Thursday, March 25, 2010

Review : "Ragut, Ragul, Bunuh. Kami Takut..!!"


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

********
Sudah hampir sebulan program Cegah Jenayah Nisa' bersama Kamal Affandi berlalu. Baru sekarang saya mahu menulis mengenainya. Pada asalnya saya menunggu adik-adik Krew HEWI KUIN email gambar-gambar sekitar program. Apalah yang nak diharapkan dengan gambar tak bermutu dari PDA saya ni. Tapi,terlalu lama menunggu gambar-gambar yang tak kunjung tiba, akhirnya 'projek' mem-blog-kan review program tertunda dan terus tertunda. "Ni tak boleh jadi ni. Belasah ajelah dengan gambar blur pun,sementara mood nak menulis sedang membara" =D

AlhamduliLLAH...Program mana yang tak diduga-uji,kan? Begitu juga program kami kali ni. Terlalu banyak masalah 'last minute' yang melanda. Tapi saya tak tahu ke mana ALLAH lenyapkan kesemua masalah tahap kategori 'potong leher' tu sebaik sahaja MC memulakan tugasnya. Program tetap berjalan lancar & baik walaupun pada awalnya saya rasakan bagaikan 'terlalu banyak rama-rama yang berterbangan dalam perut'.huh.Kecut! Benarlah, kalau kita telah berusaha, dan diuji, kemudian kita redha dan tawakkal, siapa kita untuk menjangka betapa hebatnya pertolongan ALLAH. ALLAHU AKBAR!

Tugasan utama saya sepanjang program, tak lain, menjaga kebajikan penceramah (En Kamal) & presentation tentang background program & pengenalan Nisa' (depan PDRM!). Ketika presentation, emosi saya agak terganggu bila kisah-kisah mangsa rogol & bunuh yang lalu saya paparkan dalam presentation berlatar-belakangkan lagu "Salam Akhir - Allahyarham Sudirman". Saya tahu, suara saya telah mencacatkan konsentrasi penonton pada slaid tayangan. Terima Kasih Kak MC atas isyarat supaya saya 'shut-up'.hehe..Kutahan-tahan air mata di atas pentas itu..huhu... :'(

Salam akhir... Salam yang teristimewa Bersamanya kupohon keampunan Melaluinya kuberi kemaafan kepadamu.....

(Oh..roh mangsa-mangsa terdahulu bagaikan menyanyi-nyanyikan lagu Salam Akhir kepada saya *kita!* terima kasih kerana memaafkan kami yang telah berdosa tidak berbuat sesuatu hinggakan anda semua menjadi mangsa...oh...)

Selesai presentation, saya terus keluar dewan. Rasa teruja melihat pameran PDRM yang telah berada di Lobi dewan. Terasa sangat lega dengan kerjasama baik dari PDRM. *Terima kasih, Encik Polis semua. Kenangan bersamamu takkan kulupakan. heh.* Oh..En Kamal pun dah sampai. Saya terus ke Bilik VIP berjumpa dengan En Kamal. Orangnya masih sama. Masih lawak seperti dulu. Masih sempoi seperti kali terakhir berjumpa lebih 1 tahun yang lalu.

"Ada orang mati ke,kat dalam tu (dewan)?"
"Ha..!? Kenapa?" *blur*
"Senyap je..."
Hahaha..En Kamal..ada-ada aje..*sebenarnya masa tu Pegawai Kanan PDRM IPD Kota Setar tengah buat presentation.*

Kami pun terus berbincang-bincang sementara menunggu slot PDRM tamat sambil En Kamal mencari-cari lagu yang sesuai untuk gimik kali ini.

"Ada yang sebelum program call,sms tak putus-putus.Bila habis program, senyap terus. Satu email pun takde tanya khabar", ujarnya.
"Eh, En Kamal.Masa saya kahwin dulu saya jemput En Kamal kan? Saya email kad. Saya ingat lagi. En Kamal tu yang eksyen tak datang pun wedding saya."

"Ha'ah ye la..masa tu kan awak frust dengan saya, lepas tu tup-tup terus kahwin"

(*dush* Saya rasa macam nak tumbuk je 'pakcik' depan ni. hahaha...)

Program kami ni sebenarnya betul-betul sehari selepas tragedi kematian Adik Syafia Humaira di Kuang Selangor. Ya. Ketika saya & suami berpusing-pusing di bandar Alor Setar dengan pesanan-pesanan akhir Kak Maliah & Afnida, ketika itu jugalah di Kuang, Selangor Adik Syafia Humaira sedang menghadapi 'siksaan-siksaan' terakhir menjelang kematiannya. Semasa di bilik VIP, telefon En Kamal terus berdering.

"Berita Harian call"
"OK", saya pasang telinga.
Nampaknya ulasan tentang kes Adik Syafia Humaira.
"bila jadi kejadian macamni,jangan nangis. Tapi gelak."
"..."
"ya..gelak..gelakkan diri sendiri.sebab selama ni apa usaha yang kita buat?takde,kan?so,bila kita tak usaha,buat apa nak menangis bila kejadian-kejadian macamni berlaku?Jadi, terus gelakkan diri sendiri."


Sinis. Tapi itulah hakikat. Kita cuma tahu keluarkan statement "kami kecewa...", "kami mengutuk sekeras2nya...", "kami bersedih..."
Jauh di sudut hati, saya bersetuju 300% dengan kenyataan akhbar separa formal yang mungkin telah di-off-recordkan kerana saya hingga hari ini masih belum terbaca akhbar Berita Harian yang bmemuatkan kenyataan En Kamal itu.

Phone interview bersama Berita Harian

Bermulanya slot En Kamal, saya lega dengan respond audiens. YB Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Kedah yang pada mulanya memaklumkan tidak akan menunggu program tamat & akan beredar jam 11 pagi bagi memenuhi tuntutan program lain juga nampaknya masih belum berganjak ketika jam sudah menunjukkan hampir 12 tengahari. Terima kasih, Ustazah Aishah atas sokongan=) Ketika menoleh ke arah crowd dari tempat duduk saya di hadapan, saya gembira melihat para peserta terhibur dalam lawak jenaka En Kamal yang sarat dengan info yang sukar diperolehi dari mana-mana penceramah pun. Ya. Dia memang pakar! Dan tatkala terlihat susuk suami tercinta di barisan belakang dewan, saya semakin gembira. *Terima kasih, abang.*

Screening pelakon watak 'perogol'

Demonstrasi : *Wachaa..!* ha..hambek kau. Nak rogol orang ye?!

Saya agak segan sebenarnya bila En Kamal berulangkali setiap kali program akan acknowledge saya di khalayak ramai pada akhir ceramahnya. *blushing* Ya, malu la saya. Tapi andai itu satu motivasi untuk yang lain, saya gembira. 'Pujian' itu juga saya dedikasikan pada sahabat2 semua, Nisa' Padang Serai 2006 dan Nisa' Kedah 2010. Program ini program KITA SEMUA...

.....Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan.....

Usai program dan jamuan tengahari, masa untuk berpisah. Saya & Suami menghantar En Kamal sambil suami saya mengheret bagasi beroda berisi penuh props program. "Peserta seterusnya yang tersingkir...." sempat lagi berjenaka En Kamal =D I've got nothing to say, but THANK YOU SO MUCH, En KAMAL AFFANDI HASHIM. Hanya ALLAH yang dapat membalasnya. Saguhati dari kami, biar berapapun nilainya, takkan setanding dengan ilmu yang En Kamal curahkan pada adik-adik NISA' kesayangan saya di negeri Jelapang Padi ini. Dan terperanjat saya apabila En Kamal mengeledah boot keretanya & mengeluarkan sesuatu sambil berkata "Saya tak ada apa nak bagi" dan menghulurkannya pada suami saya. Oh,terharunya kami. Thanks so much, for the ukhwah =)

Hadiah dari Kamal Affandi kpd suami saya. Cool!

Belek hadiah =)

"Terima kasih, abang. Hadiah tu juga sebagai menghargai pengorbanan abang selama ni. Tanpa restu abang, semua ni tak akan jadi kenyataan."

Kutip batu sungai untuk landskap pokok lepas program ;-)


Tips : Pada yang baru mula hendak menjemput En Kamal, tahan saja dengan karenah 'berlagak sombong'nya sebelum program ya. Itu cuma 'cobaan....' Never give-up. Itu hanya satu sessi motivasi percuma darinya untuk anda =)

4 comments:

  1. eh, ada ke puji puji kita? sebenarnya saya masih berduka kerana berpisah dengan tool kesayanganku...hu hu hu..(nak mintak balik kang orang kata buruk siku!) hu hu hu..

    But seriously, saya bersedih kerana tidak dapat memberikan tandamata yang lebih berharga kerana hakikatnya nilai kalian berdua lebih mahal dan tidak setanding apa apa sekalipun itu. Kenapa? kerana usahamu mengangkat martabat manusia dan kemuliaan wanita di tempat yang selayaknya.

    kamal fnd hashim

    ReplyDelete
  2. En Kamal,
    "Aku....bukan kerna nama
    Kerna sifat kasih
    Pada sesama insan
    Dan menyatakan kasih sayangmu
    Kita sama semuanya sama
    Apa yang ada hanyalah kehidupan....."

    Emm..Dan sebaik-baik hadiah pula adalah dari harta yang paling disayangi. Keikhlasan akan dirasai oleh si penerima tanpa skrip cliche "saya ikhlas ni" dari si pemberi. Ianya akan turun ke hati si penerima dgn kuasa Tuhan yang menciptakan hati & naluri. Dan kami telahpun merasakannya!! =)

    p/s : kami suuuuuukaaaa saanggat 'tool kesayangan' En Kamal tu. Kalau En Kamal mintak pun,kami tak akan bagi ;-p

    ReplyDelete
  3. Comment KAK MAS via Facebook (dia tak dapat submit comment sebab ada error)
    .......................
    Amboi hang pa berdua opps bertiga ( azreena n suami & kamal affandi) mcm dah sekeluarga ! Suka..suka...hehehe...... See Morehappy kmas baca blog nina ni. Terharu dgn komen dari nina dan juga komen dari kamal. Kmas bangga dgn ukhwah yg u all ada. Alhamdulilah dgn ada hamba allah mcm nina n suami dan juga kamal maka banyak orang yang dapat manafaat dari usaha bail dari u all seme.

    Kmas doakan Allah rahmati u all seme dan di sampaikan hajat sebagaimana u all sampaikan hajat orang lain. Amin. So nina teruskan usaha hingga nisa dan islam bertakhta di hati masyarakat. Kita nak menangi hati masyarakat dgn akhlaq mulia bukan nya hanya dgn fakta dan hujah. Bila bersembang dgn mereka tinggalkan mereka dgn hati yang terdetik agar mereka akan fikir secara dalam dan akan teringat akan perilaku mulia yg kita telah lakukan pada mereka. Inilah pesan Dato'Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat our MB Kelantan.

    To bro kamal, tq sgt atas kerjasam yg diberikan dan juga kepercayaan yg diberikan kpd nisa. Tq bro kamal tq! May allah bless u n family..Amin

    ~KAK MAS

    ReplyDelete