Thursday, December 20, 2012

Kisah Kami & Korea 3 (petang @ Jeju)

Gigih sambung tulis cerita Korea ;-)

Rabu 6 Jun 2012 (Petang)

Gendang gendut, Tali Kecapi,
Kenyang perut, Senang hati.

Ewah!

Jeongbang Waterfall

Selepas makan tengahari, rehatkan kaki (kaki ialah aset yang sangat berharga semasa backpacking! Tak ada siapa yang nak dokong kamu. Nobody nobody but you! ) ;D kemudian mandi, dan solat, lebih kurang 4 petang kami sambung semula perjalanan. Kali ini kami rancang hendak ke Jeongbang Waterfall dan Ilchulbong Rock (Dragon head shaped rock).

Kami melalui jalan yang sama macam nak ke Cheonjiyeon Waterfall. Tiada masalah untuk mencari arah sebab kami dah pun lalu signboard yang memisahkan jalan ke Cheonjiyon dan Jeongbang pagi tadi.

Dalam perjalanan, Ustaz Rock obses untuk ambil gambar hasil-hasil seni yang ada di tepi-tepi jalan. Ada ukiran-ukiran dan lukisan di tepi-tepi jalan, yang mana suami saya kata benda-benda macam ni lah kita kena ambik gambar & appreciate sebab tak ada kat negara kita. Vaik Voss..


 



Untuk ke Jeongbang Waterfall, sebenarnya boleh terus melalui gate utama Seobok Exhibition Hall. Tapi sebab salah faham dengan signboard, kami lalu  luar which is lebih jauh. (Takpe, jauh perjalanan, luas pemandangan >.<)



Sebenarnya boleh terus masuk ikut pintu gerbang Exhibition Hall ni dan akan terus sampai ke waterfall :)


Pemandangan Seobok Exhibition Hall (lebih kepada Park sebenarnya) dari luar


Dah sampai!!! *EXCITED* Jauh lagi kena jalan sebenarnya. Huhu..


Main kejar-kejar dengan budak-budak Korea. Diorang suka provoke, then bila kita nak ambil gambar diorang, diorang lari. Macamtu lah berulang-ulang. Haha..comel je. Geram sebenarnya :D


Tiket masuk ke Jeongbang Waterfall ialah KRW 2,000. Dari ticket counter ke air terjun kena jalan lagi (penat!!). Perlu melalui anak-anak tangga yang agak memenatkan kaki yang dah 2-hari-suntuk berjalan. Tapi bila nampak je 2 alur air terjun yang nampak dari jauh, terus rasa excited. Ya Allah... Bestnya!!!

Keunikan Jeongbang Waterfall ialah air terjun yang jatuh pada pinggir laut. Suasana di bawah deruan air terjun ni memang sangat nyaman. Airnya jernih dan luar biasa sejuk walaupun pada hujung musim bunga, permulaan musim panas!! Kabus-kabus air yang berterbangan memaksa saya untuk menyarung jaket :) Gambar pun jadi agak kabur sebab titisan-titisan air yang berterbangan.


Kali pertama mata bertentang mata dengan Jeongbang :)


Ya ALLAH, jernih nya....!!

Aku, Dia & Jeongbang


Tadabbur alam..
Subhanallah.. Wal hamdulillah.. Wa la ilaha illallah.. Wallahu akbar..


Ustaz Rock menyeberang.. Saya tak confident :(


Ustaz Rock dari seberang :)


\(^_^)/


♪ Sinar mentari Korea.. ♫

Perasaan ketika menghayati deruan air terjun di Jeongbang ini hanya ALLAH yang tahu. Satu lagi ciptaan ALLAH yang membuatkan saya terfikir kehebatan rekaciptaan ALLAH. Sedangkan aku, eksperimen kat lab pun selalu tak menjadi. huhu.. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan.

Berat rasa hati nak meninggalkan Jeongbang. Lama juga kami di situ. Mudah sebab tak terikat dengan masa berbanding kalau bercuti dengan pakej. Kaki mula menapak meninggalkan Jeongbang. Mengikut itinerary asal, kami akan ke Seongsan Ilchubong. Tapi bermimpi ajelah, sebab dragon head rock ni sebenarnya letaknya lebih kurang 50km ke bahagian timur pulau :D Lagipun, di situ tempat menikmati keindahan terbit matahari, bukan tenggelam matahari ;)


Seobok Exhibition Hall

Perjalanan diteruskan mengikut signboard 'Exit' yang akhirnya menemukan kami dengan Seobok Exhibition Hall. Masa ni lah baru tahu...rupanya punyalah dekat nak ke Jeongbang kalau lalu pintu gerbang tadi tu..huwaaa...kaki dah penat baru tau T__T Tapi ada hikmahnya kan..lepas ni kalau nak pergi lagi, dah tau..terus je lalu pintu gerbang tu..(waa..'kalau nak pergi lagi' lah sangat kann..) :p

Cantik kawasan ni. Saya gambarkan umpama taman larangan puteri raja zaman silam. Ada banyak taman-taman kecil dan kolam yang ada jambatan di atasnya. Dari sini boleh nampak arah jatuhnya air terjun Jeongbang. Kami membuat kesimpulan awal, air yang mengalir dari taman inilah yang jatuh di Jeongbang Waterfall. Indah. Seronok untuk orang yang suka berangan ;) Jom tengok gambar...














Masih di Seobok Exhibition Hall.

Motip?




Di bawah ni ialah susunan ukiran batu (tidak mengikut turutan) yang menceritakan pembukaan bandar Seogwipo... Ada kaitan dgn China ke negara apa kalau tak silap.. Diorang bawa masuk budak-budak melalui kapal laut.. I memang fail bab sejarah >_< Suami saya hebat sejarah. Dia memang suka benda-benda macamni....

Kalau anda rajin, sila right click open & zoom dan silalah susun sendiri mengikut turutan ya.










Akhirnya, keluar kat gate yang mula-mula kitorang jumpa tadi. Aduhai..punyala jalan jauh gils ikut luar tadi nak ke waterfall . Takpe, Prof Muhaya kata, kita kena positif. POSITIP!!



Sebenarnya saya tulis dalam itinerary Oedolgae Rock yang terletak dekat dengan harbour yang kami pergi pagi tadi. Tapi dalam otak saya menggambarkan Dragon Rock (Illchulbong). Memang tak sempat pun nak ke Illchulbong Rock secara logiknya sebab terletak di bahagian timur pulau. Kami di selatan pulau. Saya tak sempat survey betul-betul. Sebab decision nak ke Jeju dibuat hanya SATU MINGGU sebelum percutian kami ni.

Masa pun dah lewat. So tak sempat jugaklah nak pergi tengok sunset kat Oedolgae. Ditambah pula masa keluar dari exhibition hall, kaki saya dah start sakit. Rupanya ada blister besarrr kat belakang tumit kaki. So memang dah tak larat nak jalan jauh. Masa tengah discuss dengan suami nak ambik teksi & percubaan menahan teksi yang gagal, tiba-tiba (tiba-tiba!) ada seorang pekerja kedai makan kat situ offer nak tolong kitorang callkan teksi. Heyy. Orang kat sini serius rajin tolong orang..

1st-masa turun bas on the way nak ke Seogwipo semalam
2nd-Masa kat restoran ikan bakar tengahari tadi
3rd-sekarang, nak call teksi


Olle Market

Teksi pun bawa kami ke tempat seterusnya....Olle Market. Pasar ni antara pasar besar yang ada di Seogwipo. Ada jual macam-macam kat sini; pakaian, buah-buahan, toiletries, barang basah dll... Boleh kata semua benda ada di sini  (sila tabah melihat daging & anggota babi hitam yang merupakan makanan popular di Jeju tergantung di sana-sini). Di sini suamiku Ustaz Rock beli korean tracksuit yang dia dah jatuh hati pandang pertama sejak di Suwon semalam. Saya ada jugak beli baju sehelai & stokin (stokin serius comel!). Harga baju kat sini bagi saya tidaklah murah. Biasa aje. Tapi nak beli jugak sebab nak ada baju bau Jeju ;)

Tak banyak gambar yang dapat diambil di Olle Market. Gambar terakhir ialah gambar kedai kimci sekeluarga di bawah yang terletak betul2 depan kedai jual babi hitam (~terkejut mak!) kemudian, kamera pun tidur nyenyak dengan sendirinya sebab kehabisan bateri....



Pintu gerbang masuk Olle Market


Kimci & family



Keluar Olle Market, kami jalan-jalan di luar pasar. Ada baaaaaanyak kedai di tepi jalan luar pasar. Saya suka! Saya suka! (Eh, Nina tadi kat atas bukan kata sakit kakilah, kaki melepuhla, blister bagai..?) Jalan lagi, jalan lagi...Suami survey Korean brand tshirt, tapi mahal & tak berbaloi. Masa tu mata dah dok pandang seberang jalan je sebab.......Etude! Oh girangnya rasa di hati.

"OK, duk kat sini, abang pi survey jalan nak balik hotel. Nanti abang mai balik", kata suamiku yang bijak bestari.

Suami I memang genius. Kebetulan masa tu Etude tengah sale. Rambang mata rasanya. So harga memang tersangatlah ok. Sementara dia pergi mencari jalan pulang, saya pun membeli-belah. Beli barang yang basic basic je; carrot face mask, BB cream, sunblock talcum powder, lip balm, bb cream compact powder & last but not least....(barang yang paling seumur hidup tak pernah terfikir nak beli)...foot mask!! Saja nak bagi reward kat kaki yang dah mula melepuh ni. Takut dia merajuk. Jauh lagi perjalanan ni. Saya beli juga 1 toiletries set yang sangat saya suka baunya (Dress Room Sweet Look) untuk hantaran kahwin adikku satu-satunya.

Yang seronoknya; Seperti biasa, memang akan dapat barang free sama macam kat Innisfree semalam :) DAN......Setiap barang tu kan memang dah ada less. Bila saya saje je buat2 ramah mintak discount lagi, serius dia bagi lagi discount around 10% untuk total price. Suka! Suka! Terima kasih, saya akan datang lagi (dalam mimpi).

Settle shopping, suami pun sampai & bagitau yang dekat je sebenarnya Olle Market dengan hotel. Balik hotel, seperti biasa..membelek dan mencium barang-barang yang baru dibeli. (Bini psyco)


Dalam beg ternganga: Barang yang dibeli untuk diri sendiri
Dalam beg tergolek: Hantaran adik
Luar beg: Facemask yang nyaman, BB cream & lotion FREE


Barang-barang FREE yang dapat masa beli souvenir & chocolate kat Cheonjiyeon Waterfall



Esok nak bangun awal nak kejar ke Jusangjeolli Cliff sebelum ke airport, kemudiannnnn.... Everland!!! \(^_^)/ Kaki pun dah letih. Nak keluar malas. Tak jadilah makan ikan macam asam pedas yang meja depan order masa lunch  tadi.

Malam tu, kami dinner ini je..........;

(",)

Selamat malam, semua.... (sambil menyarungkan foot mask yang baru dibeli) :-)


9 comments:

  1. salaam Nisa, masa u bawa makanan2 from Malaysia, masa arrive airport Korea tu, u declare tak? u senaraikan tak barang makanan yg di bawa cthnya Maggie, Quaker Oats....and etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Rizal.

      Tak declare food.
      Urusan kat Incheon Airport sangat mudah.

      Delete
  2. oh yaka tak macam australia segala mak nenek pun kena declare, bestnya kalau mcm ni

    ReplyDelete
  3. Hi...seronok nye bce citer psl korea...insyaAllah sy akn ke sana end of april ni....so, tiap kali awk beli brg, awk akn cube mnta discount ye? Sng x nak tawar menawar? Tq alot 4 ur sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang spesies mulut ringan minta diskaun. Untung2 dia bagi hehe :D
      Happy planning & enjoy your travel!

      Delete
  4. Assalamualaikum,

    Kat Jeju travel by bus and taxi senang x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.

      Senang. Ada lagi 1 option, sewa kereta dgn driver sekali. Tapi kami tak buat tu.

      Delete
  5. Salam. Mcm mn nk contact awak ye sis? Klu dpt sy nk mntk share itinerary. Akan ke korea bln 10 ni.

    ReplyDelete