Saturday, April 14, 2012

Abah


Abah seorang yang pendiam. Tahap pendiam abah sampai dia cuma akan jawab telefon kalau cuma dia seorang saje yang ada di rumah. Seingat saya, saya tak pernah kena pukul atau kena marah dengan abah. Bukan sebab saya anak yang baik, tapi sebab abah abah yang baik. Dialog Abah yang paling garang bagi saya ialah;

"Pergi sembahyang."

"Pergi mandi."

&

"Heh..heh..dah..dah." (Bila saya & adik makin menggila bergaduh. Kami dulu macam Tom & Jerry. Comel & suka bergaduh ;p)




Abah ajar sendiri saya mengaji. Abahlah guru mengaji saya masa kecik. Abah ajar saya sampai saya khatam Quran (darjah 5). Saya suka abah ajar mengaji. Saya susah hati sungguh kalau abah pegi sembahyang Maghrib berjemaah di surau. Sebab Kak Yong akan ganti abah ajar mengaji & gerenti air mata saya akan mencurahcurahmacamtengokombakrindu.

Walaupun abah pendiam, tapi kadang-kadang comel jugak :) Bila balik surau (malam), saya akan bukakan kunci pintu untuk abah masuk & cepat2 menyorok balik pintu. Kenapa?
Sebab...
.
.
.
.
.
.
Sebab Abah akan buat gaya hantu "hargghhhh..." :D Saya takut, macam Doraemon ni...




Aktiviti yang paling saya suka selain menyibuk nak ikut abah pegi kebun kopi kami di belakang rumah ialah; pergi kedai!! Abah tak pernah gagal dapatkan apa yang cikgu suruh bawak pegi sekolah. Malam-malam pun abah belikan jugak. Abah pergi kedai naik basikal je. Saya bonceng di belakang, peluk pinggang abah sambil pandang ke langit, tengok bintang sambil berangan nak jadi Alice In Wonderland. Hihi...


Kadang-kadang bila fikir balik, benda yang cikgu suruh bawak tu bukanla penting sangat. Bukannya wajib pun masuk 'tarian pom-pom' kat sekolah tu kann.. (i dulu pom-pom girl yaww..) Tapi abah layankan aje anak 'sapian'nye ni dan sanggup berbasikal malam-malam semata-mata nak belikan tali rafia untuk buat pom-pom. Dengan letih balik kerja, balik kerja pegi kebun, malam nak melayan anak berbasikal pergi kedai pulak. Aduhai anak...

Bila abah meninggal dunia masa saya form 4, saya sedih sangat. Saya bawa bantal yang abah baring masa sakit balik asrama. Sebab pada bantal tu masih ada terlekat bau badan abah. Malam-malam bila nak tidur, saya peluk kuat-kuat bantal tu sambil berharap supaya ALLAH cepatkan hari kiamat. Supaya cepat saya dapat jumpa abah semula (di hari akhirat) T__T Masa tu saya tak mampu nak bercerita dengan kawan yang masih ada ayah walaupun dia rapat dengan saya. Saya lebih selesa berkongsi dengan kawan yang ayah dia pun dah meninggal, walaupun dia tak rapat dengan saya.

Sekarang, dah hampir 15 tahun abah tinggalkan kami. Tapi rasa macam baru semalam saya naik basikal pergi kedai dengan abah.........................

Al-Fatihah.

4 comments:

  1. Alfatihah... semoga rohnya bersama para Solihin.. Amin!

    ReplyDelete
  2. Ameen.. taqabbalaLLAHU minka! Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Kak nina yang tabah, comel la kenangan kak nina dengan arwah abah kaknina.. Kenangan akan selalu hidup dengan kita. Al-Fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  4. uuuuuuuuuuuuuuu..sedih..alfatihah

    -ica- malas nak sign out lpas buatkan kakak ipar blog

    ReplyDelete