Thursday, March 24, 2011

Cinta Untuk Nabila


Hari ni bukan nak cerita pasal program kat Surau Taman Murni Indah, bukan juga nak cerita pasal majlis tahlil kecil-kecilan kat kampung hari tu, bukan juga nak cerita pasal rumah kena masuk perompak (huwaa...!), bukan nak tepek gambar2 kek yang saya buat dalam masa sebulan ni atau cerita saya yang baru dilantik sebagai pemegang mohor2 family vacation planner..

Hari ni cuma nak tampal poster baru kat notice board balai raya kampung pisang...



Ingat tak lagu 'Cinta Untuk Nabila'... ala..lagu masa kita sekolah rendah dulu..meh saya nyanyi sikit... "cinta untuk Nabila...aku cintakan sepanjang hidupku ini...hanya kerna kau ratu laksana di singgahsana.." haha..kenapa rasa macam dah campur dengan lirik lagu exist pulak ni? ^_^

Ha...insyaALLAH...Sabtu ni sama2 remaja-remaji Kulim dengar ceramah penampilan istimewa ex-vocalist lagu hits 'Cinta Untuk Nabila' tu (Ustaz Radzi). Ustaz Radzi ex-Melissa ni sekarang aktif dengan aktiviti dakwah & mengikut sumber internet, beliau juga bertugas di Masjid Zahir Alor Setar.

So Sabtu ni ramai-ramai kita datang, dengar Ustaz share pengalaman dia...dari Kelab Malam ke Pentas Dakwah.

1 comment:

  1. Assalamu 'alaikum...
    Saya ahli baru dalam Nisa' Kedah. Namun, hati ini terlalu ingin berkongsi. Kisah suka duka dalam hidup. Bukanlah ALLAH mahu mengecam kita sebagai seorang wanita. Tapi, ingin diangkat darjat kita, agar tidak dicampak ke neraka jahim. Bahagia itu maknawi. Terlalu agung ertinya bagi mereka yang bersabar dan redha dengan ALLAH, Tuhan rabbul jalil...

    ReplyDelete