Thursday, October 22, 2009

Belasungkawa : Anakanda Nur Fatimah

(Sila klik pada gambar. Saya sangat terkesan dengan kad ini.)

Pagi tadi saya menerima forwaded sms daripada Fadh yang berbunyi;

Salam.Putri kami,nur fatimah tlh kembali ke rahmatullah kira2 pkl 620pg td- ramadhan fitri & khadijah.
Setelah ~10 hari kami di googlegroup Nisa' menerima berita Nur Fatimah koma di Hospital Putrajaya, pastinya ketentuan yang berlaku pagi tadi adalah suatu ketetapan yang amat menyedihkan. Dijah (ex-Nisa' Malaysia) dan suami telah diuji dengan begitu hebat dengan pemergian penyejuk mata & penawar hati yang baru berusia 3 bulan lebih. Kali terakhir saya duduk rapat dengan Nur Fatimah ketika menumpang kereta Dijah dari rumah Kak Muna untuk menghadiri meeting Nisa' Indoor Games bersama Nisa' Malaysia . Pagi itu saya duduk di tempat duduk penumpang hadapan & Nur Fatimah masih berada di dalam perut mamanya yang memandu kereta.

Setakat yang baru sempat saya baca semalam, maklumat dari Jibah di blognya;

w'salam

Gegaran pada otak (yg belum dapat dipastikan apa puncanya) menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Saya difahamkan banyak bahagian dlm otak sudah rosak, dan begitu juga jantung dan paru-parunya.

Doakan bayi kecil ini.
Dan hari ini, maklumat yang saya terima dari Fadh pagi tadi, punca sebenar gegaran otak masih tidak diketahui. Suspect jangkitan kuman / baby digoncang kuat / jatuh.

Saya mula terfikir...Pada usia perkahwinan yang hampir mencecah 2 tahun dan masih belum ada tanda bahawa saya mengandung, saya sering tertanya-tanya...ujian apakah sebenarnya yang ingin ALLAH berikan pada saya. Kesedihan, rasa rendah diri, tension dengan pertanyaan orang, tertanya-tanya pada Tuhan, berputik cemburu pada sahabat-sahabat yang yang kahwin lewat daripada saya tetapi begitu mudah dikurniakan zuriat..sering menghambat diri sepanjang hampir 2 tahun usia perkahwinan ini hanya dek kerana belum diizinkanNYA untuk memiliki cahaya mata.

Tetapi hari ini saya terfikir... Yang mana lebih sedih?

Memiliki..lalu kehilangan..

-atau-

Tidak memiliki pun.

Apa sekali jawapannya pun, itu semua perancanganNYA yang pasti tidak semudah itu menghadapinya seperti yang terzahir di wajah yang diujiNYA, yang melaluinya.

waLLAHU a'lam..

Sesungguhnya ALLAH telah memilih Dijah & Ust Ramadhan Fitri dengan perencanaanNYA yang tersendiri. Kehilangan anak pada usia yang amat muda untuk dijadikan bidadari syurga. ALLAH telah memilih mereka. Bukan saya, bukan juga sahabat-sahabat yang lain. Semoga ALLAH beri kekuatan selayaknya kepada pasangan ini.

Al-Fatihah...

(sedikit gambar Nur Fatimah daripada blog mamanya)

No comments:

Post a Comment