Wednesday, May 5, 2010

It's May !

'complete set' (setakat May 2010) of my nieces & nephews
~I love them !~


My first cupcakes ~ Nenek, Uncles & Aunties cupcakes.


My first cupcakes ~ Kiddies cupcakes.


Permulaan yang menarik dalam bulan yang baru! Pulang ke kampung menyambut hari lahir salah seorang dari 6 orang anak buah yang..(yang apa ye,tak tau nak describe.rasa nak peluk je semua selalu), doa selamat sempena emak & kakak ke-3 sekeluarga akan menunaikan umrah dan anniversary, kakak naik pangkat, family gathering ~all in one~. Seronok! Dan antara yang menyeronokkan juga,pengalaman pertama menyediakan cupcake! Ye, kita seronok bila orang seronok dengan apa yang kita buat. Bila semua orang excited dengan cupcake yang 'sayang nak makan', saya bertambah seronok dengan pengalaman pertama bersama cupcakes. Walaupun ada sedikit kekurangan. Sebenarnya cupcakes saya kurang batter. Sebab ada accident sikit masa buat batter. 1st batch cupcakes ber-walnut gemuk terpaksa dikorbankan sebab terlebih baking powder (3x ganda! ~ boleh imagine betapa gemuk & pahitnya cupcakes ku itu ~ tapi ada jugak yang kata ok,boleh makan) Sebenarnya buat cupcakes dalam keadaan terkejar2 sebelum bertolak dari Penang ke Selangor. Begitulah jadinya. Badan di dapur, jiwa dah sampai Selangor. hehe..Jadi, adunan yang disudukan ke setiap souffle cup terpaksa dicatu! Jadi ada cupcake yang tak penuh elok hingga ke mulut cup. Walnut juga terpaksa dicatu. Hehe... Untuk eksperimen pertama deco cupcakes ni, saya buat Carrot Walnut cupcakes + Cream Cheese Topping. Suke...suke...Yummie..!! (eh,boleh ke puji diri sendiri? Suami saya kata kalau masak,kita kena puji diri sendiri. Tu tanda confidence level kita. Tapi memang sedap! Lalala.... =) Cupcakes saya buat sebelum bertolak & deco with edible image dan topping saya buat di kampung.

"Kenapa Jumaat-Ahad lebih pendek daripada Rabu-Jumaat?"

Ada sesiapa boleh bagi jawapan? Cepat sungguh masa berlalu, tup-tup dah hari Ahad, kena balik utagha semula.

Hari pertama bekerja, dalam mesyuarat saya menerima panggilan dari nombor yang tak dikenali. Seseorang dari Sik yang berminat untuk mengadakan program bersama Sdra Kamal Affandi, kesinambungan daripada keterujaannya ketika pertama kali menghadiri program Nisa' bersama Kamal Affandi, ingin pula dia membawa Sdra Kamal Affandi secara langsung ke daerahnya. Kecil tapak tangan, stadium bola NISA' Kedah tadahkan. AlhamduliLLAH, semoga ilmu yang amat sukar diperolehi itu akan terus tersebar luas di bumiNYA.

Dan insyaALLAH, saya akan mula menduduki rumah baru dalam bulan ini. Proses berpindah sedikit demi sedikit sudah pun bermula. Kerana terlalu sukar untuk mencari masa pada hujung minggu yang sibuk, kami suami-isteri terpaksa berpindah sedikit demi sedikit pada malam hari bekerja (macam perompak pulak bunyi ayat ni =p ). Penat, tapi saya teruja! =)

p/s : project baru di rumah baru ..::fondant cake::.. Yippie..!! Tak sabar..excited. Oh ye..costing utk cupcake tak buat lagi, tapi dah ada orang order pulak =p


3 comments:

  1. wah, cam cupcakes pro.. ingatkan beli.. tabik! aku slalu buat cupcakes plain je.. xde deco.. edible image tu pun buat sendiri ke?

    dah masuk rumah baru.. tahniah2.. pasni boleh la kitorang serbu.. nak makan cupcakes ko.. ;)

    ~bala

    ReplyDelete
  2. ingat tak bala, dulu aku penah buat cookies masin pastu aku paksa korang semua makan? remember? hehehe....sekarang, tidak lagi =D

    Mai la sini,nanti aku buat cupcakes muka korang.

    ReplyDelete
  3. Ye, Bala. Boleh makan,tapi ada orang sayang nak makan,so dia tak makan,simpan buat kenangan =p

    ReplyDelete