Pagi tadi...
Saya mahu meneruskan perjuangan menyiapkan thesis MSc.
Saya buka My Documents seperti biasa..
*Gulp*
Mana folder 'MSc U*M' ni?
Tak ada pun...
Gosok mata...
Sah TAK ADA!
Klik icon 'back' & klik 'forward' balik.
TAK ADA..
Tutup 'My Documents' & buka semula.
TAK ADA jugak.
Ah...sudah..!!
Semua results, data-data labwork, references, berkilo-kilo manuscript paper yg dah publish & baru nak hantar, draft thesis, segala mak nenek tentang Master saya, semua ada di dalamnya.
Adrenaline mula merembes..
Jantung berdegup kencang...
Tangan mulai menyejuk...
Cuba pula buka di Words melalui 'recent documents'
Jawapannya...
This file could not be found.
(D:\...\4-Results and discuss...)
*Cuak*
Kelenjar lakirmal terangsang.
Air mata hampir menitis.
Saya mahu menelefon supervisor saya...
Yang ada dalam back-up bukan yang terkini.
Yang ada dalam back-up bukan yang terkini.
Tapi telefon Mat M* (IT officer) dululah. Minta bantuan Resque 911.
Buka ext. list A*REC, cari *# Mat M*
Sambil 'search' di My Computer.
TUP!!
Terpapar folder MSc U*M dalam folder ABANG'S DOCUMENTS !
WHAT..?!! Bila masa pulak aku transfer neh? Hadoih...
Boleh main bersiar-siar pulak folder ni.
Hampir-hampir tercabut jantung.
AlhamduliLLAH...
AlhamduliLLAH...
AlhamduliLLAH...
Ya ALLAH, kau beri aku pengalaman kehilangan softcopy thesis walau hanya tak sampai 5 minit.
Terima kasih, TUHAN atas pengalaman yang berharga.
Terima kasih kerana beri peluang aku 'merasa' betapa hebatnya penangan kehilangan softcopy thesis.
Aku rasa seperti mati hidup kembali.
Syukur...