27 Jun lepas...saya, Kak Wahida dan Wani meraikan hari-hari terakhir kami bersama. Kami keluar makan @ RFC, window shopping (perempuan!) & Wani pass semua barang-barang Nisa' yang perlu ditinggalkan pada saya. Aduh...! Wani meninggalkan Nisa' Kedah kerana perlu memenuhi tuntutan masa depannya untuk menyambung pengajian di negeri skuad seladang, Perak Darul Ridzuan (saya pernah breakfast bersama Khalid Jamlus & rakan-rakan -bukanlah sarapan bersama sebenarnya..cuma buffet breakfast di cafe hotel yang sama..hehe....di Renaissance Hotel, Kota Bharu lebih kurang 3 tahun lepas. Ketika itu saya out-station di Hospital USM manakala skuad Perak juga menginap di hotel yang sama bagi pertandingan melawan Kelantan di Kota Bharu. Opss..maaf, terkeluar topik!)
Ok...berbalik pada kisah Wani...sebenarnya banyak kenangan manis bersama Wani...selain sahabat-sahabat AJK Nisa' Kedah yang lain, Wani sebenarnya banyak menyumbangkan idea dan menjadi sahabat brainstorming saya terutamanya brainstorming tak rasmi kami melalui sms dan email. Paling tak dapat dilupakan, ketika Nisa' Indoor Games pada 25 April yang lalu di Shah Alam, Selangor negeri asalku...Ketika itu saya telah diamanahkan untuk menjadi Ketua Kontinjen Nisa' Kedah...oleh kerana negeri Kedah ini terlalu besar & tidak memungkinkan kami untuk kerap berjumpa, jadi saya, Wani & Kak Wahida banyak berdiskusi melalui telefon sahaja.. Sampaikan bila kak muna call minta tagline Nisa' Kedah pun, saya & Wani cuma dapat berbincang melalui sms dan akhirnya dapatlah satu tagline yang comel; "Let's play! Don't play-play"..sebenarnya tagline itu adalah gabungan idea Wani (Let's play) dan saya (Don't play-play -Phua Chu Kang)...maksudnya jom main, walaupun cuma main, tapi kena main bersungguh-sungguh. Jangan main-main..dan main juga bukan sekadar bermain, tetapi bermain sebagai platform untuk berdakwah... Begitu juga dengan design banner yang diamanahkan pada saya..semuanya melaui sms.Dan akhirnya...alhamduliLLAH dengan gabungan idea kain batik, topi pesawah dan nyiru saya beserta accesories yang kebanyakannya disediakan oleh Wani (dia banyak study AF hehe..), kami dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kontinjen Terbaik, NIG 2009.
Saya ketika menerima trofi Kontinjen Terbaik NIG'09 disampaikan oleh YB Dr Halimah Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor diiringi Wani & sebahagian kontinjen Nisa' Kedah
Bagi saya, pemergian Wani (walaupun cuma setahun) akan memberikan impak yang besar pada diri saya terutamanya dalam Nisa' Kedah ini...saya & Kak Wahida banyak membincangkan tentang hal ini..thanks Kak Wahida, kerana banyak memberikan saya dorongan dan semangat serta kekuatan untuk terus bersama Nisa' walau apapun ujian yang mendatang...yang penting, niat kita hanyalah satu - demi melihat adik-adik dan kakak-kakak generasi muda kita lebih terisi dengan program-program yang dapat melaksanakan impian kita bersama. Seperti yang saya katakan di awal tadi, saya dihurung rasa down, rasa tidak termotivasi, upset dan juga rasa kehilangan yang tidak semuanya boleh saya muatkan dalam blog ini.
Apapun, all the best to you, dear.. Semoga Wani akan kembali semula bersama kami untuk melaksanakan zaman kegemilangan Nisa' Kedah yang baru hendak bermula..(saya sifatkan kemenangan kami di NIG'09 sebagai titik lonjakan Nisa' Kedah) Baru kita nak hidup, Wani pulak terpaksa pergi...Wani dah pergi...Nida, Kak Wahida & Kak Najibah pulak masing-masing tengah pregnant...tinggallah daku...huhu....
Selamat tinggal, Wani & See you in 1 year !
No comments:
Post a Comment