Tuesday, January 5, 2010

2009 oh 2009...

Seperti yang saya senaraikan dalam entry Mati adalah rehat sebenar, alhamduliLLAH, setinggi-tinggi puji selayaknya saya selaku hamba yang membawa pikulan dosa ini bersyukur pada Yang Empunya masa atas kemurahanNYA memberikan saya secukup waktu untuk melunaskan segala perancangan yang tersenarai sepanjang November & Disember lepas. Dari hal peribadi, kerja, hinggalah aktiviti sosial saya yang dirancang, boleh dikatakan saya telahpun melalui kesemuanya dengan rasa gembira, walaupun ada masanya saya agak tertekan dengan work load yang luar dari kebiasaan, hinggakan sewaktu muazzin melantunkan azan Maghrib, saya masih lagi di atas jalan raya memandu ke rumah yang hanya sejauh 7 km dari tempat kerja!

Langkawi, Anniversary & Movie critic 'Syurga Cinta'

Sangat banyak perkara yang hendak diceritakan sepanjang November & Disember yang lalu..di awal-awal November, saya berkesempatan ke Langkawi. Idea percutian ni dapat juga saya penuhi dalam kesibukan mengejar labwork utk presentation di persidangan ICONT'09. Abang ipar saya dihantar ke Tasmania untuk berkursus selama seminggu. Jadi kakak saya & 2 org anak2nya beserta ibu saya mengambil keputusan untuk ke utara daripada bersendirian menjaga anak-anaknya yang 2 org itu di rumah. Dan saya & suami pun turut serta. Kami berjalan-jalan di sekitar Langkawi dan kemudian Pulau Pinang.

Bersama anak buah & 'the rabbits' di stesyen kereta kabel Langkawi @ kaki Gunung Mat Cincang

Dan dalam kesibukan kerja di makmal & pelbagai program sepanjang cuti sekolah, berjaya juga saya mencuri masa pada malam anniversary saya & suami yang ke-2 (ponteng usrah gabungan NISA'-HAWA PAKSI-APP !). Sekadar makan malam ringkas di restoran kegemaran suami saya, Chef Det Bistro. Itupun setelah saya terpaksa menghadiri meeting Kem Super Syabab pada malam hari jadi saya, pada malam sebelumnya. Suami saya dengan menu kegemarannya di situ, sizzling chicken chop with herbs sauce & saya pula dengan menu sizzling chicken chop with garlic sauce. mm..sodap....

Apa agaknya yang saya tulis dalam kad tu sampai meleret senyum cik abang? Hehe..

Happy anniversary !

Menjelang akhir November, bergegas pula melaksanakan program untuk adik-adik Nisa' yang telah lama ditinggalkan. AlhamduliLLAH, program Nisa' Movie Critic: 'Syurga Cinta' ini bukan sahaja dapat mengumpulkan adik-adik Nisa' dan AJK Nisa' yang lama, malah diserikan lagi dengan kehadiran AJK2 Nisa' baru yang masih fresh. Ada yang baru balik Malaysia, ada yang hanya memerhati dari jauh selama ini, ada yang baru mula bekerja dll... Terima kasih semua kerana sudi menyemarakkan lagi Team NISA' Padang Serai !

Cool !

Dek kerana hambatan kerja yang sangat kritikal sepanjang hujung tahun ini, saya juga terpaksa melepaskan beberapa program anjuran NISA' Kedah. Perkampungan Nisa' Kedah @ Gunung Jerai & Himpunan Nisa' Kedah bersama Nisa' Malaysia juga tidak dapat saya sertai kerana komitmen terhadap kerja. Apapun, saya bahagia kerana sudah ada Nisa'-Nisa' baru dalam Team kami yang dapat mewakili kami yang terikat dengan kerja.

Kem Super Syabab & ICONT'09

Dalam Kem Super Syabab (KSS), saya dan 2 orang lagi sahabat dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan modul sepanjang 2 hari program di Hutan Lipur Ulu Paip. Saya telah mencedok modul 'Sense of Death' yang saya lalui semasa Program Manejemen Qolbu Nisa' Malaysia di Kalumpang, Selangor pada tahun 2008. Saya rasakan modul ini cukup membawa kesan pada hati saya yang penuh dengan bintik-bintik hitam dan perlu saya kongsikan bersama sahabat-sahabat Team APP dan adik-adik peserta KSS. Walaubagaimanapun, modul tersebut telah saya olah daripada kematian diri sendiri kepada kematian ibu bapa bersesuaian dengan remaja. AlhamduliLLAH, ianya menerima respon & kesan yang positif. & Sebenarnya emosi saya sendiri juga terusik ketika mengendalikan suara latar bagi modul ini. Ketika video proses ibu melahirkan, kayu nisan disusun di hadapan adik peserta & lilin dinyalakan, jiwa saya turut bergetar !

(Buat yang kurang familiar dengan Manajemen Qolbu, bolehlah menonton rancangan Rawatlah Hati Bangunlah Insan - Aa Gym di Astro Oasis.)


Dan sejak program KSS ini, kata-kata Kak Mas ex-Pengarah Nisa' Malaysia 2005-2009 sering bermain-main di ingatan saya. Kak Mas kata,"walau sekecil mana program kita sekalipun, tapi kalau selepas program tu ukhwah AJK jadi mantop, maka ia adalah sebuah program yang BERJAYA. Tapi sehebat & segah mana sekalipun program, jika selepas itu ukhwah AJK jadi carca marba, penuh rasa tak puas hati sesama sendiri dll, maka program itu sebenarnya GAGAL. walau sehebat manapun org melihat program tu..." dan jika program KSS ini dinilai atas neraca ukhwah, maka boleh saya katakan program Kem Super Syabab telahpun BERJAYA.

Me and our beloved & adorable Kak Mas
(Gambar tahun 2007)

Seusai KSS, seawal 5:30 pagi keesokannya saya telahpun dijemput untuk ke airport, melangkah pula keluar rumah, kali ini 4 hari saya keluar berkelana, sekali lagi ke Langkawi untuk menghadiri persidangan antarabangsa teknologi nano (ICONT'09) dan pembentangan poster research saya berkenaan nano drug delivery. Pulang dari Langkawi, percutian bersama keluarga mertua pula ke Teluk Batik & Pulau Pangkor. Puas berendam di pantai & kesan sunburn masih belum hilang sampai sekarang!

Panorama indah dari tingkat 12 City Bayview Hotel, Langkawi. Setiap petang, dari jendela bilik inilah saya menikmati keindahan matahari terbenam ciptanNYA yang sungguh mengasyikkan. Cantik !

Di penghujung Disember, saya berpindah ke Kepala Batas, mengikut suami yang ditempatkan di salah sebuah sekolah berasrama penuh di sana. Dan bermulalah perjalanan sejauh 28 km sehala setiap pagi untuk ke tempat kerja bermula 4 Januari 2010. he...

Dan 2010 telahpun menjelma...banyak lagi yang saya lihat berada di hadapan saya...doakan sukses NISA' KEDAH untuk Program Cegah Jenayah bersama Sdra Kamal Affandi yang dijadualkan pada 27 Februari 2010. Jangan lupa bagi sokongan & sponsor ! (",)

Kenangan 2007 : Team Nisa' Padang Serai & Sdra Kamal Affandi @ Auditorium Amrec, SIRIM

No comments:

Post a Comment