Monday, May 30, 2011
The Sweet Escape
Wednesday, May 11, 2011
Permaisuri
Friday, April 8, 2011
Kenapa aku....??
"Muka Kak Nina nampak sedih la...." "Ha'ah,banyak sangat keje. Biasela I, wanita busy..." (bajet lawak Oh Yeah *ayat cover*)
Orang kata, bila kita sedih, murung.., senyum kita nampak tawar. Gelak kita kedengaran palsu. Orang yang rapat dengan kita akan dapat lihat itu.
"Kenapa aku...??"
Anda pernah diuji? Ujian yang tidak kena pada orang di sekeliling anda... Saudara mara... Rakan-rakan.... Ataupun orang yang nyata tak ikut perintah ALLAH... Tapi ujian itu ALLAH timpakan pada anda.
"Kenapa aku...??" (kadang-kadang ada tanda seruan di hujung)
"Apa salah aku...?"
Teringat scene Fahri di dalam penjara.
ALLAH sedang berbicara kepadamu tentang SABAR & IKHLAS.
Istighfar!! ALLAH sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong. Ingat siapa diri kamu!
Tapi...
..
.buat kesekian kalinya......
..
."Kenapa aku.....???"
Oh, sukarnya menjadi SABAR dan IKHLAS )T_T(Credit : Hari ini gambar google saja.
Thursday, March 24, 2011
Cinta Untuk Nabila
Hari ni cuma nak tampal poster baru kat notice board balai raya kampung pisang...

Ingat tak lagu 'Cinta Untuk Nabila'... ala..lagu masa kita sekolah rendah dulu..meh saya nyanyi sikit... "cinta untuk Nabila...aku cintakan sepanjang hidupku ini...hanya kerna kau ratu laksana di singgahsana.." haha..kenapa rasa macam dah campur dengan lirik lagu exist pulak ni? ^_^
Ha...insyaALLAH...Sabtu ni sama2 remaja-remaji Kulim dengar ceramah penampilan istimewa ex-vocalist lagu hits 'Cinta Untuk Nabila' tu (Ustaz Radzi). Ustaz Radzi ex-Melissa ni sekarang aktif dengan aktiviti dakwah & mengikut sumber internet, beliau juga bertugas di Masjid Zahir Alor Setar.
So Sabtu ni ramai-ramai kita datang, dengar Ustaz share pengalaman dia...dari Kelab Malam ke Pentas Dakwah.
Thursday, March 10, 2011
Rombongan Cik Kiah ke Stadium Darulaman (^_^)v
Ibu ibu.. Bapak bapak... Siapa yang punya anak (perempuan 15-40 tahun) bilang aku..aku yang sedang cari sama teman-temanku kerna ada tempat duduk yang tak penuh penuh... Pengumuman pengumuman siapa yang punya anak...
Ehem..ehem...hehe..
Jom join Delegasi Nisa' Padang Serai ke Himpunan Belia Kedah sempena....
Details Rombongan Cik Nisa' Padang Serai;Thursday, February 17, 2011
Saya sudi berkongsi kasih....
Sila play video klip ini sambil kemudian teruskan membaca entry ini...)
Do you know, what day is today?
Emm..ya..ya..i know..It's Awal Muharram!
;-)
Bzzzz...!!
Do you know what day is today, brother?
Emm..yesterday is Valentine's Day..today is...arghh..!! I forgot.
Bzzzz...!!
Hello, brother. How are you today?
Oh, I'm fine.
Do you know, what day is today.
Yeah..today is a public holiday. It's Maulidur-Rasul.
(Wow!!)
Bzzzz...!!
Tahu tak hari ni hari ape?
Hari ni hari Selasa.
(*Pang..!!*)
Bzzzz...!!
Today is Prophet Muhammad's birthday. So we have special gifts for you.
???? But I'm a chinese. (confused)
Oh...it's ok. we want to celebrate our prophet's birthday with everybody.
Ha...??!!
So these are flower & chocolate for you. And this is a book about our Prophet; Muhammad.
Oh..thank you..thank you.. (smiling)
Welcome...enjoy your reading...! (smiling too!)
Bzzzz...!!!
Seronok rupanya berkongsi kasih. Berkongsi kasih Muhammad Bin Abdullah dengan semua, tak kira apa agama yang dianuti, apa yang dipercayai, apa warna kulit & apa pakaian yang dikenakan. Rasanya seperti menyambut Hari Raya! Keterujaan...dalam debaran... Kerana benarlah sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang manusia yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Kasih sayangnya ubat untuk seluruh umat manusia. Bukan hanya untuk orang Islam, bukan hanya untuk orang Arab, bukan hanya untuk orang Melayu.

Kad ♥ 'Dia..Muhammad Bin Abdullah; Duta cinta sebenar'& 'Ya Allah, jika aku jatuh cinta...' khusus untuk remaja Muslim
Cabaran Pendakwah Muda
"Susah nak bezakan antara yang muslim & yang non-muslim. Tengok dari segi pakaian, ingatkan non-muslim. Rupanya muslim."
"Ada yang lari bila kita mula nak dekat. Orang dah terlalu takut dengan 'penjual barang yg kononnya nak bagi barang free'. Padahal kita nak bagi hadiah sempena Maulidur-Rasul."
"Mula-mula rasa nervous. Blur. Padahal terlibat dengan English Communication & Leadership skill. Sebab selama ni kita tak boleh sentuh bab agama orang lain."
"Ada yang lepas kita bagi bunga & choc, dia tanya :~Ni nak kena bayar ke?" >.< "Orang lebih ingat Valentine's Day semalam daripada Muhammad's Day hari ini." Apa Yang Kita Dapat Hari Ini, Maulidur Rasul 1432H
Kumpulan Baik-hati =D
Kumpulan Lemah-lembut ^_^
Kumpulan Berbudi-bahasa (^-^)
Kumpulan Sopan-santun (",).
.
.
.
.
.
.
.
.
V
All of us!
"Seronok sangat, 1st time sambut Maulidur Rasul macamni (bagi buku, bunga & chocolate pd orang ramai)"
"Excited semacam. Rasa macam raya pulak"
"Tak ada sapa2 pun antara kita yang pernah run program ni, termasuk Committee Nisa' sendiri. Jadi, hari ni kita semua sama je. Dapat ilmu baru, pengalaman yang betul2 baru. Hari ni hari pertama kita. InsyaALLAH, next time kita boleh perbaiki semua lompang2 yang ada. Itu semua ILMU untuk kita"
"Negara kita berbilang bangsa, berdekad2 hidup bersama, tapi kita ignorance terhadap agama orang lain. Kita tak tahu tentang agama orang & orang pun tak tahu tentang agama kita sampai kita boleh keluarkan statement/fitnah yang mengguris perasaan penganut agama tu."
"Di Malaysia, kita bersikap exclusive.Cthnya, di UK, Persatuan yang organize program untuk isu Palestine adalah terdiri dari student mat saleh, yang bukan Islam. Mereka organize program, dan kami student muslim pulak yang attend program diorang."
"Di UK, kita raikan non-muslim dengan keterbukaan & kasih sayang, bukan hukuman. Terharu tengok video rakaman sahabat, seorg Mat Saleh bersyahadah di hadapan jemaah selepas solat Jumaat. Masjid terbuka untuk non-muslim datang dengar khutbah Jumaat, datang tengok macamana kita solat. Di Malaysia, non-Muslim masuk masjid tak pakai tudung, kita hukum dia. Padahal memang takde tuntutan utk dia pakai tudung pun. Macamana pulak kita boleh claim agama kita agama kasih sayang kalau macamtu."
"Di UK, program Islamic Awareness Week diadakan dalam church..." (Lagi cerita Muslim & Non-Muslim @ UK oleh Sis Elly di sini)
"Hari ni apa yang kita buat ialah tanam benih. Harapan kita semoga ALLAH siram benih yang kita tanam tu dengan hujan hidayah."
"Kalau kita bagi buku je, siapa nak baca. Tapi bila ada iringan bunga & chocolate, ada nilai kasih-sayang Islam di situ. Kita bagi ilmu dengan iringan kasih sayang. Bunga & chocolate ada auranya sendiri, ia mampu sentuh hati manusia."
"Next time, program Maulidur Rasul, ceramah ke, kita jemput non-Muslim. Supaya orang tahu indahnya budi pekerti Nabi Muhammad, Rasul umat Islam dan orang nampak cantiknya kasih-sayang dalam Islam."
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One.......
Friday, February 11, 2011
Say No To St Valentine, Say Yes To Muhammad !
Salam sayang untuk semua pengunjung perasancantiknyaakubilapakaibajupurple.blogspot.com=p
Semoga kita semua berada dalam keadaan excited untuk menyambut hari kelahiran Duta Cinta sebenar, Nabi Muhammad SAW
Masih ingat lagi dengan program KRP:Muallaf Januari lepas? Sesiapa tak ingat sila pegi makan kismis banyak2 sambil klik sini. Jemputan kami dalam program tersebut ialah Bro Kamarudin dari IPSI. Banyak ilmu yang kami dapat. Apa yang Bro. Kamarudin share dengan kami betul2 membawa kami keluar daripada kotak yang berada di luar kotak. Nampak tak..?? Selama ni kita perasan dah keluar kotak, tapi sebenarnya kita keluar kotak kasut, pastu masuk kotak shipping (tiba2!), lepas tu koya beh sambil berkata "Wah, kreatip gile aku"!
2 point utama yang saya dapat share;
- Smile & greet!! ~ Kadang2 kita ni 'sibuk' sangat sampai nak senyum & tanya khabar kawan sebelah pun kita 'lupa' (lupa..? sila makan kismis lagi)
- NGO2 Islam kena support each other ~ apa yang berlaku sekarang? Kita sibuk berebut ahli. Bersaing tak tentu pasal, ntahapehapemacambagusje. kadang2 rasa gelihati. (p/s: terima kasih Bro., sponsor buku untuk kami celebrate Maulidur rasul dgn warga Kulim tahun ni.)
Saya jadi teringat skrip salah satu ceramah yang pernah saya dengar sebelum ni. Di Padang Mahsyar nanti, katakan kita dah nak masuk syurga dah ni. Tiba-tiba kawan kita yang tak sempat bersyahadah masa di dunia dulu stop kita. "Opp..opp..nak masuk syurga ke? Aku ni masuk neraka,tak dapat masuk syurga sebab si hampeh ni la tak pernah bagitau aku pun kalau tak bersyahadah tak boleh masuk Syurga!" Lebih kurang macam tu la. Ha..sentap kan masa tu?
Untuk makluman semua, Bro. Kamarudin ni dulu penganut Kristian Katholik. Dia memeluk Islam pada usia 20 tahun. Dan dari jumlah yang diceritakan masa ceramah tu, IPSI dah berjaya mensyahadahkan saudara baru, saya kira2 secara purata dalam 1 orang setiap 2 bulan!!! Kau ade ke Nina? Lahir2 dah memang ready bernasab keturunan Islam. Umur dah nak masuk 30 tahun next year, sorang pun tak masuk Islam lagi sebab ngko. Partner masa dalam kelas Form 5 dulu pun masuk Islam (alhamduliLLAH!!) bukan sebab kau, tapi sebab sebab dia kawin dengan muslim dari Middle East kat UK.
Rose & Choc di bulan Februari @ Maulidur Rasul
"Kita cuma tanam benih. Biar ALLAH yang siramnya dengan hujan hidayah". Saya jatuh hati dengan quotation itu.
InsyaALLAH, cuti Maulidur Rasul ni kami cuba nak promosikan Islam melalui kasih-sayang Nabi Muhammad SAW, keindahan Ros Merah & kemanisan Chocolate. Projek kami Selasa minggu depan ialah : give-away buku 'Muhammad : The Prophet of Islam' diiringi bunga ros segar & choc. sempena Maulidur Rasul.
Ingat!! Kita bukan nak sambut Valentine's Day.
Sekadar manipulate tarikh yang ditakdirkan jatuh berturut-turut dengan Maulidur Rasul tahun ni. Di saat kita menyedari bahawa meraikan Valentine's Day itu haram di sisi Islam, mengapa kita tak sediakan alternatif. Kerana sesungguhnya Muhammad Bin Abdullah ialah Duta Cinta yang sebenar ~ Dia menyuap makan si Yahudi buta yang saban kali mengutuknya, Dia jugalah yang memberi hadiah kepada musuh yang sedang sakit, Dia mendokong isteri dan melayannya bermain lari-lari, Dia menyayangi kanak-kanak tidak memarahi cucu yang memanjat badannya yang sedang solat... Biar semua sedar tentang itu.
Kita sambut hari lahir pembawa sinar kasih sayang ini dengan cara kita sendiri. Bukan dengan cara mereka. Cinta untuk disebarkan,dipelihara. Bukan untuk dikhianati (dating, holding hands, kissing, sex bagi yg belum berkahwin & lahir bayi luar nikah november nanti!)
Ayuh sertai kami sebarkan cinta!!
Friday, January 21, 2011
Untuk adik2 kesayangan @ Sheffield
Selamat menghadapi exam untuk semua adik2 yang sedang berjuang di University of Sheffield bermula Isnin lepas..
Special dedication untuk adik2 kesayanganku yang senget =p tapi bijak =) ;
All the ~B~E~S~T~ Qlote, Eica, Alina, Timah, Didi, Azah & Eka...
..tapi, thanks atas video yang sangat shuweet ini;
Last but not least, just wanna share some secrets with you..psssttt..bisik-bisik..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V
Monday, January 17, 2011
Yes, I do..!
Adeh..adeh..penatnya..penatnya memvacuum blog,punyala banyak sawang..ish..ish..labah-labah mati pun ade..? *sambil melakukan aksi mengesat peluh di dahi*~budget drama queen..
Ye la..sejak balik Malaysia, main tepek-tepek poster program & video kat blog je ye..dah rupa macam notice board Balairaya Kampung Pisang dah blog saye ni.hmm..itu macam kalu, Kakak Kika, anak buah yang baru masuk darjah 1 tu pun boleh buat. Tak caya, sila tengok ini.........
.
.


Ha..itu anak buah saya. Sinis sungguh bukan,reminder yang ditampal di pintu dapur khusus untuk ibu & abah dia. Ada sapa2 tau 'ice cream cake' apa yang dia nak untuk birthday dia tu? Ye kawan2, itu Baskin Robbins ice-cream cake ye,yang dimaksudkan.. Tak main SR dah sekarang. Confirm ini high maintenance punya budak.
"Macamana Kak Nina boleh yakin Ustaz Najib jodoh Kak Nina?"
Amacam? Ada gaya macam tajuk artikel kat majalah 'Mango' tak tajuk atas ni? Bertempat di sebuah makmal yang melakukan kerja-kerja sintesis drug carrier di utara Semenanjung Malaysia, seorang saintis muda yang baru pulang dari negara 'omputeh' telah disoal oleh rakan sejawatnya dengan soalan seperti di atas ketika sedang main masak-masak di dalam makmal.
Apa dialog watak 'Kak Nina' tu setelah disoal sebegitu?
Sambil memintal2 hujung tudung, pemegang watak 'Kak Nina' iaitu saya, pun menceriterakan kesah-kesah chentanya suatu ketika dulu..bling..bling..bling...(wa..kenapa semua jadi hitam-putih ni?)
OK..OK.. serius..! serius.. !>>> Sekitar akhir tahun 2005, sesuatu yg tak best telah berlaku hingga menyebabkan saya rasa demotivated, merasa inferior terhadap persekitaran saya hingga merasa 'agaknya aku ni memang tak akan kawin kot'...'lantakla..kalau ada jodoh aku kawin,kawin la..kalau tak,berserah ajela..' Saya rasa hidup tawar. Sampai ada 'calon' yg cuba dimatchkan dengan saya pun, saya respond hambar je. Kebetulan, masa tu seorang sahabat yang baik dengan saya telah meminjamkan novel yang pada ketika itu tak glemer langsung, iaitu novel seperti dalam gambar di atas. Tahukan,novel apa tu. Masa tu AAC pun tak jadi fenomena lagi. Ntah2 kawan saya tu org pertama yg bawa masuk novel AAC dari Indonesia ke Malaysia. (Macam zaman purba pulak cerita akak ni!) Masa tu saya tak berapa minat pun nak baca novel tu. Org kata, takde ghairah la nak menelaah AAC tu. Jadi, saya simpan saja novel tu dalam tong isi ikan pekasam dalam rumah sewa saya (Awas : Ini satu pembohongan).
Sampailah sehingga watak 'Mat Najib' muncul dalam hidup saya melalui perantaraan ibunya sendiri & sahabat baik ibunya. Seperti orang lain, mencari jawapan dalam Solat Istikharah tu adalah satu kemestian. Ditakdirkan ALLAH, ketika itu juga saya mula membaca novel AAC yang sudahpun hampir menjadi pekasam di dalam tong ikan tadi. (p/s: Saya baca AAC sambil dengar album Opick-Istighfar..masyuk!)
Dengan kuasa Tuhan Yang Mencipta keyakinan; sesuatu yang tidak dapat dilihat zahirnya, tetapi ia wujud, saya merasakan yang penulis sedang menjawab persoalan-persoalan saya melalui baris-baris ayat dalam AAC beliau.
"Jika menemukan perempuan solehah dan mau menerima diriku seutuhnya dan siap hidup berjuang bersama, dalam suka dan duka, maka aku tidak akan menyia-nyiakan kesempatan untuk menyempurnakan separuh agama."
“Diriku sudah aku wakafkan di jalan Allah. Aku siap hidup dan berjuang di mana saja mendampingi perjuangan suamiku tercinta.”
Menginsafi jalan cerita AAC yang melebihkan perancangan Tuhan daripada perancangan manusia, baru saya sedar, menerima seseorang sebagai suami/isteri sebenarnya adalah sesuatu yang sangat berbeza dengan apa yang kita fikirkan secara teori&idealistiknya. Ianya urusan Tuhan yang sangat misteri. Kita selalu memikirkan bahawa cinta ialah A sedangkan hakikatnya ia adalah B. Dan kita juga selama ini menyangka bahawa kehidupan rumahtangga ialah X, pada hal rupa-rupanya ia adalah Y.
Apa yg saya pelajari ialah; apabila telah datang seorang yang baik, dari keluarga yang baik2, tiada alasan untuk kita menolaknya. Bagi saya, cinta bukan perkara pokok sebelum kahwin. Saya amat yakin yang cinta akan tetap juga hadir selepas berkahwin. (Ye, sebab itu saya suka membebel bila tengok KCB. Tak cintalah, hapelah. Haish!! Nyampah tau..tapi tengok jugak sampai nangis-nangis! ^_^)
Kesimpulannya, serahkanlah pada ALLAH untuk memberikan kita jawapan...jawapan pada persoalan yang kita tak akan mampu untuk menjawabnya tanpa bantuanNYA. Dalam kes saya, saya kira istikharah saya dijawab melalui huruf-huruf dalam novel AAC. WaLLAHUa'lam....
Akhirulkalam...gambar hiasan...complimentary cake untuk anniversary kami yang ke 3, 2 bulan lepas... 17112010...
p/s 1: Hari ini genap 38 bulan usia perkahwinan saya dengan Incik Najib. (Sambil-sambil tolong promote blog orang yang baru nak belajar buat blog, tapi cikgu yang mengajar tu garang macam singa tapi perasan comel macam singa eskrim Paddle Pop)
p/s 2: Tahniah kepada Cik Tikus Merah Jambu (anda tahu siapa anda) yang bertanya soalan di atas ini & telahpun selamat bertunang semalam. Semoga anda telah membuat keputusan yang tepat, Ameen.. Agak terkejut sebenarnya. O..rahsiakan dari Kak Nina ye..Takpe..Esok kita jumpa kat lab.I nak sumbat u dalam deep freezer.












