Friday, February 11, 2011

Say No To St Valentine, Say Yes To Muhammad !

Assalamu'alaikum...

Salam sayang untuk semua pengunjung perasancantiknyaakubilapakaibajupurple.blogspot.com=p
Semoga kita semua berada dalam keadaan excited untuk menyambut hari kelahiran Duta Cinta sebenar, Nabi Muhammad SAW

Masih ingat lagi dengan program KRP:Muallaf Januari lepas? Sesiapa tak ingat sila pegi makan kismis banyak2 sambil klik sini. Jemputan kami dalam program tersebut ialah Bro Kamarudin dari IPSI. Banyak ilmu yang kami dapat. Apa yang Bro. Kamarudin share dengan kami betul2 membawa kami keluar daripada kotak yang berada di luar kotak. Nampak tak..?? Selama ni kita perasan dah keluar kotak, tapi sebenarnya kita keluar kotak kasut, pastu masuk kotak shipping (tiba2!), lepas tu koya beh sambil berkata "Wah, kreatip gile aku"!

2 point utama yang saya dapat share;

  • Smile & greet!! ~ Kadang2 kita ni 'sibuk' sangat sampai nak senyum & tanya khabar kawan sebelah pun kita 'lupa' (lupa..? sila makan kismis lagi)
  • NGO2 Islam kena support each other ~ apa yang berlaku sekarang? Kita sibuk berebut ahli. Bersaing tak tentu pasal, ntahapehapemacambagusje. kadang2 rasa gelihati. (p/s: terima kasih Bro., sponsor buku untuk kami celebrate Maulidur rasul dgn warga Kulim tahun ni.)

Saya jadi teringat skrip salah satu ceramah yang pernah saya dengar sebelum ni. Di Padang Mahsyar nanti, katakan kita dah nak masuk syurga dah ni. Tiba-tiba kawan kita yang tak sempat bersyahadah masa di dunia dulu stop kita. "Opp..opp..nak masuk syurga ke? Aku ni masuk neraka,tak dapat masuk syurga sebab si hampeh ni la tak pernah bagitau aku pun kalau tak bersyahadah tak boleh masuk Syurga!" Lebih kurang macam tu la. Ha..sentap kan masa tu?

Untuk makluman semua, Bro. Kamarudin ni dulu penganut Kristian Katholik. Dia memeluk Islam pada usia 20 tahun. Dan dari jumlah yang diceritakan masa ceramah tu, IPSI dah berjaya mensyahadahkan saudara baru, saya kira2 secara purata dalam 1 orang setiap 2 bulan!!! Kau ade ke Nina? Lahir2 dah memang ready bernasab keturunan Islam. Umur dah nak masuk 30 tahun next year, sorang pun tak masuk Islam lagi sebab ngko. Partner masa dalam kelas Form 5 dulu pun masuk Islam (alhamduliLLAH!!) bukan sebab kau, tapi sebab sebab dia kawin dengan muslim dari Middle East kat UK.


Rose & Choc di bulan Februari @ Maulidur Rasul

"Kita cuma tanam benih. Biar ALLAH yang siramnya dengan hujan hidayah". Saya jatuh hati dengan quotation itu.

InsyaALLAH, cuti Maulidur Rasul ni kami cuba nak promosikan Islam melalui kasih-sayang Nabi Muhammad SAW, keindahan Ros Merah & kemanisan Chocolate. Projek kami Selasa minggu depan ialah : give-away buku 'Muhammad : The Prophet of Islam' diiringi bunga ros segar & choc. sempena Maulidur Rasul.

Ingat!! Kita bukan nak sambut Valentine's Day.

Sekadar manipulate tarikh yang ditakdirkan jatuh berturut-turut dengan Maulidur Rasul tahun ni. Di saat kita menyedari bahawa meraikan Valentine's Day itu haram di sisi Islam, mengapa kita tak sediakan alternatif. Kerana sesungguhnya Muhammad Bin Abdullah ialah Duta Cinta yang sebenar ~ Dia menyuap makan si Yahudi buta yang saban kali mengutuknya, Dia jugalah yang memberi hadiah kepada musuh yang sedang sakit, Dia mendokong isteri dan melayannya bermain lari-lari, Dia menyayangi kanak-kanak tidak memarahi cucu yang memanjat badannya yang sedang solat... Biar semua sedar tentang itu.

Kita sambut hari lahir pembawa sinar kasih sayang ini dengan cara kita sendiri. Bukan dengan cara mereka. Cinta untuk disebarkan,dipelihara. Bukan untuk dikhianati (dating, holding hands, kissing, sex bagi yg belum berkahwin & lahir bayi luar nikah november nanti!)

Ayuh sertai kami sebarkan cinta!!

4 comments:

  1. "Partner masa dalam kelas Form 5 dulu pun masuk Islam"

    alhamdulillah.. err siapa ek?

    ReplyDelete
  2. Poh Lian =)

    Masa wedding aku dia datang dgn husband & anak dia (cute giloss.!!) Korang tak sempat jumpa dia ke?

    ReplyDelete
  3. Nina, memang sentapppp dah nak umur 30tahun, belum pernah bawak saudara baru bersyahadah...

    Apepun, good info Nina! keep updating ;)

    ReplyDelete
  4. Dila..cepat share pengalaman ko pulak. Sure banyak yg boleh di-share, fresh dari bumi Belanda =)

    ReplyDelete