Sunday, November 15, 2009

Nisa' Movie Critics : 'Syurga Cinta'

Nisa' Padang Serai in da' house..!!!!


AlhamduliLLAH, dengan kesempatan masa yang dikurniakanNYA di celah-celah kesibukan yang terlampau, Nisa' Kawasan Padang Serai, Kedah akan muncul dengan program catchy khusus untuk adik-adik tersayang di sekitar cawangan Pekan Padang Serai khususnya...

Plan asal kami adalah untuk menayangkan filem Papadom...sayangnya, DVD Papadom masih belum lagi released di pasaran. Dari review yang telah menonton, rata-rata menyimpulkan Papadom satu filem yang sangat menyentuh tetapi kelakar. Sarat dengan pengisian kasih sayang. InsyaALLAH, kami akan cuba membawa Nisa' Movie Critics ini sebagai program bergerak & berkala.. & InsyaALLAH...jumpa kami nanti bersama Papadom...

Apapun, jangan lupa petang Sabtu ini, bersama kami dan SYURGA CINTA.

Penghargaan : Hakcipta poster Kak Sab, AJK NIsa' Kawasan Padang Serai =)

Sunday, October 25, 2009

Mati adalah rehat sebenar

(bagi orang yang beriman...)

Saya melihat schedule penghujung tahun dengan 1001 rasa. Gembira, Takut, Penat, Sesak dll.

November '09
  • starting 1/11 : MSc new sem registration renewal
  • 7-9/11 : Holiday @ Langkawi bersama Suami, Emak, Kakak & Anak2 Buah. (Yeayy..!!)
  • 16&17/11 : My Birthday & Wedding Annivesary (Yeayy lagi..!!)
  • mid-end month : Program NISA' Padang Serai
  • Sepanjang bulan : Siapkan labwork untuk kejar ICONT '09
  • 27-29/11 : Cuti Raya Haji (Mesti balik Selangor)
  • MSc Thesis??????????????
Disember '09
  • 3-5/11 : Perkampungan NISA' Kedah @ KBS di Puncak Gunung Jerai
  • 12-13/11 : Kem Super Syabab
  • 14-17/11 : Paper presentation @ ICONT '09
  • By end of this month : All SKT (sasaran kerja tahunan) must be accomplished!
  • MSc Thesis??????????????
Januari '10
  • 23/1 : NISA' Kedah with Kamal Affandi @ Kolej Universiti Insaniah (belum confirm, tapi mesti buat)
  • MSc Thesis??????????????



Ya ALLAH,

Berikan aku kelapangan..
..kekuatan..
..ilham..
Sesungguhnya aku hanyalah seorang Hamba,
Isteri, Anak, Pelajar & Pekerja
yang amat memerlukanMU.

** Hari ini genap usia perkahwinan saya & suami 1 tahun, 11 bulan, 1 minggu, 1 hari (hm..! nice number!)

Thursday, October 22, 2009

Belasungkawa : Anakanda Nur Fatimah

(Sila klik pada gambar. Saya sangat terkesan dengan kad ini.)

Pagi tadi saya menerima forwaded sms daripada Fadh yang berbunyi;

Salam.Putri kami,nur fatimah tlh kembali ke rahmatullah kira2 pkl 620pg td- ramadhan fitri & khadijah.
Setelah ~10 hari kami di googlegroup Nisa' menerima berita Nur Fatimah koma di Hospital Putrajaya, pastinya ketentuan yang berlaku pagi tadi adalah suatu ketetapan yang amat menyedihkan. Dijah (ex-Nisa' Malaysia) dan suami telah diuji dengan begitu hebat dengan pemergian penyejuk mata & penawar hati yang baru berusia 3 bulan lebih. Kali terakhir saya duduk rapat dengan Nur Fatimah ketika menumpang kereta Dijah dari rumah Kak Muna untuk menghadiri meeting Nisa' Indoor Games bersama Nisa' Malaysia . Pagi itu saya duduk di tempat duduk penumpang hadapan & Nur Fatimah masih berada di dalam perut mamanya yang memandu kereta.

Setakat yang baru sempat saya baca semalam, maklumat dari Jibah di blognya;

w'salam

Gegaran pada otak (yg belum dapat dipastikan apa puncanya) menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Saya difahamkan banyak bahagian dlm otak sudah rosak, dan begitu juga jantung dan paru-parunya.

Doakan bayi kecil ini.
Dan hari ini, maklumat yang saya terima dari Fadh pagi tadi, punca sebenar gegaran otak masih tidak diketahui. Suspect jangkitan kuman / baby digoncang kuat / jatuh.

Saya mula terfikir...Pada usia perkahwinan yang hampir mencecah 2 tahun dan masih belum ada tanda bahawa saya mengandung, saya sering tertanya-tanya...ujian apakah sebenarnya yang ingin ALLAH berikan pada saya. Kesedihan, rasa rendah diri, tension dengan pertanyaan orang, tertanya-tanya pada Tuhan, berputik cemburu pada sahabat-sahabat yang yang kahwin lewat daripada saya tetapi begitu mudah dikurniakan zuriat..sering menghambat diri sepanjang hampir 2 tahun usia perkahwinan ini hanya dek kerana belum diizinkanNYA untuk memiliki cahaya mata.

Tetapi hari ini saya terfikir... Yang mana lebih sedih?

Memiliki..lalu kehilangan..

-atau-

Tidak memiliki pun.

Apa sekali jawapannya pun, itu semua perancanganNYA yang pasti tidak semudah itu menghadapinya seperti yang terzahir di wajah yang diujiNYA, yang melaluinya.

waLLAHU a'lam..

Sesungguhnya ALLAH telah memilih Dijah & Ust Ramadhan Fitri dengan perencanaanNYA yang tersendiri. Kehilangan anak pada usia yang amat muda untuk dijadikan bidadari syurga. ALLAH telah memilih mereka. Bukan saya, bukan juga sahabat-sahabat yang lain. Semoga ALLAH beri kekuatan selayaknya kepada pasangan ini.

Al-Fatihah...

(sedikit gambar Nur Fatimah daripada blog mamanya)

Sunday, October 4, 2009

Lagu Raya Paling Best Tahun Ni (",)

<-----------------(video klip telah dipadam)

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
Di Aidilfitri,Di Aidilfitri

1st time tengok video klip ni, rasa sebak sangat & saya terus mengangkat lagu ini sebagai lagu paling best bagi saya utk Syawal 1430H...

Pengorbanan Ibu Bapa menjelang Ramadhan & Syawal

Walaupun liriknya tidaklah begitu puitis & lagunya tidaklah mendayu-dayu, tapi ia cukup bagi saya untuk terkenangkan semula pengorbanan mak & arwah abah setiap kali tibanya Ramadhan & Syawal. (credit to pakcik yang berlakon sebagai ayah-driver teksi dalam video klip too. So touching!) Baru saya terfikir sebenarnya bukan mudah & malah sukar sebenarnya untuk memenuhi segala keperluan kami yang pada itu pasti mahunya persalinan baru pada hari raya. Macamana kita sekarang yang gaji beribu pun tapi ada masanya rasa sesak sangat, apatah lagi mak ayah kita pada ketika itu. Pasti banyak ketika sebenarnya permintaan anak-anak melebihi wang yang mereka ada pada satu-satu masa khususnya menjelang Raya. Dengan baju, kasut, duit raya, mercun (!), minta bunga api, nak makan macam2 untuk berbuka puasa dll...

Adakah permintaan kita suatu masa dahulu pernah menghibakan hati kecil seorang perwira bernama A-B-A-H dan seorang serikandi bernama E-M-A-K ?

Oh......

Thursday, September 17, 2009

Seputar Ramadhan & Syawal 1430H

Assalamu'alaikum semua...

Sudah terlalu lama saya tak update blog saya ni...Rasanya Aidilfitri yang akan menjelma tak lama lagi menjadi asbab yang sangat baik untuk saya menghidupkan semula blog saya ini...

Nenek meninggal

Raya ini adalah Raya pertama kami tanpa nenek...saya dapat membayangkan hari raya pertama nanti pasti akan menjadi lebih syahdu daripada biasa.Direncanakan semua keluarga belah mak saya akan berkumpul pada pagi raya pertama di rumah kami kerana mak adalah anak sulung & satu-satunya rumah anak nenek yang ada di kampung. Selalunya pada pagi raya pertama, kami akan berkumpul di rumah nenek & waktu inilah rasanya waktu yang 'paling raya' & happening. berkumpul dengan mak-mak sedara, sepupu-sepapat & last sekali upacara photo shooting.. Tapi ALLAH lebih menyayanginya...nenek menghembuskan nafas terakhir Rabu minggu lepas, ~10hari sebelum raya, sedangkan pada 1 Ramadhan nenek masih boleh pergi tadarus menaiki basikal! Al-Fatihah buat nenek...& pada waktu entry ini ditulis, saya sedang memakai cincin yang dihadiahkan oleh nenek semasa perkahwinan saya di jari manis kanan. Designnya 'smart' & sangat praktikal dengan nature kerja saya di makmal.


Shopping? Baju Raya?

Tahun ni saya tak sempat nak shopping untuk raya macam biasa…baju2 semua kain2 stok hadiah kawin, ole-ole mak mertua masa holiday ke Padang, kain sutera Terengganu yang beli tahun lepas & batik Kelantan & Sarawak yang dah berusia ~4 tahun pun ada!!! Semua koleksi kain tak berjahit saya himpunkan & hantar ke rumah Kak Siti depan rumah mak mertua sebelum puasa…semuanya ada ~8-9 pasang…(ganasnye…) & masuk Ramadhan saya berulang-alik setiap hujung minggu kerana keadaan Arwah nenek yang tak sangat kritikal ketika itu….& akhirnya beli tudung pun online je. Tak sabar nak tengok tudung tu esok…hehe…ni color yang saya beli…baju yg selebihnya belasah ajelah tudung2 yang dah ade…tu pun kalau match la….

Aqua blue

Lagi satu...jeng..jeng..jeng...

Shocking pink

Kuih Raya ku

AlhamduliLLAH…seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ni juga saya sempat buat sendiri kuih trademark saya iaitu;

  • American Choc Chips (dah 8 tahun raya buat cookies ni every raya without fail. Ambik resepi internet & memang sedap giler,,semua orang suka.. Tapi tak ada dijual di mana2 outlet kuih raya..hehe…)
  • Moist Choc Cake (yang ni saya belajar dari mak since sekolah menengah dan beberapa tahun yg lepas, mak memberi kepercayaan saya untuk menyerahkan tanggungjawab menyediakan kek ini kepada saya. Saya tak pasti resepi Mak Uda saya atau resepi kursus masakan antarabangsa yang mak pegi masa saya sekolah rendah darjah berapa entah..)
kedua-dua yang di atas ni memang antara benda yang ditunggu-tunggu oleh mak-mak sedara & sepupu-sepapat saya pada hari raya kerana ianya memang specialty air tangan saya (cam bagus je ayat kan…?haha…) Betul….sampai tahun lepas, 1st raya saya dengan keluarga mertua di Kedah, diorang dok tanya kat mak saya, “Kuih Kak Nina takde ke?”. Yela kan..bila orangnya tak ada, kuihnya pun tak ada la…

& tahun ini saya tambah lagi 1 resepi…tadaaa....

Birthday cake abang 19102009

  • Kek Milky Marble Yellow-Choc-Pink-Green..Asal usul kek ini adalah request suami untuk dibawa ke pot-luck sekolahnya sempena birthday nye yang ke 30 walaupun semua org ingat dia baru 20-an…Cess!!! (Bahaya ni Encik Jamil…) Suami saya minta kek marble yang ada kombinasi ke-empat2 warna tu…saya pun cari la di internet dan jumpalah resepi tersebut, tapi hanya ada dua warna..so,saya modified utk jadikan 4 warna…hasilnya...SEDAAPPPP!!!! + cantik & untuk raya tahun ini, saya akan letak topping cheese cream yang juga saya perolehi resepinya dari internet. Suke..suke..
Handphone baru

Saya tak dapat nak attach gambar2 kuih raya yang saya buat memandangkan handphone Motorola Razor ku sudah rosak...sekarang pakai Nokia 3310 je...huhu...(yang dah berusia 8 tahun pulak tu..dasat betul model ni..tak reti-reti nak rosak..) insyaALLAH esok saya akan dapat handphone baru saya, Sony Ericsson P1i... Yippieee..!!! Tak sabarnya... (camnela gaji tak cepat habis...uhuk.)

Sony Ericsson P1i


Balik Kampung

Hari ini saya akan siapkan semua kerja2 saya by tengahari kerana bercadang untuk half-day hari ni untuk servis kereta, siapkan 2 biji moist choc cake lagi atas permintaan jiran mak mertua saya di Kulim & sepupu saya di Klang. Tak lupa juga untuk ambil semua baju yang entah berapa pasang mengalahkan artis tu.

Malam ni kami akan bertolak dari Kedah ke Selangor insyaALLAH lepas Maghrib. Yang seronoknya,kami ni mementang arus setiap kali cuti umum...Jadi kami tolong tengok ajelah the opposite way yang jammed giler sedangkan arah kami siap boleh tido atas jalan...Huish!! tak baik berlagak!!..Yela kan...org semua asal utara, timur, selatan kerja kat area lembah klang...saya pulak org Selangor, kerja kat Kedah...memang sangat selamat la saya di musim-musim perayaan...tak payah bersesak-sesak, dah nama pun menentang arus highway PLUS tu...AlhamduliLLAH..

Esok pagi saya & suami terchenta akan hantar mak ke pasar borong utk beli barang mentah utk masak, kemudian dari pasar borong Meru akan ke HQ jap, hantar buku ASTM kat IP Dept, pastu balik rumah dan bermulalah operasi anyam-menganyam ketupat...(suami saya siap2 bawa bekal ketupat daun palas org utara yg 3 segi tu...kami beli bawa balik selangor 50 biji. dia kata 10-15 biji tu dah utk dia sorang je. Cett!!)

Ketupat nasi Vs Ketupat daun palas

Selamat Hari Raya

Walaupun hit tak sampai 100 pun, tapi saya pasti pengunjung blog ini adalah sebahagian besarnya adalah sahabat2 yang saya sayangi especially team ex-nisa’ Malaysia..kakak-kakak & sahabat-sahabat yg sangat adorable&motivator yang bagus. Tak lupa juga adik-adik dan sahabat Nisa' Kedah dan seluruh Malaysia... Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Eid Mubarak...dan mohon maaf atas kedhaifan diri yang mungkin telah melukakan hati seorang insan bernama sahabat...semoga ALLAH menerima ibadah kita seadanya sepanjang Ramadhan yang masih bersisa ini...

Semoga kita akan bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang kerana sesungguhnya Allahyarham Ustaz Asri Rabbani tidak pernah tahu bahawa Ramadhan tahun lepas adalah Ramadhan yang terakhir buatnya........................................

..dari Najib & Nina
(Foto : 1 Syawal 1429H @ Kulim
)

Jumpa lagi..!

Tuesday, August 11, 2009

Selsema babi + out-station!! Takut?

Saya @ KLIA.
Setelah lebih 5 tahun tak berjumpa, saya terserempak dengan ex-coursemate cum roommate masa di universiti dulu & dia masih tetap boleh mengecam wajah saya biarpun dengan wajah sebegini! Perkongsian 3 tahun..sampai bertutup separuh muka pun, dia masih boleh kenal =D

Entahla...dlm suasana penularan wabak selsema b-a-b-i ni (saya tak suka nama H1N1), saya rasa negara kita tak cukup melakukan penyaringan yang secukupnya terutama di pintu masuk utama negara, airport.. (atau saya yang tak reti?)

Semlm saya outstation..saya mmg pakai mask (di airport & dlm flight) sbb kebetulan saya selsema&demam (Dr kata common flu), MC pd hari sebelumnya..
Tapi di airport seolah2 tiada apa2 yg berlaku..boleh dikira berapa org penumpang yg pakai mask, & hanya minoriti petugas airport yg pakai mask..
saringan body temperature pun tak ada..pdhal sy risau pd hari sebelumnya, takut saya tak lepas kat airport sbb masih ada saki-baki demam..
rasanya kita ni dah biasa dgn budaya 'tak apa' & 'kalau aku sorang je yg buat, org lain tak buat, tak de maknenye...'...(agaknyela...) padahal punyala ramai yg dah meninggal dunia...(walaupun Dr kata kadar mortaliti rendah, hanya 0.5% berbanding wabak H1N5 berpuluh tahun lalu; 2%)

Lusa saya out-station lagi.... (nak pakai mask ke tak yah, ek....?)

WaLLAHUa'lam..

Tuesday, August 4, 2009

Sinari Nisa'

Sebenarnya dah 3 minggu cerita ni.. & dah 3 minggu juga saya janji nak scan, tapi ni baru berkesempatan nak buat.hehe.. So,inilah keratan akhbarnye..hehe..(p/s: nama penuh tu memang I saja tukar ok...hehe)
Saya @ Sinar Utara (13 Julai 2009)

& Lebih kurang seminggu lepas tu, ketika pulang ke kampung saya di Selangor, saya jumpa sesuatu di rumah nenek saya. Hehe...macam kenal je kan...siapa lagi kalau bukan our beautiful sister, Kak Mas...congrats Kak Mas...really proud of you too! (saya kena belajar cara bergambar dengan press dari Kak Mas sebab gambar saya tak cantik & terkenyit mata pulak tu dan tak tahu nak control 'kadar senyuman') =p
Kak Mas @ Sinar Sentral (23 Julai 2009)

Wednesday, July 22, 2009

Aerobik & Aku Dibius Cinta @ Festival Kedah Sejahtera



Bersempena Festival Kedah Sejahtera 2009,

Urusetia Pembangunan Wanita & Kebajikan Negeri Kedah

dengan kerjasama
mengalu-alukan kehadiran anda ke

Senamrobik Perdana (Wanita)
Khamis,23 Julai 2009
7:30 pagi - 9 pagi


...dan...

Sabtu, 25 Julai 2009
9 pagi - 12 tengahari


Forum cinta muda-mudi ini dibarisi oleh panelis;

~Dr Che Noraini Hashim~
(Pensyarah UIA,
Kaunselor Pakar bidang parenting, motivasi & pendidikan)

~Ustaz Uda Kassim~
(Lembaga Zakat Selangor,
Ahli Panel Jemputan Al-Kuliyyah TV3)

~En Muhammad Azki Hafizi Hj Ibrahim~
(Pengarah Perhubungan Awam Kolej Universiti Insaniah,
Pengamal Perubatan Islam Darul Hikmah)
*moderator

Sunday, July 19, 2009

Balik Selangor Vs. Festival Kedah Sejahtera

Maaf kerana masih belum dapat nak upload keratan akhbar yang dijanjikan...InsyaALLAH Selasa nanti saya akan upload sebab esok suami saya akan pulang bersama scanner + printer kami. Sebenarnya saya sangat gembira & teruja untuk menanti esok sebab saya sendiri yang akan ke UUM untuk menjemput suami saya. He's back for good! Yeayy!!

Hari ini sebenarnya saya telah berazam untuk mengadakan 5S di cubicle saya sendiri. Semangat yang saya perolehi minggu lepas semasa Taklimat ISO:9001, OSHE, ICC & 5S boleh dikatakan masih membara lagi. Jadi, sementara semangat itu masih membara, lebih baik lekas-lekas saya implimentasikannya. Hehe.. Semasa entri ini ditaip, kerja-kerja 5S belumpun siap lagi.. InsyaALLAH akan saya selesaikan selepas waktu rehat ini =D JANJI!


Cuma tadi saya dapat panggilan dari sahabat se-Nisa' Kedah, Afnida..Minta nombor telefon Kak Sab untuk disunting menjadi moderator Forum 'Aku Dibius Cinta' di Festival Kedah Sejahtera nanti. Nisa' Kedah sebenarnya telah diberi kepercayaan untuk handle sebanyak 2 program dalam karnival tersebut - Aerobik Perdana & Forum 'Aku Dibius Cinta'.

'Berbakti Pada Ibu'

Cuma saya rasa sedikit (banyak!) ralat kerana saya tidak akan berada di situ pada hari program. Sebab 25 Julai nanti gaji pertama saya (horayyy!!!) & suami saya mencadangkan agar kami pulang ke kampung saya (Sijangkang, Selangor)
supaya saya dapat beri duit gaji pertama saya sendiri by-hand pada ibu saya (Baik,kan suami saya !?) ...Bukanlah saya meringankan tanggungjawab terhadap Nisa', tapi tugas saya sebagai AJK Hospitaliti & Urusan Penceramah dalam program aku dibius cinta Hawa PAKSI Kulim Feb-Mei lalu telah mengajar saya tentang sesuatu. Penceramah jemputan kami, Ust Hasrizal secara tidak langsung sepanjang kerja-kerja penentuan tarikh program antara saya dengan beliau telah mengajar saya tentang perlunya 'masa' sebagai seorang pendakwah untuk 'berbakti kepada ibu'... Pada waktu itu, satu tarikh yang saya kira cukup cantik terpaksa dilepaskan kerana Ustaz telah menetapkan tarikh tersebut untuk beliau sekeluarga pulang ke kampung & disebabkan itu kami terpaksa menunda program tersebut melangkau bulan. & lebih-lebih lagi dengan keadaan saya yang bermastautin ~400km dari ibu saya, rasanya ianya bukanlah satu kesalahan yang sangat besar biarpun rasa ralat dan serba-salah menghambat hati & perasaan. Dan sebenarnya sehingga saat entri ini ditaip, saya masih lagi berkira-kira sama ada hendak pulang ke kampung atau bertugas di festival tersebut. Uhhhh..!!!

* Gambar saya & emak pada pagi 1 Syawal terakhir sebelum saya bergelar isteri

Sunday, July 12, 2009

Selamat tinggal !

3 minggu sudah saya tinggalkan blog yang baru mula bernyawa ini daripada sebarang entry.. Bukannya apa,selain dihambat dengan tanggungjawab di tempat kerja (yang hari ini baru nak masuk minggu ke-5), saya juga dihurung rasa down, rasa tidak termotivasi, upset dan juga rasa kehilangan yang hanya sebahagian kecil sahaja dapat saya muatkan dalam blog ini.

27 Jun lepas...saya, Kak Wahida dan Wani meraikan hari-hari terakhir kami bersama. Kami keluar makan @ RFC, window shopping (perempuan!) & Wani pass semua barang-barang Nisa' yang perlu ditinggalkan pada saya. Aduh...! Wani meninggalkan Nisa' Kedah kerana perlu memenuhi tuntutan masa depannya untuk menyambung pengajian di negeri skuad seladang, Perak Darul Ridzuan (saya pernah breakfast bersama Khalid Jamlus & rakan-rakan -bukanlah sarapan bersama sebenarnya..cuma buffet breakfast di cafe hotel yang sama..hehe....di Renaissance Hotel, Kota Bharu lebih kurang 3 tahun lepas. Ketika itu saya out-station di Hospital USM manakala skuad Perak juga menginap di hotel yang sama bagi pertandingan melawan Kelantan di Kota Bharu. Opss..maaf, terkeluar topik!)

Ok...berbalik pada kisah Wani...sebenarnya banyak kenangan manis bersama Wani...selain sahabat-sahabat AJK Nisa' Kedah yang lain, Wani sebenarnya banyak menyumbangkan idea dan menjadi sahabat brainstorming saya terutamanya brainstorming tak rasmi kami melalui sms dan email. Paling tak dapat dilupakan, ketika Nisa' Indoor Games pada 25 April yang lalu di Shah Alam, Selangor negeri asalku...Ketika itu saya telah diamanahkan untuk menjadi Ketua Kontinjen Nisa' Kedah...oleh kerana negeri Kedah ini terlalu besar & tidak memungkinkan kami untuk kerap berjumpa, jadi saya, Wani & Kak Wahida banyak berdiskusi melalui telefon sahaja.. Sampaikan bila kak muna call minta tagline Nisa' Kedah pun, saya & Wani cuma dapat berbincang melalui sms dan akhirnya dapatlah satu tagline yang comel; "Let's play! Don't play-play"..sebenarnya tagline itu adalah gabungan idea Wani (Let's play) dan saya (Don't play-play -Phua Chu Kang)...maksudnya jom main, walaupun cuma main, tapi kena main bersungguh-sungguh. Jangan main-main..dan main juga bukan sekadar bermain, tetapi bermain sebagai platform untuk berdakwah... Begitu juga dengan design banner yang diamanahkan pada saya..semuanya melaui sms.

Saya, Wani & Kak Wahida =) buka office dalam bas ketika perjalanan ke NIG,Shah Alam

Dan akhirnya...alhamduliLLAH dengan gabungan idea kain batik, topi pesawah dan nyiru saya beserta accesories yang kebanyakannya disediakan oleh Wani (dia banyak study AF hehe..), kami dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kontinjen Terbaik, NIG 2009.


Saya ketika menerima trofi Kontinjen Terbaik NIG'09 disampaikan oleh YB Dr Halimah Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor diiringi Wani & sebahagian kontinjen Nisa' Kedah


Sebenarnya banyak plan yang telah kami susun bersama MT Nisa' Kedah yang lain selepas Wani secara tidak rasminya dilantik sebagai Ketua Nisa' Kedah yang baru.

Bagi saya, pemergian Wani (walaupun cuma setahun) akan memberikan impak yang besar pada diri saya terutamanya dalam Nisa' Kedah ini...saya & Kak Wahida banyak membincangkan tentang hal ini..thanks Kak Wahida, kerana banyak memberikan saya dorongan dan semangat serta kekuatan untuk terus bersama Nisa' walau apapun ujian yang mendatang...yang penting, niat kita hanyalah satu - demi melihat adik-adik dan kakak-kakak generasi muda kita lebih terisi dengan program-program yang dapat melaksanakan impian kita bersama. Seperti yang saya katakan di awal tadi, saya dihurung rasa down, rasa tidak termotivasi, upset dan juga rasa kehilangan yang tidak semuanya boleh saya muatkan dalam blog ini.


Saya & Wani bersama trofi kebanggaan kami di NIG'o9, Shah Alam

Apapun, all the best to you, dear.. Semoga Wani akan kembali semula bersama kami untuk melaksanakan zaman kegemilangan Nisa' Kedah yang baru hendak bermula..(saya sifatkan kemenangan kami di NIG'09 sebagai titik lonjakan Nisa' Kedah) Baru kita nak hidup, Wani pulak terpaksa pergi...Wani dah pergi...Nida, Kak Wahida & Kak Najibah pulak masing-masing tengah pregnant...tinggallah daku...huhu....




Selamat tinggal, Wani & See you in 1 year !

Monday, June 22, 2009

Blog yang togel

Saya berkenan kalau blog saya memiliki template yang lebih cantik daripada apa yang ada sekarang. Maka tangan yang dimilik oleh seorang hambaALLAH yang buta IT ni pun gatal-gatallah mensurvey pilihan-pilihan template percuma yang ada di alam internet.

yang ini (gambar anjing tu of course akan digantikan dgn koleksi-koleksi gambar personal)......



atau ini........


Cantik,kan?

Tapi malangnya disebabkan itu, saya yang buta IT ni telah menghilangkan segala link blog sahabat-sahabat Nisa' baik yang milik persendirian termasuk SEMUA network- network negeri dan kawasan di seluruh Malaysia. Gadget yang berupa ticker perkahwinan saya & suami dan gadget interaktif 'bagi ikan makan' pun hilang...begiti juga link blog-blog resepi yang banyak mengajar saya memasak sepanjang lebih setahun perkahwinan kami ini.Isk..isk..

Hmmm..nantilah...bila-bila free saya masukkan balik. "Kita yang buat dia...bukan dia yang buat kita...."

huhu...

Apapun, tetap ada berita gembira hari ini...

saya dipertemukan dengan sahabat sekelas sewaktu di sekolah rendah 1989-1994..hmm...lama kan...?kat mana saya jumpa dia?

...di sini...



Yeah...Kuala Langat...my hometown! rindunyer.....

Sunday, June 21, 2009

Terima kasih, cinta!

Seperti sedia maklum (atau tidak maklum), tahun ini kami melayari tahun ke dua bahtera perkahwinan secara PJJ (Pengajian Jarak Jauh?...Perkahwinan Jarak Jauh!) Walaupun masih di dalam satu negeri, tetapi perjalanan menggunakan kuasa kereta Savvy 1.2 mengambil masa 2 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan ataupun 5 jam jika menaiki 'bas lompat-lompat'!
Sudah pasti, plan Celcom 1+5 menjadi pilihan kami untuk berhubung tanpa had masa & tanpa caj.

Semalam,sedikit kelainan pada panggilan-panggilan yang dibuat oleh suami saya. Ketiga-tiga panggilan (atau lebih) dia menyanyikan / memasang dari laptopnya / menyuruh saya menyanyi (part perempuan) lagu yang saya tak tahu tajuknya, tapi saya panggil lagu 'tuai padi antara masak'. Hehe..entah apa yang sedang bermain di fikiran suami saya semalam. Tapi sememangnya itu antara lagu evergreen yang paling saya gemari sejak sekolah menengah.

GURINDAM JIWA

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan


Anak cina pasang lukah

Lukah dipasang di Tanjung Jati

Di dalam hati tidak ku lupa

Sebagai rambut bersimpul mati


Batang selasih permainan budak

Daun selasih dimakan kuda

Bercerai kasih talak tiada

Seribu tahun kembali juga


Burung merpati terbang seribu

Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku

Hendak berkubur di tapak tangan


Kalau tuan mudik ke hulu

Carikan saya bunga kemboja

Kalau tuan mati dahulu

Nantikan saya di pintu syurga

Dua baris terakhir mengingatkan saya tentang perpisahan yang amat saya takuti.
Suami saya bukan orang biasa di mata & hati saya. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan olehnya terutamanya sepanjang penglibatan saya bersama Nisa'. Melepaskan saya untuk pergi menghadiri mesyuarat, berprogram, dari sekitar 5 km radius hinggalah beratus-ratus kilometer jauhnya, dari jalan darat hinggalah ke seberang laut, bagi saya adalah pengorbanan yang amat besar dari seorang insan bernama suami, sahabat & kekasih. TIDAK semua suami mampu melakukannya walau pun lelaki itu nampak hebat di arena masyarakat lebih-lebih lagi di tahun-tahun pertama perkahwinan.

Suami saya sanggup...
  • tidur di dalam khemah demi menemani saya bermesyuarat (sedangkan pada malam sebelumnya dia telah stay-up sampai pukul 3 pagi menyelesaikan kerjanya)
  • bersabar dengan perangai hot-temper saya bila dah kepenatan
  • memandu berseorangan hingga jam 2-3 pagi (berseorangan!..sebab saya dah tertidur di sebelah.hehe..)
  • drive kereta ke sana ke mari menghantar saya (saya boleh memandu. ~saya pernah memandu sendirian dari Kota Bharu ke Kulim~ tapi bila suami ada, saya jadi mengada-ngada sikit.=p..)
  • mengizinkan rumah quarters kami (tahun lepas) yang kecil disempitkan lagi dengan longgokan dan gantungan barang program dan baju china-silk jualan Nisa' Kedah
  • tertidur di dalam kereta kecil kami semasa menunggu saya habis mesyuarat
  • menjadi pendengar setia pada masalah yang saya bebelkan di hadapannya
  • memberi idea serta pendapat yang ada diantaranya telahpun saya guna pakai dalam Nisa'
  • ......
  • ..
  • .....
  • ..
  • .....
  • dan macam-macam lagi yang telah dikorbankannya demi untuk saya dapat terus bersama dengan Nisa'.

Sesungguhnya, banyak dosa yang saya pernah lakukan pada suami saya. Tak sepatutnya dengan segala pengorbanannya pada saya. Hm..rasa sebak pulak bila tulis entry ni....

Restu pertama...

Jadi,kepada semua krew penggerak Nisa' di seluruh pelusuk dunia di Malaysia, Mesir, UK dan di mana pun u all berada, hargailah pengorbanan suami kita walaupun sekadar memberi izin kita keluar untuk discussion program. Tanpa restu dan izin mereka, tiadalah keberkatan dalam tiap derap langkah kita. Pada Nisa' yang belum berkahwin, carilah suami yang macam suami saya ni ('MACAM' je ok..jangan cari suami saya pulak!!) =p

Terima kasih, abang!!!


Thursday, June 18, 2009

Cantiknya Purple


Hari ni saya pegi kerja pakai baju purple plain & Tudung bunga2 beige-hijau-purple.
Project-mate saya tegur ketika sama2 naik lif, "Cantik la Kak Nina hari ni...purple..cantik.."
(Sememangnya.... 'purple' memang cantik' hehehe...)

Lalu saya kongsikan pujian comel yang saya terima itu di googlegroup nisa' team...

Ada juga yang nak reply email selingan saya tu..you guys memang sahabat yang sangat sweet..,

Kak Mas : yes go purple go!! tq azreena shared dgn kami

gajah kiki : mmg caanntiik
purple :)


..dan di sinilah lahirnya blog ini <cantiknyapurple.blogspot.com> (",)