Monday, June 21, 2010
Andai ku tahu...
Jumaat lepas saya bermimpi...
Saya sedang dikafankan...
Tetapi saya masih hidup...
Saya 'diberitahu' bahawa saya akan mati sebentar lagi...
Oleh sebab itu saya perlu siap-siap dikafankan...
Saya panik...
Saya tiada apa-apa untuk dipersembahkan kepadaNYA ketika menghadapNYA sebentar sahaja lagi...
Yang ada hanya dosa...dosa...dan dosa...
Sedangkan sebentar lagi saya akan dikuburkan di dalam liang lahad yang gelap...
Berseorangan...
Dan tiada lagi jalan untuk pulang ke bumi...
Saya sudah tiada masa!
"Ya Allah, andai ada pahala dari perjuangan Islam yang aku lakukan (macamlah ada!), kau jadikanlah pahala itu sebagai penghapus dosa-dosaku...
Tolong aku ya, Allah..."
Begitu doa yang saya rayu padaNYA sedang yang lain sibuk mengukur kain kafan di badan saya...
Saya merayu dan terus merayu...
Saya ketakutan yang amat sangat...
Sehinggalah satu suara memanggil saya...
"Subuh!"
Tuesday, June 8, 2010
Belasungkawa : Anakanda Ahmad Dairobi Bin Helmi
Dulu kita pernah tinggal di rahim ibu bersama-sama....
Adik yang comel ! Jaga diri baik-baik ya.
Abang Syamir lepas ni tolong jagakan Adik Ainul, ya.
Pak Long Najib & arwah yang comel (sangat!)
Mak Long Ina & kembar
Selamat tinggal Adik Ainul, Abang Ahmad tunggu adik di syurga!|Ahmad Dairobi Helmi|
|Ramadhan 1428| - |Jamadilakhir 1431|
Nota : Saya tak mampu menulis.
Monday, May 31, 2010
Ana uhibbuki, ya ukhti...
Lagu ini dedikasi Kak Ani kepada sahabat-sahabat di Kulim.
Kami terpaksa berpisah dengan Kak Ani kerana ALLAH lebih menyayangi suaminya & Kak Ani perlu pulang untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya yang tercinta.
Terimbas semua kenangan bersama Kak Ani...
"Kak Ani, Nina rindu Kak Ani......"
Thursday, May 27, 2010
Tips membeli rumah secara sub-sale
Mungkin masih obses dengan rumah yang baru didiami, maka saya menulis entry berbentuk seperti ini. Sedikit pengamalan yang boleh dikongsi untuk sahabat-sahabat yang ingin membeli rumah secara sub-sale atau dalam bahasa yang mudah difahami, 'beli umah second-hand'. Sebahagian tips ini tidak boleh diaplikasi bagi pembelian rumah baru yang masih 'di alam kayangan' daripada pemaju, OK.
- Dapatkan harga yang mahu dijual daripada vendor (tuan punya rumah/penjual rumah) beserta jumlah renovation yang telah dibuat & berapa lama renovation itu telah dibuat. Sekiranya usia renovation tidak sampai 5 tahun, ambil hanya 1/2 nilai keseluruhan renovation -atau- hanya 1/3 nilai renovation bagi renovation yang telah melebihi 5 tahun. Tambah dengan nilai semasa harga rumah yang setaraf (Semi-D setingkat / teres corner lot / dll...) dan bandingkan dengan harga jual yang ditawarkan oleh vendor. Dari situ kita boleh tahu sama ada rumah tersebut adalah berbaloi atau lebih mahal.
Contoh (teres 1 tingkat corner lot):
Offer price: RM200k (dengan renovation bernilai RM40k berusia 4 tahun)
Offer price: RM200k (dengan renovation bernilai RM40k berusia 4 tahun)
Harga rumah teres 1 tingkat corner lot semasa: RM160k
Nilai semasa renovation : 1/2 x RM4ok = RM20k
Jumlah harga jual sepatutnya : RM160k + RM20k = RM180k
Jadi, anda dah rugi RM20k !!
- Aksesori lain yang 'melekat' di rumah seperti air-cond, railing langsir tiada nilai dalam hartanah ye, kawan-kawan. Jadi jangan terpedaya dengan dialog "Rumah kita memang mahal sikit dari rumah lain sebab saya tinggalkan 5 bijik aircond" hehe.. (Tapi terpulanglah kalau anda nak consider juga. Apa yang pasti, ianya tidak membantu anda untuk mendapatkan loan yang tinggi. Valuer tak kira semua tu ) (^_^)v
- Periksa harga rumah yang ditawarkan oleh vendor dengan bank terlebih dahulu sebelum buat S&P agreement lebih-lebih lagi jika anda berura-ura untuk mark-up harga bagi mendapatkan loan yang lebih tinggi. Takut-takut harga rumah below market price, anda pulak yang rugi sebab dah terbuat supplementary agreement untuk mark-up loan. Walaupun anda gagal mendapatkan extra loan, tapi extra charge dalam legal fee untuk supplementary agreement tu anda tetap kena bayar.
- Sekiranya anda membayar duit booking (kebiasaannya 1% dari harga rumah) kepada vendor, pastikan anda exchange fotostat kad pengenalan. Resit sahaja tidak memadai. Kita pun baru je kenal tuan tanah kedaung tu, kan? So, macam-macam boleh berlaku. (Nota : jangan lupa palangkan i/c fotostat anda ye )
- Em..pastikan cahaya matahari masuk ke rumah tersebut pada waktu pagi, dan bukannya matahari petang. Matahari pagi mampu menggerakkan kita bangun dari tidur. Heh. Matahari petang pulak bahangnya panas sedangkan waktu petanglah kita nak beristirehat. Matahari petang, bahangnya sampai ke malam. Bawa kompas ketika nak tengok rumah. Itu lebih baik.
- Kalau ada masa, datang semula ke kawasan kejiranan tersebut & risik-risiklah dari jiran terdekat. "Area ni ok ke..", "Kenapa tuan rumah tu nak pindah.." Hehe...(Tapi saya pun takde masa untuk tips terakhir ni =)
Kenapa saya beli rumah second hand
Sebenarnya saya&suami belajar daripada pengalaman kawan-kawan yang beli rumah baru dari pemaju di sekitar daerah Ku**m ni..Ada yang dah bayar rumah setahun, malah ada yang dah bayar 3 tahun, tapi masih tak dapat kunci. Saya takut pada risiko sebegini, lebih-lebih lagi bukan seribu dua yang kita keluarkan untuk modal beli rumah. Tambahan pula, kalau dah jumpa rumah yang dah siap segala dengan renovation (yang saya rasa kalau sayala,sampai ke sudah saya tak buat plaster ceiling se-detail itu), bak kata "masuk rumah cuci kaki"lah...Apa lagi? Dah tentu berbaloi-baloi,kan?
Apapun, pengalaman pertama membeli rumah ni mengajar saya & suami banyak perkara tentang ilmu hartanah, perbankan, simpanan KWSP, perundangan dan banyak lagi. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. AlhamduliLLAH atas ilmu-NYA =)
**Masa mula-mula tengok rumah, saya perasan jiran seberang rumah ada bela anjing. Suami saya kata,"takpelah, dia boleh tolong tengok-tengokkan rumah kita nanti" =p
Wednesday, May 19, 2010
Terima kasih, Tuhan..

Tunda lagi
Sebenarnya saya penat bila orang tanya, "Bila nak pi UK?". Dan akhirnya, panggilan telefon daripada pegawai HR minggu lepas menjawab persoalan yang saya sendiri tiada jawapannya. Daripada 1 April, kemudian 15 Mei, Kemudian 7 Jun dan akhirnya 1 Ogos! Bagaimanapun, saya bersyukur. Banyak hikmahnya atas penundaan keberangkatan saya ke UK. Banyak perkara yang bakal sempat saya lakukan apabila ianya ditunda ke bulan lapan.
- Saya akan berkesempatan menghadiri majlis pertunangan my best-cousin-ever (dan sempat juga 'menyumbangkan' kek untuk hantaran!)
- Saya juga bakal dapat hadiri majlis perkahwinan Wani & Razif (di mana saya&suami yang jadi match-maker!)
- Saya juga dapat menghantar 10 naskah tesis (yang mana saya hanya sempat menghantar draft akhir sekiranya terbang pada bulan Jun)
- Saya juga berkesempatan duduk lebih lama di rumah yang baru sahaja saya&suami beli (bakal berpindah sepenuhnya Sabtu ini!).
- Saya juga tidak akan terlepas peluang menyertai 'annual family vacation' & tahun ini, kami akan ke Cherating sekeluarga!
Happy
Tatkala mencari references untuk memantapkan lagi literature review dalam tesis saya, hari ini SAYA SANGAT TERUJA & GEMBIRA. Selama ni, saya cite paper dia untuk paper saya. Kali ini, dia pula cite paper saya untuk penulisan paper dia. Ya, saya ada alasan untuk tersenyum lebih lebar lagi sepanjang hari ini. Hehehe...Ketika menyedari nama 'Mastor, A.,' dalam senarai references penulisan seorang saintis dari Institute of Nuclear Chemistry and Technology, Warsaw, Poland, saya sangat gembira =)
Gambar sekadar hiasan
Perasaan si penjual kek
Saya sering tebaca dalam blog sifu-sifu kek maya saya tentang perasaan mereka ketika proses delivery/self pick-up oleh customer. Berdebar2, takut & akhirnya lega bila si pembeli tersenyum melihat kek yang diterima dan disusuli dengan sms tentang rasa puas hati dengan kek yang sedap + cantik. Ya, kini saya faham apa yang cuba mereka gambarkan. Perasaan itu tetap wujud walau se-pro mana pun seorang pembuat&penjual kek.
Begitu juga yang saya rasakan (Saya hanya seorang amatur. Jadi, perasaan itu berlipat kali ganda lagilah!) Pra dan pasca penyerahan pesanan Kak Muna, otai NISA' yang baru berpindah dari KL ke Kulim, saya dihambat 1001 rasa atau orang utara selalu sebut 'senak peghut'. Sukakah dia dengan rasanya? Gembirakah dia dengan deco kek aku? Berbaloikah dia rasa dengan harganya? Kalau dulu saya terdetik dalam hati "kek sikit punya cantik, boleh rasa menggelabah lak".. Tapi kini, saya sudah F-A-H-A-M mengapa.
Pindah rumah
InsyaALLAH, saya & suami akan berpindah sepenuhnya dari Kepala Batas (tempat Pak Lah Badawi) ke Kulim pada hari Sabtu ini. Malam ini akan bermula proses packing barang dalam mood menulis tesis yang sedang membara. Adehh....

Suami saye yang rajin @ rumah baru =)

Monday, May 10, 2010
Karnival Aura Ungu (KAU'10)

Jom sertai rombongan cik kiah NISA' Kedah & NISA' Perlis ke PERSONA & KAU'10..
Tiket hanya RM70 (termasuk pengangkutan, penginapan & tiket konsert)
Berminat? Hubungi saya....
Untuk yang berada di negeri-negeri lain terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang, boleh dapatkan tiket konsert secara online!
It's ladies night.
Untuk 'kita' aje..!! (kita = perempuan ;-p )
Wednesday, May 5, 2010
It's May !
My first cupcakes ~ Kiddies cupcakes.Permulaan yang menarik dalam bulan yang baru! Pulang ke kampung menyambut hari lahir salah seorang dari 6 orang anak buah yang..(yang apa ye,tak tau nak describe.rasa nak peluk je semua selalu), doa selamat sempena emak & kakak ke-3 sekeluarga akan menunaikan umrah dan anniversary, kakak naik pangkat, family gathering ~all in one~. Seronok! Dan antara yang menyeronokkan juga,pengalaman pertama menyediakan cupcake! Ye, kita seronok bila orang seronok dengan apa yang kita buat. Bila semua orang excited dengan cupcake yang 'sayang nak makan', saya bertambah seronok dengan pengalaman pertama bersama cupcakes. Walaupun ada sedikit kekurangan. Sebenarnya cupcakes saya kurang batter. Sebab ada accident sikit masa buat batter. 1st batch cupcakes ber-walnut gemuk terpaksa dikorbankan sebab terlebih baking powder (3x ganda! ~ boleh imagine betapa gemuk & pahitnya cupcakes ku itu ~ tapi ada jugak yang kata ok,boleh makan) Sebenarnya buat cupcakes dalam keadaan terkejar2 sebelum bertolak dari Penang ke Selangor. Begitulah jadinya. Badan di dapur, jiwa dah sampai Selangor. hehe..Jadi, adunan yang disudukan ke setiap souffle cup terpaksa dicatu! Jadi ada cupcake yang tak penuh elok hingga ke mulut cup. Walnut juga terpaksa dicatu. Hehe... Untuk eksperimen pertama deco cupcakes ni, saya buat Carrot Walnut cupcakes + Cream Cheese Topping. Suke...suke...Yummie..!! (eh,boleh ke puji diri sendiri? Suami saya kata kalau masak,kita kena puji diri sendiri. Tu tanda confidence level kita. Tapi memang sedap! Lalala.... =) Cupcakes saya buat sebelum bertolak & deco with edible image dan topping saya buat di kampung.
"Kenapa Jumaat-Ahad lebih pendek daripada Rabu-Jumaat?"
Ada sesiapa boleh bagi jawapan? Cepat sungguh masa berlalu, tup-tup dah hari Ahad, kena balik utagha semula.
Hari pertama bekerja, dalam mesyuarat saya menerima panggilan dari nombor yang tak dikenali. Seseorang dari Sik yang berminat untuk mengadakan program bersama Sdra Kamal Affandi, kesinambungan daripada keterujaannya ketika pertama kali menghadiri program Nisa' bersama Kamal Affandi, ingin pula dia membawa Sdra Kamal Affandi secara langsung ke daerahnya. Kecil tapak tangan, stadium bola NISA' Kedah tadahkan. AlhamduliLLAH, semoga ilmu yang amat sukar diperolehi itu akan terus tersebar luas di bumiNYA.
Dan insyaALLAH, saya akan mula menduduki rumah baru dalam bulan ini. Proses berpindah sedikit demi sedikit sudah pun bermula. Kerana terlalu sukar untuk mencari masa pada hujung minggu yang sibuk, kami suami-isteri terpaksa berpindah sedikit demi sedikit pada malam hari bekerja (macam perompak pulak bunyi ayat ni =p ). Penat, tapi saya teruja! =)
p/s : project baru di rumah baru ..::fondant cake::.. Yippie..!! Tak sabar..excited. Oh ye..costing utk cupcake tak buat lagi, tapi dah ada orang order pulak =p

Tuesday, April 27, 2010
Tahniah Urusetia SPer-KU '10
Friday, April 16, 2010
Perutusan sempena Sper-KU '10
KATA ALUAN PENYELARAS NISA’ (PADANG SERAI)

Yang pertama dan buat selamanya, ucapan syukur dipersembahkan kepada ALLAH SWT atas keizinanNYA menjadikan program Seminar Persediaan ke Universiti (Sper-KU) satu realiti. Tahniah kepada para peserta atas kejayaan adik-adik semua hadir ke Sper-KU yang julung kali diadakan ini. Kehadiran adik-adik semua merupakan satu petanda bahawa adik-adik merupakan golongan bakal siswa dan siswi yang peka terhadap realiti satu lagi dunia baru yang bakal ditempuh.
Adik-adik yang dikasihi sekalian,
Kehidupan di alam kampus adalah terlalu abstrak dan subjektif. Pelbagai cabaran bakal adik-adik tempuhi ketika melaluinya. Bukan sahaja setakat kesibukan kuliah, tutorial, praktikum, kuiz, ujian, tugasan dan peperiksaan malah masalah persahabatan dan cinta lazimnya turut sama mewarnai kehidupan adik-adik di kampus. Berwaspadalah agar adik-adik tidak keliru tatkala menilai antara cita-cita dan cinta. Berhati-hatilah dalam memilih kawan kerana alam kampus bukan hanya setahun dua, malah lebih panjang lagi jalannya sehinggalah adik-adik menggenggam ijazah yang diimpikan. Pilihlah sahabat yang "apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati”. Bak kata pepatah arab; “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” Begitulah Islam mendidik seluruh umat manusia dalam mencari sahabat yang baik.
Adik-adik bakal mahasiswa dan mahasiswi sekalian,
Selain pelajaran, ambillah tempat dalam program bermanfaat di kampus agar bila adik-adik keluar dari universiti sebagai graduan, adik-adik bukan hanya keluar sebagai seorang guru, doktor, peguam, jurutera, dll semata, tetapi sebagai ahli masyarakat yang peka terhadap permasalahan masyarakat sekeliling. Timbalah sebanyak mungkin pengalaman kehidupan sepanjang adik-adik bergelar mahasiswa/i. Kerana universiti bukan sekadar kilang yg menghasilkan para professional. Tetapi universiti merupakan tempat adik-adik mendidik kematangan, menyemai pendirian dan mengasuh keimanan. Belajarlah mengenal kehidupan semasa adik-adik berada di alam kampus nanti. Bergaullah dgn semua bangsa dan agama, pelajari adat resam mereka. Tunjukkan akhlak siswa/i muslim yang cemerlang. Pasti adik-adik akan tersenyum puas tatkala segulung ijazah telah tergenggam di tangan kerana adik-adik telah mendapat lebih daripada itu.
Akhirulqalam, terima kasih kepada Unit Remaja PAKSI dan Kelab AMREC SIRIM atas huluran tangan untuk sama-sama menganjurkan program yang bakal menjadi titik tolak hala tuju bakal mahasiswa dan mahasiswi di menara gading nanti. Semoga selepas ini kerjasama yang terjalin akan bertambah kukuh lagi. Untuk adik-adik bakal siswa dan siswi, sambutlah salam lambaian menara gading dari kami, warga Nisa’ Padang Serai.
Kita laksanakan impian bersama
Azreena Hj Mastor
Ketua NISA‘ (Padang Serai)

Thursday, April 15, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)