3 minggu sudah saya tinggalkan blog yang baru mula bernyawa ini daripada sebarang entry.. Bukannya apa,selain dihambat dengan tanggungjawab di tempat kerja (yang hari ini baru nak masuk minggu ke-5), saya juga dihurung rasa
down, rasa tidak termotivasi,
upset dan juga rasa kehilangan yang hanya sebahagian kecil sahaja dapat saya muatkan dalam blog ini.
27 Jun lepas...saya, Kak Wahida dan Wani meraikan hari-hari terakhir kami bersama. Kami keluar makan @
RFC,
window shopping (perempuan!) & Wani
pass semua barang-barang
Nisa' yang perlu ditinggalkan pada saya. Aduh...! Wani meninggalkan
Nisa' Kedah kerana perlu memenuhi tuntutan masa depannya untuk menyambung pengajian di negeri skuad seladang, Perak Darul Ridzuan (saya pernah breakfast bersama
Khalid Jamlus & rakan-rakan -bukanlah sarapan bersama sebenarnya..cuma buffet breakfast di cafe hotel yang sama..hehe....di Renaissance Hotel, Kota Bharu lebih kurang 3 tahun lepas. Ketika itu saya
out-station di Hospital USM manakala skuad Perak juga menginap di hotel yang sama bagi pertandingan melawan Kelantan di Kota Bharu. Opss..maaf, terkeluar topik!)
Ok...berbalik pada kisah Wani...sebenarnya banyak kenangan manis bersama Wani...selain sahabat-sahabat AJK
Nisa' Kedah yang lain, Wani sebenarnya banyak menyumbangkan idea dan menjadi sahabat
brainstorming saya terutamanya
brainstorming tak rasmi kami melalui sms dan
email. Paling tak dapat dilupakan, ketika
Nisa' Indoor Games pada 25 April yang lalu di Shah Alam, Selangor negeri asalku...Ketika itu saya telah diamanahkan untuk menjadi
Ketua Kontinjen Nisa' Kedah...oleh kerana negeri Kedah ini terlalu besar & tidak memungkinkan kami untuk kerap berjumpa, jadi saya, Wani & Kak Wahida banyak berdiskusi melalui telefon sahaja.. Sampaikan bila
kak muna call minta
tagline Nisa' Kedah pun, saya & Wani cuma dapat berbincang melalui sms dan akhirnya dapatlah satu
tagline yang comel; "
Let's play! Don't play-play"..sebenarnya tagline itu adalah gabungan idea Wani (
Let's play) dan saya (
Don't play-play -Phua Chu Kang)...
maksudnya jom main, walaupun cuma main, tapi kena main bersungguh-sungguh. Jangan main-main..dan main juga bukan sekadar bermain, tetapi bermain sebagai platform untuk berdakwah... Begitu juga dengan
design banner yang diamanahkan pada saya..semuanya melaui sms.
Saya, Wani & Kak Wahida =) buka office dalam bas ketika perjalanan ke NIG,Shah Alam Dan akhirnya...alhamduliLLAH dengan gabungan idea kain batik, topi pesawah dan nyiru saya beserta
accesories yang kebanyakannya disediakan oleh Wani (dia banyak
study AF hehe..), kami dinobatkan sebagai pemenang
Anugerah Kontinjen Terbaik, NIG 2009.
Saya ketika menerima trofi Kontinjen Terbaik NIG'09 disampaikan oleh YB Dr Halimah Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor diiringi Wani & sebahagian kontinjen Nisa' KedahSebenarnya banyak
plan yang telah kami susun bersama MT
Nisa' Kedah yang lain selepas Wani secara tidak rasminya dilantik sebagai Ketua
Nisa' Kedah yang baru.
Bagi saya, pemergian Wani (walaupun cuma setahun) akan memberikan impak yang besar pada diri saya terutamanya dalam
Nisa' Kedah ini...saya & Kak Wahida banyak membincangkan tentang hal ini..
thanks Kak Wahida, kerana banyak memberikan saya dorongan dan semangat serta kekuatan untuk terus bersama
Nisa' walau apapun ujian yang mendatang...yang penting, niat kita hanyalah satu - demi melihat adik-adik dan kakak-kakak generasi muda kita lebih terisi dengan program-program yang dapat melaksanakan impian kita bersama. Seperti yang saya katakan di awal tadi, saya dihurung rasa
down, rasa tidak termotivasi,
upset dan juga rasa kehilangan yang tidak semuanya boleh saya muatkan dalam blog ini.
Saya & Wani bersama trofi kebanggaan kami di NIG'o9, Shah Alam
Apapun,
all the best to you, dear.. Semoga Wani akan kembali semula bersama kami untuk melaksanakan zaman kegemilangan
Nisa' Kedah yang baru hendak bermula..(saya sifatkan kemenangan kami di NIG'09 sebagai titik lonjakan
Nisa' Kedah) Baru kita nak hidup, Wani pulak terpaksa pergi...Wani dah pergi...Nida, Kak Wahida & Kak Najibah
pulak masing-masing tengah
pregnant...tinggallah daku...huhu....
Selamat tinggal, Wani &
See you in 1 year !