Complete itinerary & direction dah siap. I'm ready..!!!
AlhamduliLLAH, selepas 6 bulan menunggu, waktu yang dinanti-nanti sampai juga. Excited, tapi pelik sebab ada perasaan berdebar-debar jugak. Maybe sebab ini 1st overseas backpacking kami sejak hidup bersama (ececeh ayat..). Tiket ni sebenarnya dibeli pada November 2011. Sebagai hadiah anniversary (17/11) kepada suami. Bangun pagi, konon buat surprise malam sebelumnya sebelum tidur siap-siap sepit kertas flight reservation di ampaian dengan sepit baju (sweet tak saya?)
Isnin 4 Jun 2012
'Pelancong' haruslah beli flight souvenir. Padahal selama ni naik flight KL-Penang tak pernah nak beli pun :p Di sebelah suami ialah Dae Hyoung.
Warga Seoul yang menuntut di University of Nottingham (Semenyih Campus). Beliau suka makan bihun sup :)
Warga Seoul yang menuntut di University of Nottingham (Semenyih Campus). Beliau suka makan bihun sup :)
Incheon International Airport
Kami tiba di Incheon Airport lebih kurang jam 9:30 malam. Antara beberapa negara luar yang pernah saya kunjungi, Korea yang paling senang prosedur imigresennya. Tak perlu beratur panjang, sampai di kaunter pegawai imigresen, bagi passport, letakkan kedua-dua jari tangan untuk screening dan automatik gambar muka kita akan disnap (kagum seketika) :)
Sementara tunggu luggage, sempat update status di FB kata dah sampai lantas menerima hampir 30 like (poyo) :D Keluar, terus jumpa Shima (kawan yang sedang sambung study di Ajou University). Shima dah siap-siap belikan tiket bas ke Suwon (tempat dia tinggal) sebab rancangannya, esok Shima nak belanja kami makan di Suwon (yeayy!) :)
Tiket Bas Incheon Airport-Suwon. Tiketnya agak tebal. Siap ada booklet discount coupon. Tapi tak guna pun. Tak berkenaan.
Pakcik driver bas yang segak bergaya :)
Antara perkara pertama yang saya kagumi ialah sebelum memulakan perjalanan, driver yang siap bertali leher akan berdiri menghadap penumpang & cakap something dalam Bahasa Korea (mungkin "Selamat datang, bas akan bergerak sebentar lagi" ~ agak je la..) :p dan kemudian tunduk hormat kepada penumpang dan terus memulakan perjalanan :)
Dalam perjalanan, saya kagum lagi. Smart tag di Korea sangat mantap sistem detectionnya. Bas laju meluncur pun boleh detect. Kalau kat Malaysia, kalau kita terlaju sikit, mesti kena undur balik palang tak terbuka sebab tak sempat nak detect smart tag kita. (ok, tak perlu kutuk negara sendiri, Nina..) Hehe.. Bukan kutuk. Cuma bandingkan (^.^)v
Musim bunga ros di Korea. Teruja dengan ros gemuk di depan Hotel S lalu terus pacak tripod
Suwon
Bas yang kami naik berhenti di Ramada Plaza Hotel, Suwon selepas lebih kurang 1 jam perjalanan. Jalan kaki sedikit ke belakang Ramada, dah sampai tempat penginapan kami suami isteri malam itu, Hotel S. Hotel ni sangat murah. Cuma KRW30,000 (tak sampai RM90).
Tak sampai 90 ringgit!
Gambar sekadar hiasan
Disebabkan dah lewat malam, kami hantar Shima sampai Ajou University sambil Shima terangkan selok belok jalan di Suwon. Dalam perjalanan, mata mula naik membuntang bila nampak kedai Skin Food, Innisfree bersepah-sepah @_@ Dalam otak memang target esok nak beli losyen & sunblock. Memang sengaja tak bawa benda-benda ni sebab nak beli yang Korea punya. weee.. :)
Perjalanan pulang semula ke hotel, singgah di kedai serbaneka 24 jam (tak ingat singgah yang mana satu. Family Mart, GS25 atau 7 Eleven). Beli air mineral & banana milk yang glamour di kalangan blogger Malaysia yang pernah ke Korea. Kami beli 2 pisang & 1 strawberi. Yang pasti, banana lebih masyuk. Harganya KRW1,200 sebotol. Balik ke Hotel, lapar..makan maggi kami berdua kongsi tomyam + kari campur sebekas (sebenarnya memang teringin nak makan maggi campur 2 perisa ni dah lama. haha..), mandi & tengok tv rancangan Korea sampai tidur. Esok subuh 3:30 pagi! (2:30 pagi waktu tahajjud Malaysia. huhu)

















Ada kisah di sebalik lagu ni. Duluuu....masa study, saya print & lekat lirik lagu 'Luhur' ni kat fail saya. Sebab lagu ni mengingatkan saya pada arwah abah saye T__T
















