Sunday, June 21, 2009

Terima kasih, cinta!

Seperti sedia maklum (atau tidak maklum), tahun ini kami melayari tahun ke dua bahtera perkahwinan secara PJJ (Pengajian Jarak Jauh?...Perkahwinan Jarak Jauh!) Walaupun masih di dalam satu negeri, tetapi perjalanan menggunakan kuasa kereta Savvy 1.2 mengambil masa 2 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan ataupun 5 jam jika menaiki 'bas lompat-lompat'!
Sudah pasti, plan Celcom 1+5 menjadi pilihan kami untuk berhubung tanpa had masa & tanpa caj.

Semalam,sedikit kelainan pada panggilan-panggilan yang dibuat oleh suami saya. Ketiga-tiga panggilan (atau lebih) dia menyanyikan / memasang dari laptopnya / menyuruh saya menyanyi (part perempuan) lagu yang saya tak tahu tajuknya, tapi saya panggil lagu 'tuai padi antara masak'. Hehe..entah apa yang sedang bermain di fikiran suami saya semalam. Tapi sememangnya itu antara lagu evergreen yang paling saya gemari sejak sekolah menengah.

GURINDAM JIWA

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan


Anak cina pasang lukah

Lukah dipasang di Tanjung Jati

Di dalam hati tidak ku lupa

Sebagai rambut bersimpul mati


Batang selasih permainan budak

Daun selasih dimakan kuda

Bercerai kasih talak tiada

Seribu tahun kembali juga


Burung merpati terbang seribu

Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku

Hendak berkubur di tapak tangan


Kalau tuan mudik ke hulu

Carikan saya bunga kemboja

Kalau tuan mati dahulu

Nantikan saya di pintu syurga

Dua baris terakhir mengingatkan saya tentang perpisahan yang amat saya takuti.
Suami saya bukan orang biasa di mata & hati saya. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan olehnya terutamanya sepanjang penglibatan saya bersama Nisa'. Melepaskan saya untuk pergi menghadiri mesyuarat, berprogram, dari sekitar 5 km radius hinggalah beratus-ratus kilometer jauhnya, dari jalan darat hinggalah ke seberang laut, bagi saya adalah pengorbanan yang amat besar dari seorang insan bernama suami, sahabat & kekasih. TIDAK semua suami mampu melakukannya walau pun lelaki itu nampak hebat di arena masyarakat lebih-lebih lagi di tahun-tahun pertama perkahwinan.

Suami saya sanggup...
  • tidur di dalam khemah demi menemani saya bermesyuarat (sedangkan pada malam sebelumnya dia telah stay-up sampai pukul 3 pagi menyelesaikan kerjanya)
  • bersabar dengan perangai hot-temper saya bila dah kepenatan
  • memandu berseorangan hingga jam 2-3 pagi (berseorangan!..sebab saya dah tertidur di sebelah.hehe..)
  • drive kereta ke sana ke mari menghantar saya (saya boleh memandu. ~saya pernah memandu sendirian dari Kota Bharu ke Kulim~ tapi bila suami ada, saya jadi mengada-ngada sikit.=p..)
  • mengizinkan rumah quarters kami (tahun lepas) yang kecil disempitkan lagi dengan longgokan dan gantungan barang program dan baju china-silk jualan Nisa' Kedah
  • tertidur di dalam kereta kecil kami semasa menunggu saya habis mesyuarat
  • menjadi pendengar setia pada masalah yang saya bebelkan di hadapannya
  • memberi idea serta pendapat yang ada diantaranya telahpun saya guna pakai dalam Nisa'
  • ......
  • ..
  • .....
  • ..
  • .....
  • dan macam-macam lagi yang telah dikorbankannya demi untuk saya dapat terus bersama dengan Nisa'.

Sesungguhnya, banyak dosa yang saya pernah lakukan pada suami saya. Tak sepatutnya dengan segala pengorbanannya pada saya. Hm..rasa sebak pulak bila tulis entry ni....

Restu pertama...

Jadi,kepada semua krew penggerak Nisa' di seluruh pelusuk dunia di Malaysia, Mesir, UK dan di mana pun u all berada, hargailah pengorbanan suami kita walaupun sekadar memberi izin kita keluar untuk discussion program. Tanpa restu dan izin mereka, tiadalah keberkatan dalam tiap derap langkah kita. Pada Nisa' yang belum berkahwin, carilah suami yang macam suami saya ni ('MACAM' je ok..jangan cari suami saya pulak!!) =p

Terima kasih, abang!!!


No comments:

Post a Comment