Adeh..adeh..penatnya..penatnya memvacuum blog,punyala banyak sawang..ish..ish..labah-labah mati pun ade..? *sambil melakukan aksi mengesat peluh di dahi*~budget drama queen..
Ye la..sejak balik Malaysia, main tepek-tepek poster program & video kat blog je ye..dah rupa macam notice board Balairaya Kampung Pisang dah blog saye ni.hmm..itu macam kalu, Kakak Kika, anak buah yang baru masuk darjah 1 tu pun boleh buat. Tak caya, sila tengok ini.........
.
.
Ha..itu anak buah saya. Sinis sungguh bukan,reminder yang ditampal di pintu dapur khusus untuk ibu & abah dia. Ada sapa2 tau 'ice cream cake' apa yang dia nak untuk birthday dia tu? Ye kawan2, itu Baskin Robbins ice-cream cake ye,yang dimaksudkan.. Tak main SR dah sekarang. Confirm ini high maintenance punya budak.
"Macamana Kak Nina boleh yakin Ustaz Najib jodoh Kak Nina?"
Amacam? Ada gaya macam tajuk artikel kat majalah 'Mango' tak tajuk atas ni? Bertempat di sebuah makmal yang melakukan kerja-kerja sintesis drug carrier di utara Semenanjung Malaysia, seorang saintis muda yang baru pulang dari negara 'omputeh' telah disoal oleh rakan sejawatnya dengan soalan seperti di atas ketika sedang main masak-masak di dalam makmal.
Apa dialog watak 'Kak Nina' tu setelah disoal sebegitu?
Sambil memintal2 hujung tudung, pemegang watak 'Kak Nina' iaitu saya, pun menceriterakan kesah-kesah chentanya suatu ketika dulu..bling..bling..bling...(wa..kenapa semua jadi hitam-putih ni?)
OK..OK.. serius..! serius.. !>>> Sekitar akhir tahun 2005, sesuatu yg tak best telah berlaku hingga menyebabkan saya rasa demotivated, merasa inferior terhadap persekitaran saya hingga merasa 'agaknya aku ni memang tak akan kawin kot'...'lantakla..kalau ada jodoh aku kawin,kawin la..kalau tak,berserah ajela..' Saya rasa hidup tawar. Sampai ada 'calon' yg cuba dimatchkan dengan saya pun, saya respond hambar je. Kebetulan, masa tu seorang sahabat yang baik dengan saya telah meminjamkan novel yang pada ketika itu tak glemer langsung, iaitu novel seperti dalam gambar di atas. Tahukan,novel apa tu. Masa tu AAC pun tak jadi fenomena lagi. Ntah2 kawan saya tu org pertama yg bawa masuk novel AAC dari Indonesia ke Malaysia. (Macam zaman purba pulak cerita akak ni!) Masa tu saya tak berapa minat pun nak baca novel tu. Org kata, takde ghairah la nak menelaah AAC tu. Jadi, saya simpan saja novel tu dalam tong isi ikan pekasam dalam rumah sewa saya (Awas : Ini satu pembohongan).
Sampailah sehingga watak 'Mat Najib' muncul dalam hidup saya melalui perantaraan ibunya sendiri & sahabat baik ibunya. Seperti orang lain, mencari jawapan dalam Solat Istikharah tu adalah satu kemestian. Ditakdirkan ALLAH, ketika itu juga saya mula membaca novel AAC yang sudahpun hampir menjadi pekasam di dalam tong ikan tadi. (p/s: Saya baca AAC sambil dengar album Opick-Istighfar..masyuk!)
Dengan kuasa Tuhan Yang Mencipta keyakinan; sesuatu yang tidak dapat dilihat zahirnya, tetapi ia wujud, saya merasakan yang penulis sedang menjawab persoalan-persoalan saya melalui baris-baris ayat dalam AAC beliau.
"Jika menemukan perempuan solehah dan mau menerima diriku seutuhnya dan siap hidup berjuang bersama, dalam suka dan duka, maka aku tidak akan menyia-nyiakan kesempatan untuk menyempurnakan separuh agama."
“Diriku sudah aku wakafkan di jalan Allah. Aku siap hidup dan berjuang di mana saja mendampingi perjuangan suamiku tercinta.”
Menginsafi jalan cerita AAC yang melebihkan perancangan Tuhan daripada perancangan manusia, baru saya sedar, menerima seseorang sebagai suami/isteri sebenarnya adalah sesuatu yang sangat berbeza dengan apa yang kita fikirkan secara teori&idealistiknya. Ianya urusan Tuhan yang sangat misteri. Kita selalu memikirkan bahawa cinta ialah A sedangkan hakikatnya ia adalah B. Dan kita juga selama ini menyangka bahawa kehidupan rumahtangga ialah X, pada hal rupa-rupanya ia adalah Y.
Apa yg saya pelajari ialah; apabila telah datang seorang yang baik, dari keluarga yang baik2, tiada alasan untuk kita menolaknya. Bagi saya, cinta bukan perkara pokok sebelum kahwin. Saya amat yakin yang cinta akan tetap juga hadir selepas berkahwin. (Ye, sebab itu saya suka membebel bila tengok KCB. Tak cintalah, hapelah. Haish!! Nyampah tau..tapi tengok jugak sampai nangis-nangis! ^_^)
Kesimpulannya, serahkanlah pada ALLAH untuk memberikan kita jawapan...jawapan pada persoalan yang kita tak akan mampu untuk menjawabnya tanpa bantuanNYA. Dalam kes saya, saya kira istikharah saya dijawab melalui huruf-huruf dalam novel AAC. WaLLAHUa'lam....
Akhirulkalam...gambar hiasan...complimentary cake untuk anniversary kami yang ke 3, 2 bulan lepas... 17112010...
p/s 1: Hari ini genap 38 bulan usia perkahwinan saya dengan Incik Najib. (Sambil-sambil tolong promote blog orang yang baru nak belajar buat blog, tapi cikgu yang mengajar tu garang macam singa tapi perasan comel macam singa eskrim Paddle Pop)
p/s 2: Tahniah kepada Cik Tikus Merah Jambu (anda tahu siapa anda) yang bertanya soalan di atas ini & telahpun selamat bertunang semalam. Semoga anda telah membuat keputusan yang tepat, Ameen.. Agak terkejut sebenarnya. O..rahsiakan dari Kak Nina ye..Takpe..Esok kita jumpa kat lab.I nak sumbat u dalam deep freezer.
walaupun mungkin masa sekolah dulu ko saja suka2 je listkan ciri2 suami idaman tapi aku rasa secara tak langsung benda tu cam satu bentuk loa & doa.. aku tumpang gembira sangat bila doa ko tu termakbul.. :)
ReplyDeletehehe..TQ la, jadi teman semerapu zaman muda-mudi dulu. betul..betul..agree with you.memang apa yg kita cakap ni indirectly adalah doa & the law of attraction. tak sangka,kan..,sejibik apa yg aku angankan dulu..4 tahun lebih tua, amik course pengajian islam & gila2. cuma 1 je yg lain, aku target budak UM dulu (sebab kelas gamelan kita kat UM kot.haha),tak sangka ALLAH bagi lebih, bagi budak obesi pulak.hehe..
ReplyDeletePastu dulu kan aku suka merapu kata add maths SPM mesti dapat A1 walaupun exam&test paling baek pun C4-C5-C6.tak sangka dapat A1 betul2 walaupun hakikatnya ada soalan yg aku tinggal, tak jawab.ngeeee.. ^____^
hmm..memang mulut yg takde insurans ni nak kena jaga selalu,kan..? =)
kak nina, comellll2.. tapi tunang dayah sama ja kuat merapu macam ustad najib. orang kedah memang macam tu kot..
ReplyDeletecik tikus merah jambu bukan org kedah jugak ke? Patutla merapu jugak =p
ReplyDelete