Thursday, October 21, 2010

Paris yang indah, Sheffield yang sejuk & M'sia yang dirindui

Patutla sejuk semacam sampai rasa cam nak nangis tadi. It's 3 degree celcius outside but the weather forecast tells that it feels like 1 degree celcius. Baiklah, saya akan balik Malaysia minggu depan. Babai kesejukan!
Begitu catatan saya pada status di FB pada malam ini. Pergi membeli barang untuk dibawa pulang ke Malaysia di Junction 32 seharian tanpa membawa mafla & tersilap bawa glove adalah pengalaman yang amat 'membekukan'. Apatah lagi bila sampai di rumah, housemate beritahu temperature malam ni dah drop sampai 3 degree celcius.Patutlah saya rasa tak tahan sangat di Leeds tadi. Macam nak menangis! Bila check online weather forecast, jawapannya;

Current temperature: 3 degree celcius
Feels like: -1 degree celcius

A...?biar betul!! Takde snow macam kat peti ais mak pun? ngee.. (dah nak kebekuan kat luar tadi pun tak sedar diri lagi?)

OK..OK..saya refresh & hasilnya;

Current temperature: 3 degree celcius
Feels like: 1 degree celcius

Baiklah, itu lebih reliable.. Tetapi cukup sejuk bagi saya yang datang pada waktu summer dan merasai kesejukan suhu hampir tahap beku buat pertama kalinya.

Refresh pada jam 2215;

Current temperature: 4 degree celcius
Feels like: 0 degree celcius
Terus jenguk ke luar tingkap. "Hmm..takde snow pun.." begitulah monolog si jakun di bumi Sheffield :)

Biarkan dahulu kisah Sheffield yang sejuk kerana minggu depan saya akan pulang ke Malaysia :) Kini, perasaan rindu semakin meluap-luap pada semua yang ada di Malaysia..

Aku & Paris

AlhamduliLLAH, minggu lepas, saya memegang watak sebagai Kak Nina =D bersama empat pelakon tambahan lain; Qilot, Didi, Eica & Azah telah dalam bahasa yang sopan bermusafir atau bahasa yang agak hungga-hungga berjimba ke Paris. Rasanya seperti mimpi menjejakkan kaki ke Paris lebih-lebih lagi ke Disneyland Paris & Eiffel Tower. Tak terbayangkan. Tapi saya akur dengan rezeki & kesempatan yang ALLAH berikan kepada saya dalam kembara singkat mencari ilmu ini. Terima Kasih ya ALLAH! I LOVE YOU!

Semasa kecil, saya ada rakan imaginasi. Nak tahu siapa rakan imaginasi saya tu? Beliau adalah Cik Alice..ala...Alice.. tak kenal? Alice la...
Alice in wonderland!!! *^_^*v

Selain tu, saya ada majalah kegemaran. Majalah yang Kak Yong saya beli. Majalah apa, entah! Dalam majalah tu ada gambar seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Inggeris seusia saya ketika itu berpakaian gaun putih sedang menaiki kereta kuda. Dan satu lagi gambar, menaiki 'marry go around'. Tak sudah-sudah saya membelek gambar tu. Merenung sedalam-dalamnya dengan ketulusan hati seorang kanak-kanak yang amat suci...berangan & berimaginasi yang saya juga dapat menaikinya...

Dan selepas lebih 20 tahun, saya terharu kerana ALLAH telah menyempurnakan angan-angan saya. Impian saya tertunai. MasyaALLAH. Saya sangat enjoy pengalaman menikmati 'alam imaginasi' yang tak tertunai suatu masa dulu. Rupa-rupanya ALLAH tak lupa pada angan-angan saya tu. ALLAH sangat 'sweet' kan? Saya rasa sangat terharu... T_T

Allah tak beri saya X yang baru saya minta tak sampai 3 tahun, tapi ALLAH beri saya Y yang saya minta 20 tahun lalu, sesuatu yang saya sudah hampir terlupa! MasyaALLAH! AlhamduliLLAH!

Sampai sini dulu catatan sharing moment saya kepada yang sudi menjenguk blog saya.

Maaf, hari ini cerita tanpa gambar kerana;

Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.


Gambar kemudian ye... :)

4 comments:

  1. semoga satu hari nanti permintaan X anda juga akan tertunai.. bila sampai masanya nnt.. insyaAllah.. Dia lebih tahu... (^_____^)

    3deg??? ish3... sejukkkkkknyeeee nina.. ish3...

    ReplyDelete
  2. kak nina, seronok bangat kamu ya..saya sangat jeles..kamu beli apa untuk saya??? nak snow boleh???

    ReplyDelete
  3. Cik Sarah yang baik =) Makasih ya atas doanya...ameen -_-

    Tikus merah jambu =) dayah nanti duduk bawah mesin air batu mamak jual cendol kat kulim ye ^_^

    ReplyDelete
  4. wah, dah jejak kaki ke Paris.. jelesnya dakuuuuu! ;p

    ReplyDelete