......
- ..
- .....
- ..
- .....
- dan macam-macam lagi yang telah dikorbankannya demi untuk saya dapat terus bersama dengan Nisa'.
Sesungguhnya, banyak dosa yang saya pernah lakukan pada suami saya. Tak sepatutnya dengan segala pengorbanannya pada saya. Hm..rasa sebak pulak bila tulis entry ni....
Restu pertama...
Jadi,kepada semua krew penggerak Nisa' di seluruh pelusuk dunia di Malaysia, Mesir, UK dan di mana pun u all berada, hargailah pengorbanan suami kita walaupun sekadar memberi izin kita keluar untuk discussion program. Tanpa restu dan izin mereka, tiadalah keberkatan dalam tiap derap langkah kita. Pada Nisa' yang belum berkahwin, carilah suami yang macam suami saya ni ('MACAM' je ok..jangan cari suami saya pulak!!) =p
Terima kasih, abang!!!
Thursday, June 18, 2009
Cantiknya Purple
Hari ni saya pegi kerja pakai baju purple plain & Tudung bunga2 beige-hijau-purple.
Project-mate saya tegur ketika sama2 naik lif, "Cantik la Kak Nina hari ni...purple..cantik.."
(Sememangnya.... 'purple' memang cantik' hehehe...)
Lalu saya kongsikan pujian comel yang saya terima itu di googlegroup nisa' team...
Ada juga yang nak reply email selingan saya tu..you guys memang sahabat yang sangat sweet..,
Kak Mas : yes go purple go!! tq azreena shared dgn kami
gajah kiki : mmg caanntiik purple :)
..dan di sinilah lahirnya blog ini <cantiknyapurple.blogspot.com> (",)
Subscribe to:
Posts (Atom)