Wednesday, May 5, 2010

It's May !

'complete set' (setakat May 2010) of my nieces & nephews
~I love them !~


My first cupcakes ~ Nenek, Uncles & Aunties cupcakes.


My first cupcakes ~ Kiddies cupcakes.


Permulaan yang menarik dalam bulan yang baru! Pulang ke kampung menyambut hari lahir salah seorang dari 6 orang anak buah yang..(yang apa ye,tak tau nak describe.rasa nak peluk je semua selalu), doa selamat sempena emak & kakak ke-3 sekeluarga akan menunaikan umrah dan anniversary, kakak naik pangkat, family gathering ~all in one~. Seronok! Dan antara yang menyeronokkan juga,pengalaman pertama menyediakan cupcake! Ye, kita seronok bila orang seronok dengan apa yang kita buat. Bila semua orang excited dengan cupcake yang 'sayang nak makan', saya bertambah seronok dengan pengalaman pertama bersama cupcakes. Walaupun ada sedikit kekurangan. Sebenarnya cupcakes saya kurang batter. Sebab ada accident sikit masa buat batter. 1st batch cupcakes ber-walnut gemuk terpaksa dikorbankan sebab terlebih baking powder (3x ganda! ~ boleh imagine betapa gemuk & pahitnya cupcakes ku itu ~ tapi ada jugak yang kata ok,boleh makan) Sebenarnya buat cupcakes dalam keadaan terkejar2 sebelum bertolak dari Penang ke Selangor. Begitulah jadinya. Badan di dapur, jiwa dah sampai Selangor. hehe..Jadi, adunan yang disudukan ke setiap souffle cup terpaksa dicatu! Jadi ada cupcake yang tak penuh elok hingga ke mulut cup. Walnut juga terpaksa dicatu. Hehe... Untuk eksperimen pertama deco cupcakes ni, saya buat Carrot Walnut cupcakes + Cream Cheese Topping. Suke...suke...Yummie..!! (eh,boleh ke puji diri sendiri? Suami saya kata kalau masak,kita kena puji diri sendiri. Tu tanda confidence level kita. Tapi memang sedap! Lalala.... =) Cupcakes saya buat sebelum bertolak & deco with edible image dan topping saya buat di kampung.

"Kenapa Jumaat-Ahad lebih pendek daripada Rabu-Jumaat?"

Ada sesiapa boleh bagi jawapan? Cepat sungguh masa berlalu, tup-tup dah hari Ahad, kena balik utagha semula.

Hari pertama bekerja, dalam mesyuarat saya menerima panggilan dari nombor yang tak dikenali. Seseorang dari Sik yang berminat untuk mengadakan program bersama Sdra Kamal Affandi, kesinambungan daripada keterujaannya ketika pertama kali menghadiri program Nisa' bersama Kamal Affandi, ingin pula dia membawa Sdra Kamal Affandi secara langsung ke daerahnya. Kecil tapak tangan, stadium bola NISA' Kedah tadahkan. AlhamduliLLAH, semoga ilmu yang amat sukar diperolehi itu akan terus tersebar luas di bumiNYA.

Dan insyaALLAH, saya akan mula menduduki rumah baru dalam bulan ini. Proses berpindah sedikit demi sedikit sudah pun bermula. Kerana terlalu sukar untuk mencari masa pada hujung minggu yang sibuk, kami suami-isteri terpaksa berpindah sedikit demi sedikit pada malam hari bekerja (macam perompak pulak bunyi ayat ni =p ). Penat, tapi saya teruja! =)

p/s : project baru di rumah baru ..::fondant cake::.. Yippie..!! Tak sabar..excited. Oh ye..costing utk cupcake tak buat lagi, tapi dah ada orang order pulak =p


Tuesday, April 27, 2010

Tahniah Urusetia SPer-KU '10


Dedicated to all urusetia; Zul, Qama, Ridzuan, Kak Sab, Shima, Hosni, Zamir, Razif dan adik-adik kami...Imran, Syukri, Shafiq, Taufiq, Azreen, Mizah & last but not least, Puan Bendahari myself =)

..::C-O-N-G-R-A-T-U-L-A-T-I-O-N-S::..

Friday, April 16, 2010

Perutusan sempena Sper-KU '10

Dunia di tangan, Akhirat di hati

KATA ALUAN PENYELARAS NISA’ (PADANG SERAI)





Yang pertama dan buat selamanya, ucapan syukur dipersembahkan kepada ALLAH SWT atas keizinanNYA menjadikan program Seminar Persediaan ke Universiti (Sper-KU) satu realiti. Tahniah kepada para peserta atas kejayaan adik-adik semua hadir ke Sper-KU yang julung kali diadakan ini. Kehadiran adik-adik semua merupakan satu petanda bahawa adik-adik merupakan golongan bakal siswa dan siswi yang peka terhadap realiti satu lagi dunia baru yang bakal ditempuh.

Adik-adik yang dikasihi sekalian,

Kehidupan di alam kampus adalah terlalu abstrak dan subjektif. Pelbagai cabaran bakal adik-adik tempuhi ketika melaluinya. Bukan sahaja setakat kesibukan kuliah, tutorial, praktikum, kuiz, ujian, tugasan dan peperiksaan malah masalah persahabatan dan cinta lazimnya turut sama mewarnai kehidupan adik-adik di kampus. Berwaspadalah agar adik-adik tidak keliru tatkala menilai antara cita-cita dan cinta. Berhati-hatilah dalam memilih kawan kerana alam kampus bukan hanya setahun dua, malah lebih panjang lagi jalannya sehinggalah adik-adik menggenggam ijazah yang diimpikan. Pilihlah sahabat yang "apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati”. Bak kata pepatah arab; “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” Begitulah Islam mendidik seluruh umat manusia dalam mencari sahabat yang baik.

Adik-adik bakal mahasiswa dan mahasiswi sekalian,

Selain pelajaran, ambillah tempat dalam program bermanfaat di kampus agar bila adik-adik keluar dari universiti sebagai graduan, adik-adik bukan hanya keluar sebagai seorang guru, doktor, peguam, jurutera, dll semata, tetapi sebagai ahli masyarakat yang peka terhadap permasalahan masyarakat sekeliling. Timbalah sebanyak mungkin pengalaman kehidupan sepanjang adik-adik bergelar mahasiswa/i. Kerana universiti bukan sekadar kilang yg menghasilkan para professional. Tetapi universiti merupakan tempat adik-adik mendidik kematangan, menyemai pendirian dan mengasuh keimanan. Belajarlah mengenal kehidupan semasa adik-adik berada di alam kampus nanti. Bergaullah dgn semua bangsa dan agama, pelajari adat resam mereka. Tunjukkan akhlak siswa/i muslim yang cemerlang. Pasti adik-adik akan tersenyum puas tatkala segulung ijazah telah tergenggam di tangan kerana adik-adik telah mendapat lebih daripada itu.

Akhirulqalam, terima kasih kepada Unit Remaja PAKSI dan Kelab AMREC SIRIM atas huluran tangan untuk sama-sama menganjurkan program yang bakal menjadi titik tolak hala tuju bakal mahasiswa dan mahasiswi di menara gading nanti. Semoga selepas ini kerjasama yang terjalin akan bertambah kukuh lagi. Untuk adik-adik bakal siswa dan siswi, sambutlah salam lambaian menara gading dari kami, warga Nisa’ Padang Serai.

Kita laksanakan impian bersama

Azreena Hj Mastor
Ketua NISA‘ (Padang Serai)

Tuesday, April 6, 2010

SPA-Q !

Culture shock...??
Tak tahu realiti course pilihan...??
Silap pilih kawan...?

War-warkan pada adik2 lepasan SPM/STPM/STAM/Matrik/Sijil/Diploma yang tinggal di Utara Tanah Air ke Seminar Persediaan ke Universiti, Sper-KU (sebut sbg SPA-Q ;-))


Program highlight;
  • Penceramah Dr Jamnul Azhar Mulkan (Panelis Jemputan Halaqah TV9)
  • In-person bersama kumpulan profesional (Engineer, Doktor, Agamawan, Akauntan, Peguam & Guru)
  • Forum bersama pimpinan Mahasiswa Univ.
  • 'Campak ke laut jadi pulau'
Jangan biarkan adik-adik kesayangan kita mengalami kejutan budaya di Universiti & tersilap langkah memilih hala-tuju.

"Kita Laksanakan Impian Bersama"
:: Unit Remaja PAKSI (Pusat Khidmat Sosial Islam) Kulim ::
:: Kelab AMREC SIRIM :: NISA' Padang Serai ::

Tuesday, March 30, 2010

Dangerous Chocolate Lava Cake ;-)

Haha..macam kejam je nama. Jangan betulkan skrin komputer anda. Moist choc cake aje pun. Branding katekan.. =)

Sebenarnya saya mula baking sejak bila, saya kurang pasti. Yang pasti, saya sudah mula membantu emak & Kak Yong saya (kakak sulung) baking kek & kuih raya seawal saya masih di bangku sekolah lagi. Lama-kelamaan, emak saya terus memberi kepercayaan sepenuhnya untuk saya menyediakan moist choc cake dan yang lain-lainnya sendiri tanpa bantuannya lagi. Cuma untuk confirmation bagi resepi-resepi baru yang dari internet (international-selalu cookies mereka lebih manis) dan resepi-resepi dari majalah (selalunya mereka 'tipu'. tak disclose resepi sebenar). Contohnya, "Mak, kalau 3 cups tepung, 1 1/2 cups gula manis sangat tak? Nak kurangkan jadi berapa cups?".

2 minggu lepas sebenarnya saya ada menerima tempahan dari seorang makcik; jiran ibu mertua saya yang juga 'peminat' moist choc cake saya ;-p "Ina, buatkan Cik Nah kek cokelat. Beli kat kedai tak sedap la..." Tapi saya betul-betul tak sempat. Kebetulan, kenduri makcik ni betul-betul selang 1 hari selepas kenduri di rumah ibu mertua saya (hari saya terima kek tunang Razif&Wani dari Kak Anna). Selepas kenduri ibu mertua, sahabat se-Nisa' saya, Wani pula bertunang. Tambahan lagi, saya kehilangan kertas resipi moist choc cake yang saya salin dari buku Kursus Masakan Antarabangsa emak saya yang sudah berusia mungkin mencecah 20 tahun. Saya ingat bahan & method. Tapi lupa sukatan. Haiyya....

Kak Anna lain kali 'jangan' buat kek cantik-cantik sangat ye...
Orang tak boleh focus on driving bila dah REALLY in LOVE with the cake beside =p saya alihkan bantal (seat senget) & ambik gambar kat traffic light. Bahaya,kan? ngee...
"Ye Wani, boleh makan semua kecuali ribbon & kotaknye" =p

& minggu lepas, saya menerima tempahan dari suami sendiri (ye, dia tetap kena bayar 'kos bahan' walaupun harga diskaun. Terukkan, saya? =p) untuk hari jadi anak muridnya (Feb & March). Katanya, dia akan menyambut birthday pelajar kelasnya every quarter.

Sebenarnya, ini adalah pengalaman pertama saya dengan icing sheet a.k.a. edible image prints. Credit goes to Kak Anna @ Bakeryna for inspiring me. Wah!!

Yes...I love the edible icing sheet very much. It's very practical & really 'edible' (compared than buttercream flower yang selalu orang buang sebab manis & takut penyakit. Health concious. Bagus!). It made my moist choc cake-yang-sedap-tapi-hodoh-tu became more presentable for occasions =)

Enjoy the pics..!

Saya design, kemudian order prints dari Kak Anna
~Credit to alwancomics & anamuslim
~


Spread with melted white choc for basic.


White choc again ~gaya bebas.


Lekatkan icing sheet yang dah disapu dgn white choc & disejukkan sebentar


My 'dangerous Chocolate Lava Cake' diapit dengan macaroni goreng ala bolognaise. Masa ni sate 'sponsor' tak datang lagi.


Masih lagi hodoh (malu kalau Kak Anna tengok sebenarnya~siap pecah kat bucu kanan bawah tu gara-gara tercocok tangan yang 'lemah-lembut' ni)
~tapi masih acceptable, kan?~ =p


Tada...!!! another one.
(lupa nak focus kat tepi kek; titisan choc yang dah beku ~there's where the word 'lava' came from~)


Punnnah semuanyaaa.... =p


That's what we call ~satisfaction~ Yeah..!!

My wishlist:
1) to attend fondant cake class
2) saya mahu buku How To Be A Domestic Goddess by Nigella Lawson
(somebody, please tell my husband to make a surprise for me~but dun let me know =p)

Thursday, March 25, 2010

Review : "Ragut, Ragul, Bunuh. Kami Takut..!!"


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

********
Sudah hampir sebulan program Cegah Jenayah Nisa' bersama Kamal Affandi berlalu. Baru sekarang saya mahu menulis mengenainya. Pada asalnya saya menunggu adik-adik Krew HEWI KUIN email gambar-gambar sekitar program. Apalah yang nak diharapkan dengan gambar tak bermutu dari PDA saya ni. Tapi,terlalu lama menunggu gambar-gambar yang tak kunjung tiba, akhirnya 'projek' mem-blog-kan review program tertunda dan terus tertunda. "Ni tak boleh jadi ni. Belasah ajelah dengan gambar blur pun,sementara mood nak menulis sedang membara" =D

AlhamduliLLAH...Program mana yang tak diduga-uji,kan? Begitu juga program kami kali ni. Terlalu banyak masalah 'last minute' yang melanda. Tapi saya tak tahu ke mana ALLAH lenyapkan kesemua masalah tahap kategori 'potong leher' tu sebaik sahaja MC memulakan tugasnya. Program tetap berjalan lancar & baik walaupun pada awalnya saya rasakan bagaikan 'terlalu banyak rama-rama yang berterbangan dalam perut'.huh.Kecut! Benarlah, kalau kita telah berusaha, dan diuji, kemudian kita redha dan tawakkal, siapa kita untuk menjangka betapa hebatnya pertolongan ALLAH. ALLAHU AKBAR!

Tugasan utama saya sepanjang program, tak lain, menjaga kebajikan penceramah (En Kamal) & presentation tentang background program & pengenalan Nisa' (depan PDRM!). Ketika presentation, emosi saya agak terganggu bila kisah-kisah mangsa rogol & bunuh yang lalu saya paparkan dalam presentation berlatar-belakangkan lagu "Salam Akhir - Allahyarham Sudirman". Saya tahu, suara saya telah mencacatkan konsentrasi penonton pada slaid tayangan. Terima Kasih Kak MC atas isyarat supaya saya 'shut-up'.hehe..Kutahan-tahan air mata di atas pentas itu..huhu... :'(

Salam akhir... Salam yang teristimewa Bersamanya kupohon keampunan Melaluinya kuberi kemaafan kepadamu.....

(Oh..roh mangsa-mangsa terdahulu bagaikan menyanyi-nyanyikan lagu Salam Akhir kepada saya *kita!* terima kasih kerana memaafkan kami yang telah berdosa tidak berbuat sesuatu hinggakan anda semua menjadi mangsa...oh...)

Selesai presentation, saya terus keluar dewan. Rasa teruja melihat pameran PDRM yang telah berada di Lobi dewan. Terasa sangat lega dengan kerjasama baik dari PDRM. *Terima kasih, Encik Polis semua. Kenangan bersamamu takkan kulupakan. heh.* Oh..En Kamal pun dah sampai. Saya terus ke Bilik VIP berjumpa dengan En Kamal. Orangnya masih sama. Masih lawak seperti dulu. Masih sempoi seperti kali terakhir berjumpa lebih 1 tahun yang lalu.

"Ada orang mati ke,kat dalam tu (dewan)?"
"Ha..!? Kenapa?" *blur*
"Senyap je..."
Hahaha..En Kamal..ada-ada aje..*sebenarnya masa tu Pegawai Kanan PDRM IPD Kota Setar tengah buat presentation.*

Kami pun terus berbincang-bincang sementara menunggu slot PDRM tamat sambil En Kamal mencari-cari lagu yang sesuai untuk gimik kali ini.

"Ada yang sebelum program call,sms tak putus-putus.Bila habis program, senyap terus. Satu email pun takde tanya khabar", ujarnya.
"Eh, En Kamal.Masa saya kahwin dulu saya jemput En Kamal kan? Saya email kad. Saya ingat lagi. En Kamal tu yang eksyen tak datang pun wedding saya."

"Ha'ah ye la..masa tu kan awak frust dengan saya, lepas tu tup-tup terus kahwin"

(*dush* Saya rasa macam nak tumbuk je 'pakcik' depan ni. hahaha...)

Program kami ni sebenarnya betul-betul sehari selepas tragedi kematian Adik Syafia Humaira di Kuang Selangor. Ya. Ketika saya & suami berpusing-pusing di bandar Alor Setar dengan pesanan-pesanan akhir Kak Maliah & Afnida, ketika itu jugalah di Kuang, Selangor Adik Syafia Humaira sedang menghadapi 'siksaan-siksaan' terakhir menjelang kematiannya. Semasa di bilik VIP, telefon En Kamal terus berdering.

"Berita Harian call"
"OK", saya pasang telinga.
Nampaknya ulasan tentang kes Adik Syafia Humaira.
"bila jadi kejadian macamni,jangan nangis. Tapi gelak."
"..."
"ya..gelak..gelakkan diri sendiri.sebab selama ni apa usaha yang kita buat?takde,kan?so,bila kita tak usaha,buat apa nak menangis bila kejadian-kejadian macamni berlaku?Jadi, terus gelakkan diri sendiri."


Sinis. Tapi itulah hakikat. Kita cuma tahu keluarkan statement "kami kecewa...", "kami mengutuk sekeras2nya...", "kami bersedih..."
Jauh di sudut hati, saya bersetuju 300% dengan kenyataan akhbar separa formal yang mungkin telah di-off-recordkan kerana saya hingga hari ini masih belum terbaca akhbar Berita Harian yang bmemuatkan kenyataan En Kamal itu.

Phone interview bersama Berita Harian

Bermulanya slot En Kamal, saya lega dengan respond audiens. YB Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Kedah yang pada mulanya memaklumkan tidak akan menunggu program tamat & akan beredar jam 11 pagi bagi memenuhi tuntutan program lain juga nampaknya masih belum berganjak ketika jam sudah menunjukkan hampir 12 tengahari. Terima kasih, Ustazah Aishah atas sokongan=) Ketika menoleh ke arah crowd dari tempat duduk saya di hadapan, saya gembira melihat para peserta terhibur dalam lawak jenaka En Kamal yang sarat dengan info yang sukar diperolehi dari mana-mana penceramah pun. Ya. Dia memang pakar! Dan tatkala terlihat susuk suami tercinta di barisan belakang dewan, saya semakin gembira. *Terima kasih, abang.*

Screening pelakon watak 'perogol'

Demonstrasi : *Wachaa..!* ha..hambek kau. Nak rogol orang ye?!

Saya agak segan sebenarnya bila En Kamal berulangkali setiap kali program akan acknowledge saya di khalayak ramai pada akhir ceramahnya. *blushing* Ya, malu la saya. Tapi andai itu satu motivasi untuk yang lain, saya gembira. 'Pujian' itu juga saya dedikasikan pada sahabat2 semua, Nisa' Padang Serai 2006 dan Nisa' Kedah 2010. Program ini program KITA SEMUA...

.....Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan.....

Usai program dan jamuan tengahari, masa untuk berpisah. Saya & Suami menghantar En Kamal sambil suami saya mengheret bagasi beroda berisi penuh props program. "Peserta seterusnya yang tersingkir...." sempat lagi berjenaka En Kamal =D I've got nothing to say, but THANK YOU SO MUCH, En KAMAL AFFANDI HASHIM. Hanya ALLAH yang dapat membalasnya. Saguhati dari kami, biar berapapun nilainya, takkan setanding dengan ilmu yang En Kamal curahkan pada adik-adik NISA' kesayangan saya di negeri Jelapang Padi ini. Dan terperanjat saya apabila En Kamal mengeledah boot keretanya & mengeluarkan sesuatu sambil berkata "Saya tak ada apa nak bagi" dan menghulurkannya pada suami saya. Oh,terharunya kami. Thanks so much, for the ukhwah =)

Hadiah dari Kamal Affandi kpd suami saya. Cool!

Belek hadiah =)

"Terima kasih, abang. Hadiah tu juga sebagai menghargai pengorbanan abang selama ni. Tanpa restu abang, semua ni tak akan jadi kenyataan."

Kutip batu sungai untuk landskap pokok lepas program ;-)


Tips : Pada yang baru mula hendak menjemput En Kamal, tahan saja dengan karenah 'berlagak sombong'nya sebelum program ya. Itu cuma 'cobaan....' Never give-up. Itu hanya satu sessi motivasi percuma darinya untuk anda =)

Tuesday, March 2, 2010

Kuasa sebuah kekuatan

"Ada berita tentang suami kak ani dalam harakah terbaru. M.s. 27"

"Blog nadwan ilasyahid.blogspot.com..tajuk teladan cintaku. Blog misbahul munir misabah.blogspot.com"

Itu antara sms pertama yang saya terima dari Kak Ani selepas kali pertama saya berborak di telefon petang semalam sejak pemergian suaminya ke rahmatuLLAH secara mengejut 17 Feb yang lalu.

"Alhamdulillah..kak ani dah semakin tenang..sedang belajar menerima kenyataan..."

Sms Kak Ani pada malam sebelumnya membuatkan saya sebagai sahabat yang rapat dengannya merasa lega. Lega yang teramat..

Saya kagum dengan kekuatan Kak Ani yang terpancar dari suaranya semalam. Kak Ani sangat kuat berbanding keadaannya yang sangat teruk pada hari kematian suaminya. Kuat. Sangat kuat. Saya sehabis dayanya menahan sebak dan membendung air mata supaya tidak terzahir pada suara. Itulah Kak Ani. Mungkin berkat ibadah yang dilakukan sepanjang 21 tahun bersama suaminya telah memberikannya 1001 kekuatan daripada ALLAH. Kak Ani bercerita tentang anak-anaknya yang sangat mengambil berat tentang dirinya.Betapa Kak Ani mengharapkan semua ini adalah mimpi semata-mata dan apabila terjaga,suami tercinta masih ada di sisi. & betapa Kak Ani merasakan keberadaannya di Semanggol hanya untuk pulang ke kampung & suaminya akan menjemputnya pulang ke Kulim seperti biasa. Mujur anak-anaknya yang soleh itu segera menyedarkan Kak Ani agar tak mengharap pada sesuatu yang tak akan berlaku. Banyak yang Kak Ani sembangkan. Tak ada rona-rona kesedihan terpancar pada suara di sebalik corong telefon ketika menceritakan semua itu. Tapi saya yakin, dalam hati Kak Ani, hanya ALLAH yang tahu.

Ya. Saya cemburu pada Kak Ani. Saya cemburu pada Kak Ani sejak lama lagi. Kak Ani dikurniakan 3 orang anak lelaki yang soleh kesemuanya. Saya selalu kagum dengan didikan yang telah dicurahkan oleh mereka suami-isteri kepada anak-anak mereka. Andainya ada rezeki saya utk memiliki cahaya mata sendiri, saya juga mahu anak-anak yang seperti mereka.

Dan Allahyarham suami Kak Ani, seorang yang sangat mencintai isterinya. Seringkali suami saya dalam 'merapu'nya mempengaruhi Allahyarham untuk 'tambah lagi cawangan'. Tapi, respondnya sangat berbeza dengan sahabat-sahabat lelaki yang lain yang kebiasaannya akan menjadi 'galak' bila diprovokasi sedemikian. Berbeza dengan arwah. Dia sekadar tersenyum dan tergelak kecil. Mungkin terlalu utk menjaga hati isteri. Begitulah suami Kak Ani. Masih teringat bila kadang-kadang melepak di rumah Kak Ani pada waktu petang, pintu akan terkuak & suami Kak Ani masuk, pulang dari kerja. Masih teringat makaroni goreng & kuey teow goreng yang dimasaknya ketika saya & suami datang bertandang. Pernah semasa raya, Kak Ani, suami & anak, Baqiri bertandang pada musim Hari Raya, saya hidangkan spaghetti bolognaise. Kak Ani kata, spaghetti suami Kak Ani masak pun sedap. Nanti boleh lawan, spaghetti siapa lagi sedap! Tapi saya tak berkesempatan untuk merasa spaghetti suami Kak Ani & tak akan berkesempatan.


& Esok...pasti saya akan merindui Kak Ani. Tiada lagi Kak Ani yang banyak melantunkan kata-hikmah dalam usrah gabungan Hawa-Nisa'-APP kami. Tiada lagi 'hasil-hasil kerja Kak Ani' yang sebenarnya adalah hasil kerja suami Kak Ani dalam program-program kami. Tak dapat lagi nak pusing-pusing dengan kereta hijau saya dengan Kak Ani sama ada urusan program, atau urusan peribadi. Tak dapat lagi nak melepak rumah Kak Ani pasal fesyen jubah,tudung t-shirt bla..bla..sebab Kak Ani akan berpindah dari Kulim. Semua orang akan rindu pada celoteh Kak Ani. Banyak benda yang kami telah kongsikan bersama & Kak Ani saya rasakan dah macam kakak kandung saya sendiri. Pernah berjalan di hypermarket & orang tegur kami 'adik-beradik' ke? (adakah Kak Ani yang nampak muda -atau- saya yang nampak tua? he..)

Pagi ini, air mata saya tumpah sekali lagi. Saya gagal menahannya tatkala membaca luahan hati Nadwan dalam blognya sepertimana saya gagal setiap kali melihat gambar berdua Kak Ani & suami di Facebook mereka. Mee goreng sarapan pagi saya juga terasa tidak enak & memualkan pagi ini.

Al-Fatihah to Jazmi Zuhri Bin Syahar Mursyid...

(gambar Kamal Affandi dalam poster di bawah ni, arwah yang carikan masa program Rebranding Nisa' Bersama Kamal Affandi di Auditorium Amrec, Sirim, Kulim dulu. Masa tu saya tak jumpa gambar yang clear. Gambar pada poster yang saya buat sangat buruk. Jadi, arwah gantikan dengan yang cantik. Dan saya masih gunakannya utk program kali ini. Moga ada pahala baginya untuk itu!)

Friday, February 19, 2010

Sila klik pada poster


Tahukah anda?

Kaedah menyelamatkan diri yang dilakonkan oleh watak mangsa rogol di drama-drama swasta adalah salah! Malah mampu lebih memudahkan lagi 'urusan' si perogol.

Pelajari tips pertahanan diri wanita, kaedah selamat membawa beg tangan dan apa sebenarnya yang perlu anda lakukan sekiranya anda berada dalam lingkungan lokasi jenayah. Sebagai mangsa? atau sebagai HERO yang sepatutnya menyelamatkan mangsa!

Demonstrasi, pameran, tips, statistik semuanya dalam satu.

Kami tidak mahu tragedi yang menimpa Canny Ong, Nurul Huda, Nurul Hanis dan Noor Suzaily Mokhtar berulang dan terus berulang.

RAGUT, ROGOL, BUNUH...KAMI TAKUT...!!

Belajar dari yang pakar.