Thursday, October 21, 2010

Paris yang indah, Sheffield yang sejuk & M'sia yang dirindui

Patutla sejuk semacam sampai rasa cam nak nangis tadi. It's 3 degree celcius outside but the weather forecast tells that it feels like 1 degree celcius. Baiklah, saya akan balik Malaysia minggu depan. Babai kesejukan!
Begitu catatan saya pada status di FB pada malam ini. Pergi membeli barang untuk dibawa pulang ke Malaysia di Junction 32 seharian tanpa membawa mafla & tersilap bawa glove adalah pengalaman yang amat 'membekukan'. Apatah lagi bila sampai di rumah, housemate beritahu temperature malam ni dah drop sampai 3 degree celcius.Patutlah saya rasa tak tahan sangat di Leeds tadi. Macam nak menangis! Bila check online weather forecast, jawapannya;

Current temperature: 3 degree celcius
Feels like: -1 degree celcius

A...?biar betul!! Takde snow macam kat peti ais mak pun? ngee.. (dah nak kebekuan kat luar tadi pun tak sedar diri lagi?)

OK..OK..saya refresh & hasilnya;

Current temperature: 3 degree celcius
Feels like: 1 degree celcius

Baiklah, itu lebih reliable.. Tetapi cukup sejuk bagi saya yang datang pada waktu summer dan merasai kesejukan suhu hampir tahap beku buat pertama kalinya.

Refresh pada jam 2215;

Current temperature: 4 degree celcius
Feels like: 0 degree celcius
Terus jenguk ke luar tingkap. "Hmm..takde snow pun.." begitulah monolog si jakun di bumi Sheffield :)

Biarkan dahulu kisah Sheffield yang sejuk kerana minggu depan saya akan pulang ke Malaysia :) Kini, perasaan rindu semakin meluap-luap pada semua yang ada di Malaysia..

Aku & Paris

AlhamduliLLAH, minggu lepas, saya memegang watak sebagai Kak Nina =D bersama empat pelakon tambahan lain; Qilot, Didi, Eica & Azah telah dalam bahasa yang sopan bermusafir atau bahasa yang agak hungga-hungga berjimba ke Paris. Rasanya seperti mimpi menjejakkan kaki ke Paris lebih-lebih lagi ke Disneyland Paris & Eiffel Tower. Tak terbayangkan. Tapi saya akur dengan rezeki & kesempatan yang ALLAH berikan kepada saya dalam kembara singkat mencari ilmu ini. Terima Kasih ya ALLAH! I LOVE YOU!

Semasa kecil, saya ada rakan imaginasi. Nak tahu siapa rakan imaginasi saya tu? Beliau adalah Cik Alice..ala...Alice.. tak kenal? Alice la...
Alice in wonderland!!! *^_^*v

Selain tu, saya ada majalah kegemaran. Majalah yang Kak Yong saya beli. Majalah apa, entah! Dalam majalah tu ada gambar seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Inggeris seusia saya ketika itu berpakaian gaun putih sedang menaiki kereta kuda. Dan satu lagi gambar, menaiki 'marry go around'. Tak sudah-sudah saya membelek gambar tu. Merenung sedalam-dalamnya dengan ketulusan hati seorang kanak-kanak yang amat suci...berangan & berimaginasi yang saya juga dapat menaikinya...

Dan selepas lebih 20 tahun, saya terharu kerana ALLAH telah menyempurnakan angan-angan saya. Impian saya tertunai. MasyaALLAH. Saya sangat enjoy pengalaman menikmati 'alam imaginasi' yang tak tertunai suatu masa dulu. Rupa-rupanya ALLAH tak lupa pada angan-angan saya tu. ALLAH sangat 'sweet' kan? Saya rasa sangat terharu... T_T

Allah tak beri saya X yang baru saya minta tak sampai 3 tahun, tapi ALLAH beri saya Y yang saya minta 20 tahun lalu, sesuatu yang saya sudah hampir terlupa! MasyaALLAH! AlhamduliLLAH!

Sampai sini dulu catatan sharing moment saya kepada yang sudi menjenguk blog saya.

Maaf, hari ini cerita tanpa gambar kerana;

Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.


Gambar kemudian ye... :)

Sunday, October 10, 2010

Laksa Johor versi Sheffield

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah Yang memberi dan terus memberi meskipun tidak layak untuk dimiliki oleh hambaNYA.

Rumah terbuka Aidilfitri Villa Kauthar (nama rumah tempat saya berteduh di Sheffield) sudah pun seminggu berlalu (Sabtu, 2 Oct 2010) dan Syawal 1431H telahpun melabuhkan sayapnya. Untuk menu penuh rumah terbuka, boleh skodeng di blog adikeica . Dari semua menu yang dihidangkan, alhamduliLLAH, saya berkesempatan menyumbang menu laksa johor, sup tulang, dangerous lava choc cake & red velvet cake.

Tuan rumah yang cool =)


Tetamu yang hot =)


Kisah silamku yang kelam~~~

Pada asalnya, saya bukanlah seorang yang pandai memasak. Nak kata 'boleh memasak' pun tidak!! Saya anak perempuan bongsu dari 6 beradik dengan 3 orang kakak di atas saya. Logik kan, kalau saya tak pandai memasak? Masa Ustazah Aishah datang merisik untuk anak sahabat baiknya (mak mertua saya la sekarang..) lebih 4 tahun lalu, mak saya dah bagitau awal-awal,
"Nina tu tak pandai memasak.Buat apa pun tak tau.Semua kakak2 dia yang buat.."
~begitulah lebih kurang sesedap rasa bunyi ayat yang membuat drop my water face yang sempat saya curi-curi dengar keluar dari mulut mak saya ketika itu. Sungguh tulus & transparent!

Tanpa segan silu, sudi saya kongsikan di sini secara exclusive hidangan2 hampeh yang pernah saya hidangkan pada suami tercinta. Antaranya, karipap pusing terburai (yang ni PALING saya ingat!dahla karipap pusing tu pebret beliau!Daku keciwa sunggoh...), ayam masak lemak cair giler mcm nak buat mandi susu, kari ikan pahit macam racun rumput, nasi goreng masin tahap darah tinggi kronik dan macam-macam lagi. (Kesian laki aku! T_T) Dan sepanjang usia perkahwinan yang bakal mencecah genap 3 tahun 17 November 2010 nanti *^_^*v saya cuba juga belajar memasak dari internet (senarai blog rujukan di sebelah) dan yang pastinya juga dari mak saya, ibu mertua, mak-mak sedara dan yang tak asing lagi, suami saya yang memang dikenali sebagai sifu masak-memasak selama 9 tahun di Cairo. (e'eh..macam kisah Abdullah Khairul Azzam cerita Ketika Cinta Bertasbih pulak ye! hehe...) Dalam banyak sudut, ~s-u-a-m-i~ sayalah yang tak pernah jemu menjadi pendorong untuk saya merasa yakin di dapur dengan segala kelemahan ilmu-ilmu masak yang ada pada diri saya. Bukanlah nak kata saya ni sekarang pro sangat-sangat memasak. Tapi banyak la improvement dari masa silam saya yang kelam itu~~~ Bayangkanlah, masa mula-mula kahwin,nak masak sambal tumis pun tak tau tau! OK, ini ada satu lagi RAHSIA saya nak reveal... [Saya pernah seludup resepi bawak masuk dapur masa memasak kat rumah mertua] ngeee....

Laksa Johor


My Laksa Johor =)

Dan pasal laksa Johor yang saya berhutang resepi dengan akak-akak Sheffield sekalian, saya mula mencuba laksa johor masa usrah dengan member-member Nisa' kat rumah saya raya 2 tahun lepas. Laksa Johor memang makanan favourite saya. Dulu, setiap kali raya, yang saya harapkan utk dapat menikmatinya ialah di rumah Mak Uda saya di Section 9. Bila berpindah ke Kedah, semakin sukar utk saya dapatkan laksa Johor kecuali di Laksa Shack. Jadi, saya tak ada pilihan lain melainkan, belajar masak sendiri!!

So, di sini saya tunaikan janji saya pada akak-akak sekalian (",)v

The whole 15 litres of kuah laksa johor =)


1 kg spaghetti (rebus, toskan & gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat apabila sejuk ~saya guna olive oil)

Bahan kuah


5 tin tuna (saya guna Sainsbury's tuna seperti dalam pic ~ kisar sekali dengan air dalam tin)
1 1/4 cawan serbuk kari (saya guna kari ayam/daging.bancuh dengan sedikit air hingga jadi paste)
2 1/2 tin santan (Renuka)
/1kg santan (Malaysia)
3 sudu besar kerisik

10 keping/secukup rasa asam gelugor
2.5 liter air panas (saya suka masak guna air panas supaya cepat mendidih) *^_^*v
Minyak untuk menumis (saya guna minyak zaitun)


Bahan A
2 batang serai (diketuk)
2 tangkai kulit kayu manis

5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga


Bahan B (dikisar sekali)

3 biji bawang besar

1/2 labu bawang putih

1/2 cawan udang kering (direndam)

1 inci halia

1/2 inci lengkuas
3 sudu besar cili giling

Cara-cara :
1. Goreng sebentar Bahan A, kemudian masukkan Bahan B. Tumis sehingga wangi & tumisan agak kering.

2. Masukkan paste kari, tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan tuna & air yang baru mendidih dan masak sehingga kuah mendidih.

4. Masukkan santan, kerisik & asam. Masak hingga mendidih kemudian perasakan dengan garam.

(Kuah hendaklah dikacau dengan kerap supaya ikan tidak hangit di dasar periuk. Gunakan api sederhana)

5. Laksa johor dihidangkan bersama timun, hirisan halus kacang panjang, taugeh celur, bawag, telur rebus dan sambal belacan (belacan bakar, cili merah, limau & gula).

~Jika anda berada di malaysia, boleh hidangkan dengan bunga kantan & daun kesum yang diracik halus. Bunga kantan & daun kesum juga boleh digunakan di dalam kuah.

Laksa johor original
, spaghetti dihidangkan dalam bentuk simpulan supaya mudah diambil & timun dihiris berbentuk spiral (dihiris bulat, kemudian potong keliling hirisan bermula dari kulit paling luar hingga bertemu biji tanpa putus!). Laksa johor juga dimakan menggunakan tangan dengan kuah yang benar-benar pekat!

(= Selamat mencoba..!! =)