Sunday, September 26, 2010

My favourite celebrity chef's recipe *^_^*

Celebrity chef di pagi Raya 1431h

Seperti yg saya katakan dalam entry sebelum ini, ini adalah kali pertama saya memasak kuah kacang =) Pagi sehari sebelum raya baru saya terkedek-kedek menyekype (Skype!) mak saya, mintak resepi. Hehe... Mak saya memang chef kat kampung. Masa zaman 'sinoman' dulu, Mak sayalah orang yang paling sibuk jadi consultant kalau ada kenduri kawin/berkhatan/dll kat area rumah saya. Sebenarnya bukan makanan melayu je Mak saya boleh masak. Dulu masa saya sekolah rendah, Mak saya pernah berjauhan sekejap dari kami sebab pergi Kursus Masakan Antarabangsa tau. Anjuran Kementerian Pertanian masa tu kalau tak silap.

nina nak resipi kuah kacang mak u, tengok2 kat blog sedap. hehe. sebab setiap kali ku cuba resipi , alhamdulillah menjadi.jauh mintak resipi ni! ~ message FB Nadiah


Sebenarnya dulu Puan Nadiah aka Nona pernah cuba resepi Moist Choc Cake yang saya belajar dari mak saya tu. Dia mula berkenalan dengan kek tu masa dia & suaminye keje kat Kulim dulu. Ala...kek yang saya bagi nama Dangerous Choc Lava Cake tu... *wink* Atas permintaan beliau, saya siarkan resepi kuah kacang mak saya di sini supaya dapat dikongsi dengan lebih ramai nisa'-nisa' di luar sane =)



Bahan-bahan:

1 kilo kacang tanah
2 batang serai (titik)
1-2 'iros' ;-) cili giling (ikut selera pedas masing-masing)
**2 labu bawang putih
**5 biji bawang besar
**lengkuas (anggaran sebesar ibu jari)
1/2 cawan udang kering (tumbuk ~sampai udang pengsan.haha..)
1 kotak kecik santan
asam jawa (anggaran sebesar bola ping pong)
1++ cawan gula
garam

Cara-caranya:

1. Goreng kacang tanah dengan minyak, mesin dengan air & ketepikan
2. Panaskan minyak, goreng serai sebentar & masukkan bahan-bahan bertanda ** yang dikisar bersama. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan cili giling dan tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan kacang tanah, udang kering dan santan.
5. Masak dengan api sederhana/kecil sehingga kuah pekat dan kacang masak.
6. Masukkan air asam jawa, dan perasakan dengan gula dan garam.
7. Selamat hari raya ;-)

Comelkan, sukatan yang mak saya bagi..? Iros la..bola ping pong la... hehe..macamtula cara orang lama memasak...main agak-agak je... Rasanya kalau internet & blog dah ada sejak dulu lagi, mesti Mak saya ni lebih glam lagi dari kak hanieliza & CMG.ooppsss..!! hampun ye =D

OK, sedikit makluman & tips untuk resepi di atas;


~ 'IROS' ni sebenarnya senduk..ala..senduk bulat yang kita selalu guna untuk cedok sup tu..
~ Sukatan ni adalah untuk 1 kilo kacang which is sangat banyak...sukatan ni budget untuk munjung atau open house la... Untuk percubaan pertama hari tu, saya masak 1/2 kilo je. (Sebab saya dah hangitkan gorengan kacang 1/2 kilo yang pertama. KANTOI! ~hahaha...mari gelakkan saye beramai2) T_T
~ Cara memastikan kacang sudah masak/belum, keluarkan sebutir kacang dan picit dengan jari. Kalau lembut/mudah hancur, maksudnya sudah masak. Kalau masih keras, teruskan usaha ye =)
~Kuah kacang juga boleh dimasak menggunakan rice cooker. Kuah tidak perlu dikacau selalu untuk mengelakkan hangit & kuah akan pekat elok.
~Bagi yang memasak menggunakan api, sila jangan tidor semasa memasak. Lelap 10 minit bakal membawa padah. Kacau selalu kuah kacang & harap bersabar kerana proses mendapatkan kacang yang empuk (benar-benar masak) mengambil masa yang agak lama. Nak makan sedap tak? OK,sila patuh pada arahan.

Sebenarnya bila saya dok kat UK ni baru saya tau,rupa-rupanya ada kuah kacang versi simple yang bahan-bahannye cuma kacang, cili giling & santan je. Huhu..biar betul. Saya pun macam tak percaya. Sedap ke..?!!

So, this is my mum's secret recipe. The secret is now revealed!

Siapa yang dah try, nanti bagi testimonial, post comment kat bawah ni ye.

Selamat mencoba (^_^)v


Monday, September 13, 2010

Si Baldu Merah....

Assalamu'alaikum semua...

Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung blog cantiknyapurple... Semoga kita semua tetap menjaga adab beraya dalam kegirangan kita meraikan hari di mana seluruh ahli keluarga & sahabat handai berkumpul... Dalam kesibukan urusan seharian, sesungguhnya Hari Raya adalah hari yang ditunggu-tunggu. Selain meraikan kemenangan Ramadhan, Aidilfitri jugalah masanya kita semua dapat berkumpul dengan penuh rasa syahdu...

Mak dah lama ajar pasal 'Ukhwah' !

AlhamduliLLAH, raya di Sheffield boleh dikatakan meriah walaupun tak mungkin akan sama dengan sambutan di kampung halaman sendiri bersama suami, ibu, adik beradik, anak-anak buah yang dirindui dan ipar-duai. Apapun, di sini saya belajar tentang ukhwah (atau dalam kata lain, baru 'sedar' tentang ukhwah).






Seingat saya, dulu bila hari raya, tetamu datang, kami sibuk tercongok depan TV ~atau~ 'menyorok' dalam bilik, mak mesti marah. Mak kata, " keluar salam dayoh (tetamu). Sedhulur (sedara) tu. Nanti tak kenal sedhulur". ~color merah sebab skrip nada marah =p Kami dalam keadaan paksarela pun keluarlah terkedek-kedek ke ruang tamu, salam dengan sedara-mara tu lepas tu cabut masuk bilik/tenggek depan TV balik tengok movie melayu.

Di sini, di Sheffield UK, saya cukup sukar untuk kenal satu-persatu nama kakak-kakak postgraduate/isteri postgraduate student yang Melayu. Walaupun dah banyak kali berjumpa sepanjang sebulan setengah saya kat sini, saya masih tak dapat ingat nama sorang-sorang... Cam muka, tapi tak ingat nama.. Dok panggil 'AKAK' je... (cover line) (^_^)v Tapi alhamduliLLAH, dengan izin-NYA, dengan hikmah Aidilfitri, sekarang saya dah dapat ingat Kak Zu Abg Uzir, Kak Yati, Kak Yas, Kak Aida, Kak Saina, Kak Zuzaini, Kak Juju, dan ramai lagi =) Semua ni terjadi bila saya ziarah ke openhouse kat rumah diorang. It took about 11 openhouses for me to remember their names! Kena upah makan baru bleh ingat nama. ngeee.... =p

Saya jadi teringat pada skrip standard mak, "
keluar salam dayoh . Sedhulur tu. Nanti tak kenal sedhulur"

Rupa-rupanya mak dah lama ajar kami tentang ukhwah. Sememangnya, dengan berkat ziarah-menziarahi sempena Hari Raya, kita dapat kenal saudara yang kita tak pernah kenal selama ni. Tetapi bukanlah mak ajar dengan menggunakan bahasa teknikal; 'ukhwah', tapi dengan cara orang dulu-dulu...cara yang tidak pernah didokumentasikan =)

The red velvet

Asalnya memang malas & takde mood langsung nak baking kek atau kuih raya. Tak sangka pulak kalau dah minat tu, boleh menggigil2 lak kalau tak baking sempena raya (hahaha...tak la menggigil,saje je tokok tambah cerita =p) Akhirnya, saya decide utk buat Red Velvet Cake. Sempena hari jadi adik rumah ni, Alina & sebagai buah tangan ke openhouse Salsabila...


Ini adalah kali ke-2 saya baking sejak 1 bulan setengah berada di UK. Kali pertama dulu saya buat Devil's Fod Chocolate Cake masa bulan puasa, utk birthday Eica. Resepi Si Baldu Merah kali ini saya dapat dari joyofbaking.com ,


Red Velvet Cake

Bahan-bahan (petua asas baking : semua ingredients mesti berada dalam suhu bilik. Means, kena keluarkan awal2 dari fridge)

2 1/2 cwn tepung gandum**
1/2 s/k garam (kisar kering)**
2 s/b dutch-processed cocoa/serbuk koko biasa** ~saya guna cocoa powder biasa je,sbb tu color merah dia kurang dramatic *^_^*

1/2 cwn (113 gram) butter
1 1/2 cwn caster sugar
2 biji telur (saiz L)
1 s/k vanilla
1 cwn buttermilk (1 cwn susu segar + 1 s/b lemon juice/cuka; prepare ~ 10mins sebelum campur dalam adunan)
1 s/b pewarna merah (liquid)

1 s/k cuka
1 s/k soda bicarbonate (bukan baking powder!!)

Cream cheese frosting ~saya buat separuh je (pukul everything & adjust sendiri utk thickness yg dikehendaki ~ add gula klu nak kental,add cream utk cairkan, pastu add kat FB..haha..=p)

227 gram cream cheese (agak2)
227 gram mascarpone cheese (mascarpone cheese kat M'sia sangat mahal tebaboo!! so,boleh ganti dgn cream cheese.just double up the cream cheese)
1 s/k vanilla
1 cwn icing sugar (diayak)
1 1/2 cawan heavy whipping cream (saya belasah je guna fresh double cream)


Cara-cara

1. Ayak bahan kering bertanda ** & ketepikan.
2. Pukul butter hingga lembut, masukkan gula, pukul lagi hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
3. Campurkan pewarna merah ke dalam buttermilk.
4. Masukkan campuran tepung berselangseli dengan buttermilk merah sedikit demi sedikit & kaup balik. (Mulakan dengan campuran tepung, dan akhiri juga dengan tepung.)
5. Campurkan cuka dengan soda bicarb, biarkan sehingga ia berhenti fizzing & dengan segera, masukkan ke dalam adunan, kacau rata, tuang ke dalam acuan (resepi asal guna loyang 9", saya guna springform 10.5" =D) , ratakan dengan sudu & dengan segera, masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 30 minit atau sehingga masak.

Alternating red buttermilk and flour mixture


The red velvet batter


Saje tayang springform baru beli kat Designer Outlet, York bulan puasa hari tu. Agagaga.. *dush*
Pengalaman manis baking pakai springform. Sakel!!! =p


RV & cream cheese frosting being sanwiched

Kalau tengok resepi2 kat joy of baking ni, memang rasa cam nak berhenti kerja researcher & jadi full time home based baker je. Hehehe...GERRAM sangat dengan collection resepi kat situ. Tapi ilmu tak cukup di dada..alat-alat pun tak banyak.. Senior2 sifu2 homemade cake kat Kulim pun sangat ramai, means that boleh tahan la saingannya.. Dengan itu, saya batalkan aje niat nak berenti kerja tu.. Hehe.. & teruskan ajelah sebagai part-timer home based baker...stay with my experiment works in the lab & in my little kitchen as well!! =) Kepada yang banyak bertanya di banglo Salsabila semalam, boleh kunjungi kedai kek maya saya kat ..:: Cherita Kek & Chawan ::.. ~iklan ini tidak berbayar~ *wink*

Akhirulqalam, saya tinggalkan anda dengan gambar kuah kacang resepi mak saya yang mabeles. Kuah kacang ini adalah yang pertama kali saya buat seumur hidup ;-) Proud of it & of you, Mak!!

Wednesday, September 8, 2010

Pepohon Cinta Ke-7 hingga Ke-11 : Tuailah Apa Yang Ditanam. Nikmatinya!

Ihsan rushmooradt (blogspot) via google

Sambungan dari Pepohon Cinta Ke-2 Hingga Ke-6

POHON KE-7:TARAWIKH


RasuluLLAH SAW menghabiskan 1 juz Al-Quran dalam bacaan surah utk 1 rakaat & Baginda ruku' selama mana Baginda membaca surah. MASYAALLAH!! Kita..?Solat Tarawikh tak miss pakai cincin! Senangg nak kira dah rakaat berapa! Malunye /(-_-)\


POHON KE-8:KEJAR LAILATULQADR

Kini tinggal trimester akhir.Kejar mlm yg lebih baik dr 1000bln sbb kita belum tentu hidup 83 thn.Kalau ya pun,tolak tidur,tolak shopping,FB,ngumpat,gossip,maksiat,tinggal berap hari yg solid kita hambakan diri pd ALLAH?



POHON KE-9:QIAMULLAIL

Banyaknya dosa.Byk pula nikmat&wishlist yg ditunaikanNYA.Byk juga 'silver lining' slps ujian.Jom,say sorry&thanks pd DIA yg x pen
ah lupakan kita &MENANGISLAH! Bestnye klu dpt terus qiamullail spt agenda wajib slps Ramadhan tamat nanti.




POHON KE-10:I'TIKAF

Yok...yok...ada dua malam lagi peluang kita ada. Jangan beraya lagi! Anak bulan belum muncul. Anggap saja ini Ramadhan terkahir buat kita & kita akan mati pada malam Raya pertama!



POHON KE-11:ZAKAT FITRAH

Jangan lupa yang ini ya...Dalam rezeki kita ada tersisip milik orang lain. Ayuhlah kita kembalikan pada yang berhak. Semoga rezeki kita lebih diberkati. Sentiasa cukup dengan apa yang ada. Di samping menggembirakan mereka yang belum tentu ada beras untuk diisi di dalam sarung ketupat!


**********

Kini masanya untuk kita menuai apa yang telah ditanam sepanjang sebulan ini... Semoga hasilnya nanti dapat 'dijual' di akhirat sebagai tiket untuk memasuki pintu syurga & melepasi kawah neraka. Semoga amalan yang telah disemai sepanjang Ramadhan terus subur menjadi amalan sepanjang 11 bulan yang mendatang sehinggalah bertemu Ramadhan 1432H, seandainya nyawa kita sepanjang itu.

Sambutlah Syawal dengan kegembiraan sebagai ibadah. Dan sesungguhnya ibadah itu tidak pernah disatukan dengan maksiat. Selamat bergembira!