Wednesday, January 20, 2010

Baca buku Vs. Beli buku

Tak lama sebelum ni, saya baru mengenalpasti habit manusia dalam hal minat buku ni. Saya baru sedar saya tak keseorangan. Ada juga sahabat-sahabat yang punya minat atau habit yang sama dengan saya. Beli buku,tapi belum tentu tahun bila boleh habis. Saya ada novel A Mighty Collision of Two Worlds pasal seorg muslim yg berkahwin dgn english man masa study, kemudian bercerai & berlaku episod 'culik-menculik' anak dari satu negara islam ke negara org putih. Saya beli masa undergrad sekitar tahun 2002 & masih belum tahu apakah kesudahan novel tu sampai hari ni! =p

Dan setelah sekian lama tak membeli buku,akhirnya saya beli buku menjelang Januari baru-baru ni. Buku2 ni dah lama keluar di pasaran,zaman fenomenanya pun mungkin dah habis. Tapi baru tergerak hati nak baca. Diharap buku2 ni sudi jadi penenang tatkala menyiapkan thesis master yang diazamkan untuk siap awal tahun 2010 ni..


  1. Ketika Cinta Bertasbih (ver. 2 in 1-hardcover) p/s:perlu bgtau ke hardcover? =p
  2. Bidadari Dari Timur (dah habis baca..emosi saya terusik bila baca memoir Datin Tuan Sabariah ni..huhu..mampukah aku menjadi isteri yg baik?)
  3. Lasykar Pelang - hadiah utk suami sempena mula posting (sebenarnya sendiri mau baca.he..)
Sejak kahwin, memang jarang beli buku. Tak tau la apa masalahnye. Seingatnya tahun 2008, adala beli koleksi buku 2 TG semasa di Ipoh..

Kemudian kali terakhir,Ogos tahun lepas..beli buku Dr John Gray yang dah lama diidamkan tapi tak beli2 sebab macam mahal (kedekut betul!!) masa tunggu flight balik penang,ada sale buku kt klia. Ada twin pack yg jauh lebih murah dari beli loose.so,apa lagi...
  1. Men are from Mars, Women are from Venus (dah baca sikit.alangkah bagusnya kalau John Gray ni muslim. statistik perceraian di Malaysia pun dijuarai oleh melayu islam kita!)
  2. Why Mars & Venus collide (belum start baca langsung! =p)
Ketika Cinta Bertasbih

Seperti yang saya sebut kat atas, mungkin saya boleh dikira sebagai tertinggal keretapi bagi peminat hasil karya Kang Abik atau Habiburrahman Al-Shirazy. Sekarang saya dah sampai part Anna & Furqan bercerai. Walaupun saya tak suka Anna berkahwin dengan Furqan, tapi saya tetap sedih.huhu...

Banyak perkara yang saya belajar dari novel Kang Abik kali ini. Terutamanya peringatan untuk menjadi isteri yang baik seperti yang saya impikan sewaktu saya masih bujang dulu. Bersopan santun dengan suami, lemah lembut dengannya, macam gadis pingitan kampung=) dan kalau boleh, ingin saya putar semula 2 tahun yang telah berlalu ini ke hari pernikahan kami agar saya dapat menjadi 'saya yang saya impikan'. hehe..

Kalau dulu Ayat-ayat Cinta banyak memberi panduan ketika pening untuk membuat keputusan penerimaan lamaran, kini Kang Abik kembali untuk memberi tazkirah pada saya akan ciri-ciri isteri yang baik, selepas 2 tahun saya bergelar isteri....

*Hari ini genap usia perkahwinan kami 2 tahun, 2 bulan, 2 hari & kami masih lagi ber-2*
very nice!

No comments:

Post a Comment