Selasa 5 Jun 2012
Suwon
Sebelum berpisah malam tadi di hadapan pintu masuk Ajou University, kami set temujanji untuk berjumpa pagi ini di depan Skin Food. :) Sementara menunggu Shima 'melepaskan diri' dari lab, suami tiba-tiba menjadi agak obses untuk survey harga smartphone di sebelah kedai Skin Food. Di sinilah bermulanya penggunaan perkataan 얼마예요 (o-ma-ye-yo?) yang bermaksud "Berapa harga?" dalam kamus backpacking Korea kami :D Saya cuma duduk-duduk di bawah pokok Cherry Blossom tiruan di hadapan coffee shop berhampiran sambil menikmati suasana Korea di pagi pertama ini :)
Kebanyakan kedai mula beroperasi jam 10 pagi. Bila Shima sampai, kami terus ke kawasan pasar (tak ingat nama pasar) untuk ke kedai Innisfree (yeayy..!!) Sementara menunggu ahjushi taukey kedai Innisfree siapkan buka kedai, saya beli sedikit buah dan jus sebagai persediaan ketahanan badan terhadap cuaca di Korea (peralihan Spring ke Summer, suhu sekitar 23 darjah celcius dengan matahari terik). Mula-mula Shima cadangkan sejenis buah macam tembikai susu, tetapi saiznya kecil dan berbelang kuning (lupa nak ambil gambar). Tapi harganya agak mahal. Akhirnya saya cuma beli sedikit cherry tomatoes (sebab terpengaruh dengan scene tukang masak petikkan cherry tomato di istana & Lee Seol kata sangat manis~My Princess. hehe..). Masuk kedai Innisfree, baru tahu rupanya Elida & Shima memang kamcing dengan taukeh ni. Sampai taukeh pun ingat nama diorang berdua :) Di sini saya cuma beli keperluan untuk percutian ini (olive body lotion, sunflower water base sunblock dan Shima hadiahkan saya 2 capsule recipe pack. yeay!)
Lakonan semata-mata. Kuih yang comel tetapi tidak dibeli kerana tidak dapat dipastikan kehalalannya.
Ini bukan lakonan. Memang sedang memilih buah tomato ceri :)
Keramahan dan senyuman taukey yang berbaur kecewa kerana dipanggil ahjushi instead of oppa oleh Shima :D
Kemudian kami ke kedai makan. Shima order set bibimbap telur ikan bersama sayur yang banyak & teopokki. Style di Korea, restoran cuma hidangkan air kosong. Kalau nak air manis, silalah ke coffee shop. Sambil makan, kami jeling-jeling meja sebelah. Orang tu makan setalam sayur! Kaedahnya daging yang dihidang berasingan dibalut sendiri di dalam sayur/salad & ngap!
Kesimpulan awal : Patutlah kulit orang Korea cantik. Banyak makan sayur!
Kesimpulan awal : Patutlah kulit orang Korea cantik. Banyak makan sayur!
Ameen...!
Bibimbap selepas digaul dan sedia untuk dinikmati! :D
Teopokki : Rice cake dan sayuran dalam kuah pedas
Lepas makan, kami beli T-Money untuk suami & untuk saya, Shima hadiahkan yang dia punya. Sebab Shima kata dia boleh guna university student card sebagai T-Money. Kami top-up seorang KRW20,000.
Sekarang, masa untuk berpisah dengan Shima. sob..sob.. T_T Dapat jumpa sekejap je. Disebabkan kesuntukan masa dan perlu mengejar bas 12:30 pm ke Gimpo International Airport untuk ke Jeju Island (",)v kami naik teksi instead of berjalan kaki ke stesyen bas Suwon Castle Hotel. Sebenarnya jarak sangat dekat tapi terpaksa kerana masa lebih berharga :) Tambang teksi ialah KRW2,300 untuk 2 km pertama dan bertambah KRW100 setiap 35 saat! Sampai di stesyen bas, berlari beli tiket, naik bas & tepat masa bas pun jalan. Fuhh!!
Tiket bas Suwon-Gimpo Airport
Dalam perjalanan, kami melalui Hwa Seong Fortress. Kalau ikut itinerary yang saya sediakan, sepatutnya pagi ini kami akan melawat kubu sejarah tersebut. Ianya juga merupakan salah satu tapak sejarah UNESCO. Tapi disebabkan kami agak keletihan & itinerary tidaklah begitu realistik dari sudut masa & jarak, jadi kami tak singgahpun ke Hwa Seong Fortress tu.
Dalam perjalanan saya tak tidur dalam bas, walaupun selalunya saya suka tidur dalam kereta/bas/flight :) Sambil tengok pemandangan dan persekitaran Korea yang masih baru bagi saya, saya dan suami mula rasa nak mengunyah. Terus keluarkan cherry tomato & kacang pistachio yang kami beli tadi. Tengah larut dalam kenikmatan cherry tomato yang saaangat manis & saaaangat sedap, ada ahjumma di seberang kerusi suami hulurkan 2 biji limau hallubang yang sangat besar. Bila suami offer pistachio pada dia, dia menolak bersungguh-sungguh dalam bahasa Korea dengan senyuman yang manis (adakah sebenarnya di Korea tak boleh makan/minum dalam bas? Sampai sekarang saya pun tak pasti. hehe)
Cuma sempat snap sebahagian bawah flyover di hadapan Hwa Seong Fortress
Once you pop, you can't stop! :)
Limau Hallubang yang sangat besar & lazat! (cuba bandingkan ratio jari saya dengan ulas limau tu. Besar,kan?) :)
Jeju Island
Sebenarnya keputusan untuk ke Jeju adalah betul-betul last minute decision. Hanya tak sampai 1 minggu sebelum terbang, tiba-tiba saya rasa alangkah ruginya kalau tak ke Jeju, alang-alang dah sampai Korea. Terus saya menyatakan hasrat hati kepada suami,ececeh.. tanya pendapat Elida & Shima sambil survey flight & hotel untuk ke Jeju. Akhirnya saya & suami dapat harga tiket yang agak reasonable RM477/return/2 person. OK lah kan? Itu pun ada hotel bajet yang dah takde kekosongan. :)
Untuk panduan yang ingin ke Jeju, ada beberapa airlines, boleh survey Jeju Air, T'Way, Asiana Airlines, Eastar Jet dll. Boleh check schedule di sini, kemudian search website setiap airline dan bandingkan harga. Untuk kami, kami dapat Jeju Air. Untuk dapatkan harga murah, setiap passenger perlu daftar sebagai ahli Jeju Air sebelum beli tiket (perlu masukkan nombor ahli setiap penumpang).
AlhamduliLLAH dah sampai Jeju. Yeayyy..!!!! *hati berbunga riang, unggas bertebangan. hah*
Sampai di Jeju Airport, kami terus tunggu bas no 500 untuk ke Trick Art Museum. Semua rujukan dah saya sertakan dalam itinerary yang umpama talian hayat kami sepanjang di sana :) Di samping blog-blog Malaysian yang pernah ke Korea (terutamanya blog budget travel to Korea), kebanyakan info tentang tempat-tempat menarik di korea saya dapati dari website Visit Korea. Maklumatnya sangat membantu kita membuat perancangan termasuk kenderaan, masa, tiket dan lain-lain. Boleh saya katakan, info dalam website Visit Korea ni sangat lengkap dan tepat! Tahniah kepada Kementerian Pelancongan Korea (^_^)v
Bas no 500 ni hanya shuttle bus yang membawa kami dari Jeju Airport ke Jeju Intercity Bus Terminal. Dari situ, kami perlu ambil bas lain ke Trick Art Museum. Malangnya, sampai je kami di Bus Terminal, staff di booth Tourist Information sedikit teragak-agak dan beritahu yang kami tak akan sempat untuk ke Trick Art Museum sebab akan tutup jam 6 petang, sedangkan saya sangat yakin yang ianya tutup pukul 7! Staff tu cuba mendail-dail telefon untuk mendapatkan info. Disebabkan itu, kami terlepas bas jam 4:50 petang. Kami (saya!) sangat cuak dan terus berlari ke platform 3. Sampai je, bas pun berlalu pergi depan mata kami. Kecut perut saya, takut tak sempat masuk Trick Art Museum kalau tunggu next bus *aku keciwaa..* Dalam termengah-mengah, ada seorang ahjushi yang cuba untuk membantu. Tapi dia hanya mampu berbahasa Korea dengan kami. Jadual bas di terminal pun semuanya dalam bahasa Korea! Saya terus tunjukkan itinerary. Di sebelah tulisan 'Trick Art Museum' saya ada copy-paste tulisannya dalam bahasa Korea :) Oh, alhamduliLLAH. Ahjushi tu faham!! :) Syukur, sangat membantu. Saya dah jangkakan benda macamni mesti akan jadi dalam negara berbudaya & bahasa macam Korea ni.
Jadual bas ke Trick Art Museum
Direktori bas keseluruhan Pulau Jeju (saiznya lebih kurang 2.5 kali ganda Singapore)
Kami naik bas jam 5:10 petang (sangat punctual!) sambil kelegaan hati, menikmati pemandangan Jeju Island di sepanjang jalan ke Trick Art Museum yang merupakan kawasan timur pulau. Signboard tarikan pelancong ada di sepanjang jalan. Jadi tak perlu risau, anda tak akan terlepas melainkan kalau tertidur! :) Perjalanan tak sampai 1 jam dan kami ada masa tinggal 1 jam sahaja untuk 'beraksi' dalam Trick Art Museum, Jeju Island ♥
Bila tengok gambar Trick Art Museum di FB saya, ramai yang tak tahu, lukisan ni semuanya tidak timbul! Hanya lukisan yang rata di atas dinding semata-mata! Termasuk bayang2, semuanya dilukis :)
Bila tengok gambar Trick Art Museum di FB saya, ramai yang tak tahu, lukisan ni semuanya tidak timbul! Hanya lukisan yang rata di atas dinding semata-mata! Termasuk bayang2, semuanya dilukis :)
Ha... naughty kau ye.. Piat telinga diaa.. :D
I'm dead. Killed by my own dear husband and been eaten by him :p
We are part of the artwork.
Masa 'shooting' gambar ni, ada tourist lain snap gambar saya jugak sebab macam cool siap bersungguh-sungguh sandang backpack besar belakang & depan. Hah. Memang drama queen kau, Nina! :D
AlhamduliLLAH! Tercapai hajat nak bergembira di Trick Art Museum. Selesai 1 tempat :)
Dalam bas perjalanan menuju ke Seogwipo City (tempat kami akan menginap), ahjushi driver tu pasang channel radio ala-ala Klasik Nasional FM. Memang layyan la lagu-lagu klasik Korea :D Selepas lebih 15 minit perjalanan, rupanya bas yang kami naik tu cuma bawa kami separuh perjalanan. Kami kena naik 1 bas lagi untuk ke Seogwipo city. Sebelum kami turun, ahjushi pemandu bas sempat berpesan pada seorang penumpang yang turun dengan kami supaya tolong bawa kami sampai Seogwipo sebab penumpang tu pun nak ke Seogwipo juga. Sangat bertanggungjawab driver tu, tak biarkan kami terkontang-kanting selepas turun bas :)
Seongeup Folk Village : Salah satu tourist attraction juga. Tapi kami cuma lalu dengan bas. Tak sempat singgah. Menurut sumber, di sini saja orang akan ambil masa 3 jam untuk mendalami kehidupan tradisional Jeju. Aktiviti utama mereka ialah menternak babi hitam! Tandas mereka terbuka. Bila najis jatuh, babi hitam akan makan. Euuwwww...!!!!
Kamii tukar bas di sini. Kalau disuruh terangkan semula, saya tak mampu. Sangat blur masa tu dan hanya ikut saja :D Jangan risau, orang Korea sangat helpful :)
AlhamduliLLAH, akhirnya kami sampai di Feliz Telcon Hotel tempat kami menginap. Syukur, ahhh.. lega rasanya dapat rehat. Rate hotel kami di Jeju cuma RM220 untuk 2 malam (murah, kan?) Kami tempah melalui Agoda. Sebab tak jumpa website hotel ni, atau mungkin memang tak ada website sendiri. Sejak di Suwon, saya perasan hotel di Korea ada pintu yang berasingan untuk ke bilik dan ke tandas, berbeza dengan hotel standard di Malaysia. Mula-mula kita buka pintu utama, kemudian ada lagi 2 pintu. 1 untuk masuk bilik, dan 1 lagi untuk masuk tandas. Jadi, kasut macam letak di luar la.. :)
Assalamu'alaina wa 'ala 'ibadiLLAHIssolihin... :)
Cute je bilik siap ada hiasan renda-renda. Atas tv pun ada macam backdrop scallop renda dan bunga :)
On a soft summer.... :)
Sementara suami bersiap-siap mandi untuk solat & dinner (malam tu kami dinner mi segere aje ponn..:p ), saya seperti biasalah bila lepas beli barang ialah aktiviti membelek & mencium barang yang baru dibeli (psiko kan, habit suka cium barang yang baru beli :D ). Tabur barang yang beli & DAPAT kat Innisfree pagi tadi atas katil. Macam2 barang yang orang Innisfree tu bagi mask, face mineral, facial wash, toner, moisturizer and last but not least pelentik bulu mata LOL. Wah, bestnya shopping kosmetik kat Korea. Ini baru ke Innisfree, dah dapat macam-macam. SkinFood & Etude tak pegi lagi (sambil berangan akan dapat banyak lagi cosmetic free gift..hehe)
Yang atas plastic bag semuanya FREE :) Yang beli cuma benda-benda di pinggiran tu je :)
OK, esok menurut itinerary kami, kami akan ke Cheongjiyeon Waterfall, Seogwipo Bridge & Habor, Seogwipo underwater tour (naik submarine! wow!! *excited*), Jeongbang Waterfall dan Ilchubang Rock. Malam ini pakai pomegranate mask FOC lalu tidur lena. Hari esok bangun dengan permulaan baru pagi Jeju yang indah :)
Kisah Kami & Korea 2 (Suwon & Trick Art Museum,Jeju Island)