Tuesday, February 26, 2013

12 hari

Credit : Google image


12 hari lagi aku akan ke sini. Semoga ALLAH mempermudahkan musafirku, suamiku, best-cousinku & sepupu iparku. Kisah Kami & Korea masih bersisa 2+1 episod lagi. Harus cepat menulis. Kisah Kami & Krabi Disember 2012 pun tak bermula lagi. Aku bukan blogger tegar. Tapi insyaAllah, sedikit pengalaman &rezeki kembara di Bumi ALLAH ini akan cuba kuabadikan untuk berkongsi rasa, mengikut kesempatanku.

Moga jadi ilmu yang bermanfaat. Ameen...



Wednesday, February 20, 2013

Kisah Kami & Korea 4 (Everland)

Khamis 7 Jun 2012


Jussangjeolli Cliff, 주상절리

Huwaaa!!! Bangun lambat pagi ni!! Tak sempatla nak ke Jusangjeolli Cliff. Itulah akibat tidur balik lepas solat Subuh dek kepenatan, dah masuk hari ke-empat berjalan hari ni. Cadangnya lepas Subuh akan terus gerak supaya sempat berhenti singgah di Jusangjeolli Cliff dengan bas sebelum meneruskan perjalanan ke Jeju Airport. Tapi dah bangun lambat, tak ada rezeki kami...

So, plan perjalanan kami hari ini ialah;
1. Ke Jeju Airport untuk terbang pulang ke Seoul
2. EVERLAND..!!!!! yeay!!

Kami ke Jeju Airport dengan menaiki bas. Dari hotel perlu berjalan kaki ke tempat menunggu bas. Seperti biasa, staff hotel di bahagian receptionist sekali lagi bermurah hati tolong printkan peta & beri direction untuk kami berjalan kaki ke tempat menunggu bus. Kamsahamnida Feliz Telcon Hotel!

Dalam perjalanan ke Jeju Airport, bas melalui beberapa tempat terkenal yang saya 'jumpa' dalam blog-blog backpackers tapi saya tak sempat singgah. Bas lalu bahagian barat pulau untuk ke Airport. Antara tempat-tempat yang dilalui;

 Lotte Jeju Hotel


Ripley's Believe It Or Not Museum


World Cup Stadium


Dalam perjalanan ke Jeju Airport, hujan rintik-rintik (sedih dengan pemergian kami meninggalkan Jeju Island. huwa,nanges.)

 


Flight kami pukul 10:25 pagi dan dijangka tiba di Gimpo Airport 11:30 pagi.  Dalam flight, saya & suami duduk seat belakang sekali. Sambil-sambil terlelap, dengar bunyi macam FA's tengah dok buat something di sebalik curtain tempat diorang prepare kerja-kerja diorang. Bunyi macam kentut pun ada. Prot pret prot pret....

Nak tau diorang buat apa? Tadaaaaaa.......



Bunyi kentut tu sebenarnya ialah bunyi diorang memintal-mintal belon. Mostly yang dapat budak-budakla. Tapi saya pun dapat juga. Maybe sebab muka bajet pelancong asing ~atau~ diorang ingatkan kitorang honeymooners.. ihik.

Berbakat sunggu FA's Jeju Air ni. Pintal belon pun pandai.  Bukan takat bunga. Bentuk binatang, topi, anjing, dll pun ada. Dah macam badut rasanya. ngaaa~


Gimpo ke Everland (via. Jamsil)

http://www.seoulmetro.co.kr/station/eng/linemap.action


Dari Gimpo ke Everland, kita ada dua++ pilihan. Tetap perlu menaiki AREX (our 1st Arex ride!), tapi sama ada turun metro di Jamsil atau Gangnam untuk ambil bas ke Everland. Kami memillih Jamsil route. Kita boleh merancang perjalanan percutian Korea dengan mudah. Hanya mengikut Cyber Station di atas (klik pada imej). Masa di Malaysia, perasan macam dah mahir sangat naik subway Korea, padahal baru klik2 mouse je~ So, ini route dari Gimpo Airport ke Everland.

[Subway] Gimpo to Jamsil

Start. Gimpo Airport Line Airport Railroad
Transfer1. exit Hongik University take Line 2
End. exit Jamsil (exit #6)

[Bus] To everland (Bus no. 5800)
Tambang adalah KRW2,000 sahaja. (lebih kurang RM6 untuk jumlah perjalanan 2 jam lebih subway+bas. Sangat murah kan?!)

Pejam celik pejam celik (tido jaga tido jaga), lalu kawasan bukit bukau, akhirnya sampai...jauh juga perjalanan. Untuk makluman, Everland terletak di daerah Yongin, di luar kawasan Seoul. Dari tempat bas menurunkan penumpang,  perlu berjalan ke bus stop  satu lagi. Di situ kita kena naik feeder bus yang akan bawa kita terus ke Everland. Yeay!




Akhirnya sampai....... \(^_^)/





Harga asal one-day ticket : KRW 40,000
Harga special foreigner : KRW 32,000

[TIPS] Foreigners discount coupon perlu diprint dari website Everland. Hanya perlu tunjukkan passport & kupon tersebut dan harga istimewa (tak sampai RM100!) sedia untuk kita :) Di kupon tu ada tulis.....;
Apply same benefit if you bring your passport or alien identification card.

ALIEN?! motif...? LOL




Kami bawa masuk over sized backpack  tu? Oh tidak! [TIPS] Beg kami tinggal di Guest Service Center yang sebenarnya tempat untuk menyewa baby stroller. Saya rasa sebenarnya Everland tidak menawarkan perkhidmatan menyimpan oversized luggage. Sebab masa kami minta simpankan beg kami yang besar gadang tu, staff di kaunter cuma beri kertas kosong untuk kami tulis nama & dia lekatkan pada beg dan letak beg kami di bilik belakang kaunter, bilik tempat letak baby stroller.

Apapun, terima kasih sebab sudi tolong simpankan beg kami. Kamsahamnida :)


T Express

Laki bini ini extreme. Lepas alas perut dengan churos & fries (cicah sos tomato je. boring~) terus menuju ke 1st course kami; T EXPRESS!!


World's most steepest wooden coaster (77° max vertical angle)
World's 9th fastest (104 km/h max speed)
World's 4th tallest
World's 6th longest
Voted as world's best wooden coaster 2008 & 2010

Nangis.







Berbanding roller coaster  di Disneyland Paris, T Express bagi saya kekejamannya terletak pada bunyi kayu yang macam nak roboh + safetynya yang hanya ada palang atas peha dan TIADA shoulder harness, so memang rasa macam tercampak gaya free fall. Dengan nak control rasa takut, nak kena pegang tudung yang dah mula rasa nak melayang, mana nak pegang palang lagi..adoi.. Hasilnya ialah gambar candid dengan muka saya yang menyampah-rasa-tengok-muka-sendiri. Sampai sekarang suami saya dok gelakkan saya bila tengok gambar tu sebab dia rasa muka dia begitu macho & cool padahal masa kat atas tu dia pun macam hape je..


Macamne Mat Saleh ni ambik gambar peak masa nak menjunam ye?


T Express : We survived!!
Tak boleh sorok muka pucat.

I always love roller coasters. Rasa rugi kalau tak naik. Suka menguji keberanian lagaknya. Tapi bila dalam tengah-tengah halfway on-board akan rasa menyesal especially masa tengah menjunam, rasa nak minta berhenti, menyesali diri yang gatal-gatal sapa suruh naik sambil menangis dalam perut. Lepas tu bila dah turun, jumpa lagi roller coaster, galak nak naik lagi. ~Taubat Roller Coaster.


Habis bab T Express, masa untuk mencomelkan suasana. Lepas naik T Express terus ada stage performance. Duduk menonton sebentar bagi meredakan paras adrenalin ;)

Stage performance yang comel comel comel

Yang istimewanya di sini, ada surau disediakan untuk pengunjung muslim. Tanya sahaja Prayer Room, pekerja Everland akan berikan arahnya kepada anda. Secara umumnya, ianya adalah prayer room bagi mana-mana agama. Tapi nampaknya seperti spesifik untuk pengunjung Muslim. Ada tempat wudhu', sejadah & arah qiblat. Unik. Amusement Park  milik syarikat konglomerat terkemuka Samsung ini ada menyediakan tempat seperti ini. Thank you, Samsung! :)





Memang lama kami di Everland. Dari 2:30 petang hingga 8:30 malam! Macam-macam yang kami cuba. Tapi tak sempat ambil gambar kesemuanya. Lebih kepada menikmatinya & rakamkan dalam otak (bak kata suami). Masa beratur di salah satu course, beratur sekali dengan orang Malaysia. Kami borak-borak..dia kata ambik pakej travel agent rugi. Dah bayar tapi tak dapat nak main semua benda. Diorang bagi masa 2 jam  je untuk pusing satu Everland. Beratur saja pun dah ambik masa. Ye, memang rugi. Kami duduk sampai 6 jam. haha.









Hari ini adalah hari yang paling kami sikit makan. Lapar, tapi tak ada benda sangat yang halal / tidak syubhah untuk dimakan. Untuk isi perut sikit, kami beli pula sotong goreng yang tak sedap mengikut citarasa tekak melayu. Nak beli teopokki dah habis pulak. isk..isk.. (TIPS: Bawa bekal makanan halal yang ringan-ringan). Tapi takpe, sebab nak main, so tak ingat makan sangat :) 



Everland ada menyajikan pelbagai festival mengikut 4-musim. Kami ada di sana pada hujung musim bunga, nak masuk musim panas. Di Everland sedang ada Rose Festival. Terbaik! Kalau pergi musim-musim lain, ada Snow Festival (winter), Tulip Festival (spring) & Halloween Festival (autumn).

Rasa macam di kebun bunga Istana angan-anganku :)


Tak lepaskan peluang menghidu hampir setiap jenis ros. Paling saya suka yang di atas kanan. Dalam setiap kelopak ada 3 kelopak kecil di dalamnya. & baunya sangat sedap!


Saranghaeyo!


Say "kimchi...!"


Antara yang sempat kami naik;
  • Flume Ride
  • Rotating House
  • Hurricane
  • Colombus Adventure (rasa macam nak muntah naik ni.haha.)
  • Flying Coaster (staff yang jaga tu suka cakap "hula hula chum chum".comel.lepas turun kami dok gelak-gelak sambil ulang-ulang "hula hula chum chum"
  • Global Village
  • dll tak ingat semua...

dan seperti biasa, yang paling saya excited ialah course  yang paling macam budak-budak. Menyelusuri sungai naik 'kolek' tengok patung budak-budak joget ikut budaya pelbagai tempat seluruh dunia.hehe Masa naik ni teringat keterujaan saya menaiki Peter Pan's Flight di Paris.
.
.
.
saya suka..saya suka..
.
.
.
"Global Village" ;)


Lepas dah keluar dok terngiang-ngiang kat telinga muzik dia yang comel :)

Masa naik Hurricane & Colombus Adventure, hari dah mula gelap. memang sengaja petang sedikit sampai di Everland supaya dapat tunggu malam. Sebab aim nak tengok night parade & fireworks show.


Everland at night


Rose Garden at night


Magic Garden at night



T Express at night. Sedang menjunam! (cahaya merah)

Dan tibalah masa yang ditungu-tunggu..... Night Parade!!!!! Tapi peliklah. Muka dancers takde muka Korea pun. Mostly muka Mat Saleh & Arab sikit-sikit.









I really enjoyed the show (dengan sepenuh perasaan). Memang jenis budak kuat berangan sejak dari kecik.

Niat di hati nak tunggu lagi. Nak tengok show bunga api. Tapi saya dah tersilap buat perancangan. Saya dah book guesthouse untuk malam tu di Itaewon. Jadi perlu balik sebelum 9 malam supaya tidak tertinggal bas ke Jamsil/Gangnam. Sebenarnya ada beberapa affordable hotels yang berdekatan dengan Everland antaranya;
  • Q Hotel
  • Bluehill Hotel

So, kami terpaksa mula bergerak untuk keluar. Untuk keluar perlu naik bukit. Blister di kaki yang jadi sejak di Jeju pun makin sakit. Masa tu pula peak hour orang nak balik. Skyway pun punya panjang orang beratur. Jadi terpaksa menapak naik bukit. Sedih.


Kat pokok ni selalu blogger ambik gambar. Tapi masa mula-mula masuk tak teringat nak ambil gambar kat sini. Dah malam nak balik baru perasan.


Everland's Souvenir Shop

Sampai di tempat menunggu bas, si isteri dahaga ayaq. Sebab nak beli isotonic drink di vending machine, akibatnya tertinggal bas ke Jamsil. Tengok di jadual bas, alhamdulillah ada bas terakhir untuk ke Gangnam. Syukur, kami sempat beratur di barisan hadapan & dapat tempat duduk sambil meriba luggage yang besar. Nasib baik bawak backpack. Ringan la sikit.


Everland ke Itaewon : Sesat di Gangnam


Bas 5002 (Everland - Gangnam)


Sampai di area Gangnam, kami agak confuse sikit. Tak tahu nak turun di bus stop  yang mana satu. Bila tanya orang sebelah, dia kata memang dah masuk kawasan Gangnam. Akhirnya kami pun main turun je. Keadaan di Gangnam agak sibuk. Kami jalan kaki mencari metro station berdekatan untuk ke Itaewon. Jumpalah kami dengan Sinnonhyeon Station. Huwaa..kat mana ni?? Kami ada bertanya dengan orang Korea. Minta bantuan petunjuk arah. Kami dah silap arah rupanya. Orang tu kata kena cepat. Takut terlepas last train sebab masa tu dah hampir jam 11 malam. Oh, cuak.

Route jadi panjang. Transfer jadi banyak. Sinnonhyeon - Express Bus Terminal - Yaksu - Hangangjin (Itaewon) .

Stesyen Express Bus terminal agak besar. Sebab pertemuan 3 line yang berbeza (TIPS : Elakkan station yang ada banyak line! Station adalah besar dan adalah penat berjalan.) Sempat beli Sneakers di 7-eleven dalam station untuk energy & alas perut. Kami tak dinner lagi. Tengahari tadi pun makan benda ringan-ringan je. Betis pun dah sakit, sebab sepanjang hari berjalan dengan control pergerakan kaki untuk kurangkan rasa sakit blister kat belakang kaki atas tumit. Jenuhlah naik turun tangga station dengan kaki macamni.

Akhirnya sampai di destinasi. Lega. Dari station ke guesthouse, jumpa orang mabuk siap baring-baring atas jalan. Kawan dia papah dia. Wuaaaa...tak suka jumpa orang mabuk. Takut.

Disebabkan terlupa nak call Leslie (tuan rumah) di station tadi, kami masuk di sebuah kedai kopi kecil untuk minta tunjuk arah. Orang tu bermurah hati nak tolong callkan Leslie. Rupanya dekat je rumah Leslie. Belakang kedai kopi tu je pun.

Kami memilih untuk menginap di Itaewon sebab tempat yang paling mudah dapat makanan halal di Seoul sebab dekat dengan masjid (atas nasihat Elida~kawan saya yang study di Ajou University). Leslie student universiti, tinggal sekali di apartment yang kami duduk ni. 1 bilik disewakan untuk pelancong. Kami tempah di airbnb.com murah je ~RM100/night. Sebelum tidur, Leslie bagi briefing pasal rumah dia. Boleh guna semua benda. Mesin basuh, kettle, dapur etc. & yang paling penting, ajar kami macamana nak guna kunci rumah dia yang canggih tu :p

Gambar sekadar hiasan. (Jakun) ;p

Selamat malam! Zzzzzzz.....

Kisah Kami & Korea 4 (Everland)